klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 21 Mei 2010

ROSLI DHOBY pejuang tulin !

Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau/badik beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Pada 2 MAC 1950, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.

Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

sibu membara semangat Rosli Dhoby



11 Mei 2010 , saya ke rumah arwah Rosli Dhoby , bertemu kakak beliau nenek Yak Fatimah Dhoby. Tak sangka saya yang pernah membaca kisah perjuangan pejuang yang mati di tali gantung sewaktu berumur 17 tahun kerana membubuh Sir Duncan Stewart , hari tersebut saya berada di rumah beliau. Nenek Yak Fatimah yang sudah berumur 82 tahun.

Melihat gambar Rosli Dhoby dan surat-surat beliau yang dikirim oleh beliau sewaktu dalam penjara dan sebelum dihukum gantung .

Terasa dekat dengan ahli keluarga beliau , nek Yak Fatimah waktu itu sedang mengurut kaki , sudah terlalu uzur. Kami bersetuju untuk adakan program di rumah keluarga arwah pada 14 Mei jam 4 petang.

Dijangka akan turut dihadiri YAB Tan Sri Khalid Ibrahim . Kalau kesempatan DSAI juga akan bersama .

Otak saya berlegar , semangat dan keberanian Rosly Dhoby wajar ada dalam jiwa orang melayu di DUN Nangka. Rosli Dhoby adalah ikon anak muda.

perbincangan dengan YB Tian Chua , di Idaman Cafe memberikan satu idea . Penubuhan YAYASAN ROSLI DHOBY . Saya minta YB Tian bincang dengan Tan Sri Khalid supaya dapat disumbangkan kewangan penubuhan yayasan tersebut . Kalau boleh semua MB dan Ketua Menteri PR sumbang kewangan . Lantik kakak beliau sebagaio salah seorang pemegang amanah .

Saya minta supaya Hasmuzair ( jak ) buat kertas kerja ringkas penubuhan Yayasan Rosli Dhoby untuk Yab Tan Sri Khalid .

14 Mei , Tan Sri Khalid telah umumkan YAYASAN ROSLI DHOBY di rumah arwah dan kerajaan selangor akan membiayai kos penubuhan yayasan dan RM10,000 untuk tabung yayasan .

Yayasan Rosli Dhoby akan dijadikan base untuk melatih anak-anak muda terutama Sarawak , menjana program latihan , kepimpinan , kebajikan , ekonomi dan sebagainya .

Malam tersebut juga AMK adakan program MALAM MEMPERINGATI ROSLI DHOBY di Idaman Cafe. Poster besar gambar Rosli Dhoby saya arah Haslan buat 3 helai . Tertera ayat BERANI BERUBAH , TOLAK PENJAJAHAN BARU !
Program yang sangat berjaya kerana ramai yang datang ! turut hadir DSAI , Tan Sri Khalid dan ramai pimpinan .

Khamis, 20 Mei 2010

sibu mengamit pengalaman

Alhamdulillah rombongan Biro Pilihanraya AMK Malaysia yang saya ketuai selamat tiba di Sibu pada 7 Mei 2010. Kami disambut oleh sdr Nazib ( Ketua AMK Sarawak ) , sdr Yusof dan Zuhaidah. Kami terus di bawa ke Hotel Paramount. Kerana di sana kami perlu jumpa YB Fauziah Salleh ( Pengarah JPRP ).
Turut kami jumpa YB TKM Dr Mansur , YB Malek , YB Tian Chua dan ramai lagi. Rupanya ada meeting di hotel tersebut. Selesai bertemu dgn YB Fauziah , saya terlalu lapar dan kami semua ke Taman Harmoni. Teringin nak makan sup rusa! saya pernah ke sana menikmati sup rusa pada tahun lepas. Malangnya tidak ada , terpaksalah makan sup power.
Selesai makan kami terus ke Kg. Bandong , DUN Nangka . Rumah Abang Ismail yang dijadikan Bilik Gerakan DUN Nangka ( Kemudian menjadi Bilik Gerakan Induk ). Malam tersebut tidak ada apa-apa , saya hanya mengadakan perbincangan dengan Nazib. Permasalahan ialah budjet yang diserahkan kepada Nazib , hanya RM2000 ! Nak buat program apa dengan budjet sedemikian rupa!
8 mei hari penamaan calon. Masalah kenderaan membuatkan kami tidak dapat menyertai perarakan calon. Saya dihubungi memaklumkan sdr Azwan AMK Pahang ditangkap dan di bawa ke Balai Polis Sentral Sibu. Tak lama datang kenderaan menjemput saya ke Balai Polis. Sdr. Zakaria Pahang dan ada di Balai Polis . Dalam jam 4 ptg Azwan dibebaskan dengan jaminan polis.
Saya masih lagi kebingungan untuk mulakan gerakerja. Kemudahan bilik gerakan yang tiada, kenderaan tiada termasuk tenaga kerja . Tiada langsung orang tempatan terutama anak muda tempatan untuk bantu kami .
Saya minta Zu belikan seberapa banyak bunga untuk buat program sambutan Hari Ibu dengan menghadiahkan sekuntum bunga kepada pengundi . Saya arahkan segera untuk dapatkan risalah calon bagi mulakan program edaran rislah kepada pengundi .Semua itu untuk esok 9 Mei 2010.
Sebelah malam , program ceramah dibuat di Hany Cafe. Malam tersebut ramai pimpinan datang. YAB Lim Guang Eng , Dato Mahfuz Omar , Mustaffa Kamil Ayub dan ramai lagi. Malam itu juga saya mulakan dengan Program JOM NANGA BOL ! ( Jom tengok bola! ) live astro di Idaman Cafe.
9 Mei 2010 , program tidak dapat berjalan awal , masalah kenderaan . Difahamkan untuk sewa kereta pun rm300 sehari. Budjet hanya rm2000. Beli bunga dan peralatan bilik gerakan pun dah habis rm500. Tu pun bunga dapat dalam 150 kuntum. Dalam tengahari baru dapat bergerak bagi jaankan program Hari Ibu dan edar risalah rumah ke rumah berhampiran kawasan bilik gerakan .
Jam 10 pagi kami ke Balai Polis Sentral Sibu untuk buat laporan polis berkaitan risalah-risalah berbaur perkauman , sensetif dan keterlaluan . Saya diberitahu itulah laporan polis pertama dalam sejarah pilihanraya Sarawak di buat.
Sebelah petang , perasmian bilik gerakan di DUN Nangka oleh DSAI. Saya kerahkan mobilisasi handbill, pengumuman bergerak bagi memaklumkan kehadiran DSAI pada jam 4 petang . Alhamdulillah program sukses, ramai yang datang . Waktu DSAI nak berangkat tinggalkan bilik gerakan , datang beberapa orang wanita memberitahu mereka adalah keluarga ROSLI DHOBY! Big Boss minta saya uruskan program untuk Rosli Dhoby.
Perbincangan singkat , kami bersetuju pilih 14hb Mei untuk program majlis Tahlil dan kenduri arwah untuk Rosli Dhoby.
kami diberitahu yang program di Hany Cafe terpaksa dibatalkan kerana tuan kedai telah diugut boleh BN . So kami terpaksa buat program lain , malam tu kami buat wayang pacak filem MY NAME IS KHAN lakonan Shahruk Khan dan Kajol. Program diselang dengan ceramah . Malam yang sama kami buat satu lagi ceramah di Kg. Sungai Kerbau , Race Course . malam tu juga saya arah semua balik ke idaman cafe . Walaupun beratus handbill keluar termasuk makluman bergerak tapi ytang datang hanya 2 ORANG !
10 Mei 2010 , program edaran risalah berjalan seperti biasa walaupun berdepan dengan masalah kenderaan dan bahan edaran.
Saya minta supaya mesin photostat disegerakan dan diletak di bilik gerakan AMK . Kita boleh keluarkan risalah sendiri . Beberapa hari ini saya hanya mengumpulkan maklumat , memahami isu dan keadaan di sana . Itu yang saya pening 2 , 3 hari ini . Kena tukar strategi , pendekatan .
Sebelah petang saya ke abndar sibu, saya dapat maklumat yang Idaman Cafe diserang oleh juak-juak BN . Meminta agar program tidak dibuat di kedai tersebut. Maki hamun , mengugut tuan kedai. Saya arahkan semua pergi ke sana, lepas selesai saya tunggu d Balai Polis Sentral Sibu, Arief AMK Sarawak hendak buat laporan polis . Selepas menunggu hampir 2 jam , saya ke Idaman Cafe dan berbincang dengan Kakak dan menantunya Faizal .
Saya mintak beliau dan Faizal buat laporan polis untuk keselamatan beliau . Saya jugak mintak kakak dan menantunya fikir , adakah hendak diteruskan program di kedainya. Saya cakap habis pilihanraya saya dan kawan-kawan balik ke semenanjung , beliau dan menantunya yang akan terus berada di sana . berdepan dengan banyak risiko. Faizal pulak kakitangan kerajaan , Beliau warder penjara sebagai Pembantu Pegawai Agama Penjara Sibu . Faizal cakap dia akan fikir.
Selepas maghrib saya diberitahu program akan diteruskan di Idaman Cafe. Faizal dan mertuanya ke Balai Polis untuk buat report.
Dalm hampir jam 8.30 malam , kami sampai di Idaman Cafe , saya terkejut kerana BN sedang bersiap untuk buat program ceramah di hadapan Idaman Cafe. Siap dengan PA System yang lebih canggih . Kalau lawan dengan PA System kami yang berharga rm350 , confirm kalah . Saya terus call YB Thony Phua minta dia siasat adakah mereka ada permit ceramah . Tak lama datang Stevent ( Ketua DAPSY Sarawak ) bersama SPR dan pihak Polis .Ada sedikit tegang suasana , saya tunjukkan permit kelulusan polis sibu untuk program kami dan minta BN tunjukkan permit mereka . Ketua mereka tunjukkan permit tetapi tertera alamat Kedai Runcit. Saya terus ke kedai lain di hadapan kedai tersebut dan bertanya adakah alamat kedai tersebut sebegitu dan auntie cakap " itu kedai ayam nasi ".
Saya terus pergi berjumpa pegawai SPR dan Pegawai Polis serta maklumkan bahawa alamat tersebut tidak ada , kedai tersebut adalah kedai makan dan namanya lain. Saya terus arahkan ceramah di Idaman Cafe dimulakan . Dalam masa sama ramai orang melayu yang dijemput oleh BN dan mereka dijamukan makan. Malam tersebut program mereka terpaksa dibatalkan dan semua orang yang dijamukan oleh BN terpaksa mendengar ceramah dan penerangan AMK .
saya minta Kojak AMK sarawak mulai malam esok dan seterusnya membuat permit ceramah di Idaman Cafe .

Rabu, 12 Mei 2010

risalah rasis di PRK Sibu


A PKR Youth leader, Fariz Musa, claimed that leaflets with racist undertones are being distributed in the Malay-majority area of Nangka, one of the three state seats under Sibu.One of leaflets was entitled 'Wajah Sebenar DAP: Benci pada Bumiputera & Islam' while another with the BN logo was entitled 'DAP racists'.Fariz also lodged a police report at Sibu district police headquarters over the issue."Three more days and it will be May 13. BN will try to play up racial sentiments," he said at a press conference in Sibu. - malaysiakini


BN Edar Risalah Perkauman Di Kawasan Melayu

Oleh Faizal Ezzany

SIBU 10 Mei - Angkatan Muda KEADILAN membuat laporan polis terhadap tindakan penyokong Barisan Nasional menimbul ketegangan kaum dan merosakkan keharmonian kaum di Sibu dengan mengedar risalah tentang DAP yang bersifat perkauman di kawasan penduduk majoriti pengundi Melayu.

Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu pagi tadi menjelaskan beliau telah menjumpai dua risalah yang bersifatkan perkauman dan menyifatkan ia sebagai taktik jahat Umno-Barisan Nasional untuk menimbulkan suasana yang tidak diingini dikalangan penduduk pelbagai kaum di Sibu.

"Saya telah menjumpai dua helai risalah berhampiran bilik gerakan utama Parti Keadilan Rakyat semalam dan bila saya meneliti kandungan risalah tersebut saya dapati ia bersifat melampau dan keterlaluan.

"Risalah yang bersifat menghasut itu boleh menjejaskan keselamatan negara serta boleh mencetuskan perpecahan dan mendatangkan pergaduhan yang bersifatkan perkauman.

"Risalah yang bertajuk 'Wajah Sebenar DAP dan Benci Pada Bumiputra dan Islam' turut bersertakan logo BN, risalah itu adalah bohong dan fitnah semata-mata," jelas Fariz.

Fariz juga bimbang dengan pengedaran risalah tersebut kerana tindakan BN edarkan risalah tersebut boleh menimbulkan keadaan huru-hara di Sibu.

"Kita bimbang dengan pengedaran risalah tersebut, kita tahu apa yang telah berlaku pada 13 Mei dulu dan bila ini digunakan oleh Barisan Nasional mereka hanya menimbulkan situasi yang akan memberi keadaan yang huru-hara selain pergaduhan antara kaum.

"Laporan telah dibuat berharap pihak polis dapat membuat siasatan dan tindakan tegas terhadap pihak terbabit diambil. Siasatan yang telus perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.

"Selain itu juga saya harap pihak polis memperketatkan pemantauan serta mengambil tindakan menangkap dan mendakwa mereka yang terlibat. Saya beranggap pengedaran risalah ini akan diteruskan sepanjang kempen pilihan raya kali ini," kata beliau lagi.

Khamis, 6 Mei 2010

Saksi Nafi Aminulrasyid Cuba Rempuh Polis

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis – Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

“Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

“Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.

‘IGP mesti letak jawatan atau berdepan demo’

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu ‘hanya akan menjejaskan keselamatan negara’.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.

1 malaysia = 1 israel

hebat Malaysia di bawah Najib !




Isnin, 3 Mei 2010

Peguam Perancis di KL siasat Scorpene

John Berthelsen
Apr 28, 10

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham (kanan) adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seora
ng daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Alta
ntuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.


Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.

Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.

KENANGAN P094 HULU SELANGOR







JUSTICE FOR AMINUL RASYID

MEMORANDUM PADA SUHAKAM OLEH PEMUDA PR

3 MEI 2010

2.30 PETANG

PEJABAT SUHAKAM , JALAN RAJA LAUT

Ahad, 2 Mei 2010

justice!!!!!!!


saya kembali

salam reformasi, terlalu lama menyepi. kesibukan d hulu selangor dan masalah internet menganggu untuk update blog.

insyaallah saya akan kembali.....

Jumaat, 2 April 2010

KENYATAAN DSAI BERKAITAN APCO DALAM PARLIMEN PADA 30 MAC 2010

MUKADIMAH

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”1

Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”2

Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

Sebuah portal berita3 telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi dalam firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich4 untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff5 hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”6

Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.

APCO DAN MODUS OPERANDI

Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 20097 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 19928. Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera9 Negara Israel.

Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide10 yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

REKOD APCO

Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya11. Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s.12 Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

Apco was the first firm i contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC13 General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein14. Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.

RISIKO KEPADA NEGARA

Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.
Kenyataan media
ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI TERENGGANU

SIRI DIALOG RAKYAT DIDAHULUKAN

AMK Terengganu undang Pemuda UMNO Terengganu dan ADUN Teluk Pasu berdialog isu 22 buah rumah rakyat di Kg. Banggol Donas bakal dirobohkan bagi pembinaan jalan Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda oleh Syarikat MZ Hakujaya Sdn. Bhd.

AMK Negeri Terengganu bersedia menganjurkan SIRI DIALOG RAKYAT DIDAHULUKAN bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan, kebajikan dan kecaknaan terhadap rakyat negeri Terengganu.
AMK Negeri Terengganu mengambil respon POSITIF terhadap kenyataan Ketua Pemuda UMNO Sdr. Saiful Bahri Baharuddin dalam Sinar Harian bertarikh 22 Febuari 2010 yang menolak perdebatan tetapi mengambil sikap bersedia untuk mengadakan dialog atau perbincangan berkaitan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat . Justeru atas prinsip kepentingan rakyat Terengganu , justeru AMK Negeri Terengganu menyahut saranan Sdr Ketua Pemuda UMNO Terengganu mengadakan dialog bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat .
Sehubungan itu AMK Negeri Terengganu mengundang Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Teluk Pasu berdialog berkaitan isu projek runding terus pembinaan jalan Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda , DUN Teluk Pasu oleh pihak kerajaan negeri Terengganu melalui syarikat MZ Hakujaya Sdn. Bhd yang bakal melibatkan 22 buah rumah rakyat di Kg. Banggol Donas yang bakal dirobohkan .

ISU PROJEK PEMBINAAN JALAN KG JERAM KE KG BANGGOL TUAN MUDA

Projek runding terus peruntukan Dana Khas tersebut yang melibatkan kos RM226 juta iaitu pembinaan jalan dari Kg. Jeram ke Kg. Tok Kong dan Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda oleh Syarikat MZ Hakujaya Sdn. Bhd yang turut melibatkan kepentingan Sdr. Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dalam syarikat tersebut .
Projek pembinaan jalan Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda oleh Syarikat MZ Hakujaya Sdn. Bhd yang melibat 22 buah rumah rakyat di Kg. Banggol Donas bakal dirobohkan , sedangkan beberapa tindakan bantahan telah dilakukan oleh para penduduk sejak tahun 2008 lagi.
Adalah amat mengecewakan tiada sebarang tindakan oleh pihak kerajaan UMNO/BN Terengganu serta ADUN Teluk Pasu untuk mengadakan dialog bersama para penduduk sehingga sekarang , serta mengambil tindakan positif walaupun surat-surat bantahan telah dihantar kepada YAB Menteri Besar Terengganu , Ketua Pengarah JKR Malaysia , Pengarah JKR Negeri Terengganu dan Pengarah UPEN Terengganu .
Adalah amat sangat tidak relevan tindakan rekabentuk atau plan pembinaan jalan Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda DILENCONGKAN bakal melibatkan 22 buah rumah rakyat dirobohkan , sedangkan rekabentuk atau plan pembinaan jalan tersebut boleh DILURUSKAN tanpa melibatkan rumah rakyat . Kebiasaan pembinaan jalan baru , semestinya mengelak dari melibatkan bangunan rumah kediaman tetapi kes ini ianya melencong dan melibatkan rumah rakyat di Kg. Banggol Donas . Adalah difahamkan bahawa ianya direka sedemikian rupa bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu dan dengan persetujuan JKKK Kg Banggol Donas . Benarkah status tanah yang dimiliki oleh ‘orang kuat’ JKKK Kg. Banggol Donas telah ditukar ke status bangunan daripada status pertanian ? Pampasan status tanah bangunan adalah berbeza dengan pampasan satus tanah pertanian.
AMK Negeri Terengganu membantah tindakan beberapa individu termasuk AJK JKKK Kg. Banggol Donas memujuk beberapa penduduk kampung bersetuju dengan tawaran syarikat kontraktor iaitu projek dilaksanakan dahulu dan pampasan dibayar kemudian . Pihak syarikat kontraktor ( MZ Hakujaya SB ) terlalu ghairah untuk melaksanakan projek bernilai rm226 juta tersebut , membawa masuk juruukur serta melantik Syarikat Kumpulan Ikram Sdn. Bhd bagi menjalankan “Soil Investigation” sedangkan ianya melanggar peraturan dan undang-undang di mana juruukur dan pekerja “soil Investigation” gagal menunjukkan surat kuasanya dalam Borang B sepertimana diperuntukkan Seksyen 5 Kuasa Memasuki dan Mengukur .
AMK Negeri Terengganu kecewa dengan kenyataan YB ADUN Teluk Pasu , YB Datuk Abdul Rahin Mohd. Said dalam Sinar Harian bertarikh 31 Januari 2010 . Beliau menyatakan “ saya berterima kasih kepada penduduk kerana membenarkan kerja pembinaan dijalankan walaupun proses pengambilan tanah belum selesai “. Kenyataan beliau terbukti jelas tidak bertanggungjawab dan berbohong sedangkan pihak para penduduk tidak pernah menyatakan sebarang persetujuan dan malah mengambil sikap membantah .
Kenyataan ADUN Teluk Pasu membuktikan proses pengambilan tanah tidak mematuhi undang-undang dan prosedur pengambilan tanah dan pihak pemilik tanah tidak pernah menerima NOTIS PERMULAAN sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 ( Akta 486 ) iaitu pemilik tanah tidak pernah menerima suatu pemberitahuan dalam “Borang A”.
Bagaimana kerja-kerja pembinaan boleh dijalankan sedangkan proses pengambilan tanah serta pampasan masih belum diselesaikan? Adakah timbul amalan rasuah sehingga pihak ADUN Teluk Pasu boleh mengeluarkan kenyataan tersebut yang jelas adalah bertentangan dengan Artikel 13 Perlembagaan Malaysia yang menjamin pemilik tanah mendapatkan pampasan secukupnya sebelum tanah mereka digunakan .
Justeru atas dasar kecaknaan dan kepentingan rakyat , AMK Negeri Terengganu menyerahkan kepada Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan ADUN Teluk Pasu bagi menetapkan tarikh dan tempat bagi mengadakan dialog tersebut. Diharapkan Pemuda UMNO dan ADUN Teluk Pasu jangan berdolak dalik dan bersetuju dengan “Siri Dialog Rakyat Didahulukan” bagi membincangkan isu tersebut.
AMK Negeri Terengganu memberikan tempoh 7 ( Tujuh ) hari kepada pihak Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan ADUN Teluk Pasu untuk menjawab pelawaan undangan dialog tersebut. Sekiranya tiada jawapan pihak AMK Negeri Terengganu akan menentukan tarikh dan tempat bagi dialog tersebut yang akan diadakan di Kg. Banggol Donas dan menjemput Sdr. Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan YB ADUN Teluk Pasu ke majlis dialog tersebut .
Sekian. Terima kasih

FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu

1 April 2010