klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 7 Oktober 2010

ANWAR TAK KEMARUK PENGHARGAAN DARIPADA PEMUDA UMNO

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO tidak akan memberi penghargaan kepada bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis penghargaan untuk bekas Ketua Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri ketiga-tiga sayap UMNO itu di sini, Jumaat ini.

Pemuda UMNO terus kemaruk dengan kenyataan bahawa tidak akan memberikan penghargaan kepada Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO . Ini adalah kerana Anwar Ibrahim telah menyertai pembangkang dan adalah tidak wajar dan janggal bagi menganugerahkan penghargaan kepada beliau yang pernah menerajui dengan cemerlangnya pergerakan pemuda parti tersebut .

Itulah budaya pemuda UMNO yang akan menafikan sejarah dan tidak mengenang jasa serta budi . Bak kata perumpamaan " seperti kacang lupakan kulit " . Sekiranya Pemuda UMNO ikhlas dan 'gentleman' sudah pasti tanpa mengira sesiapa dan latar belakangnya , sebagai bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO , sudah pasti Anwar Ibrahim akan dijemput untuk menerima penghargaan tersebut pada Jumaat ini .

Saya yakin dan percaya , Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tidak kemaruk untuk memperolehi penghargaan dari pemuda UMNO . Malah Anwar Ibrahim tidak selayaknya menerima penghargaan tersebut dari sebuah parti rasis yang selama ini memfitnah beliau .

Adalah tidak rugi bagi Anwar Ibrahim sekiranya tidak dihargai oleh Pemuda UMNO. Kredibiliti Anwar Ibrahim bukan daripada anugerah dan penghargaan terhadap beliau tetapi idealisme dan perjuangan rakyat . Kekuatan Anwar Ibrahim bukan kerana dijulang kerana hadiah dan penghargaan tetapi karisma beliau dalam memertabatkan agenda ketuanan rakyat .

Sememangnya Anwar Ibrahim akan dinafikan apa sahaja di dalam negara sendiri . Terutama daripada Pemuda UMNO . Tetapi Anwar Ibrahim tetap dinobatkan negarawan ulung di mata dunia . Dihormati dan pandangan beliau menjadi tarikan utama kepada dunia . Termasuk rakyat Malaysia yang melihat Anwar sebagai " Bapa Reformasi " yang akan membawa Malaysia yang lebih baik dan cemerlang .

Cukuplah Pemuda UMNO , usah 'berkokok' lagi dengan isu tersebut . Yang pasti Anwar Ibrahim tidak KEMARUK dengan penghargaan anda .

Rabu, 6 Oktober 2010

SELEPAS 3 TAHUN ? RAHAMI BERBOHONG !

Hari ini jam 2 petang , Rahami Osman , bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis di Balai Polis Klang mendakwa yang beliau telah dipaksa untuk membuat Akuan Bersumpah berkaitan kes Fitnah Liwat .
Peguam Datuk Seri Anwar , menafikan bahawa ada paksaan terhadap Rahimi yang merupakan kawan sekolah Saifool membuat Akuan Bersumpah tersebut . Beliau melakukan dengan kerelaan dan tidak dipaksa .
Saya masih ingat lagi apabila Saifool membuat laporan polis yang mendakwa Datuk Seri Anwar meliwat beliau yang paling susah dan kelam kabut adalah Rahimi . Beliau juga yang menyatakan yang Saifool memfitnah . Hari ini beliau telah membuat penafian selepas 3 tahun Akuan Bersumpah tersebut beliau lakukan .
Entah berapa RM yang telah dibayar kepada Rahimi sehingga beliau sanggup mengkhianati kebenaran yang telah beliau buat daripada Akuan Bersumpah tersebut . Saya yakin sudah pasti ada dalang dibelakang beliau yang menyebabkan kawan Saifool ini bertindak gila .
Secara tiba-tiba ianya berlaku dan benar-benar tidak menyangka perkara ini dilakukan oleh beliau .
Masih saya ingat lagi apabila ada yang memberitahu , Rahimi telah dipecat daripada menjadi pembantu Datuk Seri Anwar kerana telah menipu dengan menggunakan kepala surat pejabat Datuk Seri Anwar memohon kawasan balak di sebuah negeri PR yang kononnya adalah rekomen daripada Datuk Seri Anwar . terlalu ghairah untuk kaya ! Saya akan dapatkan pengesahan cerita 3 tahun lalu ini daripada staf Pejabat Datuk seri Anwar .
Kalau manusia sebegini boleh melakukan perbuatan tersebut , saya yakin beliau boleh melakukan apa sahaja untuk hidup senang dengan melakukan pengkhianatan sebegini . Saya yakin Rahimi sememangnya berbohong !

PRK Galas: 4 Nov undi, 26 Okt penamaan calon

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.


Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

"Pengundi di Galas ini, yang berumur 21 tahun pun ada, yang lebih 100 tahun pun ada, yang paling tua berumur 111 tahun," katanya.

SPR juga, katanya, telah menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini, akan diadakan di Bilik Gerakan dan pejabat Tanah Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 saluran.

Wan Ahmad juga berkata 323 petugas telah dilantik oleh SPR bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu.

Beliau berkata kira-kira RM1.3 juta diperuntukkan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu berikutan kawasannya luas dan melibatkan empat pusat mengundi yang perlu menggunakan perkhidmatan helikopter.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Dalam Pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan lebih 81 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu, iaitu peratusan dalam pilihan raya umum lalu berikutan tumpuan kini terarah pada kawasan berkenaan.

Katanya, bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa bagi setiap pasukan.

Beliau turut meminta parti-parti politik, calon, petugas, penyokong parti serta individu lain yang terlibat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan.

( malaysiakini )

walaupun demam , hari ini Bengkel OPSEL siri 1/2010 tetap kena uruskan

Badan betul-betul tak sihat . Selsema , batuk dan sakit-sakit badan terpaksa kena tahan . Hari ini sepertimana dijadualkan bermula Siri 1/2010 BENGKEL OPSEL ( Operasi Pertahankan Selangor ) di Prescott Hotel , Klang , Selangor . SELKAD ( Sakretariat Latihan dan Perkaderan Selangor ) adakan 6 Siri latihan dengan kerjasama Jawatankuasa Pilihanraya Pusat ( JPRP ) .
Bermula hari ini 6 & 7 Oktober 2010 untuk Penyelaras Komunikasi ( PKom ) . Kemudian siri 2 - 6 akan ditumpukan kepada cabang-Cabang seluruh Negeri Selangor . Modul akan tertumpu kepada persiapan menghadapi pilihanraya . Ilmu yang wajib dihadami oleh seluruh pengerak parti dalam persiapan hadapi pilihanraya .
Fokus kita adalah untuk memenangi pilihanraya akan datang . Lebih-lebih lagi dalam usaha muafakat untuk mempertahankan Selangor untuk terus kekal di bawah Pakatan Rakyat . Semoga usaha ini menghasilkan kejayaan sepertimana diharapkan .

FMT Dianggap Bersuara Seperti Utusan Malaysia


SHAH ALAM 5 Okt - Tindakan portal berita FreeMalaysiaToday (FMT) yang dilihat cuba melaga-laga serta memburuk-burukkan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diibaratkan sebagai 'gunting dalam lipatan' dan 'api dalam sekam'.
Peribahasa ini dikaitkan dengan FMT apabila portal berita itu menyerang pimpinan utama KEADILAN iaitu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan lalu.
Ini terbukti dengan paparan artikel, berita dan ulasan yang menghentam kepimpinan Anwar serta pimpinan kanan parti antaranya berhubung isu KEADILAN Sabah dan lebih nyata lagi ketika kempen Pemilihan 2010 yang berlangsung sekarang.
Antara tajuk artikel yang dimuatkan di dalam portal tersebut yang dianggap anti-Anwar dan KEADILAN adalah seperti 'Mahathir kicked Anwar out of UMNO, yes, but who will now kick UMNO out of Anwar?', 'Why Anwar will not enter the fray in PKR polls', 'PKR election mess fault of Anwar-Azmin', 'Anwar is a liar, says Muhyiddin' serta 'PKR to kick our Zaid?'
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa menyifatkan sikap FMT itu menunjukkan ia seolah-olah berniat memporak-perandakan KEADILAN dengan serangan terhadap parti serta barisan kepimpinannya.
"Kita sebagai anggota parti berasa kesal dan kurang senang dengan agenda mereka ini. Mereka nampaknya amat senang mengkritik segala isu dalaman parti khususnya terhadap Anwar sebagai Ketua Umum.
"Kalau kita tengok fokus FMT adalah menyerang Anwar bertubi-tubi dan tidak ubah seperti 'gunting dalam lipatan' atau dalam peribahasa lain, 'api dalam sekam'," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Menurutnya lagi, perkara sebegini seharusnya tidak berlaku dan wajar dihentikan jika benar-benar portal itu bebas seperti mana slogannya 'free and independent' atau bebas dan berkecuali.
FMT katanya lagi, harus menghentikan tindakan mereka yang dianggap seperti ingin mewujudkan polemik dan ketidakstabilan dalam KEADILAN.
Sebelum itu, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali turut menyelar FMT yang disifatkan berlagak seperti lidah fitnah Umno, Utusan Malaysia walaupun ia dilihat sebagai pro-Pakatan Rakyat.
Dr Syed Husin di dalam twitternya berkata FMT 'sama naik dengan Utusan burukkan KEADILAN. Mereka percaya dengan apa yang mereka goreng tetapi yang masak lain.'
Fariz turut bersetuju dengan pandangan Dr Syed Husin sambil berkata FMT bertindak bukan sahaja seperti Utusan malah mirip sikap pemimpin Umno yang menyerang KEADILAN tanpa asas, fakta dan secara tidak bertanggungjawab.

( suarakeadilan online )

Keputusan penuh pencalonan hari terakhir

Presiden
(Berdasarkan keputusan daripada 141 cabang)

Dr Wan Azizah Wan Ismail - 123
Anwar Ibrahim - 15
Zaid Ibrahim - 3

Timbalan presiden
(Berdasarkan keputusan daripada 171 cabang)

Azmin Ali - 102
Zaid Ibrahim - 38
Mustaffa Kamil Ayub - 17
Tian Chua - 5
Khalid Ibrahim - 4
Wan Azizah Wan Ismail - 3
Fuziah Salleh - 1
Nurul Izzah - 1

Naib presiden (4 tempat)

Fuziah Salleh - 115
Shamsul Iskandar Md Akin - 45
Lee Boon Chye - 35
Mustaffa Kamil Ayub - 34
Mansor Othman - 30
Tian Chua - 26
R Sivarasa - 25
Nurul Izzah Anwar - 22
Khalid Ibrahim - 17
N Gobalakrishnan - 16
Azmin Ali - 13
Ansari Abdullah - 13
Chua Jui Meng - 12
Jeffrey Kitingan - 11
Xavier Jayakumar - 10
Yahya Sahri - 9
Zaid Ibrahim - 7
S Manikavasagam - 7
Mohd Noor Manuty - 6
Suresh Kumar - 6
Abdullah Sani - 4
Saifuddin Nasution - 3
Zamri Yusof - 3
Saiman Marzuki - 3
Badrul Amin Baharon - 3
Yusmadi Yusoff - 3
Jimi Donald - 2
James Ghani - 1
Kamarul Baharin Abbas - 1
Baru Bian - 1
Hee Loy Sian -1

Setiap calon memerlukan dua pencalonan minimum untuk melayakkannya bertanding bagi semua jawatan di peringkat pusat.

*Terima kasih kepada yang mengundi tetapi pastikan pemilihan yang akan dilakukan nanti adalah tepat dan jangan kita khianati parti dengan mengundi individu yang tidak mempunyai semangat perjuangan yang sebenar-benarnya.

Isnin, 4 Oktober 2010

CERMIN KERETA DIPECAHKAN DI PARKING DEPAN QUALITY HOTEL

Hujung minggu ini saya sibuk dengan Program Jatidiri SELKAD Rakan SKS Mahasiswa di Quality Hotel , Shah Alam . 2 Oktober 2010 , saya tiba di Quality Hotel jam 9.10 pagi , turunkan barang-barang kursus , kerana pendaftaran bermula jam 10 pagi .
Dalam lebih kurang jam 9.45 pagi saya turun selepas semua persiapan pendaftaran siap dan duduk depan hotel , kerana bercadang nak sarapan pagi . Muzafeq turun terus ke kereta . Tiba-tiba dia panggil saya . saya terus ke kereta . Saya terkejut kerana dapati diruang belakang , berterabur cermin kereta atas tempat duduk belakang kereta naza citra saya. Rupanya cermin kereta belakang telah pecah .
Beg Polo yang saya selalu bawak ke mana-mana , ke seluruh PRK . ke luar negara turut tiada . Muzafeq juga beritahu beg galasnya pun sama hilang . Adus , rupanya dah kena curi . Kain sampin tenun yang dihadiahkan oleh Datuk Seri Anwar alhamdulillah masih ada di ruang belakang , Mungkin tak sempat untuk di ambil oleh pencuri celaka tersebut .
Syukur beg laptop saya dah saya ambil daripada awal lagi. Kalau tak naya lah saya , semua maklumat dan kerja-kerja training saya ada dalam tu. Jawabnya tak berkursus camner la budak-budak mahasiswa tu.
Yang sedihnya beg yang saya sayang kenangan saya beli di Langkawi dah tak ada . Beg Polo original pulak tu. dalam beg ada pakaian yang saya sayang , termasuk beg alatan peribadi saya , Rupanya kotak caflin saya juga ada dalam beg tu. Caflin yang saya beli di Ankara Turkey , yang saya beli di Madinah dan yang baru 2 minggu saya beli pun sama hilang sebab ada dalam beg polo tu.
Keselamatan hotel beritahu ini adalah kejadian pertama dalam sejarah hotel . Saya mintak Muzafeq buat report . Aduan kepada pengurusan hotel dan report pada pihak polis .
Ada kawan cakap kejadian agak pelik , sebab berlaku pagi . Pencuri tak buat kerja macam ni pagi-pagi , kereta pulak parking depan hotel , tepi jalan , kemungkinan ini kerja SB untuk dapatkan maklumat . Mungkin mereka ingat saya tinggalkan laptop dalam kereta . Ada kata mungkin kerja UMNO yang dah lama intip pergerakan saya . Entah lah , yang pasti semua kenangan saya dah dibawa lari. dah dicuri.
sedih dan letih......

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kenyataan Branson Menjadi Indikator Jelas Buat UMNO-BN Untuk Laksanakan Reformasi Sistem

29 Sept 2010

Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Sir Richard Branson,usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Branson, dalam majlis khas di Kuala Lumpur semalam, tuntasnya senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Dato’ Seri Anwar. Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah.

Tatkala imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini,j ika dibiar berterusan, pastinya mengesani persepsi masyarakat dunia ke atas imej Malaysia. Justeru KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Branson itu dan diharap menjadi indikator jelas buat Umno-BN untuk melaksanakan reformasi sistem.

KEADILAN konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama. Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Presiden

Parti Keadilan Rakyat

Pengumuman Biropolitik Parti Keadilan Rakyat

30 September 2010

Biropolitik KEADILAN di dalam mesyuarat pada malam 29hb September, dipengerusikan oleh Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail , telah membuat keputusan berikut:

a) meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat menyiasat dengan berdasarkan klip-klip video, tentang mana-mana anggota yang melakukan keganasan, kekecohan dan tindakan liar lain yang melanggari Kod Tatalaku Pemilihan parti bertujuan untuk menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan di beberapa buah Cabang KEADILAN dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen.

b) mengkaji kes-kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan Parti serta pimpinan melalui media, selepas kalah dalam pemilihan.

Sementara itu Birpolitik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa –apa keputusan yang telah diambil untuk apa-apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini.

Harap Maklum.

Political Freedom and Liberal Democracy in the Islamic World

Speech by Anwar Ibrahim, Parliamentary Opposition Leader of Malaysia at the German Council on Foreign Relations (DGAP), Berlin, 30th September 2010

Let me begin with the poet and philosopher Muhammad Iqbal, a towering figure in the landscape that we are about to traverse this evening, a bridge, if you will, over the gulf that is said to separate the East and the West, between Islam on one side, and freedom and democracy on the other.

In his poetic answer to the West, the Payām‑e‑Mashriq, Iqbal sets up the epiphanous encounter between Jallaludin al-Rumi and Johann Wolfgang von Goethe not on earth but up in the heavens. Reciting Faust, his magnum opus, Goethe convinces Rumi that here is one enlightened soul who understands the Great Mystery. We know that Iqbal’s Payām‑i‑Mashriq itself was greatly inspired by Goethe’s West-östlicher Diwan (West-Eastern Divan) which in turn drew its inspiration from the great 14th century master of the Persian ghazals Hafiz Shirazi. “Ad-Diwan Sharqi lil Mu’allif al-Gharbi,” these were the words inscribed in the original script by Goethe himself on the title page, and it may be literally rendered as “The Eastern Divan by the Western Author.” So, in an atmosphere of mutual respect and admiration, West meets East, and East meets West and the process goes back and forth.

Today, however, the encounter seems to have taken on a slightly different keel. For simplicity, it looks something like this: West tries to meet East by first tossing a couple of bombs; East says no thanks by firing a couple of missiles in return; West feels outraged and burns their books of wisdom and religion, and East goes berserk by blowing up their buildings.

My apologies for making light of the situation but the point is that the discourse today more than ever before is blindsided by hatred and misunderstanding giving rise among other things to “freedom and democracy phobia” on the one hand and Islamophobia on the other. This sets the stage for the clash of ideals and values, between political freedom and democracy on the one hand and Islam on the other. Yet in spite of this initial alarm and sabre-rattling war cry, I am quite certain that the clash is more imagined than real. I’m not suggesting that Islamophobia doesn’t exist; indeed it very real but it is borne by falsehood, and fuelled by irresponsible parties from both sides of the divide. The upshot is stereotyping and cliché mongering about what Islam represents.

Now because of the disparate actions of certain people conducting themselves in the name of the religion, we find ourselves in a quagmire of false notions about Islam: that it is anti-freedom, anti-democracy, that it enjoins murder and mayhem, promotes divisiveness and exclusiveness and so on and so forth.

So, let us try to clear the fog that has descended on the discourse. Firstly, there is essentially no incompatibility between Islam and democracy. To say that it is infeasible for Muslim-majority countries to practice constitutional democracy is to fly in the face of reality. Let’s start with Turkey, a fine example of a liberal democracy where the majority of its population are Muslims. They have free and fair elections, they have a proper judicial and legal system, they have fundamental liberties protected by the constitution and they have a relatively free press. You will not be prosecuted simply because you are a leader of the opposition party and the police won’t beat you up just because you criticise the government. You can go about your daily business without the fear that at any time the authorities may just raid your homes and put you behind bars without a trial.

Now, the recent referendum of the Turkish people in favor of fundamental constitutional changes including imposing further constraints on the role of the military is clear testimony that democracy is alive and well. Detractors would like to suggest that it is so because it has chosen to depart from Islamic practices. We beg to differ. We would like to see it as a classic example of what a Muslim nation can achieve if its leaders remain faithful to the core values of Islamic statecraft: modernist, moderate, progressive and tolerant with justice and the rule of law as a motto for governance. In this regard, Turkey’s Muslim leaders fortified by the principles of liberal democracy, stand in sharp contrast to the autocrats and dictators in some other Muslim countries.

Indonesia is yet another good example of the practice of political freedom and liberal democracy in a nation with a predominantly Muslim population. Of course, they had to go through the entire political evolutionary process to come to where they are today. After gaining independence from the Dutch, they had a brief experiment with democracy but it was short-lived and after May 1965, Indonesia came under the dictatorship of Suharto during the so-called New Order era. And this went on till the 1998 collapse which set forth the era of Reformasi. Now, just to get an idea of how alive and well democracy is in Indonesia, just switch on to their television stations and without fail, there will be aired daily forums and discussion sessions highly critical of the ruling party and the President. I am not suggesting that the system is perfect or that they have attained full democracy but at least most of the essential elements of a vibrant democracy are in place. Just move over to the neighbouring Muslim majority nation and we can see the stark differences. And the absence of real democracy in that neighbouring country as well as other Muslim majority countries has very little, if any, to do with Islam. Islam, I would say, is getting a pretty raw deal here because of the actions of these tyrants, dictators, autocrats and pseudo-democrats.

But are we denying that there is a problem of Islamic fundamentalism? Is the problem of extremists, of terrorists and of suicide bombers a figment of the imagination? Of course not. That is a complex issue but the hypotheses of correlating various acts with Islam are mere correlations and do not reflect the causal links. The underlying causes must be studied and steps taken to address them if we are to see any resolution to these issues.

As for the claim by some that fundamentalists are gaining traction on the political front in certain Muslim countries, the problem is largely blown out of proportion. It is true, however, that ideological rigidity is not conducive to the promotion of constitutional democracy. It is partly because of this rigidity that sees some fundamentalists citing so-called sabre-rattling verses from the Holy Book to condone acts of violence in the name of jihad. We, however, maintain that Islam prohibits violence and terror by virtue of the principles of moderation and the protection of life, limb and property. The objectives of the religion are clear: jihad enjoins on Muslims to do good and prevent evil, establish justice, promote goodwill and charity and help the weak and the needy. It is not a war cry, let alone one to justify mayhem and murder. Above all, jihad enjoins Muslims to maintain peace and harmony and safeguard the sanctity of life and property. But it remains incumbent on reformists and progressives to make it clear that Islam is for all time. Modernity is not anti-thetical to Islam. Casting the religion in stone is.

For those countries still bent on remaining static, we would urge them to democratize.

I make this call on the platform of Islam itself. Because Islam enjoins the faithful to uphold equality, justice, and human dignity, the resolve to embrace constitutional democracy is a reaffirmation of these principles. Our message is consistent on this: hold free and fair elections, ensure the separation of powers and guarantee fundamental civil liberties including allowing the full participation of women in political life. Put an end to vindictive prosecutions, arbitrary arrests, and the use of the state apparatus to silence political dissent.

On the question of the democratization process itself, I call on certain powers to stop practising double standards. Please do not blow hot and blow cold. Human rights violations are violations no less. We cannot allow some countries latitude in this and condemn them in others. The diplomacy of “you give me this, and I’ll give you that in return” is well and good in certain matters but not so if it is a betrayal of the cause of democracy and freedom.

The hypocrisy has to stop unless of course we want to see Muslim societies continuing to languish under dictatorships, autocracies and sham democracies. Sham democracies as you know are now the rage particularly in Southeast Asia. They are more insidious and pose a greater threat to political freedom and constitutional democracy than even dictatorships and autocracies. Dictatorships and autocracies are at least clearly visible and we know that they cannot by any stretch of the imagination pretend to be democracies. Sham democracies on the other hand come well armed with the trappings of democracy. We can’t see or in certain cases we pretend that we can’t see that they are masquerades perpetuating injustice, human rights abuses and corruption.

With the entire state apparatus at their disposal, they rob and plunder the nation’s wealth and resources, imprison dissidents without trial, deny press freedom and render the judiciary into a spineless organ of state whose existence is to serve their political survival. Yet, and this is the most insidious part, their leaders are recognised as leaders of the “free and democratic world” standing shoulder to shoulder with the leaders of the established democracies.

So, this begs the question whether there has been any real progress in political reform in the Muslim world apart from Turkey and Indonesia. Certain states even in the Middle East appear to be moving towards democracy but the rhetoric often exceeds the reality. Nevertheless, let us not be confused about what the real issue is. It is not whether Islam and democracy are compatible but whether leaders in Muslim countries will uphold freedom and democracy. Nor is it a problem about the East being at loggerheads with the West. If I may just conclude with a few lines from Iqbal’s Zarb-i-Kalim:

Shun neither the East

Nor fear the West
For it is Nature that sets

you turning each night

(wherever you may be)

To the morning bright”

Thank you.

Khamis, 30 September 2010

APA DAH NAK JADI ? KENAPA HARUS 'BOGEL'KAN CERITA 'RUMAHTANGGA' SENDIRI ????

Isu KECOH dalam MATC dan pemilihan Keadilan ( khususnya ) benar-benar membuatkan saya rasa sedih dan kecewa . Semalam Berita Jam 12 TV1 menyaksikan bagaimana isu tersebut dimainkan oleh media milik UMNO/BN ini. Lebih mengecewakan wajah-wajah yang saya kenal sanggup menggunakan media terutama TV1 mengutuk , mengkritik pemimpin dan parti sendiri .

Seolah-olah parti sudah tiada saluran untuk menyampaikan bantahan , ketidakpuashatian dan kritikan . Adakah tidak rasa bersalah bagi mereka yang mengguna media UMNO ini menghentam pemimpin dan parti sendiri ? Adakah sudah tertutup segala pintu untuk mereka membuat aduan , bantahan dan rasa tidak puas hati mereka ? Bukankah ini melibat isu dalam parti ? Apa yang berlaku dalam "rumahtangga" sendiri perlukah didedahkan untuk khayalak umum ? Bukankah tindakan tersebut 'menikam' diri sendiri ?

Ulasan pembaca berita terhadap apa yang berlaku bukan main lagi. Terus menyerang dan menimbulkan persepsi negatif . Di lihat seolah-olah parti ini sudah hilang keyakinan daripada ahli dan pemimpin parti ini terlalu teruk , malah sedang menuju kehancuran ! " Bola Tanggung " yang diberikan untuk mereka untuk "smash" kita ! Terkedu dan terdiam saya..

Saya pasti tidak ada rasa bersalah mereka yang berbuat demikian . Mungkin mereka rasa amat puas hati dan gembira dengan kenyataan yang mereka lakukan . Saya tidak anti kepada kebebasan bersuara, saya bersetuju jika menyuara rasa tidak puas hati . Tetapi kenapa harus guna media untuk dedahkan apa yang berlaku , kritikan atau rasa marah kita ? Lupakah kita , kita jugak yang dulu yang menyatakan BOIKOT kepada media milik UMNO ini ? Tapi bila kita marah dan rasa tidak puas hati , kita lupa diri kita ! Lupakah kita bahawa kita sedang 'telanjang' kan diri kita di hadapan rakyat ? Sedangkan masih boleh digunakan pelbagai saluran dalam parti untuk menyuarakan semua rasa kurang senang , bantahan atau aduan .

Akhbar milik UMNO atau Sesawang juga digunakan sehebatnya menyuarakan tindakan 'hero' mereka . Saya bukan anti demokrasi . Tetapi perbuatan tersebut tidak seharusnya berlaku . Adakah wajar masalah 'rumahtangga' hendak kita dedahkan kepada orang lain ? Isu 'dalam kain' wajarkah kita hebohkan ? Mereka akan 'spin' kebenaran , supaya akan hanya menampakkan keburukan kita . Saya tidak menafikan 'isu' atau 'hujah' yang mereka suarakan . Itu hak mereka , tetapi dengan sikap dan tindakan sedemikian sudah pasti keterlaluan . Saluran parti seolah dinafikan .

Saya mengharapkan semua pihak sabar dan menggunakan pendekatan yang efektif . Saya tahu agak sukar mengawal emosi dan kemarahan . Tetapi tolonglah . Kenapa hendak 'bogel'kan pemimpin dan parti kita untuk umum ??????

Rabu, 29 September 2010

KEMUSYKILAN BERKENAAN DENGAN AKAUN 1MDB

Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.


Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM61 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payablesOther sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?


Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan. Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.


Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi? PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).


Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia. Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.

Justify Full


ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

ANWAR : Kerajaan gagal menarik minat pelabur

Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana. Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot. Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Dato' Sri Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur.

Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia. Tetangga kita itu menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia(World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara. Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap ini. Hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam masa 10 tahun, yang mana 92% dari jumlah tersebut datangnya dari pelaburan swasta, pastinya menimbulkan kemusykilan tatkala para pelabur bertindak menjauhi pasaran kita.

Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi. Secara tuntas saya tegaskan, para pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan. Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin. Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban.

ANWAR IBRAHIM

Mahyuddin cakap kenyataan Sir Branson satu nasihat!


Maklumlah kerja yang melambak di ofis untuk persiapan program hujung minggu ini membuatkan lupa untuk makan . saya bersama sahabat sdr Zarim ke Giant , Shah Alam untuk makan . Ubah selera sikit dari pada mengadap muka mamak belakang ofis. Saya dihubungi oleh wartawan TV selangor yang meminta saya mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyidin Yassin yang juga turut menjawab kenyataan Sir Branson yang menyatakan pelabur-pelabur tidak berminat melabur dan menjalankan perniagaan di Malaysia kerana kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan menghentikan kes atau isu lapuk dan tidak masuk akal ini sekiranya ingin memulihkan imej dan kepercayaan daripada para pelabur . Muhyiddin menganggap kenyataan serius sebegitu hanya sekadar satu nasihat . Sebelum ini ramai pemimpin UMNO mengkritik kenyataan Sir Branson terhadap kenyataan tersebut. Tapi nada lain yang diulas oleh Muhyiddin . Saya menjelaskan bahawa bersetuju dengan kenyataan Sir Branson . Malah sebelum ini Datuk Seri Anwar juga pernah mengeluarkan kenyataan media pada 18 September yang memetik : " Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana. Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot".
kenyataan Muhyiddin jelas bersifat politik yang bertujuan melunaki kenyataan Branson supaya dapat memberikan sedikit rasa positif terhadap apa yang berlaku yang secara jelas telah mengakibatkan pengucupan ekonomi negara .
Saya tegas menyatakan bahawa Muhyiddin hanya bermain 'wayang' . Dan sudah pasti 'nasihat' tersebut akan dibiarkan sebegitu sahaja kerana Muhyiddin mahupun Najib/Rosmah amat takut terhadap Datuk Seri Anwar dan tidak akan mengambil tindakan secara positif untuk membuang kes yang tak masuk akal ini dan berat sebelah .
Negara akan terus mendapat palitan kemerosoton akibat daripada kerakusan dan ketidakadilan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO/BN teruatama Rejim Najib/Rosmah yang takut kehilangan 'takhta' .

satu renungan yang bagus untuk dibaca dan di fikir..


Inilah hasilnya pelaburan bijak kerajaan Malaysia - enjin salai masak Kovalainen!

Berapa jutakah harga kenderaan paling laju di atas muka bumi ini? enjinnya juga pasti juta-juta harganya. Apakah kereta lumba Lotus Racing menggunakan minyak RON95 menyebabkan kebakaran itu berlaku, tidaklah diketahui. Tetapi apa yang diketahui ialah, enjin yang terbakar seperti gambar di atas, adalah 'total lost' sama sekali. Ia pasti mengundang kerugian yang besar.

Siapakah yang berada di belakang pasukan Lotus Racing? Tony Fernandez menjadi principle kepada pasukan ini. Orang yang bertanggungjawab memberi idea kepada penubuhan pasukan ini ialah Najib Razak. Asalnya, pasukan Lotus Racing sepatutnya berjenama pasukan 1Malaysia Racing Team, tetapi kebodohan mengatasi segalanya apabila kita melabur, mereka tetap meminggirkan nama 1Malaysia. Kesian dia, adalah lebih baik kalau pasukan ini tidak ditubuhkan dan dana itu dihenjut ke sektor pengajian tinggi umpamanya.

Untuk pengetahuan semua, 4 gergasi konglomerat telah melabur dalam pasukan Lotus 1Malaysia Racing Team. Antara syarikat konglomerat yang menyumbang adalah termasuklah Proton, Air Asia dan Kumpulan Naza dan jumlah yang dapat dikumpul ialah sebanyak 1 bilion. Daripada jumlah pelaburan ini, dapatlah Tony Fernandez mengemudi pasukan yang menduduki tangga terbawah dalam perlumbaan Formula 1.

Satu persoalan, apakah manfaat yang diperolehi oleh rakyat setelah negara mempunyai sebuah pasukan formula satu? Apakah anda pembaca setuju sekiranya saya katakan, ini adalah satu lagi projek pembaziran terancang kerajaan Barisan Nasional ?

Pembaziran itu dapat dielakkan sekiranya wang yang dapat dikumpulkan dari beberapa konglomerat terkemuka negara, dinamakan sebagai tabung khas biasiswa 1Malaysia. Ianya jauh lebih bermanfaat selain daripada memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan Malaysia apabila mahasiswa-mahasiswa yang diberi biasiswa ini akan kemudiannya berbakti kepada kerajaan yang prihatin. Tetapi malangnya kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang zalim apabila menafikan hak pelajar untuk menerima biasiswa, malah kerajaan menjadikan pinjaman ini satu perniagaan apabila meletakkan kadar faedah sebanyak 4 peratus !

Berbalik kepada cerita formula satu, ada maklumat yang mengatakan jumlah yang dilaburkan oleh syarikat konglomerat ialah 500j tetapi harus diingat bahawa perbelanjaan tahunan untuk satu pasukan formula 1 adalah mencecah 1 bilion.

Ada rakan yang mengatakan kepada saya bahawa kerajaan tidak keluar walau satu sen pun untuk pasukan formula satu negara. Semua perbelanjaan yang mencecah 1 bilion semusim itu ditaja oleh badan swasta. Memang benar, kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun untuk pasukan formula satu. Tetapi janganlah kita menganga dengan auta yang cuba menyembunyikan fakta sebenar.

Walau berapa pun jumlah tajaan syarikat swasta untuk tujuan sukan negara, ia pasti akan menolak jumlah cukai tahunan yang dikenakan (income tax) terhadap mana-mana syarikat pun. contohnya, sekiranya syarikat A memberi tajaan RM 1 juta, maka apabila membayar cukai, RM 1 juta akan dikecualikan. Dalam masa yang sama, jumlah cukai yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Malaysia telah susut 1 juta di atas tajaan syarikat A terhadap sukan negara (termasuklah sukan formula satu). Jadi, adakah anda bersetuju jika saya katakan kerajaan telah terlibat secara langsung dalam perbelanjaan formula satu ?

Justeru, saya melihat kerajaan mempunyai kuasa untuk menekan konglomerat supaya mengambil bahagian bagi menubuhkan dana untuk dijadikan biasiswa. Seandainya kerajaan benar-benar mendahulukan rakyat sepertimana slogannya 1Malaysia, sepatutnya tabung biasiswa 1Malaysia lah yang menjadi pilihan untuk dibangunkan, bukan sebuah pasukan formula satu.

Daripada jumlah RM 1 bilion setahun, tahukah anda berapakah jumlah mahasiswa yang boleh ditanggung oleh kerajaan melalui biasiswa percuma untuk setiap tahun?

Saya mengandaikan setiap mahasiswa yang mengambil sarjana ijazah memerlukan RM 40 ribu untuk keseluruhan yuran pengajian. Jika peruntukkan tabung biasiswa tajaan konglomerat (seperti jumlah mereka sponsor formula satu) adalah berjumlah 1 bilion, kerajaan hari ini boleh menghasilkan pengajian percuma terhadap 25 ribu pelajar IPTA dan IPTS untuk satu 'batch'. Jumlah ini boleh ditingkatkan dari tahun ke tahun, dan akhirnya lebih ramai mahasiswa akan menerima pengajian universiti secara percuma.

Tidak mustahil sampai di satu masa, semua pengajian adalah percuma dengan penglibatan seluruh konlomerat yang ada. Tidakkah ini menjadi satu kebanggaan ? Malangnya sekali lagi, kerajaan yang ada hari ini bukanlah kerajaan prihatin, tetapi sebuah kerajaan retorik apabila dengan muka tebal meletakkan ungkapan 'rakyat didahulukan' sebagai slogan kebangsaan.

Kerajaan yang ada hari ini harus ditumbangkan dengan segenap kekuatan rakyat dan juga termasuklah kekuatan mahasiswa, kerana telah berulang kali bertindak tidak bijak dan antara keputusan yang paling tidak bijak ialah - menubuhkan sebuah pasukan formula satu, berbanding menubuhkan tabung biasiswa tajaan konglomerat nasional.

Jika para pembaca tidak mahu melihat anak-anak kita menderita ketika menyambung pelajarannya nanti, inilah masanya untuk membuat perubahan. Keberanian para pembaca untuk berubah, pasti akan mengubah nasib anak-anak para pembaca semua, atau sekurang-kurangnya ia mengubah nasib anak bangsa. Tidakkah anda bangga, jika perubahan yang anda lakukan hari ini, menjadikan hari esok semua pelajar universiti menikmati pelajaran percuma untuk setiap semester yang dilalui.

Ingin saya konsi apa yang saya rasa. Saya mempunyai sepasang anak untuk dibesarkan, setakat inilah. Tidaklah dapat saya fikirkan sekiranya saya terkorban di mana-mana, apakah nasib anak saya nanti apabila pinjamannya tidak diluluskan kerana tidak punya penjamin. Bagaimana pula ingin membayarnya pinjaman pelajaran itu sekiranya gaji yang diterimanya tidak sehebat tuntutan kehidupan di sebuah metropolis.

Terus terang saya katakan secara duniawinya, saya hidup untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Justeru itu, jalan yang terbaik untuk memastikan anak-anak saya menerima habuan terbaik ialah, dengan menggerakkan perjuangan rakyat hingga kemenangan rakyat itu dicapai. Kerana apabila kerajaan zalim itu tumbang digantikan dengan kerajaan rakyat, apabila kapitalis itu tumbang digantikan dengan aspirasi kebajikan rakyat. Ketika itu jika ditakdirkan saya mati, saya akan mati dalam penuh ketenangan apabila nasib anak-anak dan anak bangsa akan lebih terjamin - apabila pelajaran itu adalah percuma.

Artikel yang bermula garang tadi saya akhiri dengan sebuah emosi yang agak sentimentel kerana apa yang diperkatakan ini bukan hanya mengenang nasib anak bangsa, malah ia secara terus mengenai nasib anak sendiri.

Tekadlah dengan istiqomah, kerajaan zalim harus tumbang menyembah bumi !! Reformasi rakyat ini akan membuahkan revolusi yang akan bermula ketika robohnya sebuah kerajaan legasi penjajah ! LAWAN TETAP LAWAN !!!!!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION