klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 19 Oktober 2010

UEM dan KWSP: Pampasan RM5 bilion jika tol tidak naik

"Pampasan maksima RM5 bilion" menyusul, sebaik sahaja rakyat diumumkan khabar baik bahawa "kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak dinaikkan untuk lima tahun", ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan tahun 2011, Jumaat lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai ketika ditanya selepas pembentangan Belanjawan 2011 oleh Najib Razak, berkata kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi, lantaran keputusan untuk tidak menaikkan tol selama lima tahun. Namun demikian, Donald Lim enggan mengulas lanjut berhubung isu ini.
Bagaimanapun, kenyataan ini bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh UEM Group (yang dikuasai Khazanah Nasional) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sidang media pada hari ini. UEM Group dan KWSP mengambil-alih PLUS Expressways Berhad dengan RM 23 bilion pada 15 Oktober.
Menurut UEM Group dan KWSP, kerajaan telah berhutang dengan syarikat konsesi lebuh raya sejumlah RM2.5 bilion, setakat 30 Jun 2010. Malah, kerajaan dianggarkan perlu membayar pampasan maksima RM5 bilion seandainya tidak menaikkan kadar tol untuk lima tahun, mengikut perjanjian konsesi asal. Dengan kata lain, kerajaan mungkin perlu membayar RM7.5 bilion dalam masa lima tahun yang akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Izzaddin Idris (gambar kanan) berkata, UEM Group dan KWSP telah mengambil-kira risiko komersialnya ketika mencadangkan pengambil-alihan dengan nilai RM23 bilion. Jadi, penawaran RM4.60 untuk seunit saham telah mengambil kira faktor "kadar tol tidak dinaikkan untuk lima tahun".
Bagaimanapun, pihak UEM Group dan KWSP bersedia untuk berunding dengan kerajaan dalam isu perjanjian konsesi baru dan pampasan dalam tempoh beberapa bulan yang terdekat.

Isnin, 18 Oktober 2010

isu memorandum taubat

Saya telah dihubungi oleh wartawan Sinar Harian berkaitan isu memorandum taubat kepada DSAI oleh kononnya 60 orang ahli AMK pada 16 Oktober 2010 , sewaktu semua sedang sibuk dan bergembira dengan hari pencalonan Pemilihan 2010 di HQ Keadilan , Torpicana .

Malah keesokkannya pulak , Berita Harian mengeluarkan berita tersebut malangnya gambar adalah tidak betul . Marah betul kawan-kawan terutama sdr. Hairiz yang juga Ketua AMK Melaka bila gambar beliau dikeluarkan oleh Berita Harian yang kononnya bersama rombongan AMK yang menghantar memorandum Taubat tersebut . Sedangkan gambar tersebut adalah mengiringi Sdr Shamsul Iskandar yang menghantar pencalonan bertanding Ketua AMK Malaysia . Memang jelas Berita Harian adalah Berita Pembohong !

AMK Pulau Pinang juga mengeluarkan kenyataan bahawa hanya 5 orang terlibat bukannya 60 orang yang dilaporkan dalam Berita Harian . Malah mereka semua memang telah dipecat daripada ahli parti .

Sinar Harian hari ini keluarkan kenyataan saya berkaitan isu tersebut . Saya tegaskan yang perlu bertaubat adalah mereka yang menghantar memorandum tersebut . Bukan DSAI . Saya yakin ianya adalah didalangi oleh mereka yang ingin menimbuklkan polemik dan bersikap untuk menghuru harakan keadilan yang dipimpin oleh DSAI .

Ahli-ahli parti akan sentiasa berdiri teguh bersama-sama DSAI dan kekuatan parti ini ialah DSAI . Ahli-ahli parti disemua peringkat akan terus menyokong kepimpinan DSAI .

Malah wartawan TV Selangor juga menghubungi saya dalam isu yang sama , dan saya terus menyatakan pendirian yang sama bahawa apa yang berlaku adalah merupakan tindakan jahat yang didalangi oleh mereka yang telah pun melompat parti dan bertujuan untuk mempertikaikan kredebiliti DSAI . laporan Berita Harian adalah jelas bohong yang kononnya 60 orang ahli AMK Pulau Pinang yang menghantar memoran dum tersebut adalah fitnah yang dilakukan oleh Berita Harian .

Keyakinan saya dan seluruh ahli-ahli parti tetap teguh menyokong DSAI sebagai Ketua Umum dan setia bersama-sama beliau dalam parti perjuangan ini .

memorandum Taubat : hanya 5 orang bkn 60 orang

PERMATANG PAUH 18 Okt - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Md Ghazali menafikan seramai 60 ahli AMK negeri itu dan juga Perak terlibat dalam penyerahan memorandum kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hari penamaan calon di ibu pejabat parti Sabtu lalu.

Malah beliau menyanggah dakwaan 60 individu yang mengaku ahli AMK sebagai satu pembohongan dan fitnah yang sengaja direkacipta.


Seorang dari bodyguardnya telah menghilangkan diri..
dipercayai telah sakit perut..


"Jumlah yang dilaporkan oleh media adalah tidak logik sama sekali. Berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh AMK Pulau Pinang, kita mendapati hanya lima sahaja individu yang terlibat dan bukannya 60 orang.


"Mereka ini pula adalah ahli yang telah dipecat. Salah seorang dari mereka adalah anak kepada petugas bekas Ahli Parlimen Bayan Baru yang masih setia dengan Ahli Parlimen tersebut, " kata Amir ketika ditemui pada majlis meraikan 105 jemaah haji oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini semalam.

Ahad, 17 Oktober 2010

kemeriahan hari pencalonan PEMILIHAN 2010






saya dengan rasmi menawar bertanding MAJLIS PIMPINAN PUSAT



16 Oktober 2010 , saya telah menghantar borang penamaan calon sebagai AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT ( MPP ) . Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua cabang-cabang yang telah mencalonkan saya dalam MATC tempohari . Semoga dapat diterjemahkan dalam kertas undi sewaktu pemilihan yang telah dijadualkan sepertimana yang ditetapkan oleh JPP .

Kali ini begitu ramai yang bersedia menjadi calon MPP . Pastinya sengit dan hebat . Kita raikan amalan demokrasi yang memberi ruang kepada semua ahli yang layak bertanding dari pencalonan dalam MATC menawarkandiri berada dalam saf kepimpinan tertinggi parti . Semoga perjalanan kempen dan meraih undi berjalan dalam suasana harmoni , kekeluargaan dan beretika .

Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT BERTANDING kepada semua calon2 yang menawarkan diri bertanding dalam Pemilhan 2010 ini .

Muafakat kita menuju Putrajaya !

Sabtu, 16 Oktober 2010

azmin ali calon timbalan presiden


Mengiringi YB Azmin Ali ke penamaan calon !
Jam : 10 pagi
Tempat : HQ Parti Keadilan Rakyat

Pidato Manifesto YB Azmin
Jam 3 petang
Tempat : Dewan Sivik MPPJ

Datanglah beramai-ramai

Bajet utamakan BN, petanda pilihan raya dekat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Bajet 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-BN.

Berikutan itu, beliau yang juga setiausaha agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri di bawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Katanya, pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan.

"Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan, namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut?" soalnya.

Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi.

"Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu.

Bagi ahli parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa pula, bajet yang dibentangkan Najib itu memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

"Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka.

"Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada sama ada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa, contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainya dan juga industri yang ingin diperkembangkan dalam negara kita," katanya yang juga timbalan presiden PAS.

Ahli parlimen Kubang Kerian yang juga naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentang, menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi sebenarnya satu perangkap yang akan membebankan rakyat.

"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan.

"Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada projek mega yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata Salahuddin.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli parlimen yang lain bahawa ia merupakan gula-gula pilihan raya.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR.

terima surat dan borang pencalonan MPP . Terima kasih 58 cabang yang mencalonkan saya


Saya telah menerima surat daripada Ibu Pejabat parti daripada Puan Janna untuk pencalonan sebagai MPP dalam pemilihan 2010 . Diberitahu saya telah dicalonkan oleh 58 cabang yang telah mengadakan MATC tempohari .

Saya ucapkan jazakallah dan terima kasih di atas sokongan dan pencalonan saya kepada semua cabang-cabang yang telah mencalonkan nama saya sebagai MPP . Jasa baik tuan / puan sangat-sangat saya hargai dan dapat diterjemahkan kepada undi .

16 Oktober 2010 , hari penamaan calon jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat


16 Oktober 2010 ialah hari pencalonan semua jawatan di peringkat nasional . Calon-calon yang layak bertanding akan mengemukan borang pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat bermula jam 10 pagi hingga 6 petang .

Kali ini sudah pasti ramai tokoh-tokoh hebat akan menawarkan diri bertanding di semua jawatan iaitu Majlis Pimpinan Pusat ( MPP ) , Majlis Pimpinan Wanita , Majlis Pimpinan AMK . Pasti sengit dan hebat . Difahamkan ramai yang akan menawarkan diri bertanding di semua jawatan-jawatan yang telah ditetapkan berdasarkan perlembagaan parti .

Pelbagai persepsi , teori dan bicara kedai kopi akan terjawab esok . Siapa yang akan bertanding Presiden , Timbalan Presiden , Naib-Naib Presiden dan MPP . Begitu juga di peringkat AMK dan Wanita . Jawatan-jawatan penting parti akan menjadi tatapan dan perhatian semua ahli dan juga seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan pemilihan 2010 .

Pemilihan 2010 kali ini menggunakan kaedah terbaik , demokratik dan progresif . Seorang ahli satu undi . Diharapkan tiada sebarang kejadian negatif yang berlaku esok yang pasti sengaja diadakan bagi memburukkan reputasi parti . Insyaallah saya yakin tiada perkara yang tidak diingini berlaku .

Kita bertanding dalam suasana yang aman dan sihat . Mengimplimentasikan amalan demokrasi . Motif kita ialah menawan Putrajaya . Kali ini susana pemilihan sangat menarik . Malah juga menarik minat rakyat terhadap perkembangan parti . Diharapkan seluruh ahli Parti Keadilan rakyat akan menggunakan peluang ini untuk memilih pemimpin-pemimpin parti yang terbaik berdasarkan merit bukannya sokongan semborono .

Muafakat kita menuju Putrajaya !

Jumaat, 15 Oktober 2010

menghadiri Polling And Public Policy Development Workshop anjuran National Democratic Institute ( NDI ) di Mandarin Orental Hotel , Jakarta





bersama DS Anwar Ibrahim dalam pertemuan hormat kepada Naib Speaker DPR Republik Indonesia


12 Oktober 2010 , jam 3 petang , Kunjungan hormat Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Bapak Priyo Budi Santosa . Naib Speaker Dewan Perwakilan Rakyat ( DPR ) di Nusantara 3 , Dewan Perwakilan Rakyat , Jakarta , Indonesia .



wawancara anwar ibrahim di TV1 Indonesia : anwar ibrahim sosok reformis progresif

Saya baru sahaja tiba dari Jakarta , Indonesia . Terasa amat letih namun saya tahan untuk berkongsi pengalaman ini di sana . Saya tiba di Jakarta pada 12 Oktober 2010 . Saya diminta ikuti rombongan Datuk seri Anwar Ibrahim jam 2 petang ( waktu Malaysia - Jam 3 petang ) ke Dewan Perwakilan Rakyat ( DPR ) . Justeru kerana masih awal lagi dan perut sudah mula berkeroncong , selepas check-in di Grand Cemara Hotel di Jalan Cemara , terasa rindu untuk menjamah nasi Padang . Selepas bertanya lokasi restoran Nasi Padang yang hampir dengan hotel daripada pekerja hotel , kami terus bergegas jalan kaki ke Jalan Johar . Ahhirnya berjumpa Restoran Nasi Padang .

Masuk sahaja ke restoran tersebut , mata terpaku ke kaca TV . Kerana orang sedang diwawancara tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim . Tajuk diskusinya pun menarik ANWAR IBRAHIM SOSOK REFORMIS PROGRESIF .

DS Anwar Ibrahim benar-benar tenang menjawab soalan-soalan oleh pengacara cantik dalam segmen APA KABAR INDONESIA . Walaupun tidak dapat ikuti sepenuhnya wawancara tersebut , tetapi ianya berlegar dalam membicarakan komitmen tokoh negarawan terhadap politik , hubungan Malaysia-Indonesia dan peranan demokrasi .

Rakyat Indonesia begitu menghormati DS Anwar Ibrahim . Tokoh reformis yang disegani serta dilihat intelek. Rasa bangga dirasai .