klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 22 Februari 2011

BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

NONESenarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NONEBMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.

-malaysiakini

Lebih banyak profail DNA ditemui tetapi tak direkod

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBeliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

"Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.

Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.

“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.


azlanRam juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.

Dr Seah juga mengakui beliau gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali yang dijumpai pada seluar hitam tertuduh, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga kawasan sekitar duburnya.

“Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan."

Perkara ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada mereka.

Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.

"Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,” kata Ram.

Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa 'Lelaki Y' - DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.

"Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan,” katanya.

Menurut Seah, saksi pendakwaan kelima dan juga ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia, perkara itu tidak dicatatkannya kerana berpendapat ia tidak signifikan.

Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.

Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan.

Isnin, 21 Februari 2011

Apabila SPR tidak telus, rakyat pilih jalan raya – Anwar

KERDAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran kepada Datuk Seri Najib Razak supaya mengadakan pilihan raya secara telus dan adil jika tidak mahu rakyat memilih jalan raya.


“Jika pemerintah terus memanipulasikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melakukan penipuan, Pakatan Rakyat tidak teragak-agak menggerakkan jentera rakyat secara besar-besaran,” katanya.

Ucapan itu disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 15,000 hadir program ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat Kuala Krau di Markas Pas Kerdau, malam tadi.

Turut hadir ialah Naib Presiden, Tian Chua; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulangi ingatan kepada Najib supaya mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku di negara Arab melalui kejatuhan kerajaan di Mesir dan Tunisia.

“Bermula dengan pemecatan menteri, pelantikan Naib Presiden dilakukan rejim Mubarak untuk mengekal kuasa dan merompak harta kekayaan negara. Namun, rakyat sedar, maka tercetusnya penentangan di jalan raya,” katanya.

Ketua Pembangkang itu mengingatkan pimpinan Umno, rakyat kini celik dengan isu yang berlaku di negara ini.

“Sistem kehakiman semakin teruk, harga barangan semakin meningkat dan tiada peningkatan gaji, sedangkan pemimpin Umno diberi kontrak berbillion ringgit.

“Baik isu komisyen kapal selam sehinggalah kematian model Mongolia, namun tidak ada pun tindakan diambil,” katanya.

Fitnah II: Pakar DNA tidak catat bahan bukti dengan betul

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus digemparkan dengan keterangan Pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong dalam sesi soal balas tengahari ini.

Dalam keterangannya, Dr Seah mengakui tidak tahu bahawa bahan bukti yang ditanda sebagai eksibit A, yang diterima daripada DSP Jude Blacious Pereira merupakan sehelai bulu kemaluan. Sedangkan sewaktu menerimanya pada 1 Julai 2008, eksibit itu ditulis sebagai sehelai rambut.

11.37 pagi – Ram Karpal mempertikai mengapa Dr Seah melapor eksibit A sebagai bulu kemaluan (pubis) sedangkan sewaktu menerimanya daripada DSP Jude Pereira ia ditulis sebagai sehelai rambut.

“Adakah awak tahu ia bulu pubis semasa anda menerimanya?” tanya Ram Karpal.

“Tidak” kata Dr Seah.

“Awak tidak melapor seperti yang awak terima,” kata Ram Karpal.

“Saya lapor seperti yang saya terima selepas saya periksa,” tingkah Dr Seah.

11.32 pagi – Dr Seah memberitahu beliau menerima eksibit A hingga A7 pada 1 July 2008 daripada DSP Jude Blacious Pereira.

11.26 pagi – Ram Karpal terus mengasak Dr Seah kenapa beliau hanya melapor alel individu yang diketahui dalam laporannya tetapi mengabaikan alel individu yang tidak diketahui.

“Awak cuma laporkan alel Saiful Bukhari yang awak ketahui, alel (pasangan kromosom dalam DNA) individu lain yang awak tidak ketahui awak tidak laporkan!” kata Ram Karpal.

11.16 pagi – Hakim Zabidin menegur hadirin yang berbuat bising di galeri awam.

11.13 pagi – Ram Karpal bertanya kenapa Dr Seah tidak melaporkan kehadiran alel 18 pada sampel B9 sebanyak 28.4 peratus, putik kapas dari bahagian rektum bawah Saiful yang merupakan DNA lelaki ketiga yang tidak diketahui.

Sedangkan pada masa sama, kehadiran DNA Lelaki Y pada sampel B5, sebanyak 14 peratus dilaporkan.

“Kehadiran alel individu ketiga ini signifikan bukan?” tanya Ram Karpal.

“Ya,” jawab Dr Seah.

Selepas menjawab, Dr Seah terdiam seketika. Hadirin di galeri awam kelihatan berbisik-bisik sesama sendiri. Ram Karpal terus mengasak Dr Seah dengan soalan
berkaitan.

“Awak laporkan kehadiran alel yang rendah (Lelaki Y pada B5) tetapi awak tidak laporkan alel yang tinggi (lelaki tidak diketahui pada B9)!” kata Ram.

NEGARA BANKRUP JIKA UMNO/BN TERUS MEMERINTAH MALAYSIA

Source: www.beritasemasa.com

Tiga syarikat kroni dapat kontrak minyak RM2.45 bilion – Anwar

PULAU PINANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN).


Ketua Umum KEADILAN itu tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah,” katanya.

Kira-kira 10,000 penduduk setempat mengikuti ceramah Anwar di Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau memberi penerangan berkenaan beberapa isu semasa dalam negara kepada penduduk di Pulau Pinang diselang-seli ‘usikan’ kepada pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).

Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ceramah itu, Ketua Pembangkang itu mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji Buku Jingga kepada rakyat termasuk mengurangkan harga minyak serta merta apabila mentadbir Putrajaya.

Beliau juga memberi jaminan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Umno pula, tidak akan ditindas mahupun dipenjarakan seperti amalan parti pemerintah itu terhadap pimpinan pembangkang.

“Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia,” kata Anwar disambut sorakan meriah dan tepukan gemuruh daripada hadirin.

Anwar juga mendedahkan gelagat Datuk Seri S Samy Vellu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, betapa Menteri Kerja Raya itu sentiasa mendesaknya menaik tol.

“September 1998, saya dipenjarakan, Oktober tol naik. Tak lama lagi, mungkin menteri berkenaan dianugerah Tun, Tun Tol,” kata Anwar disambut sorakan hadirin.

Kecelaruan Fitnah II

Anwar turut menyentuh kecelaruan pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes Fitnah II yang sedang berlangsung antara 14 Februari lalu hingga 25 Mac depan.

“Pendakwa sekarang bercelaru dengan bukti mereka sendiri. Pertama, muka surat laporan lain. Yang dia bagi saya dengan yang ada pada mereka, tak sama.

“Kedua, bukti tambahan. Mula-mula dalam laporan, bukti ditanda sampai B11. Tiba-tiba hari bicara, jadi B12 pula,” kata Anwar.

Beliau yakin kecelaruan itu adalah berkat doa rakyat yang menolak fitnah jahat pemimpin Umno BN kepadanya.

‘Ahli Parlimen BN tak perlu pandai’

Dalam nada seloroh, Anwar mengulas pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN baru-baru ini.

Katanya, Najib memperuntuk masa tiga minit setiap seorang untuk sekadar memastikan mereka menyebut ‘setuju’ atau ‘tidak’ sahaja atas hal diusul Perdana Menteri itu.

“Kerja Ahli Parlimen BN tak payah pandai sangat, cuma kena pandai cakap ‘setuju’.

“Sebab itu bincang dengan Ahli Parlimen tiga minit, cuma kena tengok pandai sebut setuju atau tidak sahaja,” kata Anwar disambut hilai tawa daripada hadirin.

Ceramah Anwar berlangsung selama lebih sejam tamat menjelang pukul 12 malam. Sebaik tamat ceramah itu, hadirin berpusu-pusu berebut bersalaman dengan Anwar.

Program 100 Hari Pakatan Rakyat garis 3 tujuan utama

KUALA LUMPUR: Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang bakal dilaksana apabila Pakatan mentadbir Putrajaya adalah program tiga serangkai bertujuan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, mengurangkan perbelanjaan dan memperbetul masalah struktur di dalam masyarakat.

Demikian dinyatakan Pengarah Strategik KEADILAN, Rafizi Ramli dalam forum Buku Jingga di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam.

“Empat program dirangka untuk meningkatkan pendapatan rakyat, tiga program bertujuan mengurangkan perbelanjaan rakyat agar pendapatan bolehguna rakyat bertambah, sementara tiga lagi bertujuan memperbetul masalah struktur di dalam masyarakat, seperti Akta Keselamatan dalam negeri dan isu pendatang tanpa izin di Sabah,” kata Rafizi.

Forum tersebut dipengerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi dan turut disertai Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Pakatan Rakyat semasa Konvensyennya November tahun lalu melancarkan Buku Jingga yang menggariskan 10 agenda utama dalam Program 100 Hari selepas mentadbir negara.

Antara lain mereformasikan institusi penting seperti SPR,SPRM dan PDRM, mengambil alih konsesi lebuhraya, merombak struktur subsidi dan menaikkan gaji guru serta kakitangan pendidik.

Pakatan Rakyat juga berjanji untuk menghapuskan penswastaan pengurusan air, menyediakan Wi-Fi percuma kepada rakyat, membatal Felda Plantations, menaikkan royalti minyak sebanyak 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin di Sabah.

Rafizi, antara individu yang terbabit dalam merangka Buku Jingga menerangkan aspek bagaimana Program 100 Hari tersebut mampu dilaksana apabila Pakatan mentadbir negara.

Menurutnya, fokus utama Program 100 Hari tersebut adalah memastikan sebarang inisiatif ekonomi perlu sampai terus kepada rakyat kebanyakan.

“Perancangan kita tidak bertumpu kepada ‘pertumbuhan’ semata-mata seperti diuar-uarkan Barisan Nasional. Samada ‘pertumbuhan’ itu sampai ke bawah atau tidak, tidak pernah mereka ambil pusing.

“Pada pandangan Pakatan Rakyat, tidak kira betapa banyak pertumbuhan ekonomi berlaku, yang penting realiti ekonomi yang dirasai rakyat di bawah adalah perkara utama yang kita fokuskan,” kata Rafizi yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Tambah Rafizi lagi, realiti pada hari ini 40 peratus rakyat masih hidup di bawah paras kemiskinan. Satu keluarga dengan enam orang ahli dan berpendapatan cuma RM1,500 dianggap sebagai berada di bawah paras kemiskinan di negara ini.

Dalam usaha mengurangkan kos pula, kata Rafizi, penghapusan tol akan memberi rakyat lebih banyak pendapatan bolehguna kerana rakyat akan mengalami perbelanjaan pengangkutan yang lebih rendah dan sebahagiannya boleh diguna untuk pelaburan dalam aspek pendidikan yang akan menggalakkan mobiliti sosial.

“Bertentangan dengan pendapat pihak tertentu mengatakan penghapusan tol sebagai langkah populis semata-mata, harga barang dan perkhidmatan akan dapat diturunkan apabila kita menghapuskan tol.

“Ini kerana tol atau pengangkutan merupakan sebahagian daripada struktur kos barang-barang yang kita beli. Maka apabila tiada lagi tol, harga barang jadi lebih murah,” kata Rafizi.

Utusan didakwa manipulasi lagi ucapan Nik Aziz

Pejabat Menteri Besar Kelantan mendakwa bahawa Mingguan Malaysia memanipulasikan sebahagian kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan mendakwa beliau "akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan".

Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan laporan bertajuk 'Nik Aziz ubah nada' sebagai satu bentuk fitnah secara sistematik dengan memanipulasikan sebahagian kenyataan mursyidul am PAS itu, "demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah Umno itu". Katanya, akhbar tersebut sekali lagi menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat profesional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan.

Mingguan Malaysia - edisi mingguan Utusan - melaporkan Nik Aziz terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini. Akhbar itu juga melaporkan bahawa perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan PAS terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. pas convention shah alam 190211 nik abdul aziz nik mat at podium

Ahmad Fadhli menjelaskan bahawa laporan tersebut merujuk kepada ucapan Nik Aziz ketika merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jimanan PAS, yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Sebenarnya, tegas beliau, mursyidul am PAS itu merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain.

Menurut Ahmad Fadhli, petikan teks ucapan Nik Aziz yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut: “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini".

"Permainan akhbar Mingguan Malaysia boleh dilihat apabila hanya melaporkan kata-kata beliau seperti berikut: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.”

Oleh yang demikian, tegas Ahmad Fadhli, tidak timbul soal Nik Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi. Menurutnya, menteri besar Kelantan itu sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang Melayu, namun tidak menjadikan isu itu sebagai alat untuk menarik sokongan orang Melayu seperti Umno yang menurutnya mempergunakannya untuk kepentingan politik.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap akhbar tersebut tidak mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan sebarang laporan selepas ini dan berharap kerjasama dan hubungan baik akhbar tersebut dengan pejabat menteri besar Kelantan boleh diteruskan tanpa sebarang masalah. - malaysiakini

Ahad, 20 Februari 2011

Kabinet Bayangan : Najib Tidak Perlu Cabar PR tetapi Sahut Cabaran Debat Dahulu

Kenyataan DS Najib Razak tentang isu kabinet bayangan PR membuktikan beliau sudah kekeringan idea sehingga mencabar PR supaya mengemukan kabinet bayangan . Sudah ketiadaan isu sehingga seorang bertaraf Perdana Menteri mencetus satu isu yang terlalu dangkal dan dilihat beliau serta UMNO/BN yang sudah semakin tertekan .

DS Najib Razak cuba mengalih isu dengan mengutarakan isu kabinet bayangan supaya rakyat tidak lagi membicarakan berkaitan Janji Jingga PR yang mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat . Kerisauan DS Najib Razak dapat dirasai terutama Janji Jingga PR benar-benar telah mula menarik minat rakyat terutama "Program 100 hari ". Polisi terbaik telah diungkap agar rakyat memperolehi manafaat bagi merealitikan manifestasi 'ketuanan rakyat' yang dilaung-laungkan oleh PR .

Bagi saya isu kabinet bayangan adalah tidak penting kerana barisan kabinet boleh dibentuk apabila PR berjaya menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya . Kabinet boleh diwujudkan berdasar Ahli-Ahli Parlimen yang menang , serta dibentuk mengikut kemahiran dan kebolehan mereka berpandukan kementerian yang diwujudkan oleh kerajaan PR demi kepentingan dan keperluan kepada rakyat dan negara . Bukan sesuatu yang luar biasa .

DS Najib Najib harus sedar , bahawa sudah 2 tahun PR telah mewujudkan Panel Portpolio di mana setiap Ahli-Ahli Parlimen PR mempunyai portpolio tertentu berdasarkan kabinet dan kementerian yang diwujudkan oleh Kerajaan BN . Malah BN tidak pun mengiktiraf dan menafikan tindakan PR tersebut . Tetapi kali ini mencabar PR mengemukan kabinet bayangan . Adakah dengan kewujudan kabinet bayangan PR tersebut akan diiktiraf oleh BN ? Sudah pasti mereka tidak akan mengiktirafkan kewujudan kabinet bayangan tersebut tetapi bertujuan untuk memanipulasikan isu .

Apakah kepentingannya kabinet bayangan berbanding polisi sepertimana yang digariskan oleh PR dalam Janji Jingga PR . Bagi saya rakyat lebih perlu mengetahui apakan polisi dan dasar yang bakal disediakan oleh PR kepada rakyat jika PR menawan Putrajaya dan bukannya hendak mengetahui barisan kabinet PR .

Tidak perlu DS Najib mencabar PR mewujudkan kabinet bayangan tetapi ialah MENYAHUT CABARAN BERDEBAT oleh DSAI secara terbuka mengenai dasar ekonomi yang tercatat dalam Buku Janji Jingga. Sikap berdolak- dalik DS Najib Razak membuktikan ketakutan dan keresahan beliau untuk berdepan dengan DSAI dan realiti bahawa Janji Jingga PR adalah realistik dan kondusif untuk rakyat Malaysia demi menyelamatkan Malaysia yang selama 50 tahun dirompak dan dimusnahkan di bawah kerajaan BN .

Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !

antara ganjaran RM 7,500 oleh Muhyiddin dan Janji Jingga PR kepada warga guru

Pada 10 Februari lalu, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri dilaporkan berkata beliau mengumumkan tawaran baru (Bai'ah) untuk pengetua dan guru besar sebagai satu inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.

Katanya, selepas setahun mengumumkan ganjaran kewangan, jumlah guru besar melepasi sasaran di luar jangkaan, iaitu pertambahan 12.1 peratus - peningkatan 600 peratus daripada sasaran 2 peratus. Dilaporkan seramai 924 guru besar disenaraipendek dan akan menerima RM7,500 seorang manakala lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.

Sudah pasti ramai guru-guru besar yang berlumpa-lumba bagi memperolehi ganjaran tersebut . Sudah pasti akan dikerah seluruh guru-guru bawahan untuk bekerja semaksimum boleh dengan mengerah keringat , masa dan ruang bagi memastikan cita-cita guru-guru besar tersebut tercapai bakal memperolehi ganjaran RM 7,500 . Satu jumlah wang yang sangat besar bakal diterima oleh guru-guru besar yang terpilih .

Suka atau tidak suka , guru-guru bawahan akan terpaksa mengikuti arahan guru-guru besar mereka kerana segala penentuan prestasi adalah dipantau oleh guru besar sebagai majikan di sekolah . Mengingkari bermakna engkar arahan ketua . Sudah pasti para guru menjadi mangsa guru-guru besar yang bercita-cita dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan ini . RM 7,500 adalah sangat lumayan .

Para guru biasa sudahlah terbeban dengan tugasan wajib mendidik anak bangsa , sudah pasti akan ditambah kerja mereka dengan aktiviti yang menjurus kepada arahan guru besar yang 'mata duitan' ini .

Warga guru adalah insan yang terbaik , akur kepada arahan , setia kepada tugasan , menjalankan amanah dengan bersungguh-sungguh .. wataknya adalah sangat mulia .. sudah pasti menjadi bahan mereka yang suka mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi sendiri . Benarkah berlaku peningkatan 600% prestasi guru-guru besar yang melepasi sasaran ? Banyak mana keringat guru terperah bagi merealitikan guru-guru besar mereka melepasi sasaran tersebut ? Disenarai pendek sebagai mereka yang bakal menerima ganjaran RM 7,500 tersebut .

Tindakan Muhyiddin benar-benar telah menginaya para guru . Kenapa harus mengambil sikap sedemikian dalam meningkatkan prestasi para guru besar dan guru . Bukankah dengan meningkatkan gaji para guru dapat memberikan motivasi yang terbaik agar dapat mengurangkan bebanan mereka yang turut merasai angkara kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup .


Justeru JANJI JINGGA PR adalah yang terbaik dalam menjana mutu serta prestasi para guru di seluruh Malaysia . cadangan menaikkan gaji guru dan kakitangan awam RM 500 sebulan adalah satu pengiktirafan terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka . Sedangkan ganjaran yang diumumkan oleh Muhyiddin tersebut hanyalah sekali sahaja dan sudah pasti memerlukan kepada jumlah dana yang besar bagi memenuhi ganjaran yang disediakan . J

anji Jingga PR adalah kenaikan RM500 sebulan setiap bulan bagi meringankan bebanan para guru . Kenaikan RM 500 sebulan memerlukan kos RM 3 billion setahun yang akan dirasai oleh para guru seluruh Malaysia .
Tindakan UMNO / BN khususnya Menteri Pelajaran mewujudkan ganjaran tersebut adalah merupakan gimik politik semata-mata yang bertujuan menginaya para guru bawahan .

Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !


* saya pernah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun

PAS DI MERLIMAU , KEADILAN DI KERDAU ????

Pakatan belum tentukan parti bertanding di Kerdau

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi menentukan parti mana yang akan bertanding mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Kerdau, Pahang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada pilihan raya umum lepas pada 2008, kerusi DUN itu ditandingi oleh calon PAS.

"Bagi kerusi DUN Merlimau (Melaka), Majlis Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan calon PAS dan untuk kerusi DUN Kerdau kita akan tentukan nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PKR Pulau Pinang, di George Town, hari ini.

Ditanya mengenai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat bagi kedua-dua kawasan itu, beliau berkata: "Jentera pilihan raya kita baik dan memuaskan. Kita belum melancarkan sepenuhnya lagi."

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau diadakan serentak pada 6 Mac ini manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua DUN itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim ,dengan majoriti 1,615 undi.

Sementara itu, kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Jan lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang. - MALAYSIAKINI

Kisah Rosmah Mansur : FLOM , isteri Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

Sikap keborosan dan hidup berpoya-poya Rosmah Mansur menggunakan wang rakyat benar-benar menjijikkan . Semua rakyat tahu bagaimana First Lady Of Malaysia ( FLOM ) a.k.a BIG MAMA ini adalah seorang 'queen' yang sangat digeruni oleh Najib Razak .


Maklumlah suami Rosmah Mansur adalah seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan . Rosmah pula ialah isteri kepada seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan .

Satu hari Rosmah memaklumkan kepada suaminya yang bercadang untuk bercuti ke luar negara tapi menggunakan wang rakyat konon atas lawatan rasmi isteri Perdana Menteri . Suaminya meminta supaya Rosmah memberitahu kepada Perdana Menteri tentang hajatnya tersebut .



Rosmah tanpa berlengah terus memaklumkan impiannya kepada Perdana Menteri . Perdana Menteri bersetuju dan akan mengarahkan Menteri Kewangan untuk meluluskan budjet yang cukup luar biasa kepada isteri Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan .

Lalu Perdana Menteri dengan pantas mengarahkan Menteri Kewangan dengan tegas supaya meluluskan budjet yang luar biasa kepada Rosmah . Kerana Rosmah adalah merupakan FLOM dan BIG MAMA. Kerana arahan Perdana Menteri maka Menteri Kewangan tanpa membantah , akur dan taat kepada Perdana Menteri bersetuju untuk meluluskan budjet yang luar biasa kepada FLOM dan rombongannya serta bersedia untuk tambah lagi budjet tersebut .

Rosmah Mansur tergedik-gedik gembira kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah meluluskan lawatannya ke luar negara . Lalu memujuk suaminya untuk tinggal di hotel mewah ala selebriti dan bini tokey minyak berharga RM 100,000 semalam . Suaminya cakap dia tidak ada duit , nanti dia cakap pada Perdana Menteri .
Lantas dengan pantas , suami Rosmah Mansur memaklumkan kepada Perdana Menteri yang isterinya ( FLOM ) teringin nak duduk dalam bilik hotel harga RM 100,000 . Perdana Menteri lantas berfikir dan termenung . Perdana Menteri tidak setuju.

Suami Rosmah beritahu yang Perdana Menteri tidak setuju . Rosmah terus menarik telinga suaminya . Membelasahnya cukup-cukup . Terpaksalah suami Najib memujuk Perdana Menteri supaya menerima permintaan FLOM .

Lalu selepas itu beliau terus mengarahkan Menteri Kewangan supaya meluluskan penginapan FLOM . Sebagai Menteri Kewangan yang sentiasa taat kepada Perdana Menteri terutama Rosmah yang merupakan FLOM , budjet penginapan untuk 10 hari di 3 buah negara diluluskan .
begitulah kisahnya...

R
OSMAH DIDAHULUKAN, FLOM DIUTAMAKAN !

Pertumbuhan ekonomi 7.2 %: Malaysia ditinggalkan Indonesia, Singapura – Anwar

KUALA LUMPUR: Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 7.2 peratus pada 2010, jauh ketinggalan di belakang Singapura dan Indonesia, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pertumbuhan yang dicatat pada 2010 perlu dilihat secara perbandingan dengan Singapura dan Indonesia untuk mendapatkan gambaran lebih lengkap.

“Singapura dan Indonesia mencatat pertumbuhan 14.5 peratus dan 6.1 peratus pada 2010. Kedua-duanya mengatasi pertumbuhan Malaysia.

“Apatah lagi, pertumbuhan ekonomi Indonesia dikira berdasarkan pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti Malaysia dan Singapura,” katanya.

Anwar berkata, pertumbuhan Singapura disokong pertumbuhan kukuh sektor perkilangan sebanyak 29.7 peratus manakala Malaysia sekadar mencatatkan satu pertiga dari pertumbuhan itu iaitu hanya 11.4 peratus.

Katanya, tindakan Malaysia menyalahkan pasaran dunia kononnya berlaku kelembapan sektor perkilangan, menghairankan kerana Singapura pula menyatakan pertumbuhan pesat itu didorong permintaan kukuh pasaran dunia.

Menulis dalam blognya, Anwar percaya sektor perkilangan Malaysia kian hilang daya saing kerana tersilap fokus kepada persaingan dengan negara yang struktur kosnya lebih murah.

Kata Anwar, hal itu pernah dibangkitkan pembangkang 10 tahun lalu tetapi tiada langkah berkesan diambil kerajaan Persekutuan, selain berlegar-legar dengan retorik politik.

Memburukkan keadaan, katanya, daya saing Malaysia merudum pada 2010 berdasarkan pengurusan fiskal dan kewangan negara yang jauh kurang cekap berbanding Indonesia dan Singapura.

“Jumlah hutang kerajaan Persekutuan mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1 peratus saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek mega.

“Perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.

“Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7 peratus pada 2009, menurun kepada 5.6 peratus tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3 peratus bagi 2010,” katanya.

Mengenai aliran masuk pelaburan asing (FDI), Anwar berkata, Malaysia hanya memperoleh USD7 bilion bagi 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat USD37.4 bilion,” katanya.

Sedangkan Indonesia, kata Anwar, bukan sahaja berjaya mengelak kemelesetan ekonomi 2009 tetapi berjaya menarik aliran masuk FDI USD12.8 bilion bagi 2010, kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Singapura.

Sehubungan itu, Anwar menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengakui wujud jurang besar antara pengumuman projek mega berbanding realiti ekonomi.

Justeru, katanya, Najib tidak wajar berterusan memperkenal dasar ekonomi yang bersifat reaksi politik tetapi gagal menyelesaikan masalah kemalapan ekonomi Malaysia.

“Ramai rakyat ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek sekadar wayang yang akhirnya menguntungkan pemerintah dan peniaga elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara,” katanya. - keadilandaily

Sabtu, 19 Februari 2011

Konspirasi Kes Fitnah II : HENTIKAN SEGERA , tiada asas dan bercanggah

Fitnah II

Pada 29 Jun 2008 , seluruh negara digegarkan dengan satu berita pertuduhan yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau didakwa meliwat seorang lelaki bernama Saiful Bukhari Azlan yang juga merupakan pembantu khas di pejabat beliau. Dalam pertuduhan kes tersebut, Saiful Bahari mendakwa Mantan Timbalan Perdana Menteri telah melakukan perbuatan seks terhadap dirinya pada beberapa hari lepas bertempat di salah sebuah kondominium di sekitar Damansara pada 26 Jun 2008 .

Jumpa Najib dan Rodwan

Sebelum itu , Saiful telah bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya pada 24 Jun 2008 dan telah mengaku bahawa beliau telah diliwat . Walaupun pada awalnya Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa mengenali Saiful , namun setelah gambar Saiful yang diambil di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri bersama pegawai khas beliau akhirnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku mengenali Saiful .

Dan pada tarikh yang sama juga Saiful juga telah mengaku bahawa berjumpa dengan SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka) di Hotel Melia , Jalan Imbi jam 8 malam , Saiful memberitahu telah menceritakan masalahnya kepada SAC 1 Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim . Adakah benar perkara tersebut berlaku atau merupakan satu siri perancangan rapi ? Sehingga begitu istimewa Saiful dilayan sedemikian rupa . Siapakah SAC Datuk Mohd Rodwan Yusof ? Beliaulah pegawai polis yang terlibat dalam kes Fitnah 1 pada tahun 1998 .

Laporan doktor tidak diliwat

Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis bertarikh 28 Jun 2008 dengan menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya beberapa kali ( 9 kali ) . Sebelum membuat laporan polis secara rasmi Saiful telah pergi ke Hospital Pusrawi . Dr Mohamed Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi mendapati tiada tanda sebarang koyakkan , pendarahan atau penanahan pada lubang dubur Saiful .

Kemudian beliau ke HKL dan telah diperiksa oleh 3 orang pakar yang juga
mengesahkan “tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum”.

Penolakan rayuan dan penafian hak

Tetapi malangnya usaha rayuan Dato' Seri untuk memohon agar kes tersebut ditolak oleh mahkamah gagal walaupun telah membawa bukti berdasarkan laporan doktor Hospital Pusrawi dan 3 orang pakar daripada HKL . Mahkamah juga telah menafikan hak Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada memperolehi segala dokumen termasuk bahan-bahan kes walaupun beberapa kali para peguam beliau memohon agar semua dokumen-dokumen serta bahan-bahan kes diserahkan kepada tertuduh . Ini sudah pasti menyukarkan barisan peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam membela anak guamnya.

Konspirasi terancang











Berdasarkan maklumat di atas ,
terbukti ini adalah perancangan atau konspirasi terancang yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak , Datuk Ghani Patail Peguam Negara , Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Hakim Mahkamah iaitu Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah bagi tujuan menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim .

Percanggahan pertuduhan


Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dituduh di bawah Seksyen 377B adalah kesalahan yang dilakukan secara sukerala tanpa paksaan, atau dipanggil consensual . Pendakwaraya cuba mempertahankan bahawa tiada perbezaan antara Seksyen 377B dan 377C . Seksyen 377C ialah kesalahan secara paksaan . Dalam pembicaraan Saiful beberapa kali menyatakan bahawa beliau telah diliwat tanpa kerelaannya .

Sewaktu soal balas peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap Dr. Khairul Nizam yang merupakan Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa dan mewawancara Saiful menegaskan bahawa Saiful memberitahu
yang beliau dipaksa dan melawan apabila disuruh melakukan 'oral seks' dan diliwat . Sedangkan dalam laporan doktor tercatat perkataan 'cubaan oral seks' dan cubaan diliwat'.

Secara asasnya ianya adalah bercanggah dan bertentangan dengan pertuduhan yang dilakukan ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Seksyen 377B . Sukarela tanpa paksaan dan sedangkan Saiful tegaskan dia telah dipaksa , tidak rela , marah dan melawan .


Bukti baru dan usung seluar dalam


Percanggahan fakta sewaktu perbicaraan serta penemuan 'bukti baru' telah meletakkan kepercayaan bahawa kes tersebut adalah fitnah dan perlu dihentikan dengan segera . Satu perbicaraan yang memalukan sistem kehakiman negara .
Kalau tahun 1998 , tilam diusung ke mahkamah , tetapi kali ini seluar dalam pula di'usung' .

Kes ini sudah sepatutnya dihentikan dan tidak berasas . Tidak relevan dan tidak masuk akal . Apa yang berlaku termasuk rentetan kejadian adalah membuktikan wujudnya konspirasi yang bermotifkan politik untuk 'membunuh' dan menjatuhkan reputasi serta karier Dato' Seri Anwar Ibrahim serta usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya .


Bebaskan Anwar !!!!!

Komponen BN SPR : takut dengan tenaga kerja PR .. Merlimau & Kerdau serentak..

P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.

Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung. Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang. Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.-malaysiakini