klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 6 Mei 2009

DEMOKRASI BERKUBUR DI PERAK ! JOM PAKAT PAKAI BAJU HITAM !


ARAHAN PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT KEPADA SEMUA PIMPINAN , PENYOKONG , AHLI-AHLI PAKATAN RAKYAT DAN SELURUH WARGA MALAYSIA DIMINTA MEMAKAI PAKAIAN HITAM ESOK


7 MEI 2009 ( KHAMIS )


TANDA BERKABUNG SEMPENA BERKUBURNYA DEMOKRASI DI NEGERI PERAK !

HANCUR ! HANCUR ! HANCUR UMNO !

HANCUR ! HANCUR ! HANCUR BN !

GERAKAN 1 MALAYSIA GELITA , 1 DITAHAN AKTA HASUTAN


By Asyok Kumar


PERTAMA:

"Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei 2009 (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tanda ' 1 Malaysia GELITA'. Dalam sidang media yang diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Bersih menjelaskan kenapa mereka kali ini memilih warna hitam sebagai warna tema.Hitam melambangkan protes terhadap pengambilalihan kuasa yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Perak. “Kerajaan BN Perak telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dijadualkan bermula pada 7 Mei melangkaui kuasa speaker V.Sivakumar sungguhpun mahkamah telah menetapkan tarikh 5 dan 6 Mei bagi menentukan kesahihan Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar,” tegas salah seorang jurucakap Bersih, Wong Chin Huat.Beliau juga menegaskan segala perkembangangan yang berlaku menunjukkan kebobrokan Najib Razak terhadap kedaulatan undang-undang dan demokrasi perlembagaan di Malaysia. Beliau telah mengabaikan pilihan pengundi dengan bertindak tidak berlandaskan perlembagaan dengan merampas kuasa. Pengundi membalasnya dengan keputusan di pilihan raya kecil Bukit Gantang di mana marjin kemenangan bagi Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meningkat lebih.Menurut Chin Huat lagi slogan Najib: '1Malaysia, rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan' sekarang menjadi bahan lawak rakyat Malaysia. "Adakah slogan '1Autoritarian-dan-Korup Malaysia' menjadi bertambah buruk? Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat didahulukan sekiranya mata rakyat dipaksa pejam,pekak, bisu dan tidak boleh bergerak dengan sekatan media dan seluruh bandaraya? Apakah yang dimaksudkan dengan 'pencapaian diutamakan' sekiranya 'pencapaian' di dalam perihal undang-undang tidak diketahui? "Marilah kita tunjukkan satu warna '1 Malaysia GELITA!' Kita tunjukkan padanya satu suara bagi rakyat Malaysia: 'Utamakan Demokrasi!' mari kita cadangkan satu penyelesaian bagi Perak: 'Adakan Pilihan Raya Sekarang!'"tambahnya.

Kedua:

Satu himpunan yang diberi nama 'One Black Malaysia' serentak dengan satu program solat hajat, doa munajat dan solat subuh akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 Mei, sebelum berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri. Orang ramai khususnya penduduk di Perak dan juga para penyokong diseru untuk turut serta di dalam program anjuran PAS Pusat sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sekaligus menyatakan bantahan terhadap kerakusan Barisan Nasional (BN) yang merampas kuasa tempoh hari.Program yang telah mendapat persetujuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan diadakan bermula jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak."Kita minta orang ramai untuk datang solat dan berdoa supaya negeri ini berada dalam keadaan aman dan 'menyingkirkan' Barisan Nasional yang telah mengucar-kacir keadaan di Perak ini. Selain itu orang ramai diminta memakai pakaian ataupun baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan 'One Black Malaysia' ini.. Himpunan yang dianjurkan PAS hanya akan tertumpu di masjid tersebut dan selepas solat subuh terpulanglah kepada orang ramai sama ada ingin turut serta mengikuti Sidang Dun ataupun sebaliknya memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja," demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada Harakahdaily.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki "Pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi," katanya.

Ketiga:

IPOH: Selasa Mei 5, 2009. MStar Online melaporkan, salah seorang penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, yang dipercayai terlibat dalam gerakan baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Perak Khamis ini, ditahan di bawah Akta Hasutan malam tadi.Peguamnya, Edmund Bon ketika dihubungi mengesahkan anak guamannya ditahan kira-kira pukul 7.45 malam tadi di rumahnya di Kuala Lumpur. "Saya dimaklumkan dia ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman (untuk siasatan) dan sehingga sekarang (9.30 malam), saya belum dapat menemuinya," kata beliau.Difahamkan polis bertindak atas aduan yang dibuat terhadap Wong. Polis juga telah merampas komputer milik Wong yang juga penulis bebas dan ahli akademik pusat pengajian tinggi swasta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman (JSJK), Datuk Koh Hong Sun mengesahkan Wong ditahan untuk membantu siasatan. "Kami akan menyoal siasat (Wong) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami juga sedang mengenalpasti sama ada dia yang mengedarkan SMS tersebut diedarkan olehnya (Wong),"katanya ketika dihubungi The Star hari ini.Wong dipercayai telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana. Penahanan Wong dipercayai berkaitan dengan satu sidang media yang telah diadakan oleh Bersih hari ini. Bersih dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan protes baju hitam menjelang sidang DUN Perak yang bermula Khamis ini di sini. Ia merupakan sidang pertama sejak tercetusnya krisis politik Perak Februari lalu. Krisis itu membawa kepada peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada BN. Peguamnya, Edmund Bon ketika dihubungi mengesahkan.Komen Blog Ibnu Hasyim: '1 Malaysia GELITA’, 'One Black Malaysia' dan Wong Chin Huat disyakai dengan gerakan ‘baju hitam’ yang ditahan, adakah akan menjadi satu lagi titik hitam dalam kitab sejarah Perak? Apakah akan lahir pula Panglima Hitam Malaysia masa kini? Hitam. hitam & hitam lagi...

(Sumber: Tranung Online, HarakahDaily, Mstar Online dll AK)

selamat hari jadi altantuya


Hari ini 6 Mei 2009 , ialah genap Altantuya berumur 31 tahun ! Najib Razak dan Razak Baginda tak nak buat sambutan birthday ke....


TV HONG KONG BUAT DRAMA BERSIRI PEMBUNUHAN ALTANTUYA



Kes Altantuya ini tidak akan terpadam begitu sahaja dalam masa terdekat, sebuah stesen TV di Hongkong akan menyiarkan pula drama bersiri mengenai pembunuhan Altantuya. sila klik sini untuk baca lanjut

Selasa, 5 Mei 2009

GHANI PATAIL BERNIAT JAHAT , LUCUT SEGERA AHMAD SAID DARIPADA MB TERENGGANU

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Ghani Patail yang menyatakan bahawa YAB Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti ADUN Perak . Beliau harus sedar bahawa kedudukan ADUN Barisan Nasional ialah 28 orang adalah sama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang juga turut dianggotai oleh 28 ADUN . Sedangkan 3 orang ADUN Bebas tersebut bukan mewakili mana-mana-parti.

Kalau sekiranya Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaludin boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan sepertimana dakwaan Ghani Patail , bagaimana pula dengan YAB Datuk Ahmad Said , Menteri Besar Negeri Terengganu yang secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN Barisan Nasional sendiri . Sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu . Memalukan dan melucukan .

Konflik dan keretakan UMNO/Barisan Nasional Negeri Terengganu begitu parah sehingga menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak , Presiden UMNO terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu dengan meletakkan Dato' Seri Hisamuddin Husein, Naib Presiden UMNO menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu . Bermakna Datuk Ahmad Said juga dilihat gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan .

Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melucutkan jawatan Ahmad Said kerana ADUN-ADUN UMNO/Barisan Nasional sudah hilang kepercayaan kepada beliau . Dan beliau sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap Kerajaan Negeri Perak .

Penolakkan , penentangan dan ketidak kepercayaan ADUN-ADUN UMNO / Barisan Nasional dinyatakan dengan jelas dan terbuka tanpa segan dan silu serta tetap menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad Said . Justeru , kenapa Ghani Patail tidak mengeluarkan kenyataan yang sama supaya Datuk Ahmad Said dilucutkan kerana tidak mendapatkan kepercayaan ?

AMK Negeri Terengganu juga membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat ( mala-fide ) berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Sah Pilihan Rakyat Datuk Seri Nizar dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir .

Sekiranya hujah Tan Sri Ghani Patail diterima mahkamah dan ianya menjadi 'precedent case' ( kes ikutan ) , justeru Datuk Seri Najib Tun Razak mesti juga melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Datuk Ahmad Said di Terengganu .

AMK Negeri Terengganu mencadangkan agar adalah lebih baik Datuk Ahmad Said segera melepaskan jawatan Menteri Besar Negeri Terengganuatau secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO/ Barisan Nasional .


Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

5 Mei 2009

BEBASKAN SEGERA

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Mendesak agar YB M. Manoharan dibebaskan dengan segera daripada akta zalim ISA . Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kota Alam Shah akan mengambil tindakan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab beliau kepada rakyat di DUN Kota Alam Shah kerana beliau kini masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) kerana terlibat dengan Hindraf .

Sekiranya beliau mengambil tindakan meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi ADUN Kota Shah Alam , satu pilihanraya kecil terpaksa diadakan dan sudah pasti Barisan Nasional di dalam situasi sekarang tidak lagi bersedia untuk berdepan dengan pilihanraya kecil kerana berdasarkan prestasi 4 Pilihanraya Kecil iaitu Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Bukit Gantang dan Bukit Selambau , Barisan Nasional mengalami kekalahan yang teruk.

Justeru , AMK menggesa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Hussein supaya membebaskan YB M.Manoharan dengan segera dan sekiranya berlaku satu pilihanraya kecil sepertimana kenyataan oleh YAB Perdana Menteri ‘yang tidak diperlukan’ yang membelanjakan banyak wang, merugikan masa dan tenaga serta akan mengalihkan tumpuan negara dari masalah ekonomi yang dihadapi sekarang ini . Langkah yang terbaik ialah membebaskan dengan segera Tahanan Tanpa Bicara ini agar beliau dapat memberikan tumpuan kepada perkhidmatan dan gerakerja beliau sebagai ADUN Kota Alam Shah .

Namun begitu , bukan sahaja YB M.Manoharan sahaja yang wajar dibebaskan tetapi termasuk kesemua tahanan ISA lain . Hapuskan ISA !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK

AMK DESAK SPR BERSIHKAN DAFTAR PENGUNDI !

Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang melibatkan puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah satu tindakan bersungguh-sungguh rakyat agar berlaku satu REFORMASI dalam SPR dengan menuntut 4 tuntutan antaranya ialah Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding .

Justeru bagi mengulangi harapan daripada manifestasi Perhimpunan BERSIH tersebut serta bukti-bukti yang diperolehi dan dikesan oleh Sistem Menang Pilihanraya ( SISMEP ) Parti Keadilan Rakyat dan siasatan secara terperinci kesahihan wujudnya 'Pengundi hantu' atau 'Pengundi Ragu' oleh Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihanraya ( Mafreal ) maka Biro Pilihanraya AMK mendesak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) MEMBERSIHKAN daftar pengundi agar SPR dilihat benar-benar menjadi badan yang bebas , telus , adil dan profesional . Malah sewaktu PRK DUN Bukit Selambau Biro Pilihanraya AMK telah menghantar memorandum dan senarai keseluruhan 3029 orang pengundi yang boleh dikenalpasti "hantu" atau "ragu" kepada pihak wakil Pengurus SPR di Pejabat Daerah Sungai Petani , Kedah Darul Aman .

Pelbagai usaha telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) membuat laporan Polis , menghantar memorandum , perhimpunan dan sebagainya tetapi SPR terus tidak melakukan sebarang tindakan reformasi dan transformasi secara bersungguh-sungguh dan keberanian membersihkan keseluruhan senarai pengundi agar imej , kredibiliti dan integriti SPR dapat dipulihkan dan dipercayai dan diyakini .

Biro Pilihanraya AMK menganggap SPR wajib menjadi badan yang bebas dan profesional tanpa diganggu gugat atau campurtangan oleh mana pihak khusus parti pemerintah . Walaupun SPR cuba menangkis dan bersikap profesional tetapi berdasarkan beberapa pendekatan , keputusan serta sikap yang dibuat SPR membuktikan SPR menjadi institusi yang berat sebelah dan berada di bawah telunjuk UMNO / BN .

SPR seharusnya membuat tindakan membersihkan diri , memperbaiki dan memulihkan kepercayaan serta integriti daripada semua dakwaan yang dilemparkan oleh semua pihak dan bukannya "memekakkan telinga dan membutakan mata" tanpa bertindak secara positif . Malah berdasarkan segala tuntutan , harapan dan kritikan yang di buat khususnya Pakatan Rakyat tidak lain tidak bukan ianya untuk kebaikan SPR bagi menjana dan memperkasakan SPR yang benar-benar bebas , adil dan profesional . Tidak ada usul , pandangan dan cadangan tersebut merosakkan SPR sebagai badan penting bagi merealitikan amalan demokrasi di Malaysia tetapi adalah kebaikan SPR .

Sekali lagi Biro Pilihanraya AMK atas prinsip demokrasi dan ke arah membaikpulih integriti SPR maka adalah amat relevan SPR mengambil tindakan positif MEMBERSIHKAN senarai Daftar Pengundi terutama dalam menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Penanti .

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK

TAHNIAH ! SELAMAT BERTUGAS !



Berikut adalah amanat DSAI pada 27 April 2009 di Sidang Bulanan Pimpinan Pusat PKR :

"Dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti: menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.
Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.
Pertamanya agar Presiden, Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.
Kedua: Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.
Ketiga: Naib Presiden, YB Azmin Ali yang melepaskan tugas selaku Pengarah Pilihanraya akan mengetuai pasukan petugas (task force) yang terdiri di kalangan semua Naib Presiden, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Sivarasa, Sdr Mustaffa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan; bersama Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar dan juga Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin untuk memperkasa kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Keempat: Setiausaha Agung, Dato’ Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi Ibu Pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.
Lain-lain perubahan adalah:
Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution
Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fuziah Salleh
Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul
Pengarah Strategik - YB Tian Chua
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustaffa Kamil Ayub
Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong
Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Ketua Komunikasi : Jonson ChongPengerusi
Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose
Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Mohammed Yussof, Sdr Paul Kadang, YB Raveentharan dan Sharifah Shahidah.
Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.
Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain."


ANWAR IBRAHIM

SPR : BERSIHKAN SEGERA DAFTAR PENGUNDI ! HENDAK BUKTI APA LAGI ?????




LUBOK ANTU 4 April (SK) : Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihanraya (Mafrel) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa terdapat beberapa pengundi yang telah mati tetapi hidup kembali di Dun N29 Batang Ai.
Kes pertama: Batu nesan Dayang Utat Binti Kamaruden (1898-1981) yang bertulis dengan huruf jawi antara pengundi yang tertua di sini. Beliau memegang nombor mykad 981231-13-0146 yang di lahirkan pada tahun 1898, 111 tahun lalu dan telah disahkan meninggal dunia pada 29 Mei 1981. Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Ulu Sri Aman.
Yang menghairankan ialah nama Dayang Utat masih terdapat dalam senarai pengundi di Dun N29 Batang Ai dan nama beliau sekarang ialah ‘Dayang Bt Abg Kam’ didaftarkan pada 5 Februari 2008 dangan kedua-dua nama berkenaan tercatat dalam daftar pengundi mengunakan nombor mykad yang sama.
Kes kedua: Timah ak Ambal (1900-?) Menurut anak saudara Timah iaitu Tay Chow Ming menyatakan bahawa Timah yang memegang Mykat bernombor 001231-50-5984 dilahirkan pada tahun 1900 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina bersebelahan kubur suaminya yang terletak dibelakang Bazar Lubok Antu.
Tanah perkuburan yang ditandakan dengan cara tradisional Tajau (buyong) berserta gong untuk menandakan bubur orang Iban di dalam perkarangan tanah perkuburan orang Cina. Mendiang juga memegang nombor Mykad 001231-50-5984.
Kes ketiga: David Aling ak Usit(1942-2007) yang dilahirkan pada 1942 danmeninggal pada tahun 2007 namun hantu beliau masih dapat menggundi kerana nama beliau masih di dalam senarai pengundi di Batang Ai.
“Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak langsung mengeluarkan data pengundi yang telah meninggal dunia tetapi sebaliknya mengemaskinikan nombor Mykad 10-digit dalam rekod data pengundi,” jelas koordinator sukarelawan Mafrel di Batang Ai Peter John Jaban.
Walaupun Mafrel telah mengumumkan pada pilihanraya umum tahun 2008 bahawa seorang pengundi yang berumur 108 tahun telah disahkan meninggal dunia namun pihak SPR masih tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyemak danmengeluarkan nama dalam rekod pendaftaran pengundi.
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini telah menyalahgunakan perkhidmatan e-tadbir untuk menipu data sebagai pengundi hantu, ” jelas Peter lagi
“Peliknya JPN dan SPR menjadi terlalu cekap dalam mengemaskinikan nombor Mykat kepada yang telah meninggal dunia lama sebelum kad berkenaan diperkenalakan kepada orang awam,”jelas Peter.

AMK BANTAH TINDAKAN MEROBOHKAN BANGUNAN MARA KUALA TERENGGANU


Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu membantah tindakan Majlis Amanah Rakat ( MARA ) mengambil tindakan merobohkan bangunan yang boleh dianggap bersejarah bagi Negeri Terengganu . Seharusnya pihak MARA mengambil inisiatif mengekalkan bagunan tersebut daripada merobohkannya dan dibaikpulih sebagai salah satu aset bangunan bersejarah di Negeri Terengganu serta boleh dijadikan sebagai salah satu destinasi perlancongan serta ekonomi di Negeri Terengganu Darul Iman .

Tindakan merobohkan bangunan tersebut oleh MARA bukan sahaja melenyapkan antara salah satu bangunan yang bersejarah malah yang satu ketika dahulu menjadi bangunan penting kepada warga Kuala Terengganu dan negeri Terengganu amnya .

Malah amat malang kepada para peniaga yang menyewa permis bangunan tersebut untuk berniaga terpaksa mengosongkan kedai-kedai mereka dan bersusah payah mendapatkan permis-permis baru untuk meneruskan perniagaan mereka sedangkan negeri Terengganu secara hakikatnya masih berkurangan ruang-ruang niaga terutama kepada para usahawan kecil . Adalah amat menyedihkan kebanyakkan peniaga yang menyewa di Bangunan Mara tersebut ialah merupakan usahawan kecil Melayu yang kini berdepan dengan segala permasalahan dan kini terpaksa mencari dana tambahan bagi membiayai kos perpindahan dan juga premis baru yang sudah pasti mencecah ribuan ringgit. Sedangkan semua mengetahui kos penyewaan , renovasi dan sebagainya adalah sangat tinggi di Bandar Kuala Terengganu sedangkan mereka adalah usahawan kecil Melayu yang sudah pasti menghadapi kesulitan kewangan lebih-lebih lagi dalam suasana kegawatan ekonomi ini .

Justeru , AMK Negeri Terengganu merayu kepada pihak pengurusan MARA agar dapat menghentikan tindakan merobohkan bangunan tersebut dan mengkaji semula tindakan yang telah diambil . Tindakan membatalkan perobohan bangunan tersebut dapat menyelamatkan para usahawan kecil Melayu agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka sepertimana biasa .

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
5 Mei 2009

Isnin, 4 Mei 2009

Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat - Anwar Ibrahim



Monday, May 04, 2009 10:30 AM

Rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi hadir bermesyuarat di ibu pejabat PKR untuk membincangkan beberapa perkara penting menyentuh isu semasa dan berkepentingan umum.

Mesyuarat ini turut dihadhiri pimpinan utama iaitu YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang.Wakil KeADILan lainnya yang turut hadhir ialah Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin dan YB Sivarasa. Pas diwakili YB Mahfuz Omar, YB Dr. Zulkifli, YB Syed Azman dan Dr Hatta manakala DAP diwakili YB Tan Kok Wai dan Teresa Kok. Turut bersama di dalam mesyuarat ialah wakil Pakatan Rakyat Negeri Perak iaitu Dato Seri Ir. Nizar, YB Ngeh Koo Ham dan Hj Ismail.Beberapa perkara dibincangkan dengan penuh semangat musyawarah dan kekitaan yang tinggi.

Tanggal 7 Mei hadapan bakal menyaksikan DUN Negeri Perak akan bersidang, pertama kalinya dalam tempoh enam bulan. Saya kesal dengan tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Polis Negeri yang bertindak mengambil alih tugas YB Speaker Dewan dalam mengawalselia sidang Dewan. Kuasa Speaker ditelanjangkan Umno-BN tanpa mengira peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Kawalan keselamatan seluruh negeri, halangan ke atas media untuk membuat liputan semuanya menggambarkan tindakan opresif Umno-BN untuk mengekang maklumat sebenar sampai ke pengetahuan rakyat.

Bertebaranlah kemungkinan YB M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah akan meletakkan jawatan berikutan kekangan ke atas dirinya yang kini ditahan di bawah akta zalim ISA. Ini pastinya menambah beban di bahu PM baru. Kita komited agar bukan sekadar YB Manoharan, sebaliknya semua tahanan ISA wajar dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.

Di kesempatan yang sama saya merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan padu kepemimpinan PAS dan DAP kepada calon KeADILan untuk PRK DUN Penanti, Dr Mansor Osman. Meskipun wujud polemik, ketegasan Ustaz Hadi jelas kelihatan tatkala menyatakan keputusan PAS menyokong calon KeADILan adalah muktamad.

Polemik pertukaran agama anak bagi muallaf gagal diselesaikan dengan bijak oleh Umno-BN. Pertelingkahan sesama mereka menggambarkan bahawa isu ini tidak dihadham sepenuhnya sebagaimana yang dianjurkan Islam mengenai prinsip kebebasan beragama. Kabinet kelihatan begitu sugul berhadapan dengan pertikaian fakta dan dalil yang dibangkit golongan ulama’ dan mufti. Bagi pihak Pakatan Rakyat, sebuah Jawatankuasa Khas telah ditubuh untuk mengkaji isu ini secara menyeluruh.

SPR TETAP PERKAKAS UMNO/BN

Kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan mulai sekarang kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon dihadkan tidak melebihi 5,000 orang . Iaitu dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding 'dilarang' membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang.

Sebelum ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah membuat keputusan tidak membenarkan parti-parti politik mendirikan pondok panas dan perayu undi dan mana-mana parti-parti politik yang melanggar larangan tersebut akan dikenakan denda RM5000 dan tidak dibenarkan bertanding selama 5 tahun sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 .

Kesemua keputusan tersebut adalah berkuatkuasa dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti pada 23 hingga 31 Mei 2009 . Tindakan menguatkuasakan larangan pondok panas telah mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat dan menganggap tindakan SPR adalah keterlaluan . Sedangkan pada pilihanraya tahun 2004 , pihak SPR telah mengeluarkan arahan larangan yang sama tetapi telah menarik balik larangan tersebut di pagi hari pengundian apabila UMNO/BN mendiri dan menggunakan pondok panas . Sedangkan parti-parti pembangkang akur dengan keputusan larangan pondok panas oleh SPR sebelum ini.

Tindakan menghadkan para penyokong mengiringi calon pada Hari Penamaan Calon adalah satu tindakan yang jelas SPR bertindak sebagai ‘ Perkakas ‘ UMNO / BN . Akur dan patuh kepada UMNO / BN . Dalam beberapa Pilihanraya Kecil bermula daripada PRK Permatang Pauh dan seterusnya PRK Kuala Terengganu , PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau memperlihatkan jumlah kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat yang melebihi 5 kali ganda daripada para penyokong UMNO / BN !

Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR ,Wan Ahmad yang mengakui bilangan penyokong yang hadir semakin bertambah dan tidak terkawal sehingga menyusahkan orang ramai dan pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.adalah tidak benar . "Kalau tidak dibuat sekarang, jumlah mereka yang hadir pada hari penamaan calon akan bertambah... mungkin beribu-ribu orang dan ia akan terus bertambah," kata beliau dengan merujuk kepada suasana semasa pilihan raya kecil sejak awal 2007, khususnya di Ijok, Selangor; Permatang Pauh, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.Suasana kekecohan di hari penamaan PRK Ijok adalah kesilapan SPR yang meletakkan lokasi perhimpunan kedua-dua parti politik terlalu dekat dan ianya adalah dimulakan oleh tindakan tidak bermoral serta provokasi para penyokong UMNO / BN yang tidak berdisiplin . Malah insiden di Permatang Pauh yang melibatkan tindakan menyerang pemberita dan juru gambar media adalah disebabkan tindakan keterlauan yang dibuat oleh mereka yang memprovokasi para penyokong Pakatan Rakyat .

Keputusan SPR adalah muktamad ! Muktamad untuk terus menjadi perkakas UMNO/BN? Alasan yang diberikan tidak kukuh dan berat sebelah . Kenapa harus menghalang dan menghadkan para penyokong untuk mengiringi calon pilihan parti mereka? Adakah kerana kemerosotan kehadiran para penyokong UMNO/BN membuatkan tindakan SPR membuat keputusan tersebut?

Bagaimana pula dengan daftar pemilih yang sehingga sekarang tidak diambil tindakan oleh SPR secara serius dan muktamad untuk diBERSIHkan? Kenapa SPR terus “membutakan mata dan memekakkan telinga” apabila suara-suara dan tuntutan supaya SPR memBERSIHkan daftar pemilih? Setiap kali pilihanraya tidak pekakah SPR apabila isu pengundi hantu dan pengundi ragu masih berkumandang? Segala bukti kukuh telah di utarakan kepada SPR , tetapi masih berdolak-dalih dan mencipta pelbagai helah dan alasan malah senada dan selagu dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin UMNO / BN .

Satu suruhanjaya perlu diwujudkan dengan segera untuk menyiasat dan membaikpulihkan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) ini supaya mendapat keyakinan rakyat sebagai badan bebas , adil , telus dan profesioanal. SPR WAJIB dibebaskan daripada telunjuk UMNO / BN dan menyerahkan SPR berada di bawah kuasa Parlimen.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TIDAK TERLIBAT DALAM POLEMIK ISU KERAJAAN PERPADUAN

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menyangkal kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Datuk Takiyuddin Hasan yang mengaitkan YB Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam polemik isu cadangan pembentukan kerajaan perpaduan . Cadangan tersebut adalah dicetuskan oleh YB Presiden PAS Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang sendiri dan ianya bukan datang daripada cadangan dan pandangan YB Datuk Seri Anwar atau Parti Keadilan Rakyat .

AMK memohon agar YB Datuk Takiyuddin Hasan menarik balik kenyataan yang dibuat dan menganggap konflik yang berlaku berkaitan isu tersebut diselesaikan dengan bijaksana dari dalam PAS itu sendiri tanpa mengaitkan dengan individu lain . Isu tersebut tidak pernah dicetuskan oleh YB Ketua Umum atau dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat .

Malah sebelum ini juga Parti Keadilan Rakyat dan Democratic Action Party ( DAP ) pernah menyuarakan pandangan agar YB Presiden PAS menjelaskan secara terperinci dan mohon dibincangkan isu cadangan pembentukan kerajaan campuran tersebut . Ini bermakna isu tersebut adalah datang daripada PAS dan bukannya secara kolektif daripada parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat . Dan atas prinsip perpaduan dan permuafatan bijak dengan menghormati sebarang pandangan dan cadangan untuk dibahas dan bincangkan dengan secara demokrasi serta bijaksana di dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat .

Kekesalan YB Datuk Takiyuddin Hasan terhadap golongan tertentu dalam PASberkaitan isu tersebut seharusnya ditangani secara dalaman parti dan bukannya mengaitkan serta meletakkan kesalahan kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat

Ahad, 3 Mei 2009

jadikan PRK penanti sebagai contoh - Anwar Ibrahim



Alhamdulillah berkesempatan hadir dalam taklimat YB Ketua Umum , Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu bertemu dengan Jentera Pilihanraya DUN Penanti bertempat Di Yayasan Aman , Penanti . Kehadiran jentera mencecah hampir 70 orang tersebut merupakan gambaran jelas komitmen dan kesungguhan dalam memastikan kemenangan Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti .

Turut hadir bersama saya ialah YB Yusmadi ( Ketua AMK Pulau Pinang ) , Sdr Zulkifli ( EXCO AMK Pusat ) dan teman-teman EXCO AMK Negeri Pulau Pinang . Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin tidak hadir kerana terlibat dalam satu kemalangan di Bukit Beruntong ( Highway KL-Pulau Pinang ) dalam perjalanan ke Penanti . Alhamdulillah beliau selamat cuma kereta beliau mengalami kerosakkan teruk .

YB Ketua Umum merakamkan jutaan terima kasih di atas komitmen seluruh jentera terutama sekali keadaan dan suasana yang baik dan terkawal ekoran perletakkan jawatan Sdr. Fairus Khairudin dan sekarang meletakkan calon Dr. Mansor Osman dalam PRK Penanti . Walaupun UMNO/BN menggunakan isu Dr. Mansor bukan anak kelahiran Penanti ianya dalah merupakan isu dangkal dan remeh kerana sepanjang penglibatan Dr. Mansor bersama beliau , hampir seluruh ceruk tempat Dr. Mansor telah sampai untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Permatang Pauh malah kemungkinan orang Permatang Pauh pun tidak sampai ke setiap ceruk di Permatang Pauh seperti Dr. Mansor . Calon yang punyai pengalaman dan memiliki kehebatan akademik .

Beliau menjelaskan isu permintaan PAS Permatang Pauh untuk bertanding di Penanti adalah tidak salah dan setiap kali berlaku pilihanraya semua ada permohonan seperti contoh di PRK Kuala Terengganu ada pandangan Parti Keadilan Rakyat wajar bertanding kerana parlimen tersebut pengundi pelbagai kaum . Tetapi kita menyerahkan kerusi tersebut untuk kekalkan PAS bertanding dan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan kemenangan PAS . Begitu juga di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang , tidak membenarkan satu sen pun mohon kewangan dengan PAS , kita gunakan kewangan sendiri.
Permasalahan timbul ialah media milik UMNO / BN yang cuba memainkan isu seolah-olah Pakatan Rakyat pecah dan sebagainya . Dan dalam Pakatan Rakyat kita selesaikan dengan baik dan YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi telah menyatakan komitmen dan meyokong kuat Dr. Mansor sebagai calon PRK Penanti . Beliau merasakan kemungkinan informasi tersebut tidak sampai ke bawah . Beliau menegaskan hubungan kuat dan akrab beliau dengan YB Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan YAB Datuk Nik Aziz serta bersama kepimpinan DAP iaitu YB Lim Kit Siang . Pakatan Rakyat kemas dan kukuh .

YB Ketua Umum memohon agar tomahan terhadap Sdr. Fairus dihentikan dan beliau juga mempunyai kebaikan dan jasa kepada kerajaan negeri dan parti . Malah beliau menyatakan sokongan dan akan turut turun berkempen . Beliau tegaskan setuju perletakkan jawatan sdr. Fairus ialah untuk mengembalikan dan memulihkan keyakinan rakyat Penanti dan Pulau Pinang dan meletakkan tokoh berwibawa .

Beliau berkeyakinan terhadap jentera Permatang Pauh yang sangat baik dan meminta agar memanafaatkan kekuatan dan kehebatan Jentera Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan di PRK Penanti . Najib tidak mahu meletakkan calon tetapi menerima desakan daripada Tun Dr. mahathir dan berkemungkinan UMNO akan meletakkan calon dan dijangka akan diketahui esok ( 4 Mei ) . Sekiranya UMNO tidak bertanding , pasti akan menaja calon BEBAS . Beliau tegaskan Parti Keadilan Rakyat sudah ada calon dan boleh meneruskan gerak kerja serta memperkemaskan program .

Beliau juga memaklumkan bahawa , parti mempunyai disiplin dan mempunyai proses disiplin . Tindakan disiplin akan diambil terutama mereka yang memburukkan imej parti , terutama menggunakan media . Sekiranya mereka masuk calon bebas dan melawan parti kita maka secara otomatik akan dipecat daripada ahli . Justeru beliau menyatakan dalam jemaah perlu kepada tolak ansur dan tidak perlu marah-marah .

Setakat ini strategi di PRK Penanti masih belum diputuskan lagi terutama oleh JawatanKuasa Pilihanraya Pusat ( JPRP ) . Beliau juga menjelaskan bahawa tindakan SPR memutuskan larangan penggunaan Pondok Panas dan perayu undi akan diuruskan tetapi kebiasaan serkiranya ada permintaan UMNO , SPR boleh ubah keputusan bila-bila masa sahaja . ( Itulah ketelusan dan profesionalnya SPR ).
YB Ketua Umum juga menjelaskan harapan yang sangat tinggi untuk memastikan PRK Penanti adalah merupakan contoh terbaik pilihanraya dan akan menjadi rujukan dan sejarah kepada negara .

Perjumpaan tersebut berakhir dengan tepukan gemuruh seluruh jentera parti yang memperlihatkan semangat berkobar-kobar bagi memstikan Parti Keadilan Rakyat menang dalam PRK tersebut dan menobatkan Dr. Mansor Osman sebagai Yang Berhormat DUN Penanti dan bakal Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang .


Yayasan Aman , Penanti ( 2 Mei 2009 )

Sabtu, 2 Mei 2009

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM LANCAR BLOG BIRO PILIHANRAYA AMK


YB Datuk Seri Anwar Ibrahim , Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat akan melancarkan blog Biro Pilihanraya AMK bertempat di Yayasan Aman , Penanti , Pulau Pinang , 2 Mei 2009 , jam 11 malam sempena Pentas Pemuda anjuran AMK Permatang Pauh .


Layari lah -
http://biropilihanrayaamk.wordpress.com/

SPR : BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH ! BUKAN PONDOK PANAS !



Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof tempohari sewaktu mengumumkan kekosongan DUN Penanti dan tarikh penamaan calon serta hari mengundi Pilihanraya Kecil DUN tersebut , beliau membuat satu keputusan SPR iaitu tidak membenarkan parti-parti politik yang bertanding mengadakan pondok panas dan perayu undi . Ianya berkuatkuasa dalam PRK DUN Penanti nanti.

Alasan yang diberikan oleh beliau ialah pondok panas menjadi 'Pusat Ketegangan' semasa hari pengundian dan dengan tindakan tidak membenarkan pondok panas akan mampu mewujudkan suasana 'aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas' dan 'menyejukkan suasana'. Malah mana-mana parti yang bertanding akan dikenakan tindakan di bawah seksyen 27(1) Akta Kesalahan Pilihanraya iaitu denda RM5000 dan tidak dibenarkan mengundi bagi tempoh 5 tahun .

Kenyataan dan keputusan SPR tersebut telah menerima bantahan terutama parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan memperlihatkan alasan dan keputusan SPR keterlaluan dan tidak munasabah. Sebab itu kita mempersoalkan SPR , berapa banyakkah bukti kukuh bahawa kekecohan berlaku akibat daripada pengwujudan pondok panas . Sedangkan dalam sejarah pilihanraya sama ada pilihanraya umum atau PRK ianya memberikan manafaat yang baik dan berguna kepada Parti Pembangkang dan Parti Kerajaan .

Pondok panas sepertimana lazimnya diketahui sebagai tempat semakan pengundi dikendalikan oleh parti-parti politik dan bukan sebagai tempat 'Pusat Ketegangan' sepertimana yang didakwa oleh Pengerusi SPR . Dan sekiranya berlaku kekecohan dan ketegangan , ianya berpunca daripada kegagalan pihak berkuasa untuk membendung suasana ketika itu. Dan SPR harus sedar bahawa pengwujudan pondok panas adalah membantu agar proses demokrasi berjalan dengan baik.

SPR tidak perlu kesal dengan tindakan parti-parti Pakatan Rakyat yang menolak keputusan tersebut , bukan semua yang dicadangkan oleh SPR mesti diterima kerana SPR memandang daripada sudut pentadbiran dan pengurusan manakala Pakatan Rakyat memandang daripada sudut politik , dan ini merupakan hak Pakatan Rakyat untuk menolak.

Malah beliau juga menyatakan akan menghadkan jumlah penyokong parti-parti politik sewaktu hari penamaan calon adalah tindakan yang dangkal dan seolah-olah SPR dikuasai oleh BN kerana apabila setiap kali penamaan calon jumlah kehadiran para penyokong Paktan Rakyat secara sukarela , 2 hingga 3 kali ganda berbanding para penyokong BN yang datang dengan diangkut , dibayar dan dipaksa. Sudah pasti SPR tidak akan mampu menyekat kehadiran para penyokong untuk hadir ke hari penamaan calon .

Keputusan dan tindakan SPR bersifat kebudak-budakkan ,sedangkan isu utama yang melibatkan integriti dan kredibiliti serta profesional SPR tidak diutamakan iaitu pembersihan daftar pemilih yang sentiasa menimbulkan ketegangan ! bukan pondok panas tapi sikap ketidaktelusan SPR yang telah mengakibatkan ketegangan ini. Tindakan tidak membenarkan perayu undi adalah seolah tindakan bagi menghalalkan pengundi 'hantu' masuk dan hadir mengundi tanpa sebarang masalah.

SPR adalah menjadi punca wujudnya suasana tidak aman , tidak tenang dan ketegangan . SPR wajib bersifat profesional dan adil . BERSIHKAN dengan segera daftar pemilih yang sudah sekian lama menjadi isu setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil iaitu melibatkan isu 'pengundi hantu' atau 'pengundi ragu'. SPR harus mengambil tindakan terhadap permintaan dan tuntutan gerakan BERSIH yang telah mengadakan satu himpunan massa yang melibatkan hampir ratusan ribu rakyat menuntut supaya SPR MESTI BERSIH !

SPR mesti menarikbalik larangan pondok panas dan perayu undi tersebut. Rakyat ingin melihat SPR benar-benar telus,adil dan profesional . Bukan menjadi 'alat dan perkakas' kepada UMNO/BN.

FARIZ MUSA
PENGARAH PILIHANRAYA
BIRO PILIHANRAYA AMK MALAYSIA