klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 31 Mei 2009

BBQ AMK N12 PENANTI - 29.05.09






MEREKA TETAP BEBAL DAN BERKARAT !


"Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi."~~Sumber KLPOST/Malaysiakini.

FM - Mereka tetap bebal dan berkarat ! Ungkapan mudah untuk ahli-ahli UMNgok yang tetap dengan pendirian mereka untuk tidak keluar mengundi PRK N12 Penanti . Mereka lebih rela untuk tidak mengkhianati parti UMNgok sedangkan pemimpin-pemimpin UMNgok telah mengkhianti mereka . Hati dan jiwa mereka tetap bebal dan keras daripada menerima kebenaran . Teringat ucapan Datuk Seri Nizar yang meminta agar ahli-ahli UMNgok tidak cenderung kepada kezaliman nanti disambar api neraka . Bila hati sudah berkarat , kebenaran tetap gelap bagi mereka . Semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka untuk melakukan islah !

SELAMAT MENGUNDI BUAT PARA PENGUNDI N12 PENANTI

JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI WARGANEGARA ! UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN PENANTI DAN PULAU PINANG . JANGAN LEPASKAN PELUANG !


31 MEI 2009

SELAMAT MENGUNDI KEPADA WARGA PENGUNDI N12 PENANTI !



FM

program n 12 penanti amk meriah !

MENGKUANG TITI 4.30 p.m - Program Untuk Anak Muda N12 Penanti yang berlangsung di padang bola Homestay Mengkuang Titi , Penanti petang tadi cukup meriah dan hebat . Program yang dimulakan dengan acara tarik tali cukup menghiburkan . Pelbagai acara yang berlansung antaranya ialah Sukan rakyat yang dikendalikan oleh Wanita Muda AMK , Final Liga Bolasepak Piala Datuk Seri Anwar Ibrahim , Acara Lelongan Buah Durian oleh YB Yusmadi , persembahan nyayian oleh artis Ringgo Arrow serta Persahabatan Bolasepak Kain Pelikat dan Kain Batek . Buah durian yang termahal RM 800 sebiji telah berjaya dibida dalam acara lelongan buah durian .
Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim , Dr. Syed Husin Ali ( Timbalan Presiden ) , YB Azmin Ali ( Naib Presiden ) , YAB Tan Sri bd. Khalid Ibrahim ( MB Selangor ) , Dr. Mansor Othman ( calon N12 Penanti ) , Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin ( Ketua AMK ) , Lateefa Khoya ( Ketua Penerangan ) , Sdr. Fariz Musa ( Timbalan Ketua AMK ),YB Ustaz Firdaus ( MP Jerai / Exco DPPP ) , Chegu Badrul Hisham Shahrin ( MPT ) , YB Yusmadi Mohd. Yusof ( MP Balik Pulau / Ketua AMK Pulau Pinang ) , YB Jason Onn ( Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang ) , Exco-Exco AMK Pusat dan ramai lagi .
Semua acara berjalan dengan baik dan jayanya dengan peglibatan ahli-ahli AMK dan penduduk setempat . DM Kubang Hulu telah diumumkan sebagai Johan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Para hadirin juga disajikan dengan buah durian yang disumbangkan oleh YB Yusmadi Mohd. Yusof . Tahniah dan syabas kepada Skuad Pilihanraya AMK yang menyandang Johan Acara Tarik Tali dengan mengalahkan AMK Pusat .
Disebelah malam pula , Pentas AMK telah diadakan di tempat sama . Para penceramah yang menyampaikan ceramah ialah YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin , Dr. mansor Othman , YB Dr. Hatta Ramli , Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin , Sdr. Fariz Musa , YB Yusmadi Yusof , YB Jason Onn , Ustaz Wan Azhar , Sdr. Ahmad Nizam dan Sdr. Abdul Hamid Donan .
Semua menyeru agar semua para pengundi di Penanti turun ke tempat pembuangan undi 31 Mei 2009 bagi mestikan kemenangan Dr Mansor Othman dan Parti Keadilan Rakyat.
FM - Insyaallah saya serta gambar .

Sabtu, 30 Mei 2009

APAKAH PENYELEWENGAN PKFZ INI ?

Seperti biasa rampas tanah orang kampung.Satu syarikat telah membeli secara paksa tanah rakyat dengan harga RM3 untuk 1 kaki persegi. Selepas itu tanah yang sama di jual kembali kepada Port Kelang Authority dengan harga RM25 untuk 1 kaki persegi. Mereka telah memperolehi keuntungan sejumlah RM22 ringgit 1 kaki persegi. Keluasan tanah tersebut ialah 405 hektar. Untuk makluman bahawa Port Kelang Authority itu ialah duit rakyat .Menipu untuk membangunkan gudang, bangunan pejabat serta hotel bertaraf 4 bintang. Pada awalnya kos dicadangkan ialah RM 2.5 bilion. Akibat penyelewengan dan penipuan akhirnya menjadi RM.4.6 bilion.

'Altantuya' seret Badrul ke balai

May 29, 09 4:10pm
Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan selama tiga jam kepada polis. Badrul Hisham Shaharin - yang tiba di balai mulai jam 3.30 petang untuk siasatan berhubung kesalahan menghasut - diarah berbuat demikian susulan empat laporan polis terhadapnya.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.Menulis di blognya semalam, Badrul Hisham bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.
"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya. Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.
Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.
Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.
Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini. Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan.

malaysiakini

program AMK - 28 Mei 2009

10 pagi -
Bersama calon bertemu pengundi di Mengkuang Titi
4 petang -
Final Liga Bolasepak Piala Datuk Seri Anwar Ibrahim
di Padang Bola Homestay Mengkuang Titi , Penanti
- Sukan Rakyat ( toi ) anjuran Wanita Muda AMK
5 petang -
Sepetang bersama Ringgo Arrow
9 malam -
Pentas Anak Muda
Penceramah : YAB Datuk Seri Nizar Jamaludin
Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin
YB Salehudin Ayub
YB Anthony Loke
Sdr. Fariz Musa
YB Amiruddin Shaari
YB Yusmadi Mohd. Yusof
dan ramai lagi pimpinan pemuda PR

AMK kecewa dengan sikap Polis dan tidak ada masa hendak campuri urusan UMNO

AMK menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh , Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang cuba mengingatkan PKR supaya tidak mencampuri urusan UMNO yang mengadakan majlis penerangan di Penanti . Apa yang dilakukan oleh AMK ialah meminta UMNO jangan jadi penyibuk dalam suasana PRK N12 Penanti yang mana UMNO begitu penakut untuk berdepan PKR dalam PRK Penanti .
Sekiranya hendak membuat ceramah penerangan , UMNO Permatang Pauh boleh melakukannya di luar kawasan DUN Penanti . UMNO Permatang Pauh harus sedar dan berpijak di bumi yang nyata bahawa UMNO / BN tidak menyertai PRK N12 Penanti . UMNO Permatang Pauh seharusnya akur bahawa mereka tidak perlu muncul dalam suasana PRK ini dan alasan kenapa tidak menyertai PRK N12 Penanti telah diumumkan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN , Najib Tun Razak dalam semua media arus perdana milik UMNO / BN . Sekiranya masih perlu membuat penerangan UMNO Permatang Pauh boleh menggunakan ruangan penerangan tersebut di luar kawasan DUN Penanti atau selepas PRK Penanti .
AMK tidak ada masa untuk mencampuri urusan UMNO Permatang Pauh , tetapi sebagai parti yang tidak menyertai PRK kehadiran UMNO adalah tidak diperlukan dan suasana PRK Penanti cukup tenang tanpa kehadiran UMNO dan rakyat Penanti menyedari bahawa tanpa UMNO /BN pilihanraya berjalan dengan baik dan tiada insiden serta provokasi yang berlaku di buat oleh UMNO /BN setiap kali PRK .
Kalau benar ianya hanya diadakan khusus kepada ahli-ahli UMNO , kenapa pemidang publisiti tidak meletakkan perkataan untuk ahli UMNO sahaja . Sudahlah program tersebut dibuat dalam kawasan DUN Penanti malah mengajak orang ramai tanpa dikhususkan kepada ahli UMNO sahaja untuk hadir ke program ceramah tersebut .
Suasana PRK N12 Penanti tidak memerlukan kehadiran UMNO . UMNO tidak perlu jadi penyibuk , pengacau dan 'meroyan' untuk menyertai PRK Penanti.
AMK juga kecewa dengan tindakan pihak polis yang tidak bertindak tegas terhadap laporan polis yang dibuat oleh AMK . Pihak polis telah bertindak tidak profesional . Malah lebih mengecewakan apabila pihak polis bertindak mengawal ceramah tersebut dan seolah memastikan ceramah tersebut yang diadakan di Dewan Guar Perahu berjalan dengan lancar dan tidak diganggu . Sikap tidak adil dan tidak telus pihak polis sangat-sangat dipertikaikan oleh AMK.

Fariz Musa
Pengarah Pilihanraya AMK Pusat
merangkap
Timbalan Ketua AMK Pusat

PENGUNDI POS N12 PENANTI MEMBUANG UNDI HARI INI 28 MEI

Perang di Penanti bermula apabila undi pos untuk pilihanraya kecil Penanti berlangsung hari ini dengan 20 orang anggota Polis dari kawasan itu mengundi lebih awal kerana desakan tugas.Bilik undi pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai tengah di Pulau Pinang dibuka jam 8.30 pagi. Tepat jam 9.15 pagi seorang angota polis berpangkat Lans Koperal membuang undi pertama, di ikuti anggota polis wanita iaitu Lans Koperal Asiah binti Hashim yang bertugas di balai polis kubang Semang.
Sejurus selepas itu, Calon Parti Keadilan Rakyat Mansur Othman hadir bersama beberapa penyokong bagi memantau proses pembuangan undi pos.Mansur berkata beliau berpuas hati dengan kempennya untuk mengekalkan kerusi Penanti dan menaruh kepercayaan penuh dengan kebijaksanaan pengundi untuk membuat keputusan tepat.
Seramai 23 orang berdaftar sebagai pengundi pos DUN Penanti. Lebih 15,000 pengundi lain di daftar untuk mengundi Ahad ini.

Jumaat, 29 Mei 2009

Nama Ketua UMNO Kapar Disebut Dalam Kes PKFZ

Friday, May 29, 2009 5:54 PM

Nama Ketua Umno bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil disebut didalm dakwaan penyelewengan laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didedahkan kepada umum pada hari semalam.Nama beliau turut disebut dalam laporan audit PKFZ oleh PriceWaterhouse Coppers (PwC) berkaitan tanah milik Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang didakwa boleh menimbulkan kemungkinan konflik kepentingan.
Laporan itu menyebut Abdul Rahman merupakan ahli lembaga pengarah PKA dari 1997 hingga 2003.Dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tersebut, kata laporan itu, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) dan bertanya mengenai cadangan pengambilan balik wajib tanah melalui pembelian terus.
KPPLB merupakan pemilik asal sebahagian daripada tanah tersebut.Mengikut laporan itu, memandangkan pengambilan balik wajib tersebut akan menguntungkan PKA, maka rasional Abdul Rahman menimbulkan perkara itu adalah tidak jelas.PKFZ merupakan zon bebas komersial dan perindustrian bersepadu seluas 1,000 ekar yang menawarkan kemudahan untuk pengedaran kargo antarabangsa dan sebagai pusat penyatuan setempat.Ia terletak bersebelahan Pelabuhan Barat di Pulau Indah, dan boleh diakses melalui Lebuhraya Kesas.Laporan audit PKFZ menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.
Turut disebut dalam laporan tersebut - yang membabitkan kemungkinan berlaku konflik kepentingan - ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang juga ahli Parlimen Bintulu Datuk Tiong King Sing.Sementara itu Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng hari ini menyerahkan laporan audit mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sambil menjelaskan bahawa beliau diarah oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengemukakan salinan laporan itu kepada SPRM, Lee berkata LPK akan memberi kerjasama penuh jika SPRM menjalankan siasatan.Katanya, laporan audit itu juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara.Mengenai tindakan terhadap mereka yang dinamakan dalam laporan itu, Lee berkata ia bergantung kepada siasatan SPRM.

PENANTI : UMNO gila meroyan adakan Ceramah.. SPR / POLIS apa Tindakan kamu..??



28 May 2009

Angkatan Muda Keadilan membuat laporan polis terhadap Umno kerana mengadakan ceramah politik ketika kempen pilihan raya N12 Penanti walaupun parti tersebut mengumumkan ia tidak bertanding.Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa di balai polis Kubang Semang kira-kira pukul 4 petang tadi.
"Kebetulan dalam kerja lapangan kami, AMK berjaya mengesan sepanduk ceramah umno di Penanti."Oleh itu kami meminta pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menghalang ceramah itu kerana BN tidak bertanding dalam pilihan raya ini," tegas Fariz.Beliau menjelaskan walaupun ceramah ini tidak dianggap berkempen secara langsung, namun ia boleh mempengaruhi perjalanan pilihan raya di DUN Penanti.
"Saya menggesa pihak polis untuk tidak mengambil sikap berat sebelah mengambil tindakan Umno. Umno tidak perlu berada di sini," kata Fariz lagi.Semasa berkempen pimpinan Pakatan Rakyat sering mengungkap bahawa walaupun UMNO tidak bertanding namun roh parti itu berkeliaran secara aktif di Penanti.

kedahLanie...!

Mat Zain Dakwa Konspirasi Terhadap Beliau, Akan Dedah Kebenaran Berhubung Kes Mata Lebam Anwar - TVA

Friday, May 29, 2009 9:35 AM

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.
Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.
"Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.
Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.
"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.
"Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain.
Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.
Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.
"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya," kata Mat Zain lagi.
Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.
Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.

Wajah Sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri - TVA

Friday, May 29, 2009 9:31 AM

Inilah wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri yang menutup wajahnya gaya ala ninja sepanjang tempoh 159 hari perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Gambar yang disairkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 28 Mei 2009 menunjukkan muka beliau dari bahagian tepi kiri.
Azilah, 33. bersama rakannya, Koperal Sirul Azhar Umar, 37, di hukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 9 April lalu apabila didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya.
Sebelum ini kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik dan penasihat kanan Perdana Menteri Najib Razak itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.
Azilah dan Sirul Azhar telahpun memfailkan notis rayuan beberapa hari setelah keputusan Mahkamah Tinggi.Perbicaraan mereka mencatat beberapa rekod termasuk tempoh perbicaraan paling panjang membabitkan sejumlah 84 saksi.Azilah direman di Penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar selama 895 hari.

P/Raya DUN Penanti Perlaksanaan Manifesto PKR PRU-12 - Fariz

Johor Bahru - Astro Awani di saluran 501 telah sagmen SUDUT PANDANG jam 9.00 malam tadi menyajikan depat diantara Sdr. Fariz Musa ,Timbalan Ketua AMK Malaysia dan Sdr. Shuhaimi , EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia .
Perbincang dianatara dua tokoh muda ini kelihatan agak tegang sehingga diakhir perbahasan pengacara rancangan terpaksa secara 'cut off' perdepatan itu. Secara umumnya Fariz yang dianggap 'Singga AMK' mempertahan partinya yang dimanipulasi oleh Umno sebagai mempergunakan politik murahan untuk mentadbir Malaysia. Shuhaimi dengan tegas membidas Pakatan Rakyat terutama PKR dalam pergolakkan politik Malaysia kini.
Namun dalam perdepatan itu Johor Daily memuji sikap merendah diri Fariz yang meminta para pengundi dan dan ahli partinya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan segala manifesto pilihanraya yang baru berusia setahun. Malah dalam masa yang sama beliau membidas Barisan Nasional yang sudah 51 tahun memmerintah masih meraba-raba menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.
Johor Daily juga memuji Shuhaimi diatas kesungguhannya membawa dokumen persediaan untuk perdebatan itu walaupun tidak sempat mendedahkan isi kandungannya. Malah beberapa kali menunjukkan kepada penonton dan Fariz dokumen tersebut. Johor Daily kecewa kerana tidak baris pun dibacakan kepada umum isi kandungannya.
Johor Daily percaya kedua-dua panel menganggap dirinya juara debat tersebut. Shuhimi berjaya membawa dokumen untuk fakta debat walau tidak diumumkan dan Faris berjaya dalam fakta debatnya bahawa Piliharaya Kecil DUN Penanti adalah perlaksanaan manifesto PKR, iaitu pemimpin atau wakil rakyat yang disabitkan dengan kesalahan tidak dibenarkan memimpin .
Posted by JOHOR DAILY

FARIZ MUSA DI ASTRO AWANI - PRK PENANTI

28 Mei 2009

Saya dijemput menyertai sagmen SUDUT PANDANG di Astro Awani di saluran 501 dalam agak tergesa-gesa . Sagmen tersebut diadakan secara langsung ( live ) jam 9 malam . Selepas bersama teman-teman AMK di Balai Polis Kubang Semang , Penanti , saya bergegas ke Kuala Lumpur bagi memenuhi jemputan tersebut . Difahamkan saya akan berdebat isu Penanti dengan wakil Pemuda UMNO Malaysia .
Saya tiba di studio Awani 5 minit sebelum ke udara dan terus masuk ke studio dan Sdr. Kam sudah siap tersedia . Tidak lama kemudian masuk wakil Pemuda UMNO Malaysia , Sdr. Shuhaimi , EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia .
Perbicaraan segmen tersebut berlegar isu Pilihanraya Kecil DUN Penanti . Memulakan hujah Sdr. Shuhaimi membicarakan kenapa UMNO / BN tidak menyertai PRK N12 Penanti dengan hujah-hujah yang bersesuaian dengan alasan yang sama Presiden UMNO , Najib Razak . Syukur saya hadapi dangan tenang penghujahan Sdr. Shuhaimi .
Bila giliran saya , saya mulakan dengan PENANTI TANPA UMNO / BN CUKUP TENANG , TANPA UMNO / BN NEGARA PASTI HARMONI DAN TENANG . Saya kira itu yang menjadikan Sdr. Shuhaimi hilang punca dan emosional. Sehingga belum sempat saya habis berhujah sudah mahu mencelah .
Penghujahan saya berdasarkan fakta , PRK bukan pilihan tapi keperluan . Tindakan UMNO / BN yang mengugut bekas exco , ADUN Bukit Selambau YB Arumugam dengan ancaman terhadap beliau dan keluarganya menuntut beliau meletakkan jawatan , YB Fairus yang mempunyai integriti dan maruah diri mengutamakan kepentingan rakyat dan integriti parti sanggup meletakkan jawatan apabila beliau dituduh dengan dakwaan rasuah . Bukan seperti Pemuda UMNO yang mempertahankan dan menyembunyikan rasuah dan penyelewengan pemimpin mereka .
Sdr. Shuhaimi bagai tiada isu , cuba kaitkan dari awal dengan isu dalam PKR dan perlukan kepada satu undang-undang agar tidak membenarkan ADUN meletakkan jawatan . Persoalannya kenapa Penanti ? Kenapa tidak di Bukit Selambau ? Kenapa UMNO menganggu dengan program ceramah di DUN Penanti dan bas-bas percuma lawatan ke Langkawi dan Padang Besar ?Apabila Sdr. Kam menyatakan bahawa tidak perlu menyerang UMNO / BN di Penanti dan lebih kepada isu kebajikan rakyat . Saya tegaskan dalam kempen kita di Penanti , kita memperjelaskan kepada rakyat apakah tindakan dan perlaksanaan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan walaupun BN tidak menyertai PRK penanti tetapi media milik UMNO/BN terus menyerang kita .
Emosi Sdr. Shuhaimi terus menganggu pedebatan malam tadi. Melucukan . Bila Sdr. Kam meminta agar ada ruang proses permuafakatan yang boleh dimulakan oleh pemuda BN dan Pemuda PR . Saya tegaskan kita berlapang dada , yang penting ialah kesediaan Pemuda UMNO / BN untuk menentang rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam Kerajaan BN . Kita bukan anti pembangunan . Tetapi pembangunan yang telus dan tidak berlaku unsur rasuah dan penyelewengan .
Hujah saya diganggu dengan emosi tak terkawal Sdr. Shuhaimi . Sehingga menyatakan perjuangan AMK kolot ! Akhir segmen dilihat agak panas dalam saya tergelihati dengan keletah EXCO Pemuda UMNO ini yang juga Pegawai Khas YB Dato Noh Omar terus bercakap sewaktu saya berhujah . Ruang yang saya gunakan sebaik mungkin dengan tenang dan senyuman .