Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen berkaitan dakwaan kes liwat bekas pembantunya akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat ini.Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini tetapi ditunda berikutan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan semalam.Penangguhan ini bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mendengar rayuan penasihat PKR itu terhadap keputusan yang memerintahkan perbicaraan kes liwat didengar di Mahkamah Tinggi.Rabu, 1 Julai 2009
Kes Anwar didengar Jumaat - Malaysiakini
Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen berkaitan dakwaan kes liwat bekas pembantunya akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat ini.Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini tetapi ditunda berikutan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan semalam.Penangguhan ini bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mendengar rayuan penasihat PKR itu terhadap keputusan yang memerintahkan perbicaraan kes liwat didengar di Mahkamah Tinggi.Anwar: BN jangan main-main, dedah bukti tahanan ISA pengganas sekarang!

July 01, 2009 2:35 PM
Parti Keadilan Rakyat mendesak Barisan Nasional membebaskan semua tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana gagal menunjukkan sebarang bukti mereka terbabit dalam aktiviti keganasan.Setakat ini kerajaan dan polis gagal menunjukkan bahawa tahanan ISA yang dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) dan Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) menjalankan sebarang kegiatan pengganas atau mengancam keselamatan negara. .
Parti Keadilan Rakyat mendesak Barisan Nasional membebaskan semua tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana gagal menunjukkan sebarang bukti mereka terbabit dalam aktiviti keganasan.Setakat ini kerajaan dan polis gagal menunjukkan bahawa tahanan ISA yang dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) dan Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) menjalankan sebarang kegiatan pengganas atau mengancam keselamatan negara. .
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini berkata tahanan-tahanan J-I dan Hindraf ditahan atas syak wasangka semata-mata tanpa bukti kukuh mereka terbabit dalam aktiviti pengganas.“Dalam soalan lisan saya kepada menteri dalam negeri bersabit ISA, Jemaah Islamiyah dan Hindraf, saya soal apa bukti mereka ini pengganas. Jawapannya mereka didapati mengumpulkan dana untuk beli senjata dan letupan, mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.
Sehingga sekarang tidak ada satu bukti pun dikeluarkan,” kata Anwar.Anwar menjelaskan tahanan-tahanan JI dan Hindraf adalah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah undang-undang.“Ini bahayanya apabila ISA di tangan polis membuat penahanan berdasarkan syak. Bila ditanya mengapa mereka tahan, mereka jawab pengganas. Bila ditanya mana bukti, mereka jawab kami percaya. Fitnah sebegini menyebabkan orang terperuk 6-7 tahun dalam penjara,” tambah Anwar.Anwar menyeru pihak berkuasa supaya jangan bersikap hipokrit kerana kerajaan Umno-BN sendiri mempunyai hubungan dengan pemimpin askar pembebasan Mujahideen dan Al-Qaeda.
“Saya mengiring Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir, ke Afghanistan, dan saya menemui semua kumpulan pejuang Afghanistan termasuk seorang yang mungkin terlibat dengan Al-Qaeda. Tapi saya tak boleh dedahkan semuanya kerana nanti jadi alasan mereka tangkap saya pula. Jadi mengapa mereka memberi liputan negative keatas Waythamoorthy semata-mata beliau dipercayai menemui pemimpin LTTE,” kata Anwar.TVA
SURAT SAMAN DARIPADA DATUK BANDAR MBKT

Saya telah menerima surat saman daripada peguam kepada Datuk Bandar Majlis bandaraya Kuala Terengganu semalam 30 Jun 2009 oleh Timbalan Ketua AMK Negeri Terengganu sdr. Muzafeq melalui Tetuan Mohd. Sofian & Co berkaitan kenyataan saya kepada beliau isu pengeluaran CF oleh Datuk Bandar MBKT .
Beliau meminta agar saya membuat permohonan maaf dalam tempoh 14 hari termasuk membuat kenyataan mohon maaf secara terbuka melalui akhbar Sinar Harian .
Persoalan memohon maaf adalah sangat kecil dan saya bersedia membuat permohonan maaf tersebut jika kesilapan fakta dan kekeliruan terhadap isu tersebut . Saya bertanggungjawab terhadap kenyataan saya . Sepertimana diungkapkan oleh Almarhum Dr. Usman Awang ; berani kerana benar tunduk bila bersalah .
Selepas mendapat penjelasan dan membaca kenyataan rasmi oleh MAMPAT saya benar-benar hairan bagaimana tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak Polis dan SPRM terhadap mereka yang bertanggungjawab kepada stadium tersebut .
JKR Negeri Terengganu bertanggungjawab dan terlibat secara langsung dalam pembikinan stadium tersebut dan JKR Negeri Terengganu wajib bertanggungjawab terhadap tragedi runtuhnya stadium yang berprestij tersebut yang melibatkan wang rakyat hampir RM300 juta .
Saya tidak akan berdiam diri demi kepentingan rakyat . Isu ini sekarang bagaikan dibisukan daripada perbualan umum serta media massa dan sehingga sekarang tiada tindakan diambil .
farizmusa.blogspot.com
TAHNIAH YB S.MANIKUMAR ! SYABAS SAHABATKU DI TAMAN LEMBAH PERMAI !
Pada malam ini bertarikh 25.06.2009, bertempat di ( N25 Bukit Selambau ) Taman Lembah Permai Sg,Lalang, Sg, Petani, Kedah, PAS Cawangan Taman Lembah Permai Sg. Lalang telah mengadakan satu program Penyerahan Wang Bantuan untuk anak di taman tersebut iaitu adik Ain Nazuha Syahema Binti Mohamad yang akan melanjutkan pengajian ke UUM Sintok Kedah pada 28.06.2009. Turut hadir ialah Yb S. Manikumar ADUN Bukit Selambau yang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah dijemput untuk bersama-sama bagi menjayakan dan melakukan penyerahan wang kepada adik Ain Nazuha Syahema . Wang tersebut dikutip dari hasil inisiatif ahli-ahli Cawangan Pas Taman Lembah Permai, ianya adalah bertujuan untuk membantu dan memotivasikan anak-anak taman ini agar bersemangat untuk belajar.
Yb S, Manikumar juga telah menyampaikan ucapan dan memberikan kata-kata semangat kepada adik Ain Nazuha Syahema Binti Mohamad. Yb juga berharap kami dapat meneruskan lagi usaha-usaha murni ini disamping berpolitik secara bersih dan memberi komitmen yang tinggi terhadap masyarakat, tidak mengira usia,kaum dan darjat.sekian.
oleh : Along Taman Lembah Permai
Anwar dakwa BN akan main kotor di Manek Urai
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat.
Anwar yang juga ketua Pakatan berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi.Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti.Perbuatan tersebut, tegas ahli parlimen Permatang Pauh itu, menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz.
Semalam BN menamakan ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Man, 39a, sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.Anwar bercakap kepada pemberita di Putrajaya di mana kes rayuannya terhadap keputusan memindahkan kes liwatnya, dijadual didengar pagi ini. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan hingga esok.Anwar merayu terhadap keputusan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu akan didengar di MahkamahTinggi pada 8 Julai depan.
'Puaka' hantui dua siswa UM - Malaysiakini
Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma bagi anak-anak Palestin.Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan keesokan harinya.Difahamkan kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat semalam.
Menurut satu laman web UM Today, polis terus menggeledah beberapa rumah siswa universiti tersebut dalam usaha menjejak tiga lagi pelajar.Rumah seorang exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh turut "digeledah polis empat kali sejak tiga hari lalu".Laman web tersebut juga menyebut, kenalan Mohd Aizat yang enggan dikenali memaklumkan bahawa polis telah membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin ketika menggeledah masuk rumah tersebut pagi semalam.
Rosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.Sementara label liar "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.
Rosmah atau suaminya Datuk Seri Najib Razak setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Satu laman web Malaysia Instinct mendakwa pernah bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.
Selasa, 30 Jun 2009
Ahmad Maslan Rayu BN Tidak Tabur Fitah Lagi

Kuala Krai - Kekalahan dibanyak Parlimen dan Dewan Undang Negeri pada Pilihanraya Umum ke-12 dan Pilihanraya Kecil amat memeritkan bagi Umno dan Barisan Nasional.
Ketua Penerangan Umno dan Barisan Nasional, datuk Ahmad Maslan mengingatkan semua penceramah BN supaya jangan menabur fitnah sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Johor Daily perpendapat dua fitnah besar melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan faktor utama kekalahan parti yang memerintah Malaysia ketika ini. Beliau bimbang dengan fitnah yang dilakukan oleh penceramah Umno memudaratkan parti melayu itu.
Tidak dinafikan kehadiran bekas penyokong Parti Keadilan Rakyat seperti Ezam Mohd Noor, Hamdan Taha, Lokman Noor Adam dan lainnya banyak membantu kemenangan Pakatan rakyat di pilihanraya yang lepas. Ceramah mereka dianggap tidak mempunyai fakta yang kukuh dan berbentuk maki-hamun sahaja.
Ahmad Maslan berkata, Umno tidak mahu menggunakan pilihanraya sebagai tempat untuk memaki hamun dan menabur fitnah. Sambil melahirkan keyakinan kemenangan BN di Manek Urai beliau berharap kekalahan pahit tidak berlaku lagi.
Ketua Penerangan Umno dan Barisan Nasional, datuk Ahmad Maslan mengingatkan semua penceramah BN supaya jangan menabur fitnah sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Johor Daily perpendapat dua fitnah besar melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan faktor utama kekalahan parti yang memerintah Malaysia ketika ini. Beliau bimbang dengan fitnah yang dilakukan oleh penceramah Umno memudaratkan parti melayu itu.
Tidak dinafikan kehadiran bekas penyokong Parti Keadilan Rakyat seperti Ezam Mohd Noor, Hamdan Taha, Lokman Noor Adam dan lainnya banyak membantu kemenangan Pakatan rakyat di pilihanraya yang lepas. Ceramah mereka dianggap tidak mempunyai fakta yang kukuh dan berbentuk maki-hamun sahaja.
Ahmad Maslan berkata, Umno tidak mahu menggunakan pilihanraya sebagai tempat untuk memaki hamun dan menabur fitnah. Sambil melahirkan keyakinan kemenangan BN di Manek Urai beliau berharap kekalahan pahit tidak berlaku lagi.
Hubungan Polis Dengan Samseng Dikecam
Monday, June 29, 2009Kewujudan keselamatan kawasan perumahan, atau lebih dikenali sebagai neighbourhood watch, petanda rakyat tidak lagi yakin keselamatan nyawa mereka di tangan pihak berkuasa. Fenomena neighbourhood watch ini berpunca dari imej polis yang tercemar dengan pelbagai kes rasuah, salahguna kuasa dan hubungan pihak berkuasa dengan penjenayah, kata Ketua Pembangkang DSAI.
"Rakyat tidak lagi menyakini polis mampu menjaga keselamatan mereka," kata DSAI di Dewan Rakyat hari ini, ketika membahaskan Usul Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP). Kerajaan sendiri dilihat melindungi pegawai-pegawai atasan polis yang terbabit rasuah dan mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap,".
DSAI berkata demikian merujuk kepada akuan bersumpah pegawai-pegawai polis yang mendakwa wujudnya hubungan antara Ketua Polis Negara Musa Hassan dan kongsi gelap. Beliau turut membacakan akuan bersumpah dari beberapa pegawai polis di Dewan Rakyat."Dari akuan- akuan bersumpah ini kita difahamkan bahawa anggota-anggota polis ini dikenakan tindakan kerana menyiasat aktiviti individu tertentu yang dipercayai terbabit dalam kongsi gelap. Saya berasa bimbang apabila Ketua Polis Negara sendiri dituduh memberi perlindungan kepada kongsi gelap,".
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mendedahkan satu kes pembunuhan seorang pemimpin kanan MIC yang cuba diselindung pihak polis. Pada 12 Januari tahun lalu, Adun Tenggaruh S Krishnasamy dibunuh oleh seorang pembunuh upahan di dalam sebuah lif di Ibu Pejabat MIC Johor. Dalam kejadian 2.30 petang itu, Krishnasamy ditembak satu kali di bawah kening mata kiri dan tembus ke belakang kepala.
Berdasarkan maklumat yang diterima pemimpin veteran DAP itu, suspek-suspek penting dalam kes ini dibebaskan sebaik sahaja ditahan.Kit Siang berkata, "Walaupun setelah setahun berlalu namun masih tiada perkembangan terbaru dalam siasatan polis. Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) amat diperlukan di masa sekarang,". -yeols
PPSMI Tidak Wajar Diteruskan, Kerajaan Jangan Teragak-Agak - Anwar Ibrahim

Mesyuarat Pimpinan Pusat hari ini membincangkan antaranya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan. Seharusnya semua pihak menyedari kedudukan Bahasa Melayu dijamin oleh peruntukan Perlembagaan serta Dasar Pendidikan Nasional.
Sewajarnya perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu dihimbau semula bagi mengingatkan kita akan jerih perih pejuangan nasionalis tulen. Adalah menjadi tanggungjawab kita rakyat Malaysia untuk memartabatkannya sesuai dengan hasrat Kemerdekaan negara dan pembentukan Persekutuan Malaysia.
Oleh itu kelengahan Kementerian Pelajaran dan kabinet membuat keputusan berhubung kedudukan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seumpama mengenepikan semangat yang terkandung jelas dalam Perlembagaan. Dengan merosotnya prestasi matematik dan sains terutamanya di kalangan pelajar luar bandar tambah memburukkan keadaan.Makanya pada sidang media seusainya mesyuarat tengahari tadi, saya mengulangi desakan agar kerajaan umno-bn kembali mematuhi intipati Dasar Pendidikan Nasional serta memartabatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kami juga menggesa agar sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda masing-masing di sekolah rendah jenis kebangsaan. Perlaksanaan PPSMI sekian lama memangsai rakyat terbanyak dan pembaziran berjumlah RM 4.5 billion.
Desakan ini dibuat tanpa menidakkan keperluan memperkukuh penggunaan Bahasa Inggeris dan kepentingannya, terutama di peringkat menengah atas serta pengajian tinggi. Namun kami menolak sebarang usaha untuk memastikan kelulusan Bahasa Inggeris diwajibkan di peringkat SPM. Perhatian mestilah ditumpukan kepada usaha untuk menghantar guru yang benar-benar terlatih ke kawasan luar bandar. Kandungan kurikulum juga perlu dilakar sesuai bagi menghasilkan kualiti pembelajaran dan pelajar yang terbaik.
Turut disentuh ialah isu tanah yang menimbulkan beban yang bukan sedikit kepada penduduk di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, Pandamaran, Selangor dan Kampung Layang-Layang di Johor. Mesyuarat memutuskan isu ini akan dikendali oleh Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali. Beliau bersama panel lainnya akan meneliti serta berusaha mengurangkan beban yang ditimpa rakyat. Pimpinan parti juga secara sebulat suara menyokong penuh calon Pas di Manek Urai dan akan bersama-sama memastikan kemenangan Rakyat.ANWAR IBRAHIM
Isnin, 29 Jun 2009
Anwar sokong syor Nik Aziz mahu debat dengan PM

Monday, 29 June 2009
Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.
"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang mencabar Najib mengadakan debat terbuka bagi mencari kebenaran dan menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama.
Tok Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.
Dalam perkembangan lain, mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, Anwar berkata, PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam membantu parti itu memenangi pilihan raya kecil tersebut."Kita akan beri sokongan penuh kepada PAS. Insya-Allah kita yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi kawasan tersebut.
"Kita akan beri sokongan dalam apa jua bentuk kerjasama kepada calon PAS di Manek Urai," katanya. kepada mStar.
Siri Rosmah Perempuan Celaka : 'Rosmah-Najib kahwin di rumah saya'
Muda Mohd Noor
Seperti kenyataan dalam video, Che Mah Abdul Hadi hari ini mengakui Rosmah Mansor berkahwin dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Gedong Lalang, Seremban.Wanita pertama negara itu melangsungkan perkahwinan menjelang tokoh politik itu bertanding ketua Pemuda Umno, kata isteri bekas speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dalam video tersebut.Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah (foto), berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya.
Sementara itu Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid juga mengesahkan mengenali Che Mah, jiran ibu bapa Rosmah. Ikmal Hisham, anak Che Mah yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut kini tinggal bersamanya, kata Abu Hassan lagi. Ikmal (foto, atas) antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut - didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan "Kak Ros".Abu Hassan, yang juga ketua kampung itu menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut.
Seperti kenyataan dalam video, Che Mah Abdul Hadi hari ini mengakui Rosmah Mansor berkahwin dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Gedong Lalang, Seremban.Wanita pertama negara itu melangsungkan perkahwinan menjelang tokoh politik itu bertanding ketua Pemuda Umno, kata isteri bekas speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dalam video tersebut.Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah (foto), berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya."Tetapi dia (Rosmah) sudah tidak kenal saya, walaupun berkahwin di rumah saya," katanya lagi, mengulangi dakwaan dalam klip video sewaktu diwawancara. Pihak yang menembualnya dan penerbit video tersebut, yang kini mendapat sambutan hangat di internet, tidak dapat dipastikan.
"Kenapa kamu tidak percaya, Rosmah kahwin di rumah saya," katanya ketika diminta mengesahkan dakwaannya itu.Che Mah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kepada Malaysiakini dengan alasan "tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali".Hasil perkahwinan Rosmah dan Najib, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nooryana Najwa, 20, dan Norashman Razak, 18.Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambaran negatif dan label liar "perempuan puaka" terhadap Rosmah.
Sementara itu Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid juga mengesahkan mengenali Che Mah, jiran ibu bapa Rosmah. Ikmal Hisham, anak Che Mah yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut kini tinggal bersamanya, kata Abu Hassan lagi. Ikmal (foto, atas) antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut - didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan "Kak Ros".Abu Hassan, yang juga ketua kampung itu menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut. Beliau tidak menyatakan tarikhnya."Saya selalu juga pergi ke rumahnya, dia sendiri bercampur dengan orang kampung," tambahnya.Katanya, Che Mah dan Rosmah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan, cuma hubungan kejiranan kerana rumah mereka selang dua buah rumah.Menurut klip video ketiga, hubungan Che Mah dengan Rosmah pernah akrab sebagai "keluarga angkat" dan bertanggungjawab memperkenalkan bomoh kepada isteri Najib.
Dalam temubual itu, Che Mah menceritakan saat-saat awal persiapan pernikahan Najib-Rosmah yang hanya membabitkan "14 hingga 15 orang" sehingga suaminya Ariffin memanggil lagi ahli-ahli Umno menjadikan 80 hadirin semuanya.Sementara Ikmal pula meluahkan rasa marahnya atas alasan Rosmah tidak lagi mengenang budi ibunya sekeluarga berhubung perkahwinannya.
MB Johor : Laksana PPSMI 'tidak beretika'

Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.
"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman."Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."
Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi. Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.
Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.
Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik."Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.
"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu."Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.
"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini."Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.
"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan. - malaysiakini
CADANGAN DEBAT NIK AZIZ HANYA BUANG MASA – RAIS

Cadangan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Mat mengadakan debat terbuka dengan Najib Razak bagi menyelesaikan kekalutan politik antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang dianggap membuang masa.
Rais Yatim berkata cadangan itu tidak membawa sebarang erti dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh parti pembangkang itu.
FM - MAKA BERKOKOK LA PENCACAI-PENCACAI DAN PENJILAT-PENJILAT YANG MENGHARAPKAN NYAWA POLITIK MEREKA DIPANJANGKAN OLEH NAJIB ALTANTUYA. SEPERTIMANA RAIS ANAK YATIM TU . YANG PASTI NAJIB TAK AKAN BERANI BERDEBAT DENGAN TOK GURU .. SOALAN YANG PALING DITAKUTI OLEH NAJIB IALAH PASAL ANTANTUYA . KENAPA TAK SAMAN 19 AKHBAR DAN WEB YANG KAITKAN NAJIB DENGAN GADIS MONGOLIA TU. TAK AKAN BERANINYA NAJIB. SUDAH PASTI BANYAK ISU YANG BAKAL MENANTI NAJIB .
1 MALAYSIA SEDANG TUNGGU JAWAPAN NAJIB ! KALAU ANAK JANTAN SAHUT CABARAN TOK GURU ! KALAU TAK SAHUT KONFEM 'PONDAN' !
Eksklusif: Konspirasi !! Rekod Panggilan Terakhir Saiful Buktikan Beliau Telah Berhubung Dengan Pihak Atasan Sebelum Buat Laporan Polis Diliwat
Author:cucumatkilau
KUALA LUMPUR [5.17 pm] - Ramai yang terkejut dengan pendedahan terbaru kami tentang "Rekod Panggilan Saiful Ke Mindef". Dalam laman web Suara Keadilan dan TV Antara hari ini ada mendedahkan artikel kami berkenaan perkara itu. Antara lain laman web terbabit melaporkan tentang pendedahan kami bahawa "mangsa liwat" Si Saiful Bukhari Azlan telah membuat beberapa panggilan ke Kementerian Pertahanan (Mindef) biar pun beliau sudah bekerja dengan Anwar ketika itu. Susulan daripada pendedahan itu, ramai pihak yang menghubungi kami dan mahukan kepastian atas pendedahan tersebut.
Justeru itu, kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa krew kami kini sudah berada dalam "keluarga Saiful". Pendedahan tentang panggilan itu telah dibuat oleh Saiful menggunakan telefon bimbitnya. Perkara ini disiasat oleh saudara Saiful yang tidak mahu namanya didedahkan.
Menurut beliau "ketika Saiful pulang ke rumah selepas beliau membuat laporan polis kononnya diliwat, beliau telah hadir ke rumah Saiful untuk mendapatkan kepastian tentang kes itu". "Ketika saya sampai, Saiful sedang mandi dan saya memberanikan diri untuk mengambil telefon bimbit Saiful dan memeriksa panggilan yang telah dibuat oleh beliau sebelum laporan polis itu dibuat. Maka, akhirnya saya mendapat enam nombor terakhir panggilan yang telah dibuat oelh Saiful sebelum beliau membuat laporan polis dirinya diliwat itu" katanya.
Hasil maklumat tersebut, krew kami telah cuba mendapatkan keenam-enam nombor berkenaan. Namun, atas alasan keselamatan beliau tidak berani memberikan tiga nombor yang dikategorikan sebagai nombor "VVIP". Sebaliknya beliau memberikan hanya tiga nombor yang lain untuk diperiksa oleh kami.
Hasil maklumat tersebut, krew kami telah cuba mendapatkan keenam-enam nombor berkenaan. Namun, atas alasan keselamatan beliau tidak berani memberikan tiga nombor yang dikategorikan sebagai nombor "VVIP". Sebaliknya beliau memberikan hanya tiga nombor yang lain untuk diperiksa oleh kami.
Sungguh mengejutkan bila siasatan terperinci dilakukanm memang sah bahawa dua nombor tersebut adalah talian TM yang dibuat ke Kementerian Pertahanan (Mindef). Malah panggilan yang disemak menggunakan nombor terbabit telah dibuat sejak bulan Februari 2008. Ini bermakna, Saiful telah berhubung dengan Kementerian Pertahanan sebelum beliau bertugasa di pejabat Anwar lagi. Ini menimbulkan kemusykilan, kenapakan Saiful senantiasa berhubung dengan pihak Mindef, sedangkan selepas itu beliau bekerja dan bertugas di Pejabat Anwar.
Malahan satu nombor lagi yang telah kami semak ialah panggilan yang dibuat ke nombor 019-2073667 atas Nama Azlan Bin Mat Lazim, No.120 Kg.Janda Baik, Bentong Pahang. Setelah diteliti nombor tersebut adalah talian bapa si Saiful sendiri.
Tiga nombor yang disyaki VVIP itu, kami percayai salah satunya adalah nombor telefon Ezam Mat Nor, Mantan Ketua AMK yang telah khianat kepada rakyat dan menyertai UMNO. Semua rekod ini sepatutnya diserahkan kepada Anwar melalui Saudara Zakaria Abd Hamid ketika itu. Namun dek kerana beliau terlalu sibuk dengan berbagai urusan, akhirnya maklumat itu tidak dapat diserahkan. - pahang daily online
MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN NIZAR

PUTRAJAYA [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (foto) yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng. "Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong.
Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim. "Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.
Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan juga tidak mengemukakan alasan bertulis mengapa Zambry disytihar Menteri Besar.
Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas. "Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong. "Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.
Langgan:
Catatan (Atom)