klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 3 Disember 2009

Anwar Terus Mangsa Konspirasi Oleh Konspirator , UMNO/BN

Saya dihubungi oleh wartawan Berita Harian Edisi Terengganu bertanyakan pandangan saya terhadap keputusan mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kes fitnah liwat beliau .
Sememangnya saya menjangka mahkamah akan menolak permohonan tersebut. Saya tegaskan bahawa ini adalah membuktikan konspirasi atau pakatan jahat yang yang bertujuan menjatuhkan Anwar .
Kes ini sepatutnya dibuang kerana terbukti berdasarkan laporan perubatan iaitu doktor daripada Hospital Pusrawi dan Pakar-pakar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa tidak ada sebarang koyakkan atau tusukan di lubang dubur Saifool . Lubang dubur saifool yang masih 'dara' dan disahkan oleh pakar perubatan tiada sebarang koyakkan dan tusukan yang membuktikan tiada kejadian liwat berlaku . Saifool pembohong !
Tindakan pendakwaraya melengah-lengahkan pembicaraan , dokumen yang dipohon dilengah-lengah sehingga sekarang tidak diberikan kepada peguam Anwar .
Saya juga menjelaskan bagaimana pakatan jahat yang dibuat oleh UMNO / BN mengaitkan Anwar dengan skandal wang rm3 juta dan agen Yahudi/Amerika akhirnya terbukti tidak benar . Sebab itu saya jelaskan bahawa rakyat semakin mual dan tidak percaya dengan dakwaan dan tuduhan tersebut . Sebab itu kes liwat ini juga fitnah yang bertujuan menjatuh Anwar .
Saya disoal adakah menyebabkan kurangnya keyakinan rakyat kepada Anwar . Jawapan saya ialah keyakinan rakyat dan ahli Keadilan tidak akan goyang terhadap Anwar . AMK akan meneruskan program KEJAM ( Konspirasi Jahat Terhadap Anwar ) bagi menjelaskan bahawa perancangan jahat terhadap Anwar daripada UMNO/BN .
Saya juga tidak menolak bahawa usaha dibuat oleh para konspirator bagi memastikan Anwar kembali ke penjara !

Foreign Policy: Anwar Ibrahim Pemikir Sejagat No 32 Di Dunia

No 32, Anwar Ibrahim for challenging the Muslim world to embrace democracy.
Opposition leader People’s Justice Party Malaysia

Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar’s political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.
He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:
On Muslim countries and the West: You can’t just erase a period of imperialism and colonialism. You can’t erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.
On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, “Anything revolution — out!” even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, “Anwar, out of 10 books, can you send back one?” So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, “We should reject this.”
On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, “Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?” I say, it depends on the audience. You can’t talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere.

Siasat proksi Najib terlibat ubah akuan Bala - Malaysiakini

Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan "proksi" perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.
Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam. "Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu.

"Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang."Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam," aduan polis itu dipetik.

Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut "proksi" Najib.

Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin , yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube."Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara)," katanya dalam aduan itu.

"Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.” Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan "dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan" selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.

Laporan SAMM diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataan parti itu hari ini, diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.

Cerita di sebalik tabir BTN

'Kami ditunjukkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang rakyat Amerika. Jurulatih memberitahu kami yang beliau seorang pengkhianat kepada negara kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan orang Amerika'.
Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial.
Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu."Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik," tambahnya.
Ketua pelajar Universiti Malaya, Mohd Ridzuan Mohammad, yang pernah menghadiri program BTN pada 2004 berkata, malah terdapat ceramah yang mendakwa bahawa kaum lain menjadi ancaman kepada orang Melayu.Menurutnya, BTN tidak seharusnya membangkitkan sentiman perkauman yang akan mencetuskan perpecahan kaum.
Katanya, ini kerana program tersebut boleh mempengaruhi sesetengah pelajar yang hadir berhubung ideologi perkauman tersebut.
Chin Shin Liang, seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menghadiri program BTN pada Disember 2008, turut berkongsi pengalamannya."Kami ditunjukkan klip video perhimpunan Bersih dan kemudian gambar negara Palestin yang dilanda perang dengan keterangannya: Apakah ini yang kita mahukan?... Kita juga ditunjukkan seorang pemprotes (tidak dikenalpasti) membaling batu," katanya.
Sambil menyifatkannya sebagai "amat berat sebelah", Chin berkata: "Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air."Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan."Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu)," katanya.
Ianya seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan BN 'mewakili' negara ini dan harus ditaati tanpa dipersoalkan, katanya.Sementara itu, Fakhrul menyuarakan keraguannya mengenai pemilihan jurulatih BTN."Saya fikir sesetengah jurulatih tidak layak kerana mereka begitu beremosi dan tidak intelektual dalam ceramah mereka."Jika pelajar tidak bersetuju dengan pandangan jurulatih, mereka akan memarahinya di depan semua orang," katanya.
Sementara itu, sesetengah pihak merasakan bahawa kursus BTN telah dikecam secara tidak adil.Semalam, satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'bekas peserta kursus BTN' mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur untuk menyatakan pandangan mereka.
Ketuanya, Ahmad Shafei berkata mereka berasakan ia menjadi tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan pandangan berat sebelah terhadap kursus BTN.Beliau menafikan bahawa modul BTN menyemai kebencian terhadap kaum lain, tetapi menurutnya, BTN mengajar peserta saling menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa BTN cuba mewujudkan perpecahan, sedangkan ia hanya mengajar mengenai sejarah rasmi negara ini.

Alhamdulillah Ayah Selamat Dioperasi

Saya merapatkan syukur kehadarat Allah SWT kerana ayah telah selamat dioperasi di Dewan Bedah Hospital Sg. Buloh.
Ayah terpaksa dikeluarkan daripada Tropicana Medical Centre kerana mereka tidak berani untuk ambil risiko mengoperasi ayah kerana ayah ada masalah injap jantungnya .
Dr. Bala ( bukan Balasubramaniam yek ) cadangkan ayah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh kerana peralatan di sana lebih baik dan beliau juga bertugas di situ . TMC berniaga . TMC tidak akan tanggung risiko jika berlaku perkara yang tidak diingini . Reputasi TMC akan rosak .
Waktu itu ayah mengalami pendarahan lagi . Setelah bincang dengan ahli keluarga , kami setuju pindahkan ayah . Kebetulan En. Jasni , pegawai Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSMM ) datang melawat ayah . Beliau telah arahkan ambulan PBSMM datang untuk hantar ayah ke HSP .
Jazakallah dan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar dan semua yang membantu . Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat yang doakan untuk ayah . Terima kasih kepada Sdr. Shamsul Iskandar ( Ketua AMK ) yang datang bersama-sama Jak ( Hasmuzir ) , Fauzie (Johor ) dan teman-teman lain yang melawat ayah di HSP semalam .
Semoga ayah segera sembuh . Alhamdulillah .

SPRM digesa siasat adik PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik perdana menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai dakwaan hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.
Aduan berkenaan yang dibuat oleh tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat semalam menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.
Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman video satu siri temuramah dengan Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda.
Kenalan rapat Najib itu, yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut, dibebaskan daripada tuduhan itu. Abdul Razak menyambung pelajaran di London selepas dibebaskan daripada tahanan reman di penjara Sungai Buloh.Balasubramaniam, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas, menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila mengumumkan akuan bersumpah awalnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan Altantuya.
Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara.
Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya di sebuah pusat membeli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.
Dihubungi Malaysiakini, Shamsul Iskandar berkata, rakaman temuramah tersebut turut diserahkan kepada SPRM dalam satu pertemuan petang semalam di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
Dalam aduannya, kata pemimpin PKR itu lagi, Mohamed Nazim dan Deepak didakwa "telah melakukan beberapa kesalahan yang boleh dianggap sebagai perbuatan rasuah
": - Menawarkan wang sejumlah RM5 juta bagi mendorong Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah beliau yang bertarikh 1 Julai 2008.
- Menggugut keselamatan keluarga Balasubramanian sekiranya beliau tidak menurut arahan kedua-dua individu itu.- Penglibatan ASP Suresh Kumar yang membawa Balasubramanian ke sebuah restoran di Rawang untuk bertemu Deepak dan adik peniaga itu, Dinesh.
- Penglibatan 'perisik tentera' yang mengawasi rumah Balasubramaniam seperti dimaklumkan oleh Deepak.- Memaksa Balasubramaniam menandatangani akuan bersumpah (kedua) yang telah disediakan walaupun kandungannya diragui.
- Menyerahkan wang hampir RM750, 000 kepada Balasubramanian sepanjang kehilangan beliau (di luar negara) dan 500,000 Rupee yang dimasukkan ke akaun bank anak penyiasat itu untuk perbelanjaan sekolah.
- Memegang pasport Balasubramaniam selama lima bulan untuk memastikan beliau tidak kembali ke Malaysia sehingga Najib dilantik menjadi perdana menteri.
- Secara berterusan mengganggu kehidupan Balasubramaniam melalui ASP Suresh.
Diminta mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, bukti-bukti berkaitan dakwaan penyerahan wang tersebut bagaimanapun tidak disertakan bersama aduan berkenaan."Mereka perlu panggil Balasubramaniam untuk siasatan kerana dia telah mengaku terima rasuah."SPRM juga perlu siasat sekiranya ini ada kaitan dengan Rosmah. Ini kerana mereka telah aturkan untuk (Balasubramaniam) minum teh dengan Rosmah," katanya lagi.
Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.Malaysiakini

Rabu, 2 Disember 2009

Keputusan Saman Anwar lwn NSTP : Hentikan Fitnah Agen Yahudi & Amerika

Kenyataan Media
30 November 2009

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik keputusan hakim mahkamah pada 25 November lalu, mengarahkan NSTP membayar 100 ribu gantirugi dan 20 ribu kos kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim atas artikel mereka yang menuduh Anwar ada hubungan dengan agen dan pelobi Yahudi di Amerika.Keputusan ini membuktikan dakwaan dan tohmahan yang kerap kali digunakan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah fitnah dan tidak mempunyai asas yang kukuh.
Setiap kali pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum bahan kempen gelap dan propaganda dipercayai milik Umno-BN sering menggunakan elelmen kononnya Anwar dan Parti Keadilan Rakyat mempunyai hubungan rapat dengan agen Yahudi dan Amerika ditaburkan dikhalayak umum.Kami juga dimaklumkan bahan propaganda ini digunakan oleh Biro Tata Negara (BTN) untuk meracuni pemikiran peserta kursus mereka.
Oleh itu kami menggesa setiap pihak menghormati keputusan mahkamah dengan menghentikan fitnah dan tohmahan palsu tersebut termasuk tuduhan Anwar menyimpan 3 billion yang mana dapat dibersihkan melalui kenyataan saksi bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR sekarang SPRM) dalam prosiding kes terbabit yang menyebutkan siasatan BPR menunjukkan tuduhan tersebut tidak betul.
Kami juga menggesa pihak yang lantang menuduh Anwar khususnya Khairi Jamaludin, Ketua Pemuda Umno meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya sebelum ini.Kami juga ingin mencabar Tun Dr Mahahthir agar membersihkan dakwaan terhadap dirinya yang menggunakan jutaan ringgit Malaysia menggunakan Jack Abrahamov seorang pelobi Yahudi Amerika sewaktu ingin bertemu Presiden Bush dengan menafikan dan menyaman pihak media luar yang mengetengahkan hal terbabit.

Amirudin Shari
Naib Ketua
Angkatan Muda Keadilan
KUALA TERENGGANU – Konsert Piala Monsun yang diadakan di Dataran Shahbandar disini semalam 1 Disember, dihentikan kerana dipukul ‘ribut monsun’ musim tengkujuh.(Gambar-orang ramai meninggalkan konsert)Konsert yang tidak mendapat sambutan, anjuran bersama kerajaan negeri dengan majalah URTV cuba diteruskan walaupun hujan ‘gelombang ketiga musim tengkujuh’ turun tanpa henti sejak kelmarin.Dengan kehadiran tidak lebih 200 orang dan dimulakan agak lewat, konsert yang akan memperkenalkan 12 peserta kejohanan perahu layar itu dihentikan setelah keadaan cuaca tidak dapat dikawal.

Hujan mula turun kira-kira jam 10 malam disertai angin yang bertiup kuat, namun penyanyi yang beraksi ketika itu berkata ‘kita berdoa supaya hujan akan berhenti’ dan kalau hujan ‘kita akan basah bersama’.Sebaliknya, hujan turun semakin lebat dan angin semakin kuat, menyebabkan penonton ‘bersegera’ meninggalkan lokasi.Pada jam 10.35 malam, pengumuman dibuat menyatakan konsert terpaksa dihentikan kerana sebab-sebab keselamatan.Berikutan hujan lebat turun selama 30 minit, kawasan sekitar Dataran Shahbandar telah bertukar ‘menjadi kolam’ kerana dibanjiri air.

Anwar Ibrahim Itu Memang Bangang!!

oleh pendikar gunung kriang,

Pada pandangan mata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat PKR Anwar Ibrahim adalah seorang yang sangat bangang yang "tidak tahu apa-apa tentang ekonomi". Kelmarin ketika bercakap di Hotel Nikko, Dr Mahathir berkata pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.
“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi. Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya.
Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir yang terkenal dengan otaknya yang geliga lagi gila itu. Saya setuju dengan pandangan rendahnya terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan yang dilantik sendiri oleh Dr Mahathir itu. Saya setuju dengan kata-kata Dr Mahathir bahawa Anwar itu memang bangang dalam soal ekonomi, kerana dia cuma graduan Pengajian Melayu semasa menuntut di Universiti Malaya dulu dan bukan graduan ekonomi (seperti juga Dr Mahathir yang merupakan graduan perubatan).
Apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar itu memang betul. Sebab Anwar bangang dalam mengurus ekonomi itulah agaknya yang menyebabkan dia dilantik oleh Dr Mahathir yang cerdik itu sebagai Menteri Kewangan selama 7 tahun dari tahun 1991 hingga ia dipecat pada tahun 1998. Kalau dia cerdik dalam ekonomi tentu tempoh perlantikannya tidak akan menjangkau 7 tahun, mungkin 2-3 tahun sahaja, kerana Dr Mahathir yang cerdik itu tentu tidak suka kewangan Malaysia diurus dengan baik.
Sebab Anwar Ibrahim bangang dalam ekonomi itulah juga agaknya mengapa dia kini masih memegang jawatan sebagai pengarah beberapa syarikat kewangan di Amerika, penasihat kewangan perbankan terbesar Islam di di Bahrain dan penasihat kewangan di beberapa buah negara di Eropah. Sebab bangangnya itulah agaknya yang menarik perhatian negara-negara di Amerika dan Eropah serta Timur Tengah yang pendapatan perkapitanya berganda lebih tinggi dari Malaysia melantik beliau sebagai penasihat ekonomi mereka.
Dan mengenai IMF, apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar juga betul. Anwar memang bangang kerana itulah dia hendak menggunakan polisi IMF bagi memulihkan ekonomi Malaysia ketika di zaman kegawatan dahulu. Nasib baik Malaysia tidak menggnakan polisi pemulihan IMF, jika tidak tentu Malaysia akan senasib dengan Korea Selatan dan Thailand yang lebih dahulu pulih dari kegawatan ekonomi berbanding Malaysia kerana mereka mengguna pakai polisi IMF.
Anwar memang bangang, sebab itulah agaknya dia masih boleh bangun walaupun dihentam teruk kiri, kanan, atas, bawah, oleh Dr Mahathir. Jika Anwar tidak bangang tentu dia akan terperosok jatuh seperti musuh-musuh Dr Mahathir yang lain seperti Musa Hitam dan Tengku Razaliegh yang nama mereka sesekali sahaja didengari itu.

Anwar & Sembilan MP PKR Kutuk Tindakan Memijak dan Membakar Gambar Ahli Politik

KUALA LUMPUR: Sembilan ahli parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengutuk tindakan membakar dan memijak gambar ahli-ahli politik sebagaimana yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang dan juga DAP di Perak baru-baru ini.
Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengeluarkan kenyataan keras tidak bersetuju dengan tindakan-tindakan seumpama itu.
Sementara itu sembilan ahli parlimen PKR yang diketuai oleh Datuk Zahrain Mohd Hashim (PKR-Bayan Baru) menyifatkan tindakan rakan-rakan mereka dari DAP memijak gambar bekas adun DAP, Hee Yit Foong dan dua adun PKR, Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi sebagai satu tindakan kebudak-budakan, biadap dan kurang ajar.
Mereka juga turut menyifatkan tindakan balas yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional di Pulau Pinang sebagai biadap, kurang ajar dan tidak patut dilakukan.
Malah mereka menuntut siapa yang terlibat dalam memijak poster gambar tiga adun di Perak itu dan juga tindakan membakar gambar Lim Guan Eng di Pulau Pinang supaya segera memohon maaf.
"Ini bukanlah satu budaya orang Asia, malah bagi orang Melayu jika tersentuh kepala seseorang pun sudah dianggap biadap, inikan pula memijak gambar mereka. Jadi kami tidak setuju dengan perbuatan seumpama ini," kata Zahrain.
Malah katanya, perbuatan seumpama ini semua memberikan pengajaran yang tidak baik ke atas generasi muda.
Malah Mohd Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) berkata, tindakan-tindakan seumpama ini hanya akan menyebabkan pihak yang lain melakukan perbuatan yang serupa dan oleh itu ia hendaklah dielakkan.
Tujuh lagi ahli parlimen PKR yang turut hadir dalam sidang akhbar yang berlangsung di lobi parlimen itu ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju); N. Gobalakrishnan (Padang Serai); Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru); Abd Aziz Kadir (Ketereh); Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai); Ahmad Kassim (Kuala Kedah) dan Azan Ismail (Indera Mahkota).
Baru-baru ini pada Konvensyen DAP Perak, para delegasi ke persidangan itu telah bertindak meletakkan gambar poster ketiga-tiga adun yang mengisytiharkan diri mereka sebagai adun bebas itu di atas lantai dan bertindak memijak-mijak gambar ahli-ahli politik berkenaan.
Perbuatan mereka telah menyebabkan Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang mengadakan perhimpunan di Pulau Pinang dan membakar gambar poster Lim Guan Eng pula iaitu ketua menteri negeri tersebut yang juga setiausaha agung DAP.

Demo Desak Nik Aziz Letak Jawatan: 50 + 1,000

KOTA BHARU, 1 Dis: Kira-kira 50 penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan.
Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu. Che Johan, Timbalan Umno Pasir Mas itu kemudiannya telah menyerahkan satu memorandum kepada Setiausaha Politik MB, Anuar Bakhri Haron.Selain berteriak dan melaungkan slogan anti PAS, mereka juga menaikkan kain rentang mendesak Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan. Polis telah mengawal ketat demo ini.
Malam tadi, Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis bagi memaklumkan rancangan demo ini. Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan, Wan Azimin Wan Adnan, ditemani oleh beberapa orang peguam, dilihat memasuki balai polis Kota Bahru, jam 10.30 malam tadi.Dalam kenyataan media selepas itu, Naib Ketua Pemuda DPPNK, Hisam Fauzi memberitahu, pihak mereka mendapat tahu perhimpunan berkenaan dianjurkan oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan. SMS yang mengajak para penyokong Umno menyertai perhimpunan ini mula tersebar sejak pagi semalam.
SMS itu memaklumkan, Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan akan menyerahkan satu memorandum bagi membantah Nik Aziz yang dikatakan berdoa agar Allah melaknat Perdana Menteri. (Harakahdaily)

Gempar !!! Tan Sri Lim Goh Tong Meninggal Sebagai Islam

dipetik daripada http://wartashubhi.blogspot.com/

Hari ini saya menerima satu email yang amat memeranjatkan. Dalam email tersebut menyatakan bahawa Lim Goh Tong semasa hayatnya telah memeluk agama Islam dan telah meninggalkan waris seorang anak lelaki. Saya siarkan email tersebut dibawah:
(KUANTAN, Friday) The Syariah Court today has today declared that the late
> Tan Sri Lim Goh Tong was a Muslim more than 10 years ago when he passed
> away, in 2007. The Syariah Court also ruled that since no non-Muslim is
> allowed to inherit any part of a Muslim's assets or wealth, the inheritance
> of Lim's property by his non-Muslim children are invalid and unlawful.
>
> "Therefore, the assets should be immediately returned to Tan Sri Lim's
> name, and then redistributed to his Muslim heirs (if any) according to
> Syariah law. If he has no Muslim heir, then the assets shall be given to the
> Islamic authorities and they can do whatever they wis h. The non-Muslim
> children are disinherited." The Syariah Court ruled.
>
> Dato' Zakaria Lim Abdullah, 35, the late Tan Sri Lim's only Muslim child
> and the 20th of his 20 offsprings, is now poised to become the Chairman of
> Genting Group, 1 of Southeast Asia 's richest companies worth RM2 trillion
> as at press time. (He would have inherited only 1/20 of Tan Sri Lim's
> assets if Tan Sri Lim was not declared a
> Muslim.) However, he refused to confirm whether he would stop the gambling
> business of Genting even though it is haram under Islamic law.
>
> "Are you saying that our Hadhari government should refuse to collect taxes
> from gambling, alcohol, pork and other haram businesses?" Dato'
> Zakaria replied, perhaps rhetorically.
>
> Dato' Zakaria has also said that his shall honor his pledge to donate 1/10
> of his newly inherited fortune to Jabatan Agama Islam Pahang an d UMNO in
> equal share if he won the case, made 3 days before the Syariah Court
> decision.
>
> "Business Reasons"
>
> "My late father wanted to keep his conversion secret because he was a
> gambling tycoon, and he did not want to jeopardize his gambling empire or
> make his shareholders lose confidence in Genting," said Dato'
> Zakaria during the hearing in Syariah Court . The Syariah Court felt that
> "this is most likely true because of the huge business implications. It is
> very normal for Chinese to do this. We can accept that."
>
> As to the testimonies of Tan Sri Lim's 19 other offsprings in the Syariah
> Court, who unanimously disputed the alleged conversion, the Syariah Court
> said, "Even though it is 19 to 1, but because the non-Muslim witnesses
> refused to swear on the Qur'an before they testified in court, we could not
> consider their testimonies. In any event, even if they did swear on the
> Qur'an, the non-Muslims would still carry less weight when compared to the
> testimony of 2 Muslim men. It is not about the number, it is about quality
> of the witnesses."
>
> The other witness supporting Dato' Zakaria's claim to have witnessed Tan
> Sri Lim's conversion is Ustaz Abdul Rahman Ganinah Abdullah, 23 year old.
> The Ustaz would have been only 13 year old at that time of the conversion,
> but the Syariah Court said that,"Being a righteous, God-fearing Muslim, we
> have no reason to suspect that the Ustaz told any lie. In any event, he has
> reached the age of puberty at the time (of the conversion) so he was
> qualified to witness the conversion."
>
> "Answer To God" It Depends
>
> The Syariah Court has also ruled that the overwhelming evidence of Tan Sri
> Lim drinking alcohol, praying to pagan idols, celebra ting pagan religious
> festivals, eating pork and gambling in his own Genting Casino and
> generally behaving like a non-Muslim all his life until his death was
> irrelevant. "Once you have converted, you are a Muslim till you die, no
> matter what you did before your death. You will answer to God for all your
> sins."
>
> However, on the same kind of "answer to God" argument made by the
> non-Muslim children that:"By the same logic, the Deceased himself should
> answer to God for concealing his alleged 'conversion' from his family and
> resulting in him not being buried as a Muslim and his assets distributed
> among his non-Muslim children; it's not up to the Islamic Authority to
> insist on his assets being inherited under Islamic law if he, KNOWING THAT
> HIS ASSETS WOULD BE DISTRIBUTED LIKE AN INFIDEL (AND HE MIGHT BURN IN
> HELL), still didn't want to tell his family to bury him as a Mu slim and
> distribute his assets like a Muslim."
>
> The Syariah Court said "you cannot say he must answer to God for
> everything. Sometimes he also has to answer to us, the Islamic Authority and
> Syariah Court. If we say he has to answer to us, then he
> has to. When it comes to God's law, logic has nothing to do with it.
> Why is it so difficult to understand?"
>
> "New Conversion Policy" vs New Economic Policy
>
> The case to declare one of the richest Chinese in the world (at his
> death) as a Muslim was started 2 years ago (8 years after his death),
> 1 month after another non-Muslim Malaysian tycoon's Muslim son was able to
> exclusively inherit his father's global business empire worth RM80 billion
> at that time by proving in Syariah Court that his father had "converted in
> secret," resulting in his mother and all 9 other siblings losing the right
> to inherit any part of the tycoon's wealth, leaving him the sole heir to
> the huge fortune.
>
> There are currently at least 200 more cases of the same nature pending
> before the Syariah Courts nationwide involving deceased non-Muslims who were
> wealthy during their lifetime and left behind a huge personal fortune. Rough
> estimate suggests that 50% of them were started by 1 of the Muslim children
> of the deceased (99% of them newly converted as Muslims), and the rest by
> the Islamic Authorities seeking to disinherit all non-Muslim children...
>
> If all of the cases succeed, it is estimated that the ratio of equity held
> by Muslims in Malaysia would jump from the meagre 19% as at 1 January 2018
> to 76%, a whopping 3-fold increase.
>
> The Perak Mufti, who applauded the Syariah Court 's ruling, said that this
> wave of after-death declarations of conversions is the new approach tak en
> by the Islamic Authority to speed up the Islamicization of Malaysia, butis
> also designed to achieve the government's goal to redistribute wealth among
> the races which the government could no longer do (and failed repeatedly to
> do) under the now abolished National Economic Policy
>
> "By creating real economic incentives for the dhimmis to become a real
> citizen of the Islamic state, we expect more of them to embrace the true
> path, and this will mean that we no longer have to rely on the NEP to
> achieve such noble socio-economic goals of the government.
> Besides, this is more effective because to take money away from living
> people will create a lot of noise, but a dead person will not make any
> noise, right?" He said.
>
> However, it is not clear whether the non-Muslim children would still be
> able to keep their inheritance if they convert to Islam immediately. The<>> Mufti of Perak, when consulted on this issue, said,
>
> "If that could bring them to Islam, then it would be good, so the Syariah
> Court should allow that. But then it might be unfair to those children who
> converted into Islam earlier perhaps we can still allow them to inherit
> only 30% of what an "early bird" Muslim heir would have been able to get, to
> provide some "early bird bonus incentives"
> for them to convert earlier. When we are dealing with Chinese, such bonus
> incentives are very important, if you know what I mean. Anyway, we'll
> think about this in the next National Fatwa Council meeting.
> But rest assured that we shall continue to our struggle until the Kingdom
> comes (literally)."
>
> Chinese Beginning to Be Concerned
>
> The Chinese community has now taken this matter very seriously and are
> brainstorming on the options to overcome this problem . They have also
> called for an end to the practice of declaring a person's status as a
> Muslim after his or her death, a radical change from their usual
> attitude to shy away from controversial political and religious issues.
> Analysts believe that this is because this is threatening their economic
> interests.
>
> Supporters of the now semi-defunct Malaysian Chinese Association, Gerakan
> and Malaysian Indian Congress, still part of the ruling Barisan Nasional
> coalition, have called on the top BN leadership to put forward a plan to
> resolve such controversial and provocative religious issues once and for all
> and in a manner which is fair to the non-Muslims.
An MCA leader who declined to be named told our reporter:
>
> "We fear a backlash. Most NGO and opposition leaders have called on the
> non-Muslims to boycott BN if no fair solution is put forward before the
> upcoming general election. These issues have been around since at least the
> Moorthy controversy in 2005 but still remained unresolved. The are now
> affecting the basic security and fundamental well-being of the non-Muslims."
>
> This is a very serious issue for all non-muslim Malaysians to think over
> since several recent cases have been unjust and unfair, and the basic
> constitutional RIGHTS been taken away from them. It's no longer a safe
> country to live.>

Laksamana Cheng Ho, Pelayar Tersohor pada Zaman Silam China

Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-besaran itu.Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.

Laporan Bukit Antarabangsa Akan Tetap Didedahkan


Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap akan mendedahakan laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa atas dasar keadilan kepada mangsa kejadian.Bercakap dalam satu sidang media di ibu negeri hari ini, Tan Sri Khalid berkata kerajaan negeri akan mencari pelbagai ruang dan kaedah kerana rakyat Selangor berhak tahu punca tragedi itu.

Tan Sri Khalid ditekan dari pelbagai sudut oleh Kerajaan Persekutuan dan media arus perdana dari mendedahkan dokumen Akta Rahsia Rasmi itu.Beliau turut diancam tindakan undang-undang, dan menghadapi kemungkinan diheret ke mahkamah.

“Amat tidak adil untuk tidak mendedahkan keputusan siasatan berkenaan kepada mangsa tanah runtuh berkenaan. Oleh itu mereka sekurang-kurangnya tahu mengapa ia terjadi dan pengajaran disebalik kejadian berkenaan.“Jika tidak, kita guna kaedah lain pastikan mangsa dan komuniti sekurang-kurangnya mendapat tahu perkara sebenar yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Kualiti 2009 di Dewan Jubli Perak, hari ini.Khalid berkata pihak perundangan kerajaan negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumen itu sekiranya Kerajaan Pusat enggan menjawab pada rakyat.

Katanya kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bersetuju memikul tanggungjawab penuh ke atas tindakan mengubah status dokumen berkenaan.Tan Sri Khalid melahirkan dukacita kerana permohonan kerajaan negeri supaya dokumen tersebut dibuka kepada tatapan awam tidak mendapat maklum balas dari Kabinet.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk bersikap telus dengan rakyat, dan tidak menafikan keadilan kepada yang berhak.“Sebab mengapa Kerajaan Negeri Selangor tetap mahu besikap telus mengenai dokumen berkenaan adalah kerana ia adalah masalah tanah. Saya rasa apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan negeri akan bertanggungjawab berkaian isu tanah,” katanya.

Khalid juga menambah kerajaan negeri akan mendedakan dokumen berhubung isu-isu lain seperti risiko mendiami rumah di lereng bukit.“Ia mesti didedahkan (risiko mendiami kawasan lereng bukit). Kita tidak boleh tidak membenarkan masyarakat mengetahui mengenai isu ini, ia tidak adil."Pada pandangan kami ia tidak perlu dikatakan sebagai rahsia kerana ia untuk maklumat awam,” katanya.TVS

Selasa, 1 Disember 2009

KEJAYAAN 52 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA OLEH UMNO

Sejuta keluarga miskin dan miskin tegar! ye ke 1 juta sahaja ?

(Sumber Utusan 29/11/2009)
JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.

“Tetapi apabila borang permohonan diterima, ia bukannya akan diluluskan terus, tetapi akan dinilai oleh pegawai-pegawai kementerian selepas diberikan kursus oleh ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan) Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.

November lalu, sistem kupon di bawah program Subur yang sepatutnya dilaksanakan 1 Disember ini ditangguhkan bagi membolehkan senarai penerima dikemas kini.

Perkara itu diputuskan Kabinet baru-baru ini setelah timbul rungutan serta aduan ada golongan miskin yang layak tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima.Ini termasuk mereka yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak berpuluh tahun lalu tetapi tidak layak mendapat subsidi beras.

FM - hebat betul UMNO /BN memerintah Malaysia yang dicanang-canangkan sebagai Malaysia Cemerlang ! Negara yang membangun , rakyat yang terbela dan macam-macam lagi slogan yang hebat dan canggih . UMNO lah yang merupakan parti yang mampu membela orang Melayu . Tanpa UMNO rakyat akan mampus .

Bayangkan dalam sebuah keluarga miskin ada 4 orang ( kebiasaan orang miskin anak-anak ramai . Kenapa ye ? ) didarabkan dengan 1 juta . Ada 4 juta orang miskin dalam negara . Harta rakyat dirompak oleh pemimpin UMNO / BN tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab .

Rakyat dibiarkan melarat supaya terus menagih bantuan daripada UMNO dan akan dijadikan umpan untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO setiap kali pilihanraya .

UMNO tidak ada hati untuk melihat rakyat senang dan tidak menjadi manusia yang hanya mengharapkan bantuan . UMNO seronok kalau rakyat terus merempat dan papa kedana .

Keringat dan darah rakyat terus diperah untuk kepentingan mereka .