
Ahad, 24 Oktober 2010
Sabtu, 23 Oktober 2010
islamic fashion festival : satu penghinaan kepada Islam oleh Rosmah Mansor

Festival Fesyen Islam atau Islamic Fashion Festival yang berlangsung di Monte Carlo pada 9 Oktober 2010 benar-benar melampau dan menghina Islam . Ianya bukan sahaja menonjolkan fesyen yang melanggar hukum Islam , tidak menutup aurat tetapi bertindak menghina nama Rasulullah SAW dengan khat "Muhamad" yang terpampang di dada seorang model yang memperagakan kononnya busana muslim ini .
Program yang dinaungi oleh Rosmah Mansor dan turut dihadiri Najib Razak selaku PM Malaysia benar-benar memualkan . Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.
“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.
Adakah pakaian tersebut adalah berkonsepkan Islam ? Hukum dan nas apa yang digunakan oleh Rosmah Mansor hingga pakaian tersebut digelar sebagai pakaian berkonsepkan Islam .
Rosmah Mansor WAJIB BERTAUBAT serta WAJIB memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia di atas penghinaan tersebut . Atau wajar "darah beliau dihalalkan" di atas kebiadaban dan keceluparan yang melampau ini .
Dimanakah ulama' UMNO terhadap tindakan melampau dan zalim ini ? Saya cabar semua ulama'-ulama' , ustaz-ustaz , mufti-mufti yang berlatarbelakang UMNO untuk menentang tindakan Rosmah Mansor ini !
Umat Islam di Malaysia harus bangkit menentang tindakan Rosmah Mansor dan najib Razak yang menghalalkan tindakan ini .
Khamis, 21 Oktober 2010
Amaran terakhir Najib
Itulah ayat keramat Najib, PM yang terakhir yang ternyata sudah cemas, gelisah, resah, gundah gulana kerana beliau tahu b-end akan tumbang dalam PRU13.
Najib juga memberi amaran agar debat isu perkauman jangan lagi dipersoalkan dan dibincangkan. Jangan cabar hak keistimewaan orang Melayu.
Dalam ucapan dasarnya juga, najib berkata, langkah sedemikian telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya.
“Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu,” kata beliau dalam ucapannya bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran”.
“Sayang seribu kali sayang juga, setelah 53 tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini.
“Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara,” katanya lagi.
Najib juga berkata, bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali.
“Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain,” katanya.
Mendengar ucapan ini sudah pasti meremang bulu roma orang umno dan Melayu mendengarnya. Maka bertepuklah mereka tetapi sedarkah mereka menang bertepuk tetapi Negara sudah tergadai.
Agak menghairankan juga mengapa Najib tidak berani jelaskan isu sebenar tentang perjanjian terbaru KTM Tanjong Pagar dengan Singapura dan telaga minyak blok M dan L yang diserahkan kepada Brunei.
Mungkinkah akan ada perwakilan umno yang berani yang akan utara isu ini? Agak-agak masih adakah ahli umno yang berani menegur Najib atau minta penjelasan? Ibarat menunggu ayam jantan bertelur lah jawabnya.
Mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah?
Masih ingatkah kita bila Dr. Mahathir pernah membuat andaian ada agen Singapura di Malaysia apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu.
Selepas itu ada beberapa media alternatif yang menyambut andaian Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Mengapa Najib begitu mudah bersetuju dengan rundingan Singapura? "Apakah ada kemungkinan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) mempunyai gambar pembunuh sebenar Altantuya menyebabkan Najib ketakutan.? "
Sehubungan itu, ada pihak mendakwa Singapura mempunyai rakaman tetamu yang menghadiri pameran tersebut. Mereka juga mendakwa pembahagian 60:40 tanah KTMB di Tanjong Pagar kepada republik itu ada kaitan dengan bukti rakaman tersebut.
Adakah benar Najib diperas ugut oleh Singapura dengan gambarnya bersama Altantuya? Jika ini benar, sebenarnya negara Malaysia dalam keadaan yang amat bahaya kerana kita mempunyai PM yang mudah diugut dengan kes pembunuhan Altantuya yang menjadi mimpi ngeri najib dan suaminya Rosmah. - sharpshooter
tindakan melampau hina islam dalam Festival Fesyen Islam

Tindakan melampau yang tidak mengundang sebarang reaksi daripada tokoh-tokoh islam dalam kerajaan atau UMNO. Mana dia ulama2 muktabar UMNO? Ulama-ulama muda ? adakah tindakan ini adalah halal. Pakaian ini bercirikan pakaian Islam ? hingga sanggup menghina Rasulullah !
Rabu, 20 Oktober 2010
Selasa, 19 Oktober 2010
UEM dan KWSP: Pampasan RM5 bilion jika tol tidak naik
Isnin, 18 Oktober 2010
isu memorandum taubat
Malah keesokkannya pulak , Berita Harian mengeluarkan berita tersebut malangnya gambar adalah tidak betul . Marah betul kawan-kawan terutama sdr. Hairiz yang juga Ketua AMK Melaka bila gambar beliau dikeluarkan oleh Berita Harian yang kononnya bersama rombongan AMK yang menghantar memorandum Taubat tersebut . Sedangkan gambar tersebut adalah mengiringi Sdr Shamsul Iskandar yang menghantar pencalonan bertanding Ketua AMK Malaysia . Memang jelas Berita Harian adalah Berita Pembohong !
AMK Pulau Pinang juga mengeluarkan kenyataan bahawa hanya 5 orang terlibat bukannya 60 orang yang dilaporkan dalam Berita Harian . Malah mereka semua memang telah dipecat daripada ahli parti .
Sinar Harian hari ini keluarkan kenyataan saya berkaitan isu tersebut . Saya tegaskan yang perlu bertaubat adalah mereka yang menghantar memorandum tersebut . Bukan DSAI . Saya yakin ianya adalah didalangi oleh mereka yang ingin menimbuklkan polemik dan bersikap untuk menghuru harakan keadilan yang dipimpin oleh DSAI .
Ahli-ahli parti akan sentiasa berdiri teguh bersama-sama DSAI dan kekuatan parti ini ialah DSAI . Ahli-ahli parti disemua peringkat akan terus menyokong kepimpinan DSAI .
Malah wartawan TV Selangor juga menghubungi saya dalam isu yang sama , dan saya terus menyatakan pendirian yang sama bahawa apa yang berlaku adalah merupakan tindakan jahat yang didalangi oleh mereka yang telah pun melompat parti dan bertujuan untuk mempertikaikan kredebiliti DSAI . laporan Berita Harian adalah jelas bohong yang kononnya 60 orang ahli AMK Pulau Pinang yang menghantar memoran dum tersebut adalah fitnah yang dilakukan oleh Berita Harian .
Keyakinan saya dan seluruh ahli-ahli parti tetap teguh menyokong DSAI sebagai Ketua Umum dan setia bersama-sama beliau dalam parti perjuangan ini .
memorandum Taubat : hanya 5 orang bkn 60 orang
Malah beliau menyanggah dakwaan 60 individu yang mengaku ahli AMK sebagai satu pembohongan dan fitnah yang sengaja direkacipta.
Ahad, 17 Oktober 2010
saya dengan rasmi menawar bertanding MAJLIS PIMPINAN PUSAT


16 Oktober 2010 , saya telah menghantar borang penamaan calon sebagai AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT ( MPP ) . Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua cabang-cabang yang telah mencalonkan saya dalam MATC tempohari . Semoga dapat diterjemahkan dalam kertas undi sewaktu pemilihan yang telah dijadualkan sepertimana yang ditetapkan oleh JPP .
Kali ini begitu ramai yang bersedia menjadi calon MPP . Pastinya sengit dan hebat . Kita raikan amalan demokrasi yang memberi ruang kepada semua ahli yang layak bertanding dari pencalonan dalam MATC menawarkandiri berada dalam saf kepimpinan tertinggi parti . Semoga perjalanan kempen dan meraih undi berjalan dalam suasana harmoni , kekeluargaan dan beretika .
Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT BERTANDING kepada semua calon2 yang menawarkan diri bertanding dalam Pemilhan 2010 ini .
Muafakat kita menuju Putrajaya !
Sabtu, 16 Oktober 2010
azmin ali calon timbalan presiden

Jam : 10 pagi
Tempat : HQ Parti Keadilan Rakyat
Pidato Manifesto YB Azmin
Jam 3 petang
Tempat : Dewan Sivik MPPJ
Datanglah beramai-ramai
Bajet utamakan BN, petanda pilihan raya dekat
| Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Bajet 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-BN. Katanya, pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan. Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi. "Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu. "Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka. "Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada sama ada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa, contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainya dan juga industri yang ingin diperkembangkan dalam negara kita," katanya yang juga timbalan presiden PAS. "Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan. "Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada projek mega yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata Salahuddin. "Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR. | |||||
terima surat dan borang pencalonan MPP . Terima kasih 58 cabang yang mencalonkan saya

Saya ucapkan jazakallah dan terima kasih di atas sokongan dan pencalonan saya kepada semua cabang-cabang yang telah mencalonkan nama saya sebagai MPP . Jasa baik tuan / puan sangat-sangat saya hargai dan dapat diterjemahkan kepada undi .
16 Oktober 2010 , hari penamaan calon jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat

Kali ini sudah pasti ramai tokoh-tokoh hebat akan menawarkan diri bertanding di semua jawatan iaitu Majlis Pimpinan Pusat ( MPP ) , Majlis Pimpinan Wanita , Majlis Pimpinan AMK . Pasti sengit dan hebat . Difahamkan ramai yang akan menawarkan diri bertanding di semua jawatan-jawatan yang telah ditetapkan berdasarkan perlembagaan parti .
Pelbagai persepsi , teori dan bicara kedai kopi akan terjawab esok . Siapa yang akan bertanding Presiden , Timbalan Presiden , Naib-Naib Presiden dan MPP . Begitu juga di peringkat AMK dan Wanita . Jawatan-jawatan penting parti akan menjadi tatapan dan perhatian semua ahli dan juga seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan pemilihan 2010 .
Pemilihan 2010 kali ini menggunakan kaedah terbaik , demokratik dan progresif . Seorang ahli satu undi . Diharapkan tiada sebarang kejadian negatif yang berlaku esok yang pasti sengaja diadakan bagi memburukkan reputasi parti . Insyaallah saya yakin tiada perkara yang tidak diingini berlaku .
Kita bertanding dalam suasana yang aman dan sihat . Mengimplimentasikan amalan demokrasi . Motif kita ialah menawan Putrajaya . Kali ini susana pemilihan sangat menarik . Malah juga menarik minat rakyat terhadap perkembangan parti . Diharapkan seluruh ahli Parti Keadilan rakyat akan menggunakan peluang ini untuk memilih pemimpin-pemimpin parti yang terbaik berdasarkan merit bukannya sokongan semborono .
Muafakat kita menuju Putrajaya !














