Perkara ini ditegaskan sekali lagi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis Tahun Baru Cina di sini malam tadi.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata dakwaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu tiada asasnya dan tidak boleh diterima kerana tidak pernah berlaku di dunia ini sesebuah negara itu mengalami bankrap atau muflis seandainya rakyat dipentingkan dan dibantu demi mencapai tahap kehidupan yang lebih baik.
Apa yang berlaku tambahnya sesebuah kerajaan itu akan mengalami keadaan dimaksudkan jika pemimpin atau pentadbir sesebuah kerajaan itu melakukan penyelewengaan dan penyalahgunaan kuasa serta mengaut setiap kekayaan dimiliki negara demi kepentingan diri sendiri, ahli keluarga serta pihak berkaitan yang mempunyai kepentingan.
“Najib kata ikut itu buku jingga negara ini bankrap saya nak tanya Datuk Seri (Najib Razak) ada belajar sejarah….tolong rakyat.
“Tapi tahu negara bangkrap pasal apa…pasal rasuah dan pmimpin-pemimpin curi harta rakyat," katanya.
Beliau memberi contoh negara seperti Tunisia yang mana pemimpinnya mengkhianati rakyat dengan mengambil harta dan wang rakyat demi kepentingan diri mereka.
Malah katanya, apa yang berlaku di Mesir adalah contoh di mana Hosni Mubarak selama 30 tahun pentadbirannya mengumpul kekayaan didakwa hingga tujuh puluh bilion dolar Amerika bersama isteri dan anaknya sehingga akhirnya menyebabkan rakyat menderita dan bangkit menjatuhkan dirinya.
Turut hadir, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin; Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Melaka dalam majlis menghimpunkan lebih dua ribu tetamu itu.
Anwar berkata, apa yang dipentingkan Pakatan Rakyat adalah kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Jelasnya, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang pihaknya akan mengumumkan penurunan harga petrol demi meastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan itu pada masa ini.
Khamis, 17 Februari 2011
Anwar: Negara Bankrap Dakwaan Najib Tidak Berasas
PR Pulau Pinang Prihatin : RM 2000 Bantuan Kepada Pelajar Pulau Pinang Di Mesir
RM 2000 Bantu Pelajar P Pinang Di MesirGEORGE TOWN 17 FEB: Kira-kira 318 orang pelajar kelahiran Pulau Pinang yang menuntut Mesir akan diberi imbuhan oleh kerajaan negeri untuk menyambung kembali pelajaran apabila keadaan di sana kembali stabil.
Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman di sini.
Pemberian ini menunjukkan Kerajaan Negeri sangat prihatin kepada semua isu permasalahan masyarakat dan rakyat negeri ini.
Sehingga kini ada 318 pelajar di mana 111 orang adalah pelajar bagi bidang perubatan manakala 207 orang lagi adalah pelajar bidang syariah.
“Ada 318 orang pelajar kesemuanya. Kerajaan negeri telah bersetuju dalam mesyuarat Exco yang lepas bahawa kita akan memberikan sedikit imbuhan untuk mereka pulang semula ke Mesir. Kita akan memberi RM 2,000 kepada seorang pelajar.
“Ini untuk membantu mereka bagi memberi tiket penerbangan balik dan mengurangkan bebanan keluarga. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin kepada masalah yang dihadapi masyarakat dan rakyat,” katanya.
Wang imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah RM 1,000 dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) juga memberikan sejumlah RM 1,000.
Bantuan kewangan ini diberikan bagi meringankan bebanan keluarga pelajar selain membantu membeli tiket untuk pulang semula ke negara itu.
Dr Seah Akui Beri Laporan Berbeza Kepada Peguam Anwar(TERKINI)
KUALA LUMPUR 17 FEB : Perbicaraan bermula pukul 8.54 pagi, keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong mendedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berbeza dengan laporan yang dikemukakan di mahkamah.
Kesilapan itu dikesan melalui label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.
Menurut Seah pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Peguambela Anwar, Ram Karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia.
Ram Karpal menyatakan mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti.
Bagaimanapun, Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden berkata perkara (kesalahan menanda bahan bukti) tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut tidak boleh diterima mahkamah.
Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.
Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.
Mahkamah hari ini turut menerima kehadiran wakil daripada kedutaan Australia.
Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini iaitu Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.
Dr M: Polis halang saya mansuh ISA
Berucap di sebuah forum mengenai demokrasi, Dr Mahathir berkata undang-undang itu dilaksanakan oleh penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an.
Dr Mahathir sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.
Pelajar UM usung 'mayat' bantah calon ditolak
Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana membantah penolakan pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut.
Mereka 'membaringkan' empat 'mayat' tersebut di Gazebo yang terletak di hadapan bangunan pejabat TNC HEP kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
Seorang daripada calon tersebut ditolak kerana tidak menghadiri sepenuhnya kursus mengenai pilihan raya kampus anjuran HEP sesi taklimat yang diadakan hari Sabtu lalu.
Manakala dua lagi kerana tidak menghadiri kursus tersebut kerana terpaksa menghadiri program wajib jabatan masing-masing.Seorang lagi calon pro-M ditolak kerana lewat menghantar borang pencalonan atas terpaksa menghadiri urusan keluarga.
Mereka yang ditolak itu meliputi satu kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.
Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di UM yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah.
Dalam satu sidang media, jurucakap Pro-M Mohd Sabri Jamaluddin menjelaskan dua calon mereka tidak hadir Sabtu lalu kerana terpaksa menghadiri program lain.
Beliau juga memberitahu terdapat seorang lagi calon menghadiri dua daripada empat slot kursus tersebut dan terpaksa pulang awal kerana menghadapi masalah alahan.
Surat cuti sakit turut di majukan tetapi ditolak oleh TNC HEP.
Manakala soerang lagi, lewat menghantar borang pencalonan kerana pulang ke kampung untuk menyelesaikan masalah harta pusaka keluarganya.
Calon terbabit menghantar borang pencalonan pada hari berikutnya - Sabtu - semasa taklimat kepada calon-calon yang bertanding.
Sementara pengerusi Pro-M UM Farid Jalpah memberitahu Malaysiakini, terdapat dua calon bebas yang cenderung kepada pro-M, turut ditolak kertas pencalonan mereka.
Setakat ini, Farid tidak dapat memastikan sebab kertas pencalonan mereka ditolak.
Menurut Farid, beliau telah menemui Naib Canselor UM Prof Ghauth Jasmon untuk mendapat penjelasan mengenainya memandangkan calon-calon terbabit telah mengemukakan bukti ketidakhadiran mereka.
Katanya, pertemuan dengan Ghauth di pejabatnya selama 30 minit itu bermula jam 10.45 pagi. Naib canselor itu akan memberikan keputusan mengenai bantahan mereka itu.
Farid juga turut menemui pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr David, yang menyatakan "tidak ada masalah" untuk menerima pencalonan pro-M.
Pagi tadi, kira-kira 120 penyokong kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), termasuk calon, berarak dari padang di hadapan fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks perdana siswa untuk penamaan calon.
Mereka akan bertanding untuk merebut 43 kerusi, termasuk dua kerusi siswazah dalam pilihan raya kampus kali ini.
Mereka bergerak kira-kira jam 8.50 pagi, sambil melaungkan 'bangkit mahaiswa', 'hidup mahasiswa' dan 'bantah e voting'.
Pelajar yang menyertai perarakan itu juga membawa dua kain rentang besar yang tertulis "university muted".
Selain UM, empat lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.
Anak Mahathir antara 3 Melayu terkaya di Malaysia

KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Mokhzani Mahathir disenarai antara tiga Melayu terkaya di Malaysia, lapor majalah perniagaan, Malaysian Business.
Mokhzani yang memiliki syarikat Kenchana Petroleum, menduduki tangga ke 19 dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion. Selain beliau, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation menduduki tangga ke tujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.
Syed Mokhtar, pemilik Malakoff Segari, iaitu syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang mengaut subsidi dari kerajaan bernilai berbilion ringgit setahun, juga merupakan kroni rapat Mahathir.
Selain itu, Tan Sri Azman Hashim dari Kumpulan Arab Malaysian memiliki kekayaan berjumlah RM3.9 bilion meletakkan dirinya antara Melayu terkaya di Malaysia.
Menurut majalah bertarikh 16 Febuari itu, jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus menjadikan harta terkumpul mereka pada 21 Januari lalu berjumlah RM206.27 bilion.
Terus mendahului senarai adalah Tan Sri Robert Kuok dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala seorang lagi kroni Mahathir, Tan Sri Ananda Krishnan kekal di tangga ke dua dengan kekayaan berjumlah RM45.78 bilion
Nik Aziz Berharap Kejatuhan Mubarak Beri Cahaya Kebenaran Di Mesir
| Oleh Suara Keadilan |
|
Hari ini, rejim Hosni Mubarak jatuh tersungkur. Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini. Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur? Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, |
Yusmadi: Di mana silapnya Pakatan P Pinang...
Katanya, walaupun ianya tidak benar dan palsu, tetapi propaganda tersebut memberi tanggapan bahawa Pakatan telah gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu.
Sambil menegaskan bahawa persepsi adalah kritikal dalam politik, Yusmadi berkata masa akan menentukan sama ada ia betul-betul ada kebenarannya.
Yusmadi, yang merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR pusat, turut membidas BN ketika merujuk kepada pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu di Balik Pulau.
Parlimen Balik Pulau mempunyai tiga DUN - Betong, Teluk Bahang dan Bayan Lepas - yang semuanya diwakili ADUN dari Umno.
Menurutnya, kerajaan BN dan Pakatan kerajaan telah gagal memahami keperluan di kawasan dominasi masyarakat Melayu.- malaysiakini
Fitnah 2 : Saifool MELAWAN ketika diliwat dan penemuan 'bukti baru'
Ini bermakna DSAI bukan sahaja difitnah dengan perbuatan sodomi tetapi termasuk iuga perbuatan 'oral seks' . Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan sewaktu disoal dalam mahkamah memaklumkan bahawa Saifool telah dipaksa untuk melakukan 'oral seks' tersebut .
Sewaktu perbicaraan pada 14 Februari , berlaku pencanggahan fakta dan membuktikan Saifool berbohong apabila Dr. Khairul Nizam memberitahu mahkamah yang Saifool telah membersihkan diri sebelum hadir ke HKL untuk diperiksa oleh doktor pada 28 Jun 2008. Sedangkan sebelum itu Saifool menegaskan bahawa beliau tidak mandi selama 2 hari sebelum ke hospital untuk diperiksa .
Terbaru dalam pembicaraan hari ini ( 16 Februari 2011 ) yang turut dihadiri oleh wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland serta pakar forensik DSAI , Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald menyaksikan bahawa Dr. Khairul Nizam menyatakan Saifool dipaksa untuk melakukan 'oral seks' tersebut oleh seorang tokoh yang terkenal . Sewaktu wawancara dengan Saifool mengaku yang Saifool MELAWAN sewaktu kejadian liwat tersebut .
Kalau benar seperti yang dinyatakan bahawa Saifool MELAWAN , tenaga apa yang ada kepada seorang anak muda yang berumur 25 tahun yang dilihat tegap dan perkasa sehingga tidak mampu untuk menolak atau bertindak ganas terhadap seorang tua yang berumur 63 tahun . Bukan sahaja tua tetapi mengalami masalah sakit tulang belakang !
Kalau benar Saifool MELAWAN dan dipaksa serta tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut , saya yakin dan percaya sebagai seorang anak muda yang masih kuat dan bertenaga akan mampu 'membelasah' seorang tua yang bertindak melakukan perbuatan yang tidak bermoral tersebut . Kalau saya lah , sudah pasti LUNYAI saya kerjakan orang tua yang hendak meliwat saya ! 'MELAWAN' macam mana yang dimaksudkan atau itulah skrip yang telah disiapkan oleh pihak polis dan pendakwaraya .
Benarkah Saifool MELAWAN sedangkan sebelum ini beliau mengaku telah diliwat 9 kali ? Selepas diliwat , Saifool masih lagi datang bekerja di pejabat DSAI . Kalau saya diperlakukan sedemikian rupa , sudah pasti saya TIDAK AKAN DATANG LAGI bekerja sebab saya telah dipaksa dan diliwat ! Ternyata Saifool BERBOHONG !Sedangkan kes yang dibicarakan ialah Seksyen 377B adalah kesalahan yang dilakukan secara sukerala tanpa paksaan, atau dipanggil consensual. Secara nyata berlaku percanggahan terhadap pertuduhan iaitu secara SUKERALA TANPA PAKSAAN . Sedangkan Saifool bertegas yang dia telah di DIPAKSA dan dia telah MELAWAN . Justeru , kes ini wajar dibuang !
Malah Dr. Khairul Nizam juga memberitahu mahkamah bahawa sewaktu membuat pemeriksaan terhadap Saifool , Saifool dalam keadaan yang 'tenang'.. Dr. Khairul juga menyatakan bahawa " kelakuan itu bukanlah tingkah laku yang normal ". Sememangnya BUKAN TINGKAHLAKU YANG NORMAL ! TIDAK NORMAL ! Sebab Saifool adalah PEMBOHONG !Saya benar-benar merasa hairan bagaimana seorang yang dipaksa untuk diliwat ... tanpa trauma , tanpa rasa sedih , tanpa reaksi takut dan susah hati ? Dalam keadaan tenang ...apabila dubur dan lubang duburnya diperiksa , malah yang paling terseksa ialah 'maruah' diri yang sudah tercemar kerana sudah tiada 'DARA' lagi...
Kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh sebagai Ketua Peguam DSAI , tuduhan liwat terhadap DSAI mesti digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal pro-forma, yang diberitahu di mahkamah hari ini . Bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya ( DSAI ) adalah tidak berasas. Sememangnya TIDAK BERASAS dan terlalu dangkal .
Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi . Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatan Saifool dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas iaitu Dr Siew Sheue Feng . Ini membuktikan kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saifool beritahu kepada doktor.
Ghani Patail selaku Peguam Negara perlu mengugurkan kes tersebut . Ianya benar-benar memalukan negara dengan kes yang tiada asas dan tidak masuk akal ini . Ternyata ini adalah merupakan fitnah terhadap DSAI yang bermotifkan politik dilakukan oleh para konspirator yang tujuan menjatuhkan kredebiliti dan integriti DSAI yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia !
Rabu, 16 Februari 2011
Bukan Pinjaman tetapi biasiswa kepada mahasiswa
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana golongan Melayu dan Bumiputera dijamin kemudahan itu, termasuk biasiswa seperti termaktub dalam hak-hak istimewa dalam Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan. - malaysiakini
Sepatutnya PERKASA mengambil sikap dengan mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan biasiswa agar hak mereka sepertimana yang dinyatakan oleh Fasal 153 diaplikasikan . Bukan terus membebankan mereka dengan pinjaman seperti yang dicadangkan .
Bukan sahaja kepada pelajar di Mesir sahaja yang perlu diberikan biasiswa tetapi termasuk juga kepada di negara-negara lain dan yang menuntut di dalam Malaysia . Fasal 153 tersebut telah lama dinafikan oleh kerajaan UMNO/BN dan kini para mahasiswa kita berdepan dengan bebanan hutang PTPTN selepas tamat pengajian mereka .
Dalam suasana kenaikan harga barang makanan dan keperluan , pinjaman kereta , sewa rumah dan ditambah lagi dengan bebanan pembayaran hutang PTPTN yang perlu dilunasi . Itulah dilema yang dihadapi oleh anak-anak muda hari ini yang bergelar graduan universiti dan kolej .
Pembaziran dan keborosan berbelanja wang rakyat yang diamalkan oleh DS Najib Razak dan Rosmah Mansor termasuk ketirisan , kebocoran dalam urustadbir pemerintahan DS Najib Razak serta pimpinan UMNO sama ada di peringkat persekutuan dan negeri penguasaan mereka adalah sangat melampau dan keterlaluan sehingga kita berdepan dengan hutang negara yang paling tinggi dalam sejarah iaitu RM 362.39 billion . Negara mempunyai dana yang hebat . Daripada hasil petrolium , kerajaan persekutuan memperolehi 44% daripada keuntungan PETRONAS . Kenaikan harga petrolium di arus antarabangsa sudah pasti PETRONAS memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda . Sepertimana yang dilaporkan oleh PETRONAS , bahawa mampu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM80 bilion bagi seluruh tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011.
Hasil pungutan cukai yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) dilihat memberangsangkan dan dapati bilangan pembayar cukai semakin bertambah tahun demi tahun, begitu juga dengan kutipan hasil. Sebagai contoh, pada 2007 hasil kutipan negara adalah sebanyak RM77 bilion, pada 2008 sebanyak RM90 bilion dan 2009 sebanyak RM88 bilion.
Belum lagi dimasukkan dengan keuntungan-keuntungan lain daripada pelbagai sektor termasuk pelancungan , pertanian , perindustrian , perusahaan dan sebagainya . Yang sudah pasti akan memenuhi kantung perbendaharaan negara .
Justeru negara mempunyai kemampuan dalam mempertingkatkan pendidikan rakyat dengan memberikan biasiswa terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin tanpa mengira bangsa . Bukannya membebankan mereka dengan hutang atau pinjaman .
Saya terlalu marah dan geram dengan sikap berpoya-poya DS Najib dan Rosmah serta pimpinan negara yang menggunakan wang rakyat untuk kesenangan dan kepentingan mereka sendiri . Sepertimana yang dilaporkan oleh YB senator Dr. Syed Husin Ali bahawa sepanjang 19 bulan DS Najib menjadi Perdana Menteri , dalam siri lawatan beliau ke luar negara telah membelanjakan RM 8,724 ,894.91 iaitu RM 31,840.50 sehari . DS Najib lebih rela meluluskan pembinaan Menara Warisan dengan kos RM 5 billion . Rosmah Mansor berpoya-poya di luar negara sepertimana lawatannya ke Dubai dan Arab Saudi dengan membelanjakan RM 100,000.00 semalam tinggal di hotel mewah .
Rasuah dan penyelewengan terus membaham wang rakyat tanpa ada perasaan bertanggungjawab . Bayangkan kalau dengan RM 8,724,894.91 berapa orang mahasiswa dapat diberikan biasiswa , daripada hangus begitu sahaja diratah dengan rakus oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri .
Keadilan Sabah Terus Mara !
kenyataan mediaMAJLIS PRESIDEN KEADILAN SABAH
Majlis Presiden telah mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di ibu pejabat KEADILAN Sabah di Kota Kinabalu. Ia adalah langkah pertama untuk membina asas kepimpinan yang lebih kukuh di Sabah dengan memberi penekanan kepada pendekatan konsensus dalam isu-isu utama.
Majlis Presiden telah meluluskan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa yang akan diketuai oleh ahli-ahli Majlis Presiden seperti berikut:
1. Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi – Ahmad Thamrin Jaini
2. Pembangunan Luar Bandar – Datuk James Ghani
3. Pembangunan Infrastruktur – Christina Liew
4. Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Saidil Simoi
5. Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan – Awang Tengah Awang Amin
6. Pembangunan dan Pengurusan Tanah – Datuk Kong Hong Ming
7. Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna – Stephen Sandor
8. Belia dan Sukan – Jafery Jomion
9. Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Lukiah Indan
10. Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat – Datuk Hallik Zaman
11. Pertanian dan Industri Makanan – Datu Mustapha Hj Tambuyong
Ali Majlis Pimpinan Pusat dari Sabah, Saudara Roland Chia dan Saudara Darell Leiking dan Naib Ketua Wanita Pusat, Puan Sakinah Yusuf akan dipertanggungjawabkan sebagai ahli ex-officio Majlis Presiden dengan tugasan menguatkan kerjasama di antara kepimpinan Sabah dan pusat.
Setiap jawatankuasa ditugaskan untuk menghasilkan kerangka dasar utama KEADILAN Sabah di dalam bidang pentadbiran masing-masing. Pimpinan KEADILAN Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat.
Majlis Presiden juga membincangkan beberapa program dalam bulan Februari dan Mac untuk meningkatkan momentum kempen KEADILAN Sabah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Pada 26 Februari 2011, KEADILAN Sabah akan mengetuai pelancaran Buku Jingga peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu. Ini akan diikuti dengan seminar mengenai dasar-dasar KEADILAN Sabah untuk menangani pentadbiran tanah, perhutanan dan pembangunan ekonomi di Sabah pada 5 dan 6 Mac 2011.
Pada 17 Mac 2011, KEADILAN Sabah akan menganjurkan satu forum awam mengenai integrasi nasional di Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai beberapa isu yang dekat dengan rakyat Sabah yang mempunyai kesan kepada integrasi nasional, termasuk perspektif rakyat Sabah yang mahukan hubungan negeri-persekutuan yang lebih adil. Siri program rakyat ini akan menemui kemuncaknya dengan penganjuran Konvensyen KEADILAN Sabah pada 2 April 2011.
Saya sendiri akan mengetuai barisan kepimpinan KEADILAN Sabah dalam satu rangka lawatan menjelajah Sabah untuk menemui anggota parti dan rakyat sebagai persediaan awal menghadapi pilihanraya umum.
Saya percaya penyusunan semula KEADILAN Sabah bagi tempoh interim ini akan memberikan fokus baru yang akan menguntungkan rakyat Sabah menjelang pilihanraya umum akan datang.
DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
15 FEBRUARI 2011
Selasa, 15 Februari 2011
Saifool BERBOHONG dan skrip yang semakin bercelaru .. DNA ?
Kes Fitnah 2 : Pakar HKL Buat Kenyataan Bercanggah-Sankara
KUALA LUMPUR 14 FEB : Perbicaraan kes fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim sesi petang dikejutkan apabila saksi ke-4, pakar jagaan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam menjelaskan bahawa pengadu Saiful Bukhari Azlan telah membersihkan diri sebelum hadir ke HKL untuk diperiksa oleh doktor pada 28 Jun 2008.
Kenyataan tersebut sekaligus bercanggah dengan keterangan Saiful sebelum ini yang mengakui beliau tidak mandi selama dua hari sebelum hadir ke hospital tersebut.
Sekiranya Saifool telah pun membersihkan diri dia sebelum diperiksa oleh pakar perubatan Dr Khairul Nizam dan bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Saifool sebelum ini bahawa dia tidak mandi selama 2 hari sebelum ke hospital bermakna Saifool telah berBOHONG !
Justeru bagaimana dengan keputusan DNA yang telah diambil ? Adakah DNA tersebut sengaja diada-adakan atau sengaja diletakkan DNA DS Anwar Ibrahim bagi mensabitkan DS Anwar dengan fitnah yang telah direncanakan ?
Nampaknya skrip sudah lari.. sudah semakin bercelaru..
MERACAUNYA MENJADI-JADI .....
SHAH ALAM 15 FEB: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum Ops itu dilaksanakan.
"Ia berlaku lebih 20 tahun lalu. Saya benar-benar ingat perjumpaan dengan mereka, saya tidak ingat wajah-wajah mereka. Saya pasti Karpal (Singh) bukan salah seorang daripadanya dan saya rasa (Lim) Kit Siang salah seorang daripada mereka," katanya lapor Bernama.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada beliau akan menyahut cabaran oleh pengerusi DAP Karpal Singh untuk menamakan anggota pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan.
Dr Mahathir berkata sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui yang mereka menemuinya sebelum operasi.
Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang merayu kepadanya bagi mengelak penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987, dan itu adalah sebabnya mengapa beliau menemui mereka supaya mereka tidak ditahan.
Dr Mahathir berkata :"Ia memalukan buat saya, selepas beri jaminan yang mereka tidak akan ditahan, mereka ditahan polis, dan sudah tentu saya terpaksa menandatangani perintah tahanan."
Sementara itu semasa ditanya sekiranya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu meletak jawatan sebelum atau selepas pilihan raya negeri Dr
Mahathir berkata:" Ia terpulang kepada rakyat Sarawak untuk menentukannya, saya rasa mereka lebih tahu sama ada dia perlu berundur atau tidak".
Bagaimanapun Dr Mahathir berkata sekiranya Taib hendak berundur, sepatutnya perlu ada seseorang untuk menggantikannya, bukan seperti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak yang meletak jawatan tanpa sebarang pelan pemindahan kuasa yang teratur.
SYABAS saman Khalid, MP

Bagaimanapun, kata tambah Khalid, saman itu tidak mengubah pendirian mereka terhadap isu Tabung Budi yang menjadi pertikaian. "SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta penguna-penguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma," katanya.
Dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, tindakan SYABAS menyaman ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi air belum selesai, menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niatnya.
Sementara itu, menteri besar juga berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan pegawal selia air menulis surat kepada SYABAS untuk memastikan bahawa segala biayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh individu yang terlibat dan bukan oleh syarikat.
Katanya,syarikat tidak perlu dibelengu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena mengena dengan fungsi SYABAS sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor. - malaysiakini
laporan fitnah dalam Utusan Malaysia : Pulau Pinang saman ADUN Pulau Betong

"Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu. "Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun kerajaan negeri sudah menjelaskan perkara itu dan meminta ADUN Umno itu meminta maaf, beliau masih enggan berbuat demikian. Malah, kata Lim, Utusan Malaysia meneruskan laporan yang terus membuat dakwaan itu, mesyuarat exco, dengan nasihat penasihat undang-undang negeri membuat keputusan untuk memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak berkenaan. - malaysiakini