KUALA LUMPUR, 2 Okt - Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Telok Kemang, Sharudin Abdul Hamid, mengumumkan keluar dari parti itu petang tadi. Beliau yang juga Ketua Penaja Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut, berkata tindakan itu diambil selepas diberi kata putus oleh PKR berikutan keputusannya untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, 11 Oktober ini.
"Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beritahu sekiranya saya hendak bertanding sebagai calon Bebas perlu keluar dari parti itu. "Jadi, saya ambil keputusan untuk keluar dari PKR serta melepaskan jawatan saya dalam parti itu dan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya DUN Bagan Pinang," katanya. Sharudin mengumumkan keluar dari PKR kira-kira jam 1 petang tadi, sebelum masuk waktu solat Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan