klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 3 Oktober 2009

SPR PERLU DIREFORMASIKAN

Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) satu badan yang bertanggungjawab mengendali , mengurus dan melaksanakan sistem demokrasi di Malaysia . Badan yang seharusnya dilihat adil , telus dan profesional . Menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh bijaksana. Secara efektifnya menjadi satu organisasi yang diyakini bebas dan berintegriti . Kewibawaannya tidak dipertikai dan diragui . Tidak berpihak atau cenderong kemana-mana pihak sama ada parti kerajaan atau pembangkang .
Bertindak secara profesional berlandaskan undang-undang . Mengimplimentasikan kehendak dan keperluan bagi menjana keyakinan rakyat supaya sistem dan proses pengundian berjalan dengan baik dari masa ke semasa .

Pelbagai tuntutan dan cadangan telah banyak dikemukakan bagi membentuk SPR sebagai badan yang diyakini . Perbincangan dan pertemuan sering diatur bagi merealisasikan SPR benar-benar wibawa , telus dan adil . Malah banyak tuntutan dan cadangan daripada parti-parti politik dilihat benar-benar ikhlas dan membantu SPR sebagai badan yang mempunyai integriti .

Tuntutan BERSIH contohnya telah mencadangkan 4 tuntutan yang meminta agar SPR benar-benar 'bersih'. Tapi sayangnya ianya tidak diendahkan dan SPR terus bergelumang dengan 'kekotoran' yang sering terserlah setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil .

Isu 'Pengundi Ragu' atau 'Pengundi Hantu' sering berkumandang , isu undi pos terus menjadi tidak relevan , sistem celup cari tidak kesampaian dan banyak lagi . Kredibiliti dan integriti SPR terus diragui . Malah dicop sebagai 'salah satu kompenan BN'.

PRK Bagan Pinang , berdepan dengan undi pos yang sangat ramai . Sejumlah 4604 orang pengundi adalah pengundi pos. Sememang menjadi kebimbangan kepada Pakatan Rakyat bahawa timbul keraguan dan ketidakselesaan terhadap sistem undi pos yang dilihat menjadi 'nyawa' kepada UMNO/BN setiap kali berlaku pilihanraya umum atau pilihanraya kecil terutama di PRK Bagan Pinang . SPR terus mempertahankan undi pos dan Borang no 2 .

SPR tidak mampu 'membersihkan' senarai pengundi pos . Malah anggota tentera yang sudah pencen pun masih layak mengundi sebagai pengundi pos . Begitu juga yang telah berpindah kem. Semua mengetahui kebiasaan kepada anggota tentera berpindah daripada satu kem ke kem yang lain . Kenapa SPR begitu mempertahankan undi pos ? Pelbagai bukti dan hujah telah dikemukan kepada SPR , tetapi tidak diendah oleh mereka .

SPR perlu berani bertindak adil dan saksama . SPR perlu direformasikan agar menjadi satu badan yang benar-benar telus dan profesional . SPR perlu mengembalikan keyakinan rakyat sebagai satu badan yang berintegriti . Tidak ada cara lain yang perlu dilakukan ialah rakyat membuat perubahan bagi memastikan badan yang sewajibnya bertindak adil , saksama , adil dan profesional ini dengan menjatuhkan kerajaan BN.

Rakyat Bagan Pinang harus menjadi contoh teladan kepada rakyat 1 Malaysia , bahawa UMNO/BN mesti dijatuhkan sekiranya ingin melihat SPR menjadi badan yang benar-benar bebas . 1 Malaysia wajib untuk menolak UMNO/BN . - farizmusa.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan