klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 9 November 2009

Anwar dakwa ada pihak halang perbicaraan kes liwat


KUALA LUMPUR, 8 Nov: Penasihat Parti keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak yang cuba menghalang perbicaraan tuduhan liwat keatasnya dari berjalan lancar.Ianya terbukti apabila Mahkamah Rayuan kelmarin membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah pihak pendakwa dalam kes tersebut menyerahkan bahan bukti kepada ketua pembangkang itu yang dikatakan penting untuk pembelaannya.

Anwar dalam tulisan yang disiar di blognya http://anwaribrahimblog.com/ memberitahu, pihak tersebut kini sedang berselindung di sebalik dolak dalih kononnya mendakwa beliaulah yang melengah-lengahkan perbicaraan tersebut."Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan."Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar?"Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan," kenyataanya dipetik.

Dalam tulisan tersebut Anwar melahirkan harapan agar perbicaraan kes beliau itu berjalan lancar mengikut lunas perundangan.Beliau juga tidak mahu proses perundangan tersebut dihalang dan dicampurtangan pihak pemerintah."Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya, biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah," tulisnya lgi.Kelmarin pasukan peguam pembela Anwar sekali lagi dihalang dari mendapatkan bahan bukti setelah keputusan mahkamah rayuan didakwa menyebelahi rayuan pihak pendakwa.Kesemua bahan bukti tersebut merupakan bahagian penting untuk pembelaan Anwar dan hak untuk mendapatkannya juga turut dijamin undang-undang.

Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti itu, termasuk rakaman video dan laporan perubatan kepada tertuduh.Pihak pendakwa juga diperintahkan supaya membenarkan peguam Anwar memeriksa rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, bersama-sama dengan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa sebagai mangsa, dan saksi-saksi lain serta nota doktor.

Mahkamah Tinggi juga mengarahkan supaya laporan perubatan Mohd Saiful dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi serta bahan bukti yang lain, yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, diserahkan kepada Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan