klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 9 November 2009

Pi Em 1Malaysia Bodoh Undang-Undang...

Kata Pi Em -Kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
"Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya. Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya.
"Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu,” katanya.
Baca dekat bawah ni pulak...
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 144
AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Tarikh Perkenan Diraja : 30 Julai 1974
Tarikh penyiaran dalam Warta : 22 Ogos 1974
Tarikh digunapakai : 1 Oktober 1974
Judul Panjang & Mukadimah
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletak hakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.Pembayaran wang tunai oleh PerbadananSebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
Pembatalan Perjanjian 1976Kelantan mengancam untuk membatalkan Perjanjian tahun 1976 dengan Petronas. Ini kerana tindakan menawarkan WANG EHSAN dan bukannya ROYALTI kepada mereka sememangnya melanggar Perjanjian tersebut. Jika Perjanjian ini dibatalkan, maka hak atas setiap dan semua petroleum dalam zon ekonomi Kelantan menjadi milik Kelantan dan bukan Petronas. Dengan demikian, Kelantan akan mendapat 100% dari pendapatan yang dijana, dan bukan sekadar 5%.
Kerajaan Malaysia tidak menghormati semua perjanjian yang ditandatanganinya hingga menyebabkan pelabur takut untuk melabur didalam Malaysia dan banyak pelabur-pelabur lebih rela melabur di Singapura berbanding Malaysia.Rakyat Malaysia perlu faham bahawa adalah menjadi kewajipan kerajaan persekutuan untuk membayar segala yang menjadi hak kerajaan negeri kepada kerajaan negeri yang berkenaan, sebagaimana yang termaktub dalam akta-akta Parlimen dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1957. Perkara yang kini dilakukan oleh kerajaan persekutuan sememangnya tidak menurut perlembagaan dan melanggar semua perjanjian yang berkenaan.Sumber - Abdul Fatah Karim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan