klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 9 November 2009

KESETIAAN DALAM PERJUANGAN ADALAH NOMBOR WAHID

Saya teruja apa bila membaca dua berita yang saya paparkan dalam dua bahasa yang memetik ucapan Ketua Umum YB datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu merasmikan Konvensyen Khas parti di Pulau Pinang Semalam 8 November 2009 .
Berita tersebut melaporkan :
Anwar Ibrahim hari ini memberi dua pilihan kepada pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.
Saya merasakan kenyataan Big Bos benar-benar serius , marah , tegas dan serius dengan perkembangan dan situasi parti mutakhir ini . Tidak dapat saya nafikan senario yang melanda parti benar-benar menyesakkan saya . Memberikan 'buah tanggung' kepada UMNO/BN untuk membuat pukulan 'smash' ! Namun agak sedikit selesa sewaktu parti dalam krisis dengan tindakan individu-individu 'petualang' , suasana dalam parti-parti BN mengalami 'taufan' yang sangat teruk .
Kata dua oleh Ketua Umum harus dipandang serius oleh semua pimpinan dan ahli-ahli parti . Samada SETIA atau KELUAR ! Lebih serius apabila beliau mengungkapkan ;
"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,”
Malah ada tindakan kerana marahkan 'nyamuk' hingga sanggup 'membakar kelambu' , mengadaikan maruah diri dan perjuangan , melunasi kepentingan kesumat peribadi , meruntuhkan ikrar dan kesetiaan pada parti dan perjuangan yang pernah mereka laung-laungkan . Sehingga sanggup 'menjilat' ludah sendiri dan menyertai UMNO yang mereka pernah hina , keji , sumpah seranah dan macam-macam perkataan yang jijik yang pernah keluar daripada mereka ini .
Sekarang sudah ada 4 'katak' yang sanggup menghancurkan amanah parti dan rakyat yang memilih mereka di atas tiket Parti Keadilan Rakyat lantaran kerana kepentingan peribadi . Mereka tidak berani menyertai UMNO tetapi menjadi pendokong dan penyokong UMNO/BN . Mengisytiharkan diri mereka BEBAS .
Saya sudah mangli dengan semua ini . Sejak menyertai parti ini pada tahun 1999 , dari namanya Parti Keadilan Nasional hinggalah bertukar kepada Parti Keadilan Rakyat . Daripada Ketua Umum dalam penjara sehinggalah keluar dari penjara . Aktiviti keluar masuk parti ini bukan perkara luar biasa .
Malah seorang manusia yang sangat saya hormati , yang mengajar saya prinsip dan perjuangan malah jasanya ( beliau banyak menolong saya sewaktu saya susah - saya amat hargai ) , paling dekat dengan Big Boss pun tinggalkan perjuangan dan parti . Apatah lagi yang sangat jauh dan tidak serapat seperti Sdr Ezam , sudah pasti mereka sanggup mengambil tindakan sedemikian rupa .
Dua watak yang perlu di hayati , watak Hang Tuah dan Hang Jebat
Hang Tuah
Semua orang tahu dan mengenali bahawa Hang Tuah adalah seorang yang sangat TAAT SETIA . Kesetiaannya kepada Sultan ( Pemimpin ) dan Melaka ( Organisasi ) yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja . Watak yang dilihat sehingga ketaatan dan kesetiaan beliau kepada Sultan secara 'membabi-buta' , tidak berbelah bagi , tidak pernah dipersoalkan . Apatah lagi jauh untuk menderhaka .
Saya tidak nafikan ada yang memandang sinis dan mengutuk tindakan Hang Tuah yang dilihat terlalu bodoh , lurus dan kesetiaan yang melampau . Walaupun dikenakan tindakan hukuman bunuh oleh Sultan yang beliau terlalu taat dan setia angkara fitnah pun masih taat dan setia untuk menerima hukuman tersebut sedangkan beliau tahu beliau difitnah .
Saya bersetuju dengan semua pandangan tanpa prejudis . Tetapi saya mengambil di atas konsep TAAT SETIA . Di atas prinsip ketaatan dan kesetiaan . Unsur-unsur serta elemen-elemen negatif tidak perlu kita bincangkan kerana semua sudah mampu untuk membuat pelbagai persepsi .
Tetapi Hang Tuah mengajar kita erti KETAATAN dan KESETIAAN. Dua perkataan yang sangat penting untuk kita hayati dan menjadi keutamaan kita dalam perjuangan . Prinsip yang perlu ada kepada kita semua .
Jika kita TAAT dan SETIA pada perjuangan , kita tidak akan mengkhianati perjuangan . Jika kita TAAT SETIA pada pemimpin dan parti , kita tidak akan mengkhianati pemimpin dan parti . Jika kita TAAT SETIA kepada rakyat , kita tidak akan mengkhianati amanah rakyat . Jika kita TAAT dan SETIA kepada agama , kita tidak akan melanggar dan mengkhianati agama . Jika kita TAAT SETIA pada kawan , kita tidak mengkhianati kawan . Apa lagi dalam hal-hal peribadi seperti kepada ibu bapa , isteri , keluarga , kekasih , saudara mara dan sebagainya .
Bukan bermakna taat dan setia yang membabi buta dan semborono. Taat dan Setia yang berprinsip . Sepertimana yang diungkapkan oleh Almarhum Dr. Usman Awang ...
" beraninya kerana benar ,
tunduknya jika bersalah ,
setia sampai ke kubur ,
biar mati adat ,
jangan mati sahabat ..." ( Sajak Melayu )
HANG JEBAT
Tak perlu kita panjangkan perihal perangai Hang Jebat . Apa lagi yang negatif , beraja di mata dan bersultan di hati . Bertindak di luar batasan agama dan moral . Tapi Hang Jebat mengajar kita erti prinsip PERJUANGAN dan KEADILAN . Menegakkan kebenaran dan keadilan , menyanggah dan menentang kezaliman , ketaatan dan kesetiaan kepada persahabatan .
Ungkapan berani beliau cukup terkesan ;
" Raja adil raja disembah , raja zalim raja disanggah !"
Dua karektor pahlawan melayu ini perlu dihayati dan meresap dalam diri dan jiwa kita . Mengambil prinsip positif dan meminggirkan yang negatif . Kita akan mampu mempertahankan perjuangan dan dasar parti yang kita dokong selama ini .
Betul kata-kata Ketua Umum , jika tidak baik bertindak keluar dari terus menjadi petualang , mengkhianati perjuangan , duri dalam daging , menjadi 'virus' yang meresap dan akhirnya memusnahkan dari dalam . Ada yang menyatakan keluarnya semua ini adalah proses pembersihan . Saya bersetuju dan tidak menafikan . Tetapi yang menyesakkan apabila kebimbangan akan hilang keyakinan rakyat kepada kita angkara katak-katak dan pengkhianat-pengkhianat ini .
Jika jangan putus asa , banyak lagi agenda dan perkara yang perlu kita depani . Semoga nasihat Big Boss ini akan memberikan suntikan baru pada semua . Adakala kita terlalu banyak politiking . Itu yang sering memecahkan kita .

FM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan