Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.
Sekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.
Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.
"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan,” katanya .
Perhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian.
Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan