klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 3 Jun 2009

Salahkah menyokong perjuangan Anwar ?


Gelombang politik terbesar di dalam negara ini hanya berlaku sebaik sahaja berlaku peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti Umno lebih kurang 11 tahun yang lalu. Sebelum peristiwa tersebut, gelombang politik juga pernah berlaku tatkala berlaku pertembungan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaliegh yang mana mengakibatkan wujudnya Parti Melayu Semangat 46(S46).Sebelum itu juga, Umno pernah diharamkan sebelum Tun Mahathir menubuhkan Umno Baru yang kekal hingga sekarang.
Namun gelombang politik yang menyaksikan pertarungan di antara Umno/Bn dengan Parti S46 yang telah bergabung bersama PAS dan DAP tidak sehebat gelombang yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim selepas tahun 1997.Saya yakin sesiapa yang membaca kembali sejarah pada awal era reformasi sehinggalah kini, suka atau tidak terpaksa mengakui bahawa pengaruh DS Anwar sememangnya banyak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti-parti pembangkang yang ketika itu begitu mudah diratah oleh Umno/Bn, kecuali kekuatan kental PAS di Kelantan.
Natijah daripada fitnah yang telah dilakukan oleh mereka yang cemburu serta dengki dengan pengaruh DS Anwar sehingga menyebabkan beliau dipecat dari kabinet dan parti, pembangkang terus mendapat tempat dihati rakyat. Rakyat sudah tidak lagi meyakini Umno malahan mereka seolah-olah tidak percaya tergamaknya Umno mengkhianati tokoh Melayu yang Pro Islam ini. Tetapi bak kata orang, benih yang baik dicampak ke mana sekali pun tetap akan boleh hidup subur. Secara jujurnya, parti PAS dilihat lebih banyak memakan hasil daripada peristiwa yang berlaku dan saya percaya ini adalah `kifarah' buat DS Anwar yang mungkin ketika di dalam Umno melakukan beberapa kesilapan di dalam pendekatannya.
Kini, setelah pembangkang mulai mendominasi beberapa buah negeri selepas pilihanraya Ke 12 yang lalu sehingga menyebabkan kerajaan Bn gagal memperolehi majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sudah terdapat suara-suara sumbang terutamanya di dalam PAS yang seolah-olah menidakkan sumbangan, ketokohan dan jasa DS Anwar. Perkara sebegini tidak pernah timbul sewaktu PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Almarhum adalah seorang yang jujur, tidak pendendam serta bijak berpolitik. Budi Almarhum terhadap DS Anwar sudah tentu tidak terbalas.
Pulangnya Almarhum Ustaz Fadzil ke Rahmatullah memaksa DS Anwar menitiskan air mata. Semua ini adalah kisah masa lampau yang amat manis dikenang betapa pemimpin bersatu hati dan sedia bermaafan. Kini, masa berubah apabila melihat kepada kekuatan yang ada pada diri masing-masing.Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan bermula beberapa minggu sahaja lagi. Sebagai sebuah parti yang telah kuat sudah tentu pendekatan di dalam berkempen berbeza samasekali. Saya mengucapkan syabas kepada PAS kerana sehingga kini masih tetap dengan pendirian tegas berkenaan dasar Islam mereka.
Tetapi, saya kurang selesa apabila terdapat beberapa pemimpin yang sering mengaitkan pemimpin yang lain di dalam PAS sebagai `orang DS Anwar'. Apakah dosa DS Anwar sehingga beliau diheret bersama di dalam kancah perebutan kuasa di dalam PAS? Salahkah sekiranya mana-mana pemimpin PAS berbaik serta menyokong perjuangan DS Anwar selama ini? Apakah dengan menyokong perjuangan DS Anwar bermakna mereka meninggalkan prinsip mereka yang termaktub di dalam PAS ?Semua persoalan ini tidak mampu saya huraikan melainkan pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri.
Meskipun saya seorang penyokong DS Anwar tetapi saya juga tetap menyokong serta menghormati pemimpin PAS. Memang benar, mungkin terlalu simpati saya terhadap DS Anwar menyebabkan saya ingin menyuarakan perkara ini kerana bagi saya tidak adil DS Anwar dijadikan bahan tohmahan untuk melemahkan lawan politik sesama mereka. Saya hairan mengapa wujud gelaran pemimpin ini `orang Anwar' dan pemimpin itu `orang Tuan Guru'. Setahu saya di dalam PAS pemimpin mereka adalah Presiden mereka dan Tuan Guru Nik Aziz adalah Muryidul Am mereka , tiada yang lain dari itu.
Umum mengetahui bahawa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah ingin berjauhan dari perjuangan DS Anwar malahan ingin dirapatkan lagi.Harus diingat bahawa musuh sentiasa berada di sekeliling kita dan jika kita tersilap langkah, musuh akan mengambil kesempatan. Bukan tujuan tulisan ini untuk membela DS Anwar yang bukan seorang yang maksum dan bukan juga seorang Ulamak.
Saya sedikit terubat apabila mendengar segala kata-kata Tuan Guru Nik Aziz berkaitan hubungan yang perlu dijaga sesama kita di dalam PR. Jangan dimusnahkan apa yang telah dibina landasannya oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Kesihan juga kepada DS Anwar yang tidak mampu mempertahankan dirinya apabila dikaitkan di dalam mainan politik oleh rakan-rakan seperjuangannya sendiri. Mungkin DS Anwar hanya mampu berkata di dalam hatinya," Kalau lah Almarhum Ustaz Fadzil masih hidup......"


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

DR. MANSOR DILANTIK EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG


PULAU PINANG, 3 Jun : - Dr Mansor Othman yang baru memenangi Pilihanraya Kecil Penanti pada 31 Mei lalu mengangkat sumpah sebagai Exco di kediaman rasmi Sri Mutiara, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abas jam 9.45 pagi tadi.Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah. Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan.Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu.Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam.


Harakahdaily.

AMK NEGERI TERENGGANU BUAT REPORT POLIS KES STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH


KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu telah membuat laporan polis pada jam 11.50 pagi tadi bertempat di IPD Kuala Terengganu . Laporan polis telah dibuat oleh Sdr. Fariz Musa , Ketua AMK Negeri Terengganu ekoran kejadian Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Gong Badak yang telah runtuh semalam ( 2 Jun 2009 ) .
Di dalam laporan polis tersebut Fariz Musa yang juga merupakan Timbalan Ketua AMK Pusat mengesyaki pengeluaran Sijil Layak Menduduki ( CF ) dibuat secara tidak telus dan berlaku keterpaksaan yang mana ianya dikeluarkan tempoh yang cepat atau tergesa-gesa kerana sewaktu dirasmikan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong pada 10 Mei 2008 , stadium tersebut masih belum siap sepenuhnya .
Malah menurut beliau juga , AMK Negeri Terengganu mengesyaki berlaku penyelewengan kuasa dan ianya melibatkan individu-individu dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pembinaan dan kelulusan Sijil Layak Menduduki ( CF ) stadium tersebut .
Ianya adalah berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh YAB Datuk Ahmad Said , MB Terengganu di dalam NST Online bertarikh 2 Mei 2009 yang menyatakan Stadium tersebut telah dikeluarkan Sijil Layak Menduduki ( CF ) sebelum ianya dirasmikan pada 10 Mei 2008 .
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah beroperasi selama setahun telah runtuh bumbungnya dan dianggarkan mengalami rutuhan sebanyak 60%. Dianggarkan kerugian awal ialah RM25 juta .
Difahamkan bermula 3 hingga 6 Jun akan berlangsung Sukan Staf Antara Universiti Peringkat Kebangsaan bertempat di stadium tersebut . Bayangkan sekiranya kejadian tersebut berlaku hari ini ( 3 Jun 2008 ) atau dalam tempoh sukan tersebut berlangsung .
AMK Negeri terengganu membuat laporan polis pada hari ini mendesak agar pihak polis membuat penyiasatan rapi dan mendakwa mereka yang terlibat dalam pembinaan dan kelulusan Sijil Layak Menduduki ( CF ) .
Insiden runtuhnya mercu tanda negeri Terengganu yang dibina oleh mantan MB Negeri Terengganu , Datuk Seri Idris Jusoh dan kelulusan Sijil Layak Menduduki ( CF ) sewaktu Datuk Ahmad Said menjadi MB Terengganu .
Turut hadir bersama ialah Sdr. Muzafeq Mohamad , Timbalan Ketua AMK Negeri Terengganu dan Sdr. Eng Chai Heng , Pengerusi DAP Terengganu.

Kejadian bumbung stadium runtuh memalukan negara, kata Shaziman

KUALA TERENGGANU: Kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dekat sini, yang runtuh pagi ini amat memalukan negara, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor. Beliau berkata walaupun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, ia menjejaskan imej negara kerana runtuhan itu membabitkan stadium baru yang belum sampai setahun digunakan. "Walaupun daripada segi membaikpulihnya ditanggung oleh kontraktor dengan memasang bumbung baru, ia memberi gambaran yang tidak baik kepada negara, seolah-olah kontraktor kita tidak berkemampuan untuk melakukan kerja (membina) bangunan sedemikian rupa," katanya selepas meninjau stadium itu bersama Menteri Besar Datuk Ahmad Said hari ini.
FM - Dalam negara malu dengan kejadian Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh , siapakah yang paling seronok dan gembira ? siapa ye?
Seolah kontraktor kita tidak berkemampuan ? Datuk Shaziman ni ...buat-buat tidak tahu pula . Dah gaharu cendana pula !
Stadium yang menjadi mercu tanda negeri Terengganu yang menjadi 'projek impian terlaksana' seorang mantan MB Terengganu akhirnya runtuh dalam tempoh setahun digunakan . Syukurlah kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku . Bayangkan kalau ikut jadual stadium tersebut , 3 hingga 6 Mei 2009 akan berlangsung Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM 34 ) . Kalaulah berlaku pada hari-hari tersebut , pasti kita sibuk mengeluarkan mayat-mayat yang tertimbus dalam runtuhan stadium tersebut . Wanauzubillah! Juteru siapa yang terlibat dalam mengeluarkan dan meluluskan CF stadium ini perlu didakwa dengan segera !

LAPORAN POLIS OLEH AMK NT : KES STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN RUNTUH


Tarikh : 3 Jun 2009

Masa : 11 pagi

Tempat : Balai Polis Daerah Kuala Terengganu

Semua dijemput hadir !

Selasa, 2 Jun 2009

ADUN BN mohon maaf pada Husam

Jun 2, 09

ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap naib presiden PAS itu pada 2007."Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau," kata Nozula dalam notis permohonan maaf itu yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian hari ini.Nozula dan seorang lagi ADUN BN Kelantan, Muhd Adhan Kechil (Bukit Bunga) telah membuat laporan tersebut terhadap Husam pada akhir November 2007.
Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam berkata, antara lain laporan mereka adalah mengenai:Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Hussam Musa. Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd. Isu Kedai Majlis Daerah Machang. Isu Jamnapari membabitkan dana KPK. Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.
Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan. Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.
Ahmad Shabrimi berkata, tindakan kedua-dua ADUN tersebut antaranya, telah meletakkan Husam dalam kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum dan kehinaan awam.
Berikutan katanya, Husam telah mengarahkam tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua ADUN BN tersebut serta akhbar New Straits Times (M) Berhad."Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.
"Dengan notis permohonan maaf ini, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. "Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. "Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," kata Ahmad Shabrimi.

Malaysiakini

STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN RUNTUH : AMK DESAK POLIS DAN SPRM AMBIL TINDAKAN SEGERA !

AMK Negeri Terengganu mendesak pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahana Rasuah ( SPRM ) segera mengambil tindakan dan siasatan terhadap insiden keruntuhan Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada pagi tadi .
Siasatan secara terperinci dan pendakwaan harus dibuat dengan segera terhadap kejadian tersebut termasuk terhadap Jabatan Kerja Raya , konsultan yang terlibat pembinaan bumbung stadium dan Bekas Menteri Besar Negeri Terengganu , Datuk Seri Idris Jusoh yang terlibat secara langsung terhadap pembinaan stadium yang berprestij itu .
Kos pembinaan stadium tersebut yang menelan belanja RM270 juta dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Stadium yang baru berumur setahun tersebut terlalu cepat runtuh dan melibatkan ratusan juta wang rakyat Negeri Terengganu !
AMK Negeri Terengganu benar-benar mengharapkan satu tindakan yang tegas yang diambil oleh semua pihak terutama pihak Polis dan SPRM . AMK merapatkan kesyukuran kerana insiden tersebut tidak melibatkan sebarang jiwa terkorban .
Kejadian yang bukan sahaja memalukan tapi membuktikan ada perkara yang tidak betul telah berlaku terhadap pembinaan stadium tersebut dan perlu diperjelaskan dan diambil tindakan. Ketelusan pihak polis dan SPRM adalah perlu.
Semua pihak yang terlibat dalam proses pembinaan tersebut adalah perlu diambil tindakan tegas dan tidak terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang termasuklah konsultan asing yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan stadium itu .
YB Datuk Seri Idris Jusoh dan YAB Datuk Ahmad Said perlu bertanggungjawab dalam insiden tersebut . Kerana kedua-dua mereka terlibat dalam pembinaan stadium tersebut kerana Datuk Ahmad Said adalah EXCO Kerajaan Negeri sewaktu di bawah pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh selaku MB Terengganu .
Kerajaan Negeri Terengganu juga tidak boleh lepas tangan dalam insiden ini dan perlu memberikan penjelasan terhadap runtuhnya hampir 40% Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut kerana melibatkan wang rakyat .
Fariz Musa.
Ketua AMK Negeri Terengganu

STADIUM SULTAN MIZAN DULU DAN SEKARANG

DULU....
KINI....

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh

Jun 2, 09 11:03am

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.
Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.
Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.
Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing."Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asing tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, beberapa anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap. Menteri Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 4 petang ini. Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja. Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan.
"Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya. Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan. Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.

TKM 1: Dr. Mansor angkat sumpah Rabu

BUKIT MERTAJAM, 1 Jun (SK) : Timbalan Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti semalam akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Negeri Pulau Pinang Rabu ini.
Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam tadi.Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.“Saya akan syorkan supaya Dr. Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti,” katanya.
Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.
“Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat,” katanya.Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat Dap, Lim Kit Siang dalam laman blognya.
Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

durian paling mahal di Penanti


Durian yang sedang dipegang oleh YB Ketua Umum ialah durian paling mahal dan telah berjaya dilelong dengan harga RM 800.00. Acara lelongan buah durian tersebut dikendalikan oleh YB Yusmadi Yusof ( Ketua AMK Pulau Pinang ) bagi mengisi tabung AMK Pulau Pinang . YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya membida harga buah durian tersebut dengan bayaran RM800.00.

Isnin, 1 Jun 2009

JAZAKALLAH ! TAHNIAH ! TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SKUAD PILIHANRAYA DAN SEMUA AMK

Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK merakamkan jutaan terima kasih , syabas dan tahniah kepada teman-teman Skuad Pilihanraya AMK dan seluruh jentera AMK yang telah berkampung di Penanti . Saya bener-benar terharu di atas segala kesungguhan , komitmen dan kerja kuat semua teman-teman bagi memastikan kemenangan Parti Keadilan Rakyat dan YB Dr. Mansor Othman di N12 Penanti.
Kali ini walaupun kita tidak berdepan dengan UMNO / BN tetapi kita tetap bekerja tanpa penat dan lelah seolah-olah kita berdepan dengan mereka . Walaupun tanpa UMNO , kita masih terus diserang oleh media milik UMNO , ditekan oleh pihak atasan polis dan SPR yang sentiasa tidak telus dan profesional .
Pelbagai usaha UMNO untuk menghasut para pengundi Penanti terutama para penyokong tegar UMNO bagi memastikan mereka tidak keluar mengundi . Termasuk perancangan jahat mereka untuk membawa para pengundi melawat Padang Besar atau Langkawi , namun berjaya kita patahkan .
Pelbagai program , strategi dan pendekatan telah kita laksanakan sebaik mungkin bagi mestikan para pengundi termasuk pengundi muda sejumlah 40% mejalankan tanggungjawab mereka .
Saya amat berbangga dengan komitmen teman-teman Wanita Muda ( Sri Mawar ) AMK yang begitu aktif , berkemampuan dan kreatif . Beberapa assigment yang saya berikan telah berjaya mereka laksanakan dengan baik dan sukses .
Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan tahniah dan syabas atas kejayaan yang bermakna ini yang insyaallah akan kita bawa ke PRK Manek Urai . Terima kasih saya kepada teman-teman AMK Permatang Pauh dan AMK Negeri Pualau Pinang di bawah pimpinan YB Yusmadi dan juga teman-teman di Kg. Guar Perahu di bawah pimpinan "Bayang dan Man" . Anda semua memang hebat .
Penghargaan saya juga kepada semua yang memberikan komitmen terutama Sdr. Amir Ghazali , Ketua AMK Permatang Pauh. Kerjasama tuan sangat-sangat saya hargai .

Selamat Berjuang ! Reformasi !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK Pusat

T'ganu: Undi tak percaya jika kemelut tak selesai...

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.
Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.
"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini."Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
FM - Rakyat Terengganu bosan dengan kemelut politik UMNO Terengganu . Isu undi tidak percaya sudah menjadi lapuk . Dasas-desus undi tidak percaya terhadap Ahmad Said hanya retorik sahaja . ADUN dalam Kem Idris tetap tidak berani dan penakut untuk berbuat demikian . Baru-baru dalam sidang DUN mereka boikot . Tiba timbul isu SMS ugutan bunuh menjadi alasan kenapa mereka tidak hadir ke sidang DUN . Apa yang berlaku Ahmad Said menang , semua ADUN kem Idris terpaksa masuk dalam dewan .
Sekarang hendak timbulkan lagi isu undi tidak percaya . Saya cabar Rasol dan kawan-kawannya membuat usul tersebut ! Saya hendak tengok keberanian dan kejantanan mereka. Atau sama penakut seperti presiden mereka ! Rakyat Terengganu sedang memerhati gelagat badut politik mereka . dok rok cetong !

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

May 31, 09 6:07pm
KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).
Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.
Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).
Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

SUASANA PRK N12 PENANTI

Hari semalam tidak memberikan ruang untuk saya menulis dan update blog . Kesibukan memantau perjalanan PRKL N12 Penanti dan ketidakmeriahnya suasana pilihanraya tidak memberikan kesempatan yang baik untuk saya membuka laptop. Tidak banyak cerita , yang pasti perjalanan dan kehadiran pengundi agak lembab , perlahan . Saya bertemu YB Sdr Azmin Ali , Naib Presiden di Pejabat YB Ahli Parlimen Permatang Pauh , di Yayasan Aman memberitahu setakat pukul 12.00 tengahari hanya 23% pengundi keluar .
Saya kerahkan seluruh kawan-kawan terutama Skuad Pilihanraya AMK supaya masuk kampung dengan speaker dan lound healer supaya para pengundi keluar mengundi termasuk arahkan Sdr Fauzie yang uruskan untuk membuat mengedarkan SMS kepada para pengundi muda yang dalam simpanan data melalui borang maklumat pengundi muda yang dapat dikumpulkan supaya keluar mengundi .
Dalam pukul 2 petang , berlaku peningkatan sedikit iaitu 38% sudah keluar mengundi . Saya hanya berdoa agar lebihg ramai akan keluar mengundi disebelah petang . Dalam pemantauan ke tempat mengundi di Tanah Liat , yang ramai petugas SPR dan FRU. Di barong SPR lenggang . Risau dan meresahkan .
Saya terus arahkan kawan-kawan untuk mobilisasi masuk kampung. Itu sahaja yang dapat dilakukan . Nampaknya SPR betul-betul berjaya.
Pertama , Pili hari minggu sebagai hari mengundi . Pengundi agak malas untuk keluar dan kebetulan cuti sekolah bermula. Kenduri kawin pun banyak. Kedua , arahan-arahan baru seperti tidak benarkan perayu undi di pondok panas dan sebagainya ( malas nak taip ) telah membantut dan memudarkan suasana.
Semua petugas , tersadai di mana-mana , berdoa dan mengharap segala gerakerja selama seminggu berbaloi dan kemenangan besar dapat diperolehi. Saya yakin di kotak minda mereka , hanya pikirkan kemenangan Dr. Mansor Othman dan PKR .
Proses pengundian tamat jam 5 petang . Saya hubungi Sdr Amir Ghazali , Ketua AMK permatang pauh dan beritahu hampir 50% pengundi keluar . Saya tarik nafas lega sebab sebelum ini UMNO jangkakan hanya 40% pengundi akan keluar mengundi dan 5,000 orang ahli UMNO tegar tidak akan keluar mengundi , taat setia kepada parti mereka.
Sempat minum di bawah jambatan di Kubang Semang , makan kueh tiew dan pisang goreng dengan kawan-kawan . Sdr. Hamdi datang, cakap di Guar Perahu kita kalah! Rupanya buat lawak! Tidak terfikir baru sahaja tutup proses pengundian . Takkan dah dapat jumlah keputusan di peti undi Sek. Keb. Guar Perahu .
Tunggu dengan tenang , terdengan bunyi siren polis , mungkin bawa kotak undi. Saya terus leka dengan pisang goreng dan tenggelam dalam bunyi deruman kenderaan ke hulu-ke hilir.