klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 8 Disember 2009

Mencipta Legenda Pakatan Rakyat

email diterima oleh Azizie Ibrahim ( Setiusaha Majlis Tertinggi Pemuda Pakatan Rakyat )

oleh : Ooi Heng

Dalam satu jawapan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Dewan Rakyat pada 19 November 2009, sejumlah 4.3 juta (4,300,542) orang warga Malaysia tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun telah memenuhi kelayakan.

Menurut Laporan Ekonomi 2009/2010 yang dikemukakan Kementerian Kewangan, populasi Malaysia telah mencatat 27.73 juta orang pada tahun 2008. Dengan kata lain, mereka yang layak tetapi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, mencatat 15.5% daripada jumlah populasi Malaysia.

15.5% populasi tidak mendaftar

Sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sejumlah 4.80 juta warga tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun layak. Seandainya perangkaan-perangkaan rasmi ini adalah benar, apakah ia menunjukkan bahawa proses "tambah dan tolak" dalam tempoh satu dua tahun ini masih mengekalkan bilangan pengundi belum berdaftar pada paras yang tinggi?

Sebaliknya, dalam PRU yang akan datang, seandainya pengundi baru ini masuk ke dalam barisan puluhan juta pengundi, 15.5% daripada populasi ini bakal memberi impak yang besar kepada keputusan PRU, malah menjadi penentu siapakah yang bakal mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan.

Di samping itu, analisa Malaysiakini berdasarkan perangkaan Think Tank negeri Pulau Pinang, Socio-Economic and Environmental Research Institute (SERI) menunjukkan perubahan kecenderungan 6-10% pengundi pada PRU yang akan datang, bakal menentukan sama ada BN akan kehilangan kuasa kerajaan persekutuan, dan memberi laluan kepada peralihan kuasa dari parti ke parti.

Dengan kata lain, seandainya PR ingin merampas kuasa kerajaan persekutuan dalam PRU ke-13, maka PR perlu memandang serius perangkaan yang dikemukakan oleh JPM dan SERI.

Spekulasi tarikh PRU ke-13 tersebar luas kebelakangan ini. Malah ada yang menjangka, seandainya kerajaan BN menyambut "Hari Malaysia" secara besar-besaran pada tahun depan, bau PRU terhidu dalam Bajet 2011 pada tahun depan, kolej persendirian dipertingkatkan martabatnya menjadi universiti, berita (yang kelihatan) baik dalam ekonomi terhidang, maka, langkah PRU ke-13 semakin menghampiri.

Kempen pendaftaran secara besar-besaran

Andaikan PRU ke-13 jatuh pada akhir tahun 2010 atau kemudian. Sekiranya dilihat kepada anggaran Laporan Ekonomi Tahun 2009/2010, populasi akan menambah sebanyak 1.15juta orang pada masa itu. Apakah ini juga bermakna bilangan mereka yang layak tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi, akan menunjukkan pertambahan yang jelas?
Perubahan angka ini menunjukkan, seandainya tiga parti komponen PR tidak mempercepatkan langkahnya untuk menggerakkan kempen pendaftaran pengundi, dan hanya dijalankan secara berselerak, maka kesannya mungkin ditenggelamkan oleh slogan "1Malaysia".

Slogan "1Malaysia" yang dibayar dengan mahal itu walaupun gagal memberi kesan untuk menyelesaikan gejala rasuah, rasisme, penjenayahan, kelembapan perusahaaan kecil dan sederhana (PKS), namun tetap memberi pengaruh kepada pemuda setelah dipropagandakan secara meluas.

Untuk menangkis serangan kempen "1Malaysia", kempen pendaftaran pengundi ini perlu menonjolkan satu ikon yang mampu menggarap imaginasi pengundi muda. Ikon ini adalah penting dan semestinya seorang "idola politik". Maka, pelaksanaan kempen ini di peringkat bahagian memerlukan penyelarasan antara parti komponen PR, dan kesediaan wakil rakyat kawasan itu untuk menerima ikon tersebut.

Pendek kata, ia menguji keikhlasan kerjasama antara parti komponen dalam PR, dan kelapangan dada pemimpin bahagian untuk menerima bahawa dirinya mungkin bukan "idola politik" yang dijadikan sebagai ikon.

PR perlu melihat survey Merdeka Center dengan optimis, tetapi jangan melihatnya dengan sikap yang sama terhadap laporan SERI. Lain kata seandainya krisis ekonomi global meletus untuk kali kedua, atau keruntuhan sistem ekonomi Malaysia dalam masa terdekat ini. Kalau tidak, agak sukar bagi PR untuk menguasai peralihan kecenderungan 6-10% pengundi.

Kempen pendaftaran pengundi juga perlu mengambil kira realiti bahawa ketidaksamarataan dalam pembahagian kawasan pengundian. Ditambah pula sistem "first-past-the-post" yang diamalkan, maka harapan PR untuk memerintah di pusat mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana jikalau kebanyakan belia mendaftarkan diri secara kolektif sebagai pengundi bandar, maka kami boleh membuat andaian bahawa dalam kawasan-kawasan tertentu, calon yang bodoh mungkin mampu mengekalkan kerusinya dengan undi majoriti yang lebih besar, tetapi usahlah PR berharap untuk memerintah di pusat.


*Ooi Heng ialah penganalisa politik. Tulisan ini diterjemahkan dan disunting Lim Hong Siang.

Forum "Natijah dari Krisis Perak" anjuran MerdekaReview

Satu forum bertemakan "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis) akan dianjurkan oleh MerdekaReview, pada jam 8 malam, 9 Disember 2009 (Rabu), di Auditorium Pusat Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Antara ahli panelnya termasuklah Professor Kevin Tan, Professor Shad Faruqi dan Mohd Nizar Jamaluddin.
Kevin Tan, graduan dari Yale University, seorang pensyarah di Singapura, dan juga Monash University di kampus Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga banyak menulis mengenai perlembagaan Malaysia dan Singapura.
Professor Shad Faruqi, pakar perlembagaan, dan juga penulis buku Document of Destiny. Selain mengajar di universiti tempatan, juga seorang kolumnis dalam akhbar Star.
Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri Perak, merangkap ahli parlimen Bukit Gantang, Perak.
Sekali imbas, krisis Perak yang berlanjutan sehingga kini merupakan antara peristiwa yang paling penting dalam tahun 2009. Pergelutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat ini telah memberi impak yang besar kepada sistem politik Malaysia dari semua dimensi, termasuk kehakiman, pasukan keselamatan, perundangan, institusi Raja dan sebagainya.
Kedatangan dialu-alukan. Kemasukan adalah percuma.

Isnin, 7 Disember 2009

mampukah Abu Kassim kembalikan integriti SPRM ?

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) mengalu-alukan perlantikan Abu Kassim Mohamed , Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang bakal menerajui SPRM pada 1 Januari 2010 bagi mengantikan persaraan awal Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan .
SPRM telah dilihat oleh seluruh rakyat sebagai satu badan yang berada di bawah telunjuk pimpinan Kerajaan dan UMNO/BN . Integriti dan kredibiliti SPRM sudah dilihat semakin buruk dan menjadi badan yang gagal menangani dan membenteras gejala rasuah sehingga meletakkan prestasi rasuah negara semakin merosot dan memalukan .
Laporan Tansperancy International (TI) terhadap Indeks Persepsi Rasuah 2009 meletakkan Malaysia di kedudukan ke-56 daripada 180 negara yang mana skor untuk indeks rasuahnya hanyalah 4.5 mata daripada 10 mata. Tahun lalu Malaysia berada di kedudukan ke-47 dengan 5.1 mata. Menjunam 9 anak tangga daripada tahun 2008 . Bukti yang menunjukkan SPRM adalah gagal dan tidak berkemampuan menjadi badan yang mampu menangani masalah rasuah di Malaysia .
Kematian dan pembunuhan Teo Beng Hock yang melibatkan SPRM menjadikan integriti dan kredebiliti SPRM jatuh merudum di mata rakyat . Malah sikap pendakwaan terpilih oleh SPRM menjadikan badan ini sudah tidak dihormati oleh rakyat Malaysia . Selagi SPRM masih berada di bawah kuasa Perdana Menteri , selagi itulah peranan dan fungsi SPRM tidak akan dicapai lebih-lebih lagi SPRM dilihat sebagai ‘penyelamat’ pemimpin UMNO / BN .
Mampukah Abu Kassim seperti kenyataannya mengembalikan integriti SPRM yang semakin parah dan tidak bermaruah ini apabila mengambilalih daripada Ahmad Said ? Sedangkan beliau juga adalah merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sekarang yang turut sama bersama Ahmad Said mengurustadbirkan SPRM yang menjadikan SPRM cukup tidak berintegriti .
AMK menganggap kenyataan bakal Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut hanyalah bersifat retorik dan beliau tidak akan mampu mengotakannya .
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia

Piala Monsun: Terengganu Bazirkan RM2.4 bilion

Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said membazir sebanyak RM2.4 bilion wang rakyat dengan menganjurkan Piala Monsun yang sedang berlangsung ketika ini.
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Rosli Abdullah mendedahkan bahawa dengan perbelanjaan sebanyak RM300 juta setahun maka jumlah untuk tempuh lapan tahun kontrak penganjuran bermakna RM2.4 bilion yang dipercayai wang ehsan hasil petrol, hangus.
Beliau berkata, "dengan jumlah tersebut kerajaan negeri boleh membina 80,000 unit rumah kos rendah dengan harga RM30,000 sebuah untuk rakyat Terengganu."Dengan jumlah wang itu juga, kerajaan negeri boleh memberi biasiswa kepada anak-anak Terengganu sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk 48,000 pelajar," tambah beliau.
Menurut Rosli, penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.
Tugas syarikat kroni ini ialah untuk mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan mengagih-agihkan kerja-kerja kepada kontraktor dan sub-kontraktor bagi mengaut keuntungan, cetusan dari peruntukan RM300 juta setiap tahun itu."Inilah bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dan kita tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur rasuah yang sudah menjadi darah daging Umno-BN yang semakin hari semakin parah," ujar beliau.
Katanya, para peserta perahu layar pada pertandingan Piala Monsun pula terdiri dari para peserta luar negara dan sedikit pun tidak menguntungkan rakyat tempatan.Rosli berkata, kerajaan negeri Terengganu hendaklah mencontohi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat membantu warga emas sebanyak RM2,000 seorang apabila ditimpa musibah, sebanyak RM2,500 untuk ibu tunggal dan memastikan setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM400 sebulan.Beliau menyeru kerajaan negeri supaya memperpanjangkan bantuan komputer riba bernilai RM1,500 sebuah yang disediakan kepada kanak-kanak sekolah rendah tahun lima pada ketika ini, kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah."Terengganu yang kaya dengan hasil minyak dan dibiarkan rakyatnya hidup dalam kemiskinan merupakan satu agenda politik kotor supaya rakyatnya terus bergantung hidup kepada Umno-BN," tegas beliau.
Senario yang samalah menyebabkan Kerajaan Kelantan mahu royalti diberikan, bukan wang ehsan yang akan disalahgunakan.Beliau kata dakwaan Awang Adek kononnya, wang ehsan akan sampai ke semua rakyat tanpa mengira pegangan politik hanyalah gimik.
Apa yang digusarkan, hanya sekelumit wang ehsan sampai ke rakyat ‘terpilih’ selebihnya disalahgunakan untuk diagih-agihkan di kalangan kroni.

Bukan Soal Berapa Lama, Tetapi Bagaimana? - Aziz Bari

Demonstrasi oleh para penyokong UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan dan Pulau Pinang minggu lalu saya fikir menarik untuk dibicarakan. Dari sudut perlembagaan ada beberapa sisi yang boleh diperkatakan. Yang pertama ialah soal hak bercakap dan berkumpul secara aman yang dijamin oleh Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Semua warganegara berhak untuk berbuat demikian tetapi dalam konteks negara ini perlembagaan membuat peruntukan yang membolehkan Parlimen membuat undang-undang untuk membatas atau menyekat hak-hak tersebut.

Atas asas inilah kita ada peruntukan yang memberi kuasa kepada pihak polis di bawah Akta Polis 1967 untuk mengawal selia, termasuk tidak membenarkan perhimpunan awam.Dalam kedua-dua insiden itu pasukan polis dikecam kerana mengambil sikap tidak kisah; yang jelas berbeza dengan garang yang mereka tunjukkan dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Kecaman itu, pada saya, wajar dan patut diizinkan dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

Umumnya saya berpendapat bahawa Perlembagaan dan undang-undang perlu selaras dengan demokrasi dan atas dasar ini saya fikir polis masih belum begitu berjaya meyakinkan rakyat tentang integriti dan keadilan mereka. Bandingkan sahaja cara polis bertindak memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti berucap di Johor beberapa minggu yang lalu. Sisi lain yang saya hendak sentuh ialah perkara yang hendak ditangani oleh kedua-dua demonstrasi itu.

Di Pulau Pinang para penyokong Barisan mendakwa bahawa mereka turun ke jalan kerana Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal melaksanakan janji-janji mereka. Di Kelantan pula para penyokong UMNO itu mahu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Dari sudut Perlembagaan demonstrasi bukanlah cara yang betul untuk meminta Lim Guan Eng atau Nik Aziz meletakkan jawatan. Cara yang disediakan oleh Perlembagaan ialah melalui undi tidak percaya di dalam dewan. Dengan kata lain kalau UMNO benar-benar komited dengan Perlembagaan dan mempunyai sokongan yang diperlukan mereka perlu menggunakan cara itu. Menjerit-jerit dan membakar gambar di jalan raya bukan caranya.

Saya fikir polis boleh memaksa penyokong Barisan bersurai kerana dalam Perlembagaan jelas ada cara yang lebih betul untuk melaksanakan kehendak mereka. Sebab itu saya katakan di atas tadi polis gagal melaksanakan tugas mereka. Apalagi setelah mereka menafikan hak Anwar untuk berucap di Johor itu.

Apakah di Pulau Pinang dan Kelantan tidak timbul soal kesesakan lalu lintas atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang mereka jadikan alasan di Johor dan beberapa demonstrasi Pakatan yang lain? Selain itu saya tidak fikir penyokong Barisan di Pulau Pinang itu mengundi parti-parti Pakatan dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jadi apa hak mereka untuk mengatakan bahawa kerajaan pimpinan Lim Guan Eng gagal mengotakan janjinya.

Saya fikir yang lebih layak untuk menuntut itu semua ialah mereka yang mengundi Pakatan. Isu-isu di atas sememangnya komplikated dan sepatutnya diselesaikan oleh mahkamah. Tetapi dalam keadaan yang ada sekarang tidak banyak yang boleh kita harapkan dari hakim-hakim kita. Malah sekitar 15 tahun yang lalu seorang hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa hak di bawah Perlembagaan itu boleh disekat oleh apa sahaja undang-undang yang dibuat oleh Parlimen! Hakim ini jelas tidak faham Perlembagaan; khususnya prinsip ketertinggian Perlembagaan dan peranan polis dalam negara demokrasi.

Hak bersuara dan berbeza pendapat ini memang mengelirukan jika kita tidak faham kerangka Perlembagaan. Ini pernah ditimbulkan oleh mereka yang menyokong gelagat Datuk Dr Hassan Ali di Selangor. Saya katakan pada mereka yang Hassan tidak boleh menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) kerana beliau adalah anggota pentadbiran. Ada peruntukan lain yang mengatasi peruntukan umum itu; yakni Perkara 43(3) yang menuntut beliau patuh kepada prinsip tanggungjawab bersama sebagai anggota Kabinet. Kalau Hassan hendak menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) tadi maka perlulah beliau meletakkan jawatan Exconya.

Tentang Nik Aziz pula media UMNO begitu gemar menyebut betapa beliau terlalu lama memegang jawatan. Soalnya apakah tempoh yang baru masuk tahun ke 20 itu lebih lama dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun? Atau Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menduduki kerusi menteri besar di Terengganu sebelum tersungkur dalam Pilihan Raya Umum 1999. Di Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memegang jawatan Ketua Menteri selama 28 tahun. Pada faham saya apa yang penting, kalau kita melihat isu ini dari sudut Perlembagaan dan demokrasi ialah cara bagaimana seseorang itu mendapat dan memegang jawatan.

Bukan soal berapa lama seseorang itu memegang jawatan berkenaan. Minggu lalu, di Singapura, seorang bekas wartawan membuat dakwaan yang mengejutkan tentang jumlah wang yang lesap dalam tempoh 1981-2003. Sehingga ini orang yang selalunya cukup pantas membuat reaksi itu masih menikus. Kita juga sering mendengar betapa tempoh itu dikaitkan dengan pengembirian begitu banyak institusi awam dan pelanggaran hak asasi di negara ini. Bagi mereka yang prihatin dengan demokrasi tempoh 22 tahun itu dilihat sinonim dengan zaman gelap.

Pada saya itu menunjukkan bahawa apa yang lebih penting ialah bagaimana sesuatu jawatan itu dimenangi dan bagaimana kuasa yang dikaitkan dengan jawatan itu digunakan. Bukan soal berapa lama. Kita boleh pegang jawatan itu selama yang mungkin asalkan caranya demokratik. Tetapi memanglah bahawa logiknya sukar untuk mengekalkan jawatan kerana cabarannya banyak dan kuat pula. Sebab itu bekas Perdana Menteri Britain Harold Wilson (1964-1970 dan 1974-1976) pernah berkata bahawa seminggu dalam politik sudah cukup lama. Pengucapan itu tentunya perlu dilihat dalam konteks demokrasi mereka yang begitu terbuka, telus dan tidak ada cara untuk membawa lari tiang gol seperti di sini!

Presiden Amerika Syarikat, Frank D Roosevelt memegang jawatan itu selama empat penggal (1933-1945). Tetapi zaman kepresidenannya ditandai oleh sokongan dan pengaruh yang kuat. Beliau berada di situ atas dasar demokrasi yang kalau dibandingkan dengan Malaysia atau negara-negara primitif lain jauh bezanya. Memang selepas beliau Perlembagaan Amerika Syarikat dipinda dan seorang hanya boleh memegang jawatan presiden selema dua penggal berturut-turut. Tetapi itu dilakukan secara terbuka dan demokratik.

Dengan kata lain itu adalah kehendak rakyat. Para penyokong Barisan yang turut ke jalanan itu sepatutnya ingat hakikat itu. Mereka perlu buktikan bahawa Lim Guan Eng dan Nik Aziz sudah kehilangan sokongan. Tetapi ia perlu dilakukan di dalam dewan. Bukan di luar. Ketua Polis Kelantan dan Pulau Pinang pun kena tahu hakikat ini. Undang-undang ini terpakai kepada kedua-dua pihak, Barisan dan Pakatan. -Prof Abdul Aziz Bari

BTN, Jangan Rombak Kerana Pembangkang -Puteri UMNO

Puteri UMNO sambut baik saranan Dr Mahathir

SHAH ALAM – Puteri UMNO menyambut baik saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar program Biro Tata Negara (BTN) dikekalkan dan Kerajaan tidak merombak modulnya semata-mata disebabkan desakan pembangkang, kata Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin“Sudah tentu BTN perlu dikekalkan kerana program ini memberi kesedaran kepada peserta mengenai kesetiaan kepada negara, memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

“Usaha baik pulih BTN telah dicadangkan dahulu lagi. Jadi jika BTN dirombak, ia bukan disebabkan desakan pembangkang. Mereka tidak perlu mengambil kesempatan dengan ‘menangguk di air keruh’,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pembangkang akan menafikan sebarang usaha kerajaan walaupun ia bagi kebaikan semua dan meminta penjawat awam tidak termakan hujah pembangkang.“Perbuatan pembangkang sungguh kolot. Bukan sahaja BTN mereka bantah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi mahkamah juga menerima nasib yang sama. Walaupun langkah kerajaan untuk kebaikan semua, mereka menilai semua benda tidak adil.

“Saya meminta penjawat awam terus menyertai kursus BTN, walaupun ia diharamkan di beberapa negeri dan kerajaan tidak perlu tunduk kepada desakan pembangkang,” katanya.

Yang bangga mungkin, mereka yang mendapat manfaat, contohnya JKKK,”kata penduduk

KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mendakwa, ‘Monsoon Cup’ berjaya memperkenalkan negeri Terengganu di persada antarabangsa.
Namun sebaliknya, ia bukanlah satu kejohanan yang sepatutnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri ini.
Seorang penduduk tempatan yang tinggal di Pulau Duyong Besar (Pualau Ketam) berkata demikian ketika ditemubual oleh Buletinonline
”Saya tak rasa bangga malah berasa malu dengan keadaan hidup penduduk kampung, orang ramai datang tengok rumah buruk, jalan sempit, longkang tak ada,”lumba perahu layar tak salah, bagus, tapi bersama ‘Monsoon Cup’ ada acara maksiat, itu yang salah,”kata warga emas, berumur sekitar 60-an, yang mahu dikenali sebagai ‘Ayah Ngah’ sahaja.
Seorang pemuda yang ditemui dihadapan Masjid Darul Islah ditanya, adakah beliau bangga dengan kejohanan yang telah diadakan sejak tahun 2005 itu, beliau menjawab ‘tidak tahu’.Ditanya lanjut, mengapa beliau menjawab begitu, katanya, walaupun telah masuk tahun ke lima ia di adakan, tidak ramai penduduk Pulau Duyong yang mendapat manfaat.”Yang bangga mungkin, mereka yang mendapat manfaat, contohnya JKKK, mungkin bangga, sebab boleh ‘projek’.”jelas beliau yang tidak mahu dikenali.
Menurutnya, antara projek yang diperolehi oleh ‘sek-sek’ Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah kutipan bayaran tempat letak kereta dan mengutip sampah dalam laut, sekitar ‘trek’ perlumbaan perahu layar.”Adalah 6, 7 bot ‘fiber’, dua orang satu bot, dapat ‘kontrek’ kutip sampah, dibayar RM250.00 sehari,”katanya.
Buletinonline turut mendapat kiriman gambar dari seorang pengunjung yang ‘tidak begitu gembira’ apabila melihat keadaan itu.Mesejnya ringkas sahaja; “Kata mahu memperkenalkan Terengganu, bendera Terengganu pun tidak dinaikkan,”Buletinonline dimaklumkan, sepanjang kejohanan yang bermula 2 Disember dan berakhir semalam, tiada bendera ‘hitam putih’ negeri Terengganu yang dikibarkan di puncak ‘Ri-Yaz Heritage Marina & Exhibition’, pusat lumba perahu layar ‘Monsoon Cup’ yang didakwa, ditonton oleh 1 bilion manusia!

Forum: “Adakah Biro Tatanegara Relevan Untuk Perpaduan Negara?”

Date:
8 Disember 2009 (Selasa)
Time:
8.00PM – 10.30PM
Venue:
Auditorium, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly
Panelis:
YB Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani serta bekas pelatih Biro Tatanegara
YB Amir Shari
ADUN Batu Caves merangkap Pembantu EXCO kepada Menteri Besar Selangor
Saudara Suhaizan bin Kaiat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS

Ahad, 6 Disember 2009

penyerahan memorandum bantahan terhadap keputusan kerajaan mengarahkan syarikat asal membaikpulih Stadium SMZA kepada Menteri Kerja Raya

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu akan menyerahkan memorandum membantah keputusan kerajaan mengarahkan syarikat asal Amk Negeri Terengganu membantah tindakan Kerajaan melalui Mesyuarat Pasca-Kabinet pada 6 November 2009 memutuskan pihak kontraktor bertanggungjawab membaiki semula dan membaik-pulih struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA) di Gong Badak yang runtuh Jun lalu kepada YB Menteri Kerja Raya .
Tindakan Kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada kontraktor asal iaitu Bina Struktur Sdn. Bhd. dan subkontraktor daripada Korea adalah satu tindakan yang keterlaluan sedangkan syarikat dan kontraktor tersebutlah yang bertanggungjawab mengakibatkan keruntuhan stadium tersebut . Bagaimana kerajaan boleh memberikan sekali lagi kepercayaan kepada syarikat tersebut yang ternyata GAGAL .

Penyerahan memorandum tersebut akan diadakan sepertimana di bawah :

Tarikh : 8 Disember 2009
Jam : 2 petang
Tempat : Kementerian Kerja Raya , Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

AMK Negeri Terengganu menjemput semua media hadir kecuali Utusan Malaysia .

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

019-9900288

PARA PEMIMPIN UMNO BUAT APA SAHAJA UNTUK MENANG PRU13

TERMASUK MEMFITNAH KES LIWAT ANWAR IBRAHIM

Dari Kacamata Halik Zaman1
MALAYSIA sudah diserapkan keseluruh kakitangan Kerajaan. Lambang 1Malaysia sudahpun dibuat logo terlekat didada kiri setiap kakitangan Kerajaan. Bila diumumkan oleh Najib Razak, bahawa 1Malaysia bertujuan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, kita pun berfikir, memberi andaian, menjangkakan bahawa 1Malaysia ini merupakan satu lagi project besar besaran Barisan Nasional merupakan 'modal insan' yang membawa keuntungan kepada seluruh rakyat Malaysia. Jauh meleset.
Hingga kehari ini para pemimpin UMNO buat ribut ribut pasal 1Malaysia. Kesana sini menjadi bahan ucapan mereka. Hasilnya masih kabur. Ia tidak lain dari sebuah lagi cogan kata yang baru berjenama UMNO untuk menyatupadukan kefahaman rakyat kepada ikatan perpaduan dalam UMNO itu sendiri. Ia sama seperti UMNO bersama PARTI PERIKATAN dulu dan UMNO bersama BARISAN NASIONAL sekarakang. Tujuannya sama untuk menyatupadukan rakyat Malaysia kedalam Barisan Nasional.
1Malaysia itu cuma merupakan satu pembaharuan semangat bercogankata baru demi Barisan Nasional dan UMNO yang hampir kehilangan kuasa dan kepercayaan pengundi muda dalam PRU 2008. Selain itu apa? Untuk rakyat kenaikan petrol membebankan, yuran sekolah kanak kanak, kos hidup rakyat, cukai permakanan cukai pintu rumah dinaikan. Semua ini membebankan para pengundi yang miskin yang telah memberi mandat kepada Kerajaan UMNO/BN memerintah. Tapi pengundi terus hidup dibebankan.
Untuk berkuasa, para pemimpin UMNO akan buat apa sahaja termasuk terus membujuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan. Kalau Anwar Ibrahim jadi faktor kekuatan Pakatan Rakyat, Anwar akan dihancurkan. Tidak heran kalau kes liwat Anwar itu satu fitnah kerana pengaruh Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat dianggap oleh para pemimpin UMNO sebagai luar biasa. Ia boleh menggugat UMNO/BN dari berkuasa dalam PRU13 nanti.Diotak pengundi hari ini sudah terfikir, kalau SPRM, polis, SPR, boleh diatur oleh Kerajaan, kenapa pula tidak boleh diatur hakim untuk Anwar Ibrahim masuk penjara? Pengundi bilang kes liwat itu fitnah, setelah diatur maka hakim pun bilang Anwar bersalah ikut trend Mahathir dulu.
Sebenarnya Anwar Ibrahim bukan lah menjadi faktor utama untuk UMNO dan BN itu lemah. Tapi, sama ada Anwar Ibrahim didalam atau diluar penjara, itu bukan soal pokok yang penting pengundi sendiri sudah bosan dengan tekanan hidup, kerana itu pengundi sendiri yang mahu berubah, sebab UMNO tidak tahu untuk berubah.
Kes liwat Anwar Ibrahim, banyak perkara yang tidak masuk akal. Meragukan. Seorang muda berusia 23 tahun takkan lah diam diam sahaja 'pasang belakang' untuk diliwat? Tidak kah ada usaha lain untuk drama 'tendang menendang' berlaku macam dalam filem Kongfu? Orang tua berusia 61 tahun sekali sahaja ditendang ia akan tersungkur jatuh. Boleh sahaja patah kaki kalau orang muda yang tendang. Tendang dari belakang flying kick lagi kuat dari tendang dari depan. Susah untuk diyakini terlalu banyak aliby dari doctor pun ada aliby.

Inikah yang wang Hisham Cakap Capai Matlamat 'Tersirat' : Bangunan Cantik Jutaan Ringgit Menjadi Tempat Lepak Kambing!

- Wan Hisham Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Pulau Duyong,

KUALA TERENGGANU – Para penduduk di sini terutamanya golongan muda menggesa pihak-pihak yang berkenaan mengambil tindakan perlu terhadap sebuah bangunan ‘indah’ yang kini terbiar.Bangunan tersebut yang telah siap dibina pada tahun lalu, dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit, kini hanya menjadi tempat lepak ‘kambing-kambing’ yang berkeliaran di pulau itu.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Muzafiq Affyulzaifuzan berkata Pengarah Piala Monsun, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh selaku bekas Exco berkaitan, perlu memberikan penjelasan.”apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut ? dan mengapakah ia dibiarkan begitu sahaja ? Selepas dibina dengan begitu molek dan habis wang jutaan ringgit,”Wan Hisham perlu jelaskan, selaku bekas Exco Infrastruktur dan Pengarah Piala Monsun,”katanya ketika ditemui di sini semalam.Menurutnya, pada 5 Disember, 2007, Wan Hisham selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri, mengeluarkan satu kenyataan yang berkaitan dengan bangunan terbabit.

Katanya, bangunan itu di katakan akan menjadi pusat ‘Akademi Pelayaran’ sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan.Beliau yang juga penduduk tempatan merasa dukacita dan menganggap ia satu pembaziran yang nyata yang dilakukan oleh karajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Rakannya, Saado Mohd Nor, yang juga penduduk kampung tersebut, turut berkongsi pendapat yang sama.Saado, seorang pekerja swasta berkata, ketika pembinaan tersebut dibuat, para penduduk kampung khususnya golongan nelayan mengalami pelbagai kesusahan.”Asalnya,tapak bangunan itu, adalah jeti nelayan dan pengkalan kepada bot-bot serta penambang, ”mereka (nelayan) dihambat oleh pemaju, yang tidak membenarkan bot-bot ditambat dikawasan itu,”jelasnya.Menurutnya, sehingga kini tidak ada jeti baru yang dibina oleh pihak kerajaan untuk kemudahan nelayan bagi menggantikan kawasan yang telah dibina bangunan tersebut.

Justeru itu, beliau berkata, tindakan pihak berkenaan mendirikan bangunan itu hanyalah untuk menyusahkan penduduk Pulau Duyong, sekiranya tiada penjelasan yang diberikan.Tinjauan Buletinonline berhubung ‘bangunan terbiar’ itu telah mendapati jawapan yang berbeza-beza diberikan oleh penduduk sekitar.

Ada diantara mereka yang memaklumkan, bangunan tersebut terbiar kerana Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said enggan memberikan kelulusan dan menandatangani tuntutan perbelanjaan oleh pihak pemaju.”Ia ada kaitan dengan perbalahan antara kumpulan Menteri Besar sekarang, dengan bekas Menteri Besar,”kata seorang penduduk. - buletinonline

wajarkah syarikat asal membaikpulih stadium sultan mizan zainal abidin ? dimanakah laporan siasatan perunding Britain ? siasatan SPRM apa cerita ?

saya benar-benar tidak dapat menerima keputusan yang di buat oleh kabinet melalui mesyuarat pasca-kabinet pada 6 November lalu mengarahkan syarikat atau kontraktor asal membina semula dan membaikpulih stadium sulatan mizan zainal abidin yang runtuh pada jun lalu .

Tidak dinafikan bahawa segala kos membaikpulih stadium tersebut ditanggung oleh syarikat tersebut kerana masih dalam edah jaminan , namun tidak semestinya syarikat tersebut harus dipertanggungjawabkan membina kembali stadium tersebut .

Ini bukan seperti membeli barangan elektrik yang tiba-tiba rosak masih dalam tempoh jaminan . syarikat tersebut perlu membaiki atau mengantikannya tanpa sebarang bayaran dan mesti bertanggungjawab .

kes ini adalah berbeda . ini melibatkan keselamatan dan nyawa . bagaimana syarikat yang penyebab kepada stadium yang berharga rm292 juta runtuh menyembah bumi , sebagai syarikat yang gagal dan tidak berkemampuan menjalankan kerja pembinaan stadium tersebut. malah disahkan tidak mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan bangunan seperti stadium .

memang wajar kos ditanggung oleh syarikat tersebut . tetapi pembinaan semula stadium tersebut mesti diberikan kepada syarikat yang lebih berwibawa dan berpengalaman dalam membina bangunan serta struktur bumbung dan pemilihan syarikat kontraktor tersebut mestilah melalui tender terbuka . bukan lantik ikut suka sahaja .

sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil kepada syarikat tersebut samada melalui tindakan undang-undang , tindakan oleh kementerian kerja raya serta oleh SPRM . malah sehingga saat ini masih belum terdapat hasilan siasatan yang di buat oleh perunding dari Britain yang dilantik oleh kerajaan didedahkan kepada umum punca kejadian tersebut . kos kerugian serta siapa yang bertanggungjawab terhadap tragedi tersebut .

Bukankah syarikat kontraktor tersebut wajar disenarai hitamkan , dibatalkan segala kelulusan membina bangunan atau digantung daripada menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan sehingga siasatan terperinci dilakukan oleh pihak SPRM dan polis . Adalah tidak munasabah tidak ada seorang pun diambil tindakan undang-undang terhadap insiden tersebut.
SPRM maklumkan bahawa hasil siasatan sudah 90% pada 3 bulan yang lalu . Takkan masih belum siap ? atau sengaja tidak disiapkan dan dibiarkan 'bergantung tanpa tali' ? atau SPRM pun telah di 'rasuah' supaya tidak mendedah , mendakwa dan mengambil tindakan secara telus , adil dan profesional .

kejadian stadium tersebut runtuh bukan disebabkan oleh fenomena alam seperti ribut , gempa bumi atau sebab-sebab oleh malapetaka alam yang lain . ini bermakna ianya adalah berpunca kepada kegagalan syarikat kontarktor tersebut termasuk subkontraktor membina bumbung dari Korea .

terlalu banyak persoalan yang boleh dipertikaikan daripada tindakan yang dilakukan oleh kabinet apabila meluluskan agar syarikat tersebut melakukan kerja-kerja pembinaan semula stadium tersebut .
malah JKR Negeri Terengganu juga yang terlibat dalam penyelenggaraan stadium tersebut tidak diambil tindakan . bukankah JKR Negeri Terengganu juga harus bertanggungjawab kerana membenarkan stadium tersebut dirasmikan dan digunapakai tanpa SIJIL SIAP KERJA . Jenayah terang-terangan yang dilakukan oleh JKR Negeri Terengganu . syukur sewaktu kejadian tidak ada nyawa rakyat yang melayang . bayangkan sewaktu kejadian tersebut ribuan rakyat sedang berada di stadium tersebut ?

saya benar-benar kecewa dan tidak bersetuju dengan keputusan yang dilakukan oleh kabinet . termasuk tindakan pihak SPRM dan Polis .

SELAMATKAN WANG RAKYAT

Hak dan Kepentingan Golongan OKU Perlu Terjamin

Negara-negara di dunia serta pelbagai pertubuhan antarabangsa digesa bertindak untuk menjamin hak dan kepentingan orang kurang upaya (OKU), dan mendorong pembangunan masyarakat tanpa halangan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium.
Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam ucapannya semalam sempena Hari OKU Antarabangsa.Menurutnya, ramai OKU masih mengalami diskriminasi dalam kehidupan seharian. Hak dan kepentingan yang wajar dinikmati mereka masih tidak terjamin.
Beliau menggesa negara-negara di dunia melaksanakan sepenuhnya "Konvensyen Hak OKU" untuk memastikan golongan tersebut diberi peluang yang sama dengan anggota masyarakat yang lain.CRI/

SPRM Ada Unsur Penyelewengan

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam percaya perletakan jawatan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said bersangkut paut dengan skandal pemberian kontrak uniform suruhanjaya berkenaan.Katanya kontrak itu diberi secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka seperti kebiasaannya.Manikavasagam berkata, kontrak melalui rundingan terus itu mengakibatkan harga pakaian berkenaan melonjak melebihi 150 peratus berbanding harga asal.
Sehubungan itu katanya, beliau akan mendedahkan mengenai skandal pemberian kontrak itu dalam waktu terdekat.“Saya memang ada beberapa kes rasuah melibatkan Ahmad Said dan akan dedahkan dalam masa terdekat.
“Di mana tender pakaian diberi kepada satu syarikat secara rundingan lansung,” katanya.Beliau berkata demikian kepada TVSelangor ketika mengulas mengenai perletakan jawatan Ahmad Said berkuatkuasa akhir ini.
Semalam Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Ahmad Said telah meminta supaya kontrak khidmat beliau yang sepatutnya tamat Mei depan di pendekkan.Manikavasagam juga mendakwa beliau mempunyai dokumen lengkap mengenai pemberian tender berkenaan.
“Saya rasa mungkin ada tekanan mereka sudah tahu dokumen-dokumen berada di tangan saya dan kemungkinan besar mereka suruh dia (Ahmad Said) untuk meletakkan jawatan awal,” katanya. -TVS

50 NGO Tubuh 'Gegar' Tuntut Hak Royalti Minyak

KOTA BAHRU, 5 Dis: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menggesa kerajaan supaya mengembalikan wang royalti kepada kerajaan Kelantan secara adil mengikut Perlembagaan Persekutuan.Kerajaan Pusat juga, sewajarnya menjelaskan hasil royalti kepada kerajaan Kelantan sebagaimana perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.
Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof, dalam sidang medianya memberitahu, bagi menjayakan hasrat yang dicapai itu juga, pihaknya akan mengembeling tenaga bersama semua masyarakat tanpa mengira faham politik, bangsa dan agama dengan memberi kesedaran pelbagai cara.“Pada masa yang sama juga, Gegar akan menganjurkan Konvensyen Rakyat: Royalti Petroleum Antara Hak atau Ehsan? Di Kuala Lumpur Januari tahun hadapan,”ujarnya.
Menurutnya, bekas Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Gua Musang akan dijemput bagi menjayakan program yang julungkali akan dianjurkan Gegar itu.Pada masa yang sama, menurutnya pihaknya akan mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua masyarakat di negara ini mengikuti program terbuka yang dianjurkan Gegar itu.Gegar adalah gerakan yang menggabungkan 50 pertubuhan badan-badan Ngo di dua buah negeri.Ianya ditubuhkan bukan sahaja untuk menuntut hak royalti rakyat Kelantan, sebaliknya Terengganu yang telah lama memperolehi hasil tersebut namun kedudukan negeri itu masih ditempat kedua kemiskinan di negara ini.(Harakahdaily/AK)