klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 4 November 2010

Pengundi hantu di Batu Sapi

SANDAKAN 4 Nov - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya apabila Ketua Tempat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Karamunting membenarkan seorang wanita yang dipercayai pengundi hantu untuk membuang undi di pusat pengundian tersebut.

Menurut Ketua Daerah Mengundi KEADILAN Karamunting di Bokara, Mohd Fareez Kamarul Intidzam, pengundi hantu itu membawa kad pengenalan yang menunjukkan beliau dilahirkan pada tahun 1938 iaitu berusia 72 tahun tetapi mempunyai raut wajah seorang wanita yang berumur awal 30-an.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai 'Misbah Sulaiman' mempunyai kad pengenalan bernombor 380203-12-5388 cuba mengundi di Saluran 1 tetapi menghilangkan diri setelah identiti beliau terdedah.

"Persoalannya bagaimana wanita tersebut boleh bolos di kaunter semakan SPR dan kemudiannya KTM juga seolah-olah menutup mata sebelah terhadap kehadiran pengundi hantu tersebut. Kalau benar dia pengundi kenapa mesti lari apabila kita mahu bertanyakan kepada beliau?

"Kita tuntut SPR akan lebih telus dan berhati-hati bagi memastikan tidak ada lagi kejadian seperti ini berlaku.

"Ini baru satu insiden cubaan membenarkan pengundi hantu masuk ke pusat pengundian untuk menbuang undi, bagaimana pula kes-kes yang lain?," kata Mohd Fareez.

Bantahan tersebut telah dibuat oleh salah seorang Agen Pengundian dan Pengira Undi (Paca), Latifah Varshy Ibrahim setelah menyedari percubaan mengundi oleh individu tersebut.

Beliau juga membangkitkan tentang penggunaan buku daftar mengundi yang berbeza antara apa yang gunapakai oleh SPR dan salinan yang diberi kepada parti yang bertanding.

"Kita dapati dalam buku daftar pengundi yang diberikan SPR terdapat beberapa halaman yang hilang. Apabila kami periksa dengan salinan yang ada pada SPR, halaman yang hilang itu mengandungi nama pengundi yang mempunyai nombor kada pengenalan baru seolah-olah baru
semalam kad pengenalan di keluarkan," jelas beliau lagi.

Sementara itu wakil calon, James Lim Ching Ding berkata Ketua JDM KEADILAN Jalan Sibuga telal bantahan apabila calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin didapati berbual dengan KTM di Sekolah Kebangsaan Agama Sandakan.

"Paca kita di situ telah memberitahu calon BN bahawa beliau telah melanggar peraturan pilihan raya dan pihak KEADILAN, BN dan SPR telah sama-sama menandatangani surat bantahan," jelas Lim.

Proses pengundian pada pilihan raya kecil P185 Batu Sapi yang bermula pukul 8.00 pagi tadi secara keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

gerakerja kempen PRK Batu Sapi

Rabu, 3 November 2010

ANIFAH TERUS BERBOHONG : Selepas jumpa Clinton, M'sia ikrar keadilan bagi Anwar

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

NONE"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun. - MALAYSIAKINI

Hari ini Datuk Seri Anifah Aman mengadakan pertemuan dengan Hillary Clinton yang juga merupakan Setiausaha Negera Amerika Syarikat sekali lagi mengeluarkan kenyataan BOHONG yang kononnya akan memastikan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaksanakan seadilnya. Kenyataan politik yang cuba mengambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan keadilan yang terbaik oleh Kerajaan Malaysia .

Ini bermakna antara agenda pertemuan tersebut , Hillary Clinton sudah pasti menyuarakan perkara tersebut dan menyatakan pendirian tegas beliau dan Kerajaan Amerika Syarikat bahawa Datuk Seri Anwar telah dinafikan hak dan keadilan sistem perbicaraan tersebut adalah pincang serta tidak masuk akal .

Saya teringat kepada kemyataan Bekas Duta Amerika , John R. Mallot dalam artikelnya di Wall Street Journal pada 19 Julai 2010 menyatakan dengan cukup jelas " mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebih-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikan kepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka" ujar beliau .

Malah beliau menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar akan dihumbankan ke penjara ! "Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Sebab itu secara tegasnya , kenyataan Anifah secara jelas cuba menambat hati Setiausaha Negara AS tersebut dengan mengeluarkan kenyataan 'lunak' dengan memberikan gambaran seolah-olah perbicaraan Datuk Seri Anwar adalah berjalan dengan profesional , adil , telus dan cukup dilaksanakan dengan sangat baik . Kalau dasar pembohong tetap pembohong juga .

Dunia sudah melihat dan menyaksikan bahawa kes fitnah ini sememangnya tidak masuk akal , pelanggaran hak sebagai tertuduh , kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar dan perbicaraan kes ini adalah bersifat 'mala-fidie' yang bertujuan dan bersifat politik bagi menghancurkan karier politik Ketua Pembangkang tersebut . Anwar Ibrahim yang dilihat seteru kepada PM Malaysia Datuk Seri Najib Razak , UMNO dan BN .

Bagaimana Kerajaan ini yang ingin melihat Anwar dihumban ke penjara dapat dan mampu melaksanakan sistem perbicaraan yang seadilnya seperti kenyataan Anifah . Sudah pasti Anifah berbohong bagi pihak 'Boss' beliau . Sejarah juga memperlihatkan bagaimana kes fitnah Liwat 1 dahulu , tarikh dipinda sesuka hati dan macam-macam fakta yang bercanggah yang nafikan begitu sahaja .

Saya pun bersetuju dengan tindakan Datuk Seri Anwar tidak berjumpa dengan Hillary . Kalau tidak sudah pasti akan berkumandang isu lapuk yang sengaja diwujudkan oleh UMNO dan media milik mereka konon "Anwar Ejen CIA " , " Ejen Amerika " dan macam ejen lagi terutama dalam suasana PRK di Galas dan Batu Sapi ini .

Selasa, 2 November 2010

Ketua Audit Negara: Saya boleh siasat apa saja ... Untuk Apa ????? Sebaiknya Bubar Sahaja Agensi Ini !

"Ketua Audit Negara: Saya boleh siasat apa saja" itulah tajuk yang saya baca dari portal web malaysiakini . Kenyataan yang benar-benar menarik minat saya untuk mengulas. Tidak perlulah saya ulas kenyataan lengkap beliau. Cukup terhadap tajuk yang terpampang untuk saya ulaskan.

Sememangnya kenyataan tersebut adalah benar dan betul. Ketua Audit Negara boleh siasat apa sahaja. Malah kalau berdasar Laporan Ketua Audit Negara 2009 dilihat agensi ini mempunyai ketelusan dengan melapor terhadap segala penyelewengan , pembaziran , ketidaktelusan , tidak profesional dan kebobrokkan dalam mengurustadbir wang rakyat sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun di peringkat Kerajaan Negeri .

Pembelanjaan merapu , membelian barangan yang melampau dan harga yang tidak masuk akal, projek terbengkalai serta pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara sebenarnya adlah tidak ke mana. Hanya sekadar laporan dan tetap hanya cetakan serta helaian perlaksanaan tugas oleh Audit Negara terhadap penggunaan dana rakyat . Sekadar itu sahaja. Tidak lebih daripada itu .

Walaupun cukup nyata apabila laporan tersebut yang memperlihatkan unsur-unsur rasuah , penyelewengan dan pembaziran wang rakyat , tiada sebarang tindakan secara serius dan telus di ambil oleh pihak yang berwajib . Sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja .

Malah Ketua Audit Negara pun tidak diberikan sebarang kuasa oleh kerajaan intuk mengambil tindakan seperti mendakwa mereka yang terlibat . Apa lagi oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat seperti pihak polis , SPRM mahupun Jabatan Peguam Negara .

Apa lagi ianya melibatkan tokoh-tokoh politik parti kerajaan . Semua akan di sapu di bawah karpet semata-mata . Malah setiap tahun semakin teruk dan parah lagi pembaziran wang rakyat dilaporkan . Pelaku dan mereka yang bertanggungjawab tetap bebas daripada sebarang tindakan walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dilakukan sebelum ini.

Pandangan saya ialah agensi ini wajar ditutup sahaja. Mansuhkan sahaja jawatan Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara . Tugas hanya untuk mengaudit , menyiasat dan melapor semata-mata . Tiada sebarang tindakan susulan dan diberikan kuasa .

Saya setuju kalau kenyataan Ketua Audit Negara hanya boleh siasat apa sahaja. Tetapi untuk apa?

Pertemuan Clinton-Anwar: Kenapa cemburu?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami proses demokrasi yang sebenar, lapor Suara Keadilan.

"Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singh, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di bilik gerakan PKR, di Sandakan hari ini.

Bernama melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai ketua pembangkang.

Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya.

Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa.

Malaysiakini pada 30 Oktober lalu melaporkan Hillary akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan.

Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone yang dihubungi berkata masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog.

Harga Petrol Ron 97 naik 5 sen

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.

Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

malam pertama di Batu Sapi

alhamdulillah saya jejakkan kaki di bumi Sandakan. Turut sama tiba bersama ialah YB Saifuddin , YB Sivarasia , Pak Wan Salleh ( Timbalan Pengerusi MPN Kedah ) dan kawan-kawan lain. Sempat juga terserempak dan bertanya khabar dengan kawan-kawan lama yang dah lompat ke UMNO ( geng2 Ezam ) Azwanddin dan Ghani Harun .

Kerana tak cukup kereta kami ambil teksi dan terus ke Hotel Ramai . Bilik yang disewa oleh Haslan dan kawan2 lain. Kerana perut dah lapar , saya ajak Haslan bawakan kami ke tempat makan. Di bawa ke tempat makan yang tak lah jauh sangat dari hotel . Tapi menarik kerana dibawa ke gerai yang terdapat ikan2 yang digoreng seperti ikan sebelah , ikan jenahak dan macam2.

Saya order jenahak.. fuh sedap giler. Sambil2 tu dengar report oleh Haslan perjalanan kempen dan gerakerja di Batu Sapi. Kumpul sedikit maklumat untuk pergerakkan esok.

Selesai makan, Haslan bawa ke Bilik Gerakan Utama. Sedang elok mesyuarat gerakerja baru hendak bermula. YB Fauziah sudah siap di meja mesyuarat . Ramai yang ada antaranya YB Hee , YB Nik Nazmi , YB Senator Pak Mus , Sdr Kamil , Dr Zalihya , Saedy dan kawan2 PKom.

Adakala dengar info agak negeri dari mesyuarat . Menumpu kepada angka . Tumpuan dan fokus gerakerja. Serius dan tegang . Otak saya berputar , mengikut rentak dan befikir apakah gerakerja yang terbaik dalam tempoh beberapa hari sebelum hari pembuangan undi.

Memang agak rasa lain , sewaktu keluar dari airport saya saksikan bendera parti dan poster agak kurang . So saya kena kumpulkan maklumat .

Dalam mesyuarat tersebut , 90% adalah orang2 Semenanjung.. mana jentera local ? fuh,,, x ada.. lantaklah.. saya dah mangli dengan suasana tersebut setiap kali PRK.. esok tumpu gerakerja. Saya bersetuju untuk ke Kg. Air. Mungkin satu pengalaman baru yang saya harus harungi bagi berdepan realiti rakyat di situ.

perjuangan perlu diteruskan !

Isnin, 1 November 2010

1 Nov ke PRK Batu Sapi

Saya bersama Sdr. Muzafeq ( Timbalan Ketua AMK Terengganu ) , Sdr. Juzarim Isma Junaidi ( Ketua AMK Subang ) , Sdr. Kim ( calon MPP ) dan Sdr. Mior ( AMK Lembah Pantai ) akan berangkat ke Sandakan jam 5.30 petang dengan Air Asia .

Insyaallah kita akan kerja habis-habisan di sana bagi memastikan kemenangan Parti Keadilan Rakyat di Batu Sapi.


Ahad, 31 Oktober 2010

Projek Politeknik telan RM295 juta, tak siap 10 tahun...di Pekan

Projek Pembinaan Politeknik Muadzam Shah yang tidak siap biarpun hampir 10 tahun dimulakan, kini mengalami peningkatan kos sejumlah RM75.74 juta, iaitu 34.6% berbanding kos asal. Malah, kos ini belum mengambil kira kos perkhidmatan perunding yang perlu dibiayai kerajaan berjumlah RM10.55 juta. Apa yang menarik, projek ini terletak di daerah Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri, Najib Abdul Razak (gambar bawah).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, projek yang beralih tangan dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Pengajian tinggi pada tahun 2004 ini, sepatutnya disiapkan pada 14 September 2003. Namun demikian, ia belum siap bina sehingga kini biarpun hampir 10 tahun berlalu, dan RM294.74 juta telah dibelanjakan berbanding kos asal projek, iaitu RM219 juta.

"Memandangkan politeknik ini masih belum disiapkan, Kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan tempat belajar sebanyak RM2500 sebulan, dan setakat bulan Disember 2009, sejumlah RM130,000 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Selain itu, bilangan pengambilan pelajar juga terpaksa dihadkan setakat 64 hingga 347 pelajar sahaja berbanding 5,000 pelajar yang dirancang."

Pada pandangan Audit, prestasi kerja dan kedudukan kewangan sesebuah syarikat perlu dijadikan asas dalam pemilihan kontraktor dan subkontraktor bagi melaksanakan projek Kerajaan supaya projek berjalan lancar dan tidak merugikan Kerajaan.

"Selain itu, pihak Kementerian dan JKR juga hendaklah memantau dan memberikan pengawasan yang rapi terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor serta perunding bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan siap dalam tempoh yang ditetapkan."

Latar belakang projek

Pada masa yang sama, Ketua Audit Negara juga mengingatkan Jabatan Kerja Raya untuk mengambil tindakan bagi memungut denda kelewatan yang berjumlah RM4.34 juta daripada Kausar.

Menurut laporan, projek ini dilaksana secara reka dan bina oleh Yayasan Kontraktor Melayu Pahang Corporation Bhd (YKMP) yang dilantik secara rundingan terus, pada peringkat awal. Nilai kontrak berjumlah RM219 juta dan tempoh siap projek selama 24 bulan, dari 15 September 2001 hingga 14 September 2003. YKMP telah melantik anak syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd, iaitu V.C.Technologies Sdn.Bhd sebagai subkontraktor untuk melaksanakan projek tersebut.

Projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kontraktor berkenaan telah ditamatkan kontraknya pada 15 Disember 2003.

Kemudiannya, Syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd telah dilantik untuk menyiapkan projek ini, diberi tempoh antara 10 November 2005 hingga 9 Mei 2007. Bagaimanapun, sejarah berulang dan syarikat ini ditamatkan kontrak pada 6 Mei 2008.

Seterusnya, syarikat MMN Bina Sdn.Bhd (MMN Bina) telah dilantik untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh 12 bulan, mulai 24 Februari 2009 hingga 23 Februari 2010.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

pemilihan 2010: pilih berdasarkan chai / kumpulan atau merit ?

Saya tertarik dengan suasana pemilihan 2010 . Setakat hari ke 2 pemilihan yang dijalankan oleh 38 cabang pada 29 dan 30 Oktober 2010 memperlihatkan bagaimana bertaburan chai/kumpulan beredar di semua lokasi pusat-pusat pembuangan undi .

Sememangnya pemilihan kali ini agak hebat dan mendapat perhatian serta pemerhatian dari banyak pihak terutama ahli-ahli parti .

Berdasarkan laporan YB Setiausaha Agong , Saifuddin Nasution Ismail menyatakan setakat ini hanya 15 - 20% sahaja ahli-ahli turun menunaikan tanggungjawab mereka hadir membuang undi, memilih kepimpinan di MPP , MP Wanita dan MP AMK . Agak berbeza kehadiran berbanding MATC dan pemilihan di peringkat cabang. namun perlaksanaan demokrasi berkelangsungan dalam parti .

Saya juga tidak ketinggalan menerima SMS agar memilih chai-chai tertentu. Menarik dan hebat. Suasana kempen yang berjalan dengan pelbagai teknik dan cara termasuk penggunaan facebook. Malah ada nama-nama yang tidak saya kenali . Ada juga yang dikenali dan mempunyai kemampuan memimpin dan komimen yang tinggi.

Adakah wajar kita memilih pemimpin berdasarkan chai atau kumpulan ? Orang yang bernasib baik ada dalam kesemua chai , sudah pasti akan mendapat undi yang lebih banyak berbanding mereka yang hanya berada dalam satu chai . Sebenarnya amalan chai ini sudah berlaku disetiap kali pemilihan parti 3 tahun sekali . Sudah mangli dengan amalan tersebut . Tetapi persoalannya adakah wajar kita teruskan amalan tersebut ?

Ucapan saya dalam ucapan penangguhan Kongres Nasional AMK di Kelantan , saya tetap tegas dan meminta perwakilan AMK agar memilih kepimpinan AMK bukan berdasarkan chai , tetapi merit atau kelayakkan serta kebolehan sebagai pemimpin di peringkat nasional . Kewibawaan , kebolehan , kemampuan , komitmen , kesungguhan , kesetiaan , diuji dan tahan diuji , kuat dan berkredibiliti .

Pengalaman saya berada dalam AMK ( sebelum ini Pemuda Keadilan ) selama 12 tahun dan Majlis Pimpinan Pusat ( sebelum ini MPT ) memberikan saya kesedaran bahawa sistem chai ini adalah gagal . Ada yang menang dan memegang jawatan kerana chai / kumpulan tetapi sebenarnya gagal memainkan peranan sebagai pemimpin nasional . Sewaktu bertanding bukan main lagi semangatnya , tetapi bila sudah menang , untuk hadir mesyuarat yang hanya sebulan sekali pun terlalu sukar . Ada yang hanya hebat di cabang , tetapi tidak layak berada di saf pimpinan nasional . Ada sesetengah adalah nama atau tokoh yang tersohor , tetapi gagal membantu dan memberikan khidmat bakti yang terbaik . Tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai barisan pimpinan yang baik .

Nampaknya pemilihan kali ini , masih berkelangsungan suasana yang sama . Masing-masing membawa barisan chai/kumpulan agar diberikan undi. Adakala mereka tidak sedar bahawa pemilihan ini adalah menentukan saf kepimpinan di peringkat nasional . Saf kepimpinan yang akan membawa imej parti . Saf kepimpinan yang akan membawa parti ke Putrajaya . Membawa wadah dan polisi parti agar rakyat dapat memberikan keyakinan kepada parti untuk mengurustadbirkan Kerajaan Persekutuan . Membawa Ketua Umum sebagai Perdana Menteri Malaysia yang didokongi oleh parti-parti sahabat dalam Pakatan Rakyat .

Saf kepimpinan dan mampu "berdiri sama tinggi dan duduk sama redah" dengan parti sahabat dan UMNO/BN . Disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan . Mempunyai imej diperingkat nasional dan internasional .

Harapan saya ialah , seluruh ahli parti memilih pemimpin berdasarkan merit bukannya kerana chai/kumpulan . Mereka yang punya wibawa untuk dinobatkan dalam pimpinan . Mampu membawa imej parti dan kesetiaan kepada parti yang tinggi . Berkebolehan dan komitmen yang tinggi .

Ada kedengaran bahawa ada calon tertentu menggunakan wang/rasuah untuk meraih undi. Benarkah ? Kalau benar berlaku adalah amat malang jika selama ini kita secara terang menentang amalan keji ini , tetapi berlaku dalam pemilihan parti. Saya yakin ahli akan menolak perlakuan dan tindakan sebegitu . Malah WAJIB untuk kita menolak pemimpin KORUP daripada berada dalam parti kita !

Saya tertarik dengan salah orang ahli parti sewaktu di PRK Galas . Ujarnya ahli tersebut, " ramai orang datang , mintak undi , hulurkan kad , dia hulur kad kami ambil. Tapi undi kami tidak bagi sebab datang semata-mata hendak berkempen pemilihan parti . Bukan nak tolong kami ." Saya hanya mengangguk dan mengiyakan pandangan tersebut .

Jumaat, 29 Oktober 2010

ISU AIR SELANGOR untuk hebahan

Fakta: SYABAS tuntut perjanjian lama untuk naikkan harga air 37% bulan ini. Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat tak benarkan. Oleh itu SYABAS akan saman Kerajaan Negeri. (PUTAR BELIT UMNO: Kerajaan Negeri Selangor akan naikkan harga air kerana rugi setelah beri air percuma 20m padu). Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mengambailalih pengurusan air (dasar penswastaan air ternyata gagal serta membebankan rakyat) tetapi dihalang oleh Kerajaan Pusat. Perbincangan sedang berlaku dan tarikh akhir keputusan adalah pada 30 Nov.

Kempen "Kembalikan Hak Air kepada Rakyat" serta Tandatangan & Ceramah Penerangan akan diadakan diseluruh Negeri mulai 6 Nov melibatkan EXCO & YB menjelaskan isu air ini. Kemuncaknya ialah "PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT" pada 5 Disember di Masjid Negara jam 1 tghari dan berarak ke Istana Negara menyerahkan Memo Rayuan kepada yang Di Pertuan Agung.

Semua pemimpin dan pendukung PR harap dapat beri kerjasama dalam semua program yang diatur serta bantu kerja mobilisasi bagi mempastikan kejayaan program ini.

Penganjur bersama:

Dr Badrulamin (Keadilan), Mat Sabu (PAS), YB Teressa (DAP).

Rabu, 27 Oktober 2010

MACAM2 KAWAN2 KEMPEN UNTUK SAYA DI FB , TERIMA KASIH

MALAYSIA SEMAKIN PARAH DI BAWAH KEPIMPINAN NAJIB

Laporan Indeks Persepsi Rasuah dan termasuk laporan Ketua Audit Negara telah meletakkan Malaysia benar-benar menjadi sebuah negara yang parah . Kegagalan Perdana Menteri Najib Razak mengurustadbir negara terbukti apabila negara masih tidak mampu untuk dilihat lebih baik dalam usaha memerangi rasuah . Malah indeks rasuah negara juga telah semakin merosot daripada 4.5 pada tahun 2009 kepada 4.4 pada tahun 2010 . Lebih memalukan apabila negara jiran iaitu Singapura telah membuktikan sebagai negara yang bersih daripada amalan rasuah .

Laporan Ketua Audit Negara telah menunjukkan betapa teruknya pengurusan kewangan yang dalam sistem pentadbiran negara . Hutang negara yang semakin bertambah berbanding tahun yang lalu mengambarkan betapa tidak serius kerajaan UMNO/BN dalam menjana pengurusan dan pentadbiran yang lebih baik .

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang telah mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara .

Saya melihat ini adalah bukti yang jelas kegagalan dan ketidakmampuan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri . Sudah pasti ketidakcekapan dan mengurustadbir negera ini akan memberikan kesan kepada ekonomi negara . Para pelabur sudah pasti tidak mempunyai keyakinan untuk melabur dalam negara . Najib razak masih berbangga dengan usaha untuk membina projek mega 100 tingkat daripada berusaha menguruskan kewangan negara agar digunakan dengan sebaik mungkin .

DS Najib lebih berminat untuk memperkembangkan hub hiburan dalam negara yang kononnya akan menarik para pelancung ke dalam negara yang sudah pasti menjadikan negara sebagai antara pusat maksiat . Keruntuhan moral dan akhlak serta menimbulkan aktiviti kebejatan yang akan merosakkan moral generasi muda Malaysia .

Inilah masa yang terbaik untuk rakyat mengambil sikap terbaik menolak UMNO/BN dalam Piliharaya Umum ke 13 . DS Najib dan UMNO/BN perlu ditumbangkan dxemi menyelamatkan negara Malaysia tercinta . Negara ini perlu direformasikan agar rakyat terus terbela .

Selamatkan Malaysia !

fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia

Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, ujar beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen semalam.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan .

KU LI CAKAP