klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 23 Mac 2011

Eskay: 'Saya dalam video itu'

"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

NONEShazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

SIAPA MEREKA MENJADI DALANG FITNAH 3 ???

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menjadi dalang kepada episod ini adalah orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu. Modus operandi fitnah terbaru ini adalah 100% sama dengan modus operandi siri fitnah tahun 1998 dahulu. Beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri sendiri untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya. Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara dibuat oleh RISDA, sebuah jabatan kerajaan.


Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah. Beliau juga yang mendapat kontrak pembinaan jambatan bengkok Johor-Singapura yang telah dibatalkan .


Seorang lagi individu yang hadir sama adalah bapa mertua kepada Dato’ Shafie Afdal, iaitu Naib Presiden UMNO. Banyak lagi nama-nama pimpinan UMNO yang terlibat secara langsung dengan konspirasi terbaru ini.

PEMBONGKARAN SIAPA DATUK T ?

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:


1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka
si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang
si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya
adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6.
Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.


Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

UBAH KEPUTUSAN : UNDANG2 RIMBA , MAHKAMAH KANGAROO !!!!

Keputusan mahkamah di bawah tekanan politik Najib- Anwar

KUALA LUMPUR: Keputusan terbaru Mahkamah Tinggi untuk menerima pakai tiga barangan sebagai bahan bukti kes Fitnah 2 menunjukkan mahkamah berada di bawah tekanan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian mengulas keputusan hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah yang mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini bagi membenarkan tiga bahan tersebut, yang diperoleh secara tipu helah dijadikan bukti di mahkamah.

“Saya juga faham bahawa tekanan dalam kes ini terutama keputusan awal hakim daripada Perdana Menteri dan kabinet itu dibuat secara terbuka.

”Jadi tentunya keputusan hari ini tidak mengejutkan,” ujarnya mengulas keputusan berkenaan.

“Bagi kita, ia tidak selaras dengan hukum dan undang-undang tetapi saya bincang dengan peguam, kita akan hadapi dan kita akan lakukan sebaiknya.

Anwar mempersoalkan tindakan hakim Zabidin menukar keputusannya dalam masa yang singkat.

“Cara hakim merubah keputusan dalam masa terlalu singkat atas alasan teknikal itu juga belum pernah berlaku tetapi dalam kes Anwar ini banyak yang belum pernah berlaku, berlaku,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNAnya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Kos Pembikinan Video Lucah Datuk T

Kerajaan Rakyat -

Terdapat seribu satu bukti tidak logik berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana didedahkan individu yang hanya dikenali sebagai ‘Dato T’.
Selepas didakwa melakukan seks luar tabie, dituduh sebagai agen asing, agen Israel, pro militan Islam dan sebagainya, Anwar sekali lagi berdepan dengan satu lagi siri fitnah yang cukup mengaibkan beliau dan seisi keluarga.
Ketika rakaman itu didedahkan kepada wartawan dan editor media arus perdana di sebuah hotel mewah, Carcosa Seri Negara semalam, jelas ia menunjukkan ia rencana yang telah disusun dengan begitu rapi.

Ia bertujuan memberikan kegemparan kepada umum bagi mendapatkan publisiti semaksimum yang mungkin, bertujuan memalukan Anwar sebelum ketulenan video itu dapat disahkan.
Timbul persoalan mengapa wartawan yang dipanggil menonton rakaman itu diberi pengawasan ketat oleh pihak penganjur. Mereka diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik termasuk telefon bimbit, kamera.
Malah wartawan yang hadir juga diminta memakai jubah sebelum dibenarkan masuk ke bilik di mana video itu ditayangkan, mengesahkan ketakutan penganjur sekiranya video itu dirakam semula oleh wartawan terbabit.
Bercakap kepada wartawan, Dato T juga mendakwa menemui video itu selepas diminta ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya yang tertinggal di dalam bilik hotel mewah itu.
Namun Anwar, individu yang dikatakan adalah lelaki dalam video itu tegas menyatakan beliau langsung tidak mengenali Dato T.
Persoalan lain yang timbul, siapa kah Dato T yang muncul secara tiba-tiba dan kemudian menghilangkan diri? Apa pula motif Dato T mendedahkan rakaman video kepada media tanpa membuat laporan polis terlebih dahulu?
Kenapa Dato T tidak didakwa?
Lebih tidak masuk akal, video seks yang dikata dirakam dari pelbagai sudut itu didakwa merupakan aksi seks Anwar bersama seorang pelacur warga China.
Banyak pihak berpendapat, Anwar yang kini menghadapi pertuduhan kes fitnah 2 selepas diperangkap seteru politiknya, tidak mungkin melakukan tindakan sebodoh itu- mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di ternama tengah-tengah ibu kota.
Apa yang pasti, rancangan untuk mendedahkan rakaman itu disusun dengan begitu teliti oleh Dato T dan konco-konconya. Mereka menempah sebuah bilik khas berharga RM1,350 di hotel mewah bagi menayangkan rakaman seks yang tidak diketahui kesahihannya.
Lebih menghairankan, bagaimana rakaman itu dikatakan dilakukan di sebuah bilik hotel mewah, yang sepatutnya memiliki pengawasan dan tahap keselamatan tinggi? Kenapa tidak ada siasatan dilakukan pihak berkuasa ke atas pihak pengurusan hotel berkenaan?
Jika dilihat daripada sisi undang-undang, Dato T sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki bahan lucah, tidak kira samada identiti pelakon di dalamnya itu tulen atau tidak.
Namun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menyatakan tayangan video berkenaan tidak sama sekali bersalahan dari sudut undang-undang.
Hishamuddin semalam juga menafikan pembabitan polis dalam isu, sedangkan tidak ada pihak yang menuduh polis terlibat ketika rakaman itu didedahkan.
Teknologi hasilkan video direka
Bagi mereka yang arif dalam teknologi pembikinan video, teknik memasang wajah pelakon bukan lah satu perkara yang mustahil menerusi penggunaan aplikasi teknologi yang canggih pada hari ini.
Ia berbeza dalam kes liwat 1998, kerana pendakwa tidak mampu menyediakan bukti berupa rakaman video kerana keupayaan teknologi yang masih rendah pada waktu itu.
Jadi, tidak mustahil berjuta ringgit dibelanjakan untuk membuat rakaman video seks berkenaan, dengan niat untuk menggoyah persepsi umum dan memalukan Anwar ketika perbicaraan kes liwat 2 sedang berlangsung.
Konspirasi tertinggi
Ia merupakan satu pembunuhan karetor yang paling melampau dilakukan setakat ini oleh Umno-BN, bagi memusnahkan dan menjatuhkan reputasi Anwar.
Ia diperkuatkan lagi dengan tindakan Dato T memaksa Anwar dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip itu disebar kepada umum. Jelas tindak tanduk itu sebenarnya bermotifkan politik.
‘Pendedahan klip’ itu juga dilakukan pada masa yang tepat- iaitu hari yang sama Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dan ketika Umno-BN dilihat semakin terumbang ambing untuk mendapat sokongan rakyat.
Anwar dalam reaksi segera ketika mengadakan sidang media semalam dengan pantas menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah lelaki dalam video tersebut.
Anwar juga menyertakan bukti bahawa beliau berada bersama keluarganya pada masa video dirakam, iaitu pada 21 Mac sekitar 10.30 malam.
Beliau juga menegaskan ada berbalas mesej di laman twitter dengan penyokong-penyokongnya pada masa video itu dirakam. Malah Anwar menyatakan perut lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan jauh lebih buncit daripada beliau.
Hari ini, Anwar membuat laporan polis berhubung pendedahan video itu, dan menyatakan dengan tegas pembabitan Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai pihak yang bertanggungjaab mendalangi konspirasi berkenaan.

kenapa Datuk T tidak mahu serah video seks pada polis ? sebab dia dah KDN atau polis kan ...

'Datuk T tak akan serah pita seks kepada polis'


Pita video seks yang didakwa memaparkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diserahkan kepada polis, menurut satu email yang didakwa ditulis oleh Datuk T dan diedarkan di kalangan wartawan hari ini.


Sebaliknya, dalam email itu, Datuk T berkata beliau bersedia menyerahkan video tersebut untuk diperiksa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan NGO.

Datuk T berkata keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi ini bagi menafikan sebarang pembabitannya.

Katanya, jika klip video berkenaan diserahkan kepada polis, Anwar akan mendakwa pihak berkuasa berkonspirasi menentangnya jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahinya.

“Justeru, saya memutuskan tidak menyerahkan rakaman itu kepada pihak berkuasa. Saya akan serahkannya kepada suruhanjaya awam yang dianggotai oleh media dan NGO,” petik email itu. - malaysia kini

Adalah amat menghairankan bagi saya , kenapa Datuk T tidak bersedia menyerahkan video seks tersebut kepada pihak polis ? Adakah beliau sememnagnya adalah seseorang daripada kementerian dalam Negeri ( KDN ) atau pihak cawangan Khas PDRM , justeru tidak perlulah menghantar video seks tersebut kepada polis .

Sepertimana yang dijelaskan oleh beberapa wartawan yang turut hadir dalam menonton tayanan 'free' dan 'tidak mengaut keuntungan' ( meminjam kata-kata DS Nazri Aziz ) bahawa imej lelaki yang kononnya DSAI sedang melakukan hubungan seks dengan berbeza warna kulit dan perut yang boroi dari sebuah laptop .

Dirancang cukup rapi dan jelas merupakan konspirasi jahat yang terus bertindak memfitnah DSAI . Atas prinsip kebenaran maka DSAI sanggup membuat laporan polis meski pun kebimbangan sepertimana peristiwa 1998 akan berlaku . Di mana DSAI membuat laporan polis berkaitan fitnah 1 , akhirnya DSAI yang ditangkap .

Rakyat semakin muak dengan cerita rekaraya yang dicipta bagi tujuan menjatuhkan maruah dan kredibiliti DSAI . Ianya adalah bertujuan menghilangkan fokus serta lebih-lebih lagi kebimbangan UMNO/BN dengan suasana tidak menentu PRN Sarawak yang tidak berpihak kepada BN .

Justeru timbul pula isu video lucah yang tidak akan diserahkan kepada pihak polis . malah menghairankan apabila Hisamuddin Hussein dan Najib Razak terus tanpa apa-apa menafikan keterlibatan pihak polis dalam kes tersebut . ianya amat menghairankan kenapa tiba-tiba adik beradik sepupu ini membuat kenyataan yang sama . Ini memberikan gambaran dan menguatkan hujah bahawa pihak polis terlibat dengan pembikinan video Fitnah 3 ini .

Tangkap segera ‘Datuk T’

KUALA LUMPUR: Pihak polis perlu menahan dan menangkap segera individu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Datuk T’ kerana memiliki dan menayangkan rakaman video lucah, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata, rakaman tersebut, yang kononnya melibatkan adegan seks individu yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyalahi undang-undang negara.

Menurutnya lagi, beliau terkejut kerana polis masih belum bertindak untuk menangkap ‘Datuk T’ selepas ‘tayangan’ yang dilakukan semalam.

“Beliau terang-terangan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem, 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah. Sepatutnya semalam lagi polis menangkap beliau,” kata Karpal.

Kedua-dua seksyen itu menyebut tentang larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem lucah atau sepertinya yang melanggar kesopanan awam.

Karpal juga menempelak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membuat penafian polis tidak terlibat dalam video tersebut sedangkan siasatan belum pun bermula.

Malah, polis juga sepatutnya sudah mula bertindak sama ada laporan dibuat atau pun tidak.

“Hishammuddin adalah peguam terlatih. Ia perkara asas buat polis, apabila mereka dapat tahu sesuatu jenayah itu dilakukan, mereka sendiri perlu membuat laporan bagi memulakan siasatan,” kata Karpal.

Awal pagi tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berhubung fitnah terbaru mengaitkan beliau dengan satu rakaman aksi seks.

Selasa, 22 Mac 2011

Pita seks: Anwar buat laporan polis


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam. NONEBeliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

NONEAnwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri. Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'. Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.

Lenyapkan karier

Anwar yang selesai membuat laporan jam 12 tengahari tadi mendakwa video seks itu sebagai cubaan melenyapkan karier beliau sebagai ketua pembangkang. "Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan perdana menteri dan menteri dalam negeri termasuk pihak atasan PDRM," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

NONEBeliau juga menggesa polis bersikap profesional selain tidak membiarkan agensi itu dimanipulasi ahli politik Umno-BN. Menurut Anwar, tayangan video lucah terbuka merupakan kesalahan jenayah dan indvidu yang bertanggungjawab perlu didakwa.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul, boleh sebar kenyataan video lucah. Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil.” Justeru, ketua pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengulangi kekejaman mereka sebagaimana yang dilakukan pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya. NONE

"Saya beri ingatan kepada menteri dalam negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah mereka dan mengugat kerja saya dalam politik. "Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," kata Anwar sambil disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Negara digemparkan dengan pendedahan video seks lucah oleh individu bernama Datuk T di hotel Carcosa Seri Negara semalam. seri carcosa 3Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar berkata tindakan mereka di sebalik video berkenaan ada berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya.

Individu yang bergelar Datuk T semalam turut mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan isteri yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu.

tak pasal-pasal Hisham nafi penglibatan polis dalam kes fitnah 3 video seks

Saya amat hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Hisamuddin Hussein , Menteri Dalam Negeri yang menyatakan bahawa tidak polis terlibat dalam penayangan video seks yang kononya melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang .

Dalam masing-masing kecoh dengan persoalan siapakah "Dato T" , tiba-tiba DS Hishamuddin tanpa sebarang tuduhan terhadap pihak polis secara tiba-tiba menafikan bahawa pihak polis tidak dalam menyediakan video tersebut .

Kenapa DS Hisumuddin tiba-tiba mengeluarkan kenyataan tersebut ? Sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan mengarahkan pihak polis menangkap Dato T terhadap tuduhan memiliki video lucah tersebut dan menayangkan filem lucah tersebut kepada umum.

Tetapi tiba-tiba menafikan penglibatan pihak polis . Kenapa ya ? Pelik ya ?

Alibi Awal Fitnah III ....


Dato T memberitahu bahawa rakaman tersebut berlaku pada 21 Februari 2011 pada jam 22.23 - 22.45 . Sedangkan pada masa tersebut DSAI sedang update twitternya di rumah dan bersama keluarganya .

Takkan masa tengah "tuttt" pun boleh main twit lagi ?

Pembohongan terancang untuk aibkan DSAI !


F1tnah II: Komplot Najib Rosmah penjarakan Anwar



Sila klik di sini dan di sini untuk muat turun risalah Fitnah II: Komplot Najib Rosmah Penjarakan Anwa

Isnin, 21 Mac 2011

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini. Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. NONE

Pada masa itu video dikatakan dirakamka, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya. "Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya. Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."

ISU VIDEO SEKS : MAHFUZ BIDAS HISAMUDDIN


Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.

Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.

"Sepatutnya tak perlu buat laporan polis dan polis terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan tayangan video berunsur lucah. Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita,” kata Mahfuz .

“Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.

Mahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks

“Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang g mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun, boleh tayang video lucah,” tambah beliau.

Mahfuz berkata keengganan pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama.

“Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam.”kata Mahfuz.

Teknologi Video Dan Kempen Jatuhkan Maruah Seteru Politik

Oleh Wira Arjuna


Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu Negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk “menyembunyikan’ video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan’ video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.

Umno "Rasuah" Jawatan Kepada Pemimpin PKR Untuk Keluar Parti

KUALA LUMPUR 21 MAC: Pengumuman keluar parti oleh pemangku Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ibrahim Sidek dipercayai berikutan tawaran jawatan ketua kampung yang pernah dinyatakan beliau sebelum ini.


Perkara itu didedahkan sendiri Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

Turut berbuat demikian, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR, Fadzilah Abd Wahab.

Bercakap kepada pemberita Tv Selangor, Azan menolak dakwaan media yang melaporkan kononnya 300 ahli PKR kawasan itu keluar parti semalam.

Namun katanya, hanya tiga orang sahaja yang terlibat manakala selebihnya adalah golongan remaja yang masih belum diiktiraf daripada menyertai parti itu.

"Sebenarnya Ibrahim Sidek sebelum ni pernah berjumpa dengan kami den menyatakan secara terus-terang menyatakan bahawa ada tawaran untuk jawatan ketua kampung dan sebagainya, saya cuma beri nasihat kepada kawan-kawan yang lain supaya berhati-hati untuk mengelakkan daripada tertipu.

"Yang selebihnya tu bukan ahli kita, kebanyakannya terdiri daripada golongan yang masih lagi tidak layak untuk menyertai parti (remaja)," jelas Azan.

Tambah beliau lagi, ahli-ahli terbabit yang keluar turut mengesahkan bahawa mereka diberi tawaran akibat daripada tindak-tanduk Umno-Barisan Nasional yang terdesak dalam mencari sokongan rakyat.

"300 orang yang dikatakan terbabit akhirnya mengesahkan bahawa BN dan Umno agak terdesak dan benda ni berlaku tak ada apa yang logik kecuali mereka bimbang atas sokongan rakyat yang ada dan juga persiapan kami untuk menghadapi pilihanraya," tambahnya.

Menurut beliau lagi, Umno-Barisan Nasional telah lama merancang untuk menarik keluar mereka menyertai Umno iaitu sebelum pilihanraya Kerdau lagi, dengan memberi tawaran "gula-gula" untuk memperdaya mereka.

Dan mereka merasa perlu untuk melakukan sesuatu termasuk dengan cara menawarkan tawaran-tawaran atau memberi tawaran manfaat supaya ahli-ahli percaya,"

Beliau turut bersimpati dengan pemimpin Umno-BN yang dilihat masih berada di takuk lama lagi apabila masih menggunakan taktik basi yang sudah sinonim dengan rakyat dalam mengubah landskap politik negara.