klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 18 Mei 2011

Sidang media tergempar - Aktivis menentang Projek Kad Pengenalan Sabah Dr Chong Eng Leong akan ulas Projek Kad Pengenalan Hulu Selangor

Dr Chong En Leong, aktivis masyarakat yang membongkarkan Projek Pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang di Sabah akan mengadakan sidang media bersama YB Zuraida Kamaruddin dan Khalid Jaafar pada hari ini.

Beliau merupakan bekas calon PBS di Likas yang memfailkan petisyen pilihan raya kerana penggunaan pendatang sebagai pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum 1999.

Baru-baru ini YB Zuraida mendedahkan surat UMNO Bahagian Hulu Selangor kepada Menteri Dalam Negeri meminta kewarganegaraan untuk 2,000 rakyat asing bagi membantu UMNO dalam PRU-13 nanti.

Tarikh: 18 Mei 2011 (Rabu)
Masa: 12.45 tengahari
Tempat: Ibu Pejabat KEADILAN

3R - senjata umno pengaruhi dan perbodohkn orang melayu

Umno terus menggunakan senjata 3 R dalam mempengaruhi dan memperbodohkan orang-orang melayu bagi tujuan memanjangkan jangka hayat umno. Itulah senjata yang akan digunakan apabila nyawa umno sudah semakin nazak dan menanti saat kematian. Setiap kali nafas mereja semput , maka senjata 3 R akan digunakan . Kalau tidak semua , salah satunya akan tetap digunakan.

3 R - ROYAL , RACE and RELIGION

Itulah senjata ampuh yang selama ini umno gunakan bila keadaan politik umno dalam suasana yg kritikal. Orang-orang melayu khususnya akan melonjak dan tersentak apabila 3 perkara tersebut dimainkan, diapi-apikan dan menimbulkan reaksi yang memanaskan. Media syaitan milik umno terus membakar kesumat orang-orang melayu apabila salah satu daripada senjata tersebut dipertikai,disentuh atau dibincangkan.

Media syaitan umno terus menjana persepsi dikalangan orang-orang melayu dengan menambah-nambah dan mereka-reka pelbagai kenyataan yang mampu mencetus kemarahan dan rasa kurang senang apabila salah satu atau kesemua 3 perkara tersebut disentuh. Mereka terus memainkan hati dan perasaan orang-orang melayu . Walaupun mereka terpaksa memfitnah , tetap mereka lakukan yang penting akan memberikan keuntungan kepada politik dan survival umno yang konon sebagai pejuang kepada Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan sebagai pejuang islam tulin .

Mereka terus memanupulasikan segala isu, membakar hati dan perasaan rakyat, mencetus ketegangan dan menjana sentimen perkauman demi survival umno dan pemimpin umno. Orang melayu terus diperbodohkan dan umno terus mendapat sokongan . Senjata itu juga digunakan bagi tujuan untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat dengan menggunakan 3 R bukan luar biasa. Fitnah terus menjadi agenda umno yang cuba mempalitkan kesan negatif khusus orang melayu terhadap Pakatan Rakyat . Media syaitan mereka seperti Utusan Malaysia dan TV3 terus dijadikan alat penyebaran fitnah yang bertujuan untuk menghilangkan keyakinan terhadap PR.

Sedangkan umno selama ini bertindak menghancurkan orang melayu, menghina dan mencerca institusi raja-raja melayu, merosak dan menghina islam ditutup agar dilihat umno adalah juara untuk survival melayu. Adalah malang jika orang melayu terpengaruh dengan segala dakyah dan kemunafikan yang bertopengkan melayu dan islam oleh pemimpin umno .

Orang melayu harus bangkit dan sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu hidup-hidup oleh umno dan pemimpin umno. Orang melayu wajib menyedari bahawa sewaktu mereka memainkan isu sensetif ini , mereka sedang bertepuk tangan bahawa 'umpan sudah mengena' .

Lagu 3 R akan terus didendangkan setiap kali PRU semakin hampir. Yang penting bagi mereka ialah umno akan terus berkuasa. Masa sudah tiba untuk orang melayu bangkit daripada diulit dendangan palsu ciptaan umno .

Khamis, 12 Mei 2011

Isu Projek Jalan Runding Terus Kg Jeram - Kg. Banggol Tuan Muda : PKR selar sikap kasar MB Terengganu terhadap Memorandum Rakyat oleh para penduduk

Parti Keadilan Rakyat menyelar sikap kasar MB Terengganu Datuk Ahmad Said yang menolak mentah-mentah memorandum rakyat yang disampaikan oleh wakil penduduk Kg. Banggol Donas dengan alasan bahawa peojek pembinaan jalan daripada Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda , Manir , Kuala Terenganu telah pun di'gazet'kan oleh pihak kerajaan .
Sikap sambil lewa dan tidak mesra rakyat yg ditonjolkan secara jelas membuktikan bahawa slogan 'Rakyat didahulukan' hanyalah retorik semata-mata .
Perjuangan para penduduk Kg. Banggol Donas bukanlah baru bermula dengan penyerahan memorandum tersebut . Ianya telah berkelangsungan sejak tahun 2008 lagi iaitu apabila maklumat dan terpacaknya papan tanda projek runding terus jalan tersebut. Dengan kata lain sebelum disah dan digazetkan oleh pihak kerajaan negeri.
Pelbagai usaha yg dibuat oleh para penduduk termasuklah membuat patisyen membantah tindakan jajaran jalan tersebut yang bakal merobohkan rumah mereka. Sejumlah 22 buah rumah rakyat bakal dirobohkan .
Surat-surat telah dihantar kepada semua pihak termasuk kepada pihak YAB MB Terenganu , Menteri Kerjaraya dan kepada YAB Perdana Menteri dan melakukan aduan kepada SUHAKAM tetapi malangnya tidak menunjukkan sebarang tanda positif . Tetapi projek tersebut terus kekal dijalankan .
Pembinaan projek runding yang bernilai rm226 juta berjarak 5.6 km tersebut bukan sahaja menginaya rakyat tetapi telah turut melanggar Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu ' Hak Terhadap Tanah ' dan Akta Pengambilan Tanah 1960 ( Akta 486 ) .
Tindakan melampau pihak kerajaan negeri Terengganu tanpa menghiraukan rungutan dan bantahan para penduduk sangat dikeaalkan dan hingga kini tidak ada sebarang tindakan mengadakan dialog bersama para penduduk dilakukan . Malah lebih mendukacitakan apabila projek tersebut telah pun bermula dan menimbulkan trauma kepada para penduduk yang telah mendiami rumah mereka sudah beratus tahun sebagai tanah warisan daripada datok nenek moyang dan ibu bapa.
Sehingga kini para penduduk tidak dibayar sebarang pampasan termasuk menerima notis dan memperolehi Borang E Akta Pengambilan Tanah 1960. Malah para penduduk yang terlibat dengan pembinaan jalan tersebut masih belum menerima sebarang pampasan dan dikhuatiri bayaran pampasan tersebut tidak setimpal dengan harga semasa dan rakyat akan menadi mangsa.
Para penduduk bukan menolak pembangunan atau menafikan pembinaan jalan tersebut tetapi menimbulkan pertikaian kenapa perlu dilencungkn ke rumah-rumah rakyat sedangkan masih ada jajaran lain yang tidak mengenai tanah dan rumah mereka . Sedangkan terdapat tanah-tanah persendirian yang tidak mempunyai rumah .
MB Terengganu seharusnya bersikap rasional dan profesional , bukannya bersikap kasar sedemikian rupa mempertahankan projek tersebut dan menerima bantahan rakyat secara positif dan bijaksana. Sikap lepas tangan MB Terengganu mempertahankan syarikat MZ Hankujaya milik Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu tersebut adalah sangat dikesalkan.
Parti Keadilan Rakyat akan terus bersama penduduk Kg. Banggol Donas dlm perjuangan.mereka . Inilah sikap sebenar MB Terengganu dan Umno Terengganu dalam menginaya dan menzalimi rakyat tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan. Slogan memperjuangkan orang melayu adalah slogan kosong yg bersifat politik semata-mata.

Selamatkan Terengganu

Fariz Musa
Ketua Penerangan
Majlis Pimpinan Negeri Terengganu
Negeri Terengganu

Isnin, 9 Mei 2011

Umno khianati Islam agama rasmi, lebih teruk dari penjajah- Teras

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno tidak pernah memartabat Islam sebagai agama rasmi dalam setiap tindak tanduk mereka, malah pengkhinatan parti itu selama berpuluh tahun terhadap Islam disifatkan lebih teruk dari penjajah, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.

“Namakan apa sahaja yang tidak dilakukan, dan kita tidak akan lupa. Kekangan terhadap guru-guru agama sehingga ada yang jauh dipindahkan. Masjid-masjid ‘dikurung’ sehingga ilmu agama tidak dapat diajarkan.

“Sekolah Agama Rakyat (SAR) ‘dibunuh’. Pandangan para mufti dan ulama diperlekeh.

“Mahkamah syariah dijadikan sebagai mahkamah kelas kedua dan banyak lagi tragedi terhadap umat Islam adalah hasil dari kepincangan dan kerja tangan pemimpin Umno itu sendiri.

“Dalam masa yang sama, kita tidak pernah lihat mereka berusaha untuk memperkembangkan fahaman dan syiar Islam.

“Jika ada pun, ia hanyalah bersifat kosmetik, bahkan mereka memperkudakan institusi dan agensi agama Islam semata-mata kepentingan politik mereka,” kata Cikgu Azmi dengan nada tegas.

Beliau memberikan reaksi demikian ekoran laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 2011 di muka depannya dengan tajuk ‘Kristian agama rasmi?’

Tulisan tersebut menerima kecaman dan kritikan keras pelbagai pihak.

Azmi menyelar Utusan kerana secara tidak beretika, menyiarkan laporan yang berupaya mencetuskan pertelagahan antara kaum dan agama di negara ini.

Umno pula katanya, sengaja memperkuda media seperti Utusan bagi membangkitkan sentimen kemarahan orang Melayu- Islam terhadap penganut agama lain.

“Dalam hal ini, jelas mereka memperalat media secara rakus. Apakah mereka tidak sedar implikasi terhadap keharmonian perhubungan kaum di negara ini?

“Tidak lain, tindakan ini adalah percubaan Umno untuk meleraikan hubungan yang terjalin antara komponen parti Pakatan Rakyat, terutamanya antara DAP dengan parti Pas.

“Mereka cuba membolot sokongan orang Melayu dan Islam dengan cara melempar fitnah, gara-gara keretakan dalam komponen Barisan Nasional itu sendiri.

“Apakah dengan cara begini, mereka layak untuk memimpin umat Islam? soalnya lagi.

Azmi menjelaskan, sebarang permasalahan yang timbul di kalangan umat Islam perlu diperbincangkan secara tuntas bersama institusi dan sarjana Islam.

“Tidak boleh sama sekali melempar tuduhan yang belum tentu membawa penyelesaian,” ujarnya.

Khamis, 5 Mei 2011

Video Lucah : Jika Anwar.. kenapa tiada parut pembedahannya?

[Image: rambut.jpg]

"Pendedahan keseluruhan Video Lucah dialam cyber ini sebenarnya membuka lebih banyak ruang untuk mempertikaikan dakwaan blog-blog Pro-UMNO dan segelintir pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar.

Bermula dari clip video yang pertama dimuatnaik (upload) kedalam YouTube, janggut ,rambut dan juga perut telah dipertikaikan.

Dimana pada awal paparan clip video itu lelaki yang didakwa sebagai Anwar tersebut kelihatan mempunyai janggut tiba-tiba ketika ia melintas camera janggutnya telah hilang dan sehari selepas itu iaitu 22hb. Clip video dari TV Selangor menunjukkan Anwar mempunyai janggut.. lihat di SINI

Begitu juga dengan rambut yang kelihatan pada 21hb dan 22hb, dalam jangkamasa satu hari sahaja rambut Anwar telah kelihatan lebih panjang dari lelaki yang didakwa sebagai Anwar didalam video lucah itu..

Selain dari rambut, janggut dan perut ada juga yang mempertikaikan tentang tali pinggang yang tidak kelihatan dipakai pada lelaki tersebut ini berbeza dengan Anwar yang sering kelihatan memakai talipinggang.

Kenyataan dari pihak polis juga telah menjadikan dakwaan oleh Blogger Pro UMNO lebih bercanggah dimana pihak polis telah mengeluarkan kenyataan mengatakan wanita didalam video lucah itu adalah seorang pelajar dari Negara Cina dan tempat rakaman adalah disebuah kondominium di pinggir ibu kota.

Ianya berbeza dengan kenyataan atau apa yang ditulis oleh Blogger Pro UMNO yang mengatakan tempat kejadian adalah di sebuah SPA ditengah-tengah ibu kota.

Begitu juga dengan jam Omega, blog-blog Pro UMNO mengatakan jam tersebut adalah pemberian dari Kerajaan Arab Saudi kononnya.. sebenarnya apa yang mereka katakan itu adalah dua buah jam Omega yang di anugerahkan oleh Kerajaan Arab Saudi, satu dianugerahkan kepada Tun Mahathir dan satu lagi dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim.

Malangnya dakwaan atau tuduhan mereka sekali lagi meleset bila pihak polis yang telah menyerahkan kad pendaftaran jam tersebut yang entah datang dari mana kepada pengedar jam Omega untuk dikenalpasti pemiliknya telah mengeluarkan kenyataan bahawa jam tersebut datangnya dari Taiwan.

Biarpun jelas bahawa konspirasi video lucah mereka telah menemui kegagalan mereka masih mahu menegakkan benang yang basah, mereka tetap mengatakan bahawa lelaki itu adalah Anwar Ibrahim.

30 April yang lalu dalam satu pertemuan dengan seorang sahabat yang merupakan Setiausaha PKR Permatang Pauh yang juga merupakan penjaga kepada Yayasan Aman di Penanti timbul satu lagi persoalan.

Yayasan Aman yang terletak di Penanti adalah tempat Anwar Ibrahim sering bermalam selain dari Sunway Hotel di Seberang Jaya.. Ada pihak termasuk Body Guard Anwar Ibrahim sendiri pernah mengatakan mereka diusik oleh hantu ketika bermalam di situ.. hmm.. entahlah..

Sahabat itu menceritakan bahawa Anwar sering tidak berbaju apabila berada di situ ketika hendak tidur, katanya terdapat satu parut bekas pembedahan tulang belakang yang kelihatan jelas di belakang Anwar..

Buat yang sudah terlupa tu.. pada tahun 2004 Anwar Ibrahim telah menjalani pembedahan di Aplha Clinic German (video di SINI) kerana masaalah tulang belakangnya yang dikatakan telah terhentak pada gari setelah jatuh terlentang dalam keadaan tangan bergari kebelakang akibat dibelasah oleh Rahim Noor..

eskay memang kaki pembohong !

Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet .

Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

“Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini,” kata Eskay.

Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih boleh muncul untuk memberi kenyataan.

Ahad, 1 Mei 2011

Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia- Anwar


AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat.

Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.

Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun.

“Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.

Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah

Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus

Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti rasuah dan salahgunakuasa.

Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan.

Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik.

“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.

Mengikuti ucapan Anwar dan pimpinan KEADILAN, kehadiran melimpah ke luar dewan

Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.

Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Isnin, 25 April 2011

UM LIDAH SYAITAN UMNO : BUKAN PULAU TAPI HAPUSKAN PEROSAK MINDA RAKYAT

Gesaan MCA agar rakyat memulau atau dengan kata lain memboikot Utusan Malaysia sebagai alat propanganda umno yang dilihat menghalalkan sentimen rasis apabila Utusan Malaysia mencadangkan agenda 1Bumi 1 Melayu yang mendapat reaksi negatif . Bukan sahaja ianya menggagalkan gagasan 1 Malaysia yg dipelopori oleh PM Najib Razak tapi menjadi pemangkin ke arah perpecahan kaum di Malaysia.

Pakatan Rakyat telah lama mengambil keputusan untuk memboikot lidah 'syaitan' umno ini . Bukan sahaja menjadi bahan propaganda murahan , menabur fitnah , melapor berita murahan dan bersifat rasis. Utusan Malaysia bersifat terlalu melampau dalam menjadi pendakyah rasmi terutama agenda menyerang DS Anwar Ibrahim dan pimpinan PR termasuk DS TG Nik Aziz, Sdr Lim Guan Eng .

Utusan Malaysia menjadi akhbar untuk melaga-lagakan PR, pemecah antara kaum dan mencetuskan perpecahan dikalangan rakyat. Sehinggakan martabat Utusan Malaysia dilihat terlalu rendah dan sangat menjijikkan. Kerja mensensasikan berita-berita yang bertujuan mencerna pemikiran rakyat terutama orang-orang melayu ke tahap yang terlalu rendah.

Sesunggunya Utusan Malaysia adalah menjadi alat propaganda dalam mencipta pelbagai persepsi negatif terutama dikalangan orang-orang melayu bagi tujuan menghilangkan keyakinan terutama kepada DS Anwar Ibrahim dan PR. Mencipta dan mewujudkan pelbagai isu yang bertujuan memperlihatkan keburukkan dan informasi negatif tentang pimpinan PR dan mencetuskan sentimen perkauman . Malah sanggup memfitnah dan menjadi penyebar berita fasik kepada rakyat.

Utusan Malaysia terus menutup segala kejahatan dan kerosakkan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO . Utusan Malaysia menjadi akhbar yang menjijikkan dan sebangsat-bangsatnya. Tiada moral dan akhlak.

Utusan Malaysia bukan sahaja WAJIB dipulaukan oleh rakyat seluruh Malaysia , tetapi sewajarnya diHAPUSkan terus daripada terus menjadi akhbar arus perdana yang terus gagal memainkan peranan sebagai media yang mampu bersifat profesional , telus dan adil serta mampu mendidik mentaliti rakyat Malaysia . Utusan Malaysia amdalah perosak minda rakyat. Agenda Utusan Malaysia hanyalah demi kepentingan survival pimpinan tertinggi UMNO yang cuba digambarkan tersangat baik . Bermoral dan berakhlak. Sedangkan terus menutup segala jenayah , korupsi , penyelewengan dan kebobrokkan yang dilakukan oleh mereka.

Media UMNO bertaraf rendah ini bukan sahaja gagal dalam menyampaikan segala informasi secara profesionalB? Malah bersifat rasis dan berat sebelah , Utusan Malaysia adalah bukti betapa gagalnya negara dalam melaksanakan kebebasan media . Melaporkan kebenaran serta menjadi akhbar yang berintegriti dan berkredibeliti .

Utusan Malaysia adalah media yang menjadi dalang dalam mengagalkan segala dasar perpaduan dan integrasi nasional. Melaksanakan agenda yahudi , pecah dan perintah serta berat sebelah yang selama ini diimplimentasikan oleh Utusan Malaysia akan menjadi Utusan Malaysia adalah lidah SYAITAN UMNO yang akan merosakkan pemikiran rakyat dan generasi muda Malaysia. PERANAN APCO TERNYATA DAPAT DILIHAT DAN DIRASAI MELALUI MEDIA SYAITAN UMNO UTUSAN MALAYSIA.

Jumaat, 22 April 2011

CATATAN PENGALAMAN BERTUGAS DI DUN BALINGIAN

Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 yang baru sahaja selesai 16 April.2011 telah menyaksikan bagaimana kali ini banyak sejarah baru dicipta. Buat kali pertama , 71 kerusi DUN Sarawak dipertandingkan di mana tidak ada satu pun BN menang tanpa bertanding berbanding PRN Sarawak ke 9 pada tahun 2006. Malah menempa sejarah tidak ada satu kerusi DUN berlaku penarikan diri calon-calon daripada mana-mana pihak menarik diri .

Buat kali pertama bagi sejarah PRN Sarawak menyaksikan betapa 'berpeluh' BN berdepan dengan PR berbanding PRN Sarawak yg sebelum ini. Kemenangan BN kali ini memperlihatkan prestasi yang tidak membanggakan berbandinf sebelumnya. Kali ini berlaku peningkatan prestasi kepada PR di mana pada PRN Sarawak ke 9 , PR hanya berjaya memperolehi 6 kerusi DUN telah meningkat menjadi 14 kerusi DUN. Kali ini dilihat berlaku kebangkitan rakyat Sarawak terutama di kawasan-kawasan bandar yang memiliki majoriti masyarakat cina .

Saya tidak menafikan bahawa terlalu sukar untuk berdepan BN yang yang lebih 50 tahun mendarah daging di bumi Kenyalang tersebut. Sepertimana biasa kita berdepan dengan pertandingan yang sentiasa berat sebelah , penuh dengan rasuah , penggunaan jentera kerajaan , SPR yang penuh kelicikan dan macam-macam lagi yang tidak berpihak kepada PR.

Saya telah ditugaskan di N 51 DUN Balingian di mana kerusi DUN tersebutlah Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertanding. DUN Balingian atau lebih dikenali dengan Mukah menyaksikan pertandingan 3 penjuru iaitu PR,BN dan BEBAS. Satu tugas berat yang disandarkan kepada saya oleh parti sebagai Personal In Charge ( PIC) i sana. Berdepan dengan Taib Mahmud sendiri.

Sudah pasti ianya satu cabaran yang bukan kecil anak yang perlu dipikul oleh saya . Speetimana yang ditaklimaykan oleh Jabatan Pilihanraya Pusat ( JPRP ) Parti Keadilan Rakyat bahawa N 51 Balingian adalah ranking ke 5 daripada 5 DUN di zon Sibu. Hendak menang adalah sangat mustahil. Apa lagi penyandangnya ialah BN iaitu Taib Mahmud sendiri.

Saya pada awalnya membantah , saya ini bukan seorang YB . Susah pasti saya akan berdepan dengan banyak masalah terutama jentera dan kewangan . Tapi jawapannya ialah hanya saya yang boleh berdepan dengan Taib Mahmud. Tapi yang saya fikir ialah , semua pimpinan lain tidak mahu bertugas di situ maka terpaksa letak saya di sana sebagai PIc. Saya sahut cabaran tersebut!

Saya dibenarkan membawa 2 orang lagi pembantu . Saya puas memohon agar saya dibenarkan membawa 10 orang jentera . Jawapannya ialah budjet lulus hanya 3 orang . Saya hanya merenung, 3 orang hendak bertempur dengan Taib Mahmud?? Ini bukan cabaran lagi dah, tercabar rasanya.

Tugas saya di DUN Balingian ada 2 . PERTAMA : PASTIKAN CALON PARTI TIDAK TARIK DIRI ATAU LOMPAT ATAU HILANG . KEDUA : PASTIKAN TAIB MAHMUD BERPELUH DAN TIDAK MENANG DENGAN MUDAH . Itu arahan kepasa saya. Saya diaeah ke Sibu pada 3 April 2011 kerana Ketua Umum akan sampaikan watikah kepada calon pada 4 April beetwmpar di Primier Hotel . Sibu.

Hanya berbekalkan budjet RM 1 ribu untuk bertempur dengan Taib Mahmud , dan 2 orang pembantu iaitu Muzafeq dan Faizal Ezany , kami terbang ke Sibu. Kerana budjet sedemikian terpaksalah kami tinggal di hotel yang sangat 'MEWAH' yang entah berapa ribu bintang berhampiran Premier Hotel supaya memudahkan kami esoknya.

4 April 2011 , bertempat di Premier Hotel , Ketua Umum hadir menyampaikan.amanat dan menyerahkan watikah kepada calon PKR yang akan mewakili PR. Walaupun Ketua Umum nampak keletihan kerana sudah 6 hari berada di Sarawak , bertemu rakyat Sarawak di banyak tempat . Saya diberitahu 1 hari sampai 8 hingga 9 program . Dwngan keadaan jalan yang teruk dan jauh , kependalaman , ke rumah orang iban , ke perkampungan Melanau , bidayuh , orang ulu,dayak dan sebagainya. Itulah kehebatan DSAI ini, kecekalan dan kekuatan spritual belaiu sangat kental walaupun dia mengadu sakit belakang dan pinggangnya tidak tertahan.

Di situ tugas saya bermula . Dapat sahaja Pn Suriati surat watikah , saya terus ambil surat tersebut untuk saya simpan . Termasuk semua dokumen yang diserahkan kepada beliau . Saya hanya beritahu , saya akan pegang semua dokumen dan akan bantu beliau untuk urusan mengisi borang penamaan calon di Sibu . Tidak akan balik ke DUN Balingian sehingga borang penaman calon selesai dilengkapkan kerana di Mukah tiada peguam yang boleh membantu mengiai borang reesebut. Semua firma guaman hanya di Sibu .

Bukan sahaja surat watikah , termasuk juga talifon bimbit beliau saya simpan dan tidak benarkan beliau berhubung atau dihubungi oleh sesiapa . Saya akan menjawab semua panggilan . Kerana beliau waktu itu harganya sangat MAHAL! ! Saya terpaksa ambil satu bilik hotel bersebelahan bilik saya . Kalau calonnya lelaki senang , bolehlah dilerakkan sebilik dengan kami. Pn Suriati Abdullah dan suaminya akan beeada di bawah pengawasan saya 24 jam sehingga lah selesai segala proses penamaan calon dan tempoh penarikan diri 3 hari selepas itu.

Urusan mengisi borang pencalonan terpaksa diselesaikan di Sibu . Dan saya bawa mereka ke Firma.Guaman YB Wo Ho Leng , MP Sibu. Kerana Pencadang dan Penyokong tidak ada bersama , terpaksalah kami ermalam di Sibu sehingga kehadiran Pencadang dan Penyokong . Satu masalah ialah tidak ada cadangan untuk melantik Pencadang dan Penyokong lagi . Saya minta suami Pn Suriati , sdr Kasim hubungi sesiapa di Mukah yang boleh dipercayai untuk menjadi Pencadang dan Penyokong. Saya mahu Pencadang dari orang Melanau dan Penyokong dari orang iban kerana Pn Suriati adalah berketurunan cina mualaf.

Kerana ada seorang yang juga hadir sewaktu penyampaian watikah dan juga bercita-cita menjadi calon tetapi tidak berjaya , saya minta sdr Kasim hubungi beliau . Ini usaha saya supaya bekiau tidak merajuk dan timbul masalah yang tidak diingini . Menghormati beliau dengan meletakkannya sebagai Pencadang dan wakil calon . Saya sendiri bercakap dengan beliau , akhirnya beliau bersetuju tapi beliau telah pertengahan jalan balik ke Mukah. Bermakna esok baru beliau sampai. Maklumlah perjalanan dari Sibu ke Mukah ialah 3 jam.

Pada sebelah malam , rombongan Tuai rumah panjang 2 buah kereta sampai . Selepas selesai jamukan mereka makan kerana kebetulan sewaktu mereka sampai saya baru sudah makan di restoran berhampiran hotel . Malam itu saya bedepan dengan masalah yang perlu saya selesaikan dengan bijaksana . Rupa-rupanya mereka juga memang bercadang untuk masuk pilihanraya sebagai calon bebas . Mereka sudah kumpulkan duit sejumlah RM 20 ribu. Kata Tuai Rumah Panjang tersebut , beliau tidak tahu PKR hendak bertanding . Beliau tidak mahu Taib Mahmud menang secara percuma .

Selepas yakinkan mereka , dan merayu agar perlunya penyatuan untuk menentang Taib Mahmud , akhirnya mereka mohon untuk berbincang dengan kumpulan mereka . Malam tersebut tepaksa saya tambah 2 lagi bilik hotel untuk mereka . Sudah lah budjet saya hanya rm 1 ribu, belum sampai ke Balingian lagi.

Dalam jam 10 pagi , sdr Hasni dan rombongan tiba . Perbincangan berlaku di cafe Premier Hotel . Pada awal agak tegang kerana keegoan sdr Hasni. Syukur saya berjaya yakinkan mereka dan memohon agar dapat bersama-sama dalam pasukan yang akan bertempur dengan Taib di DUN Balingian .

Kami terus ke firma Guaman YB Wo Ho Leng untuk siapakan borang pencalonan . Tuai rumah panjang juga berseruju dan segala masalah untuk siapkan borang pencalonan selesai . Dengan bantuan YB Wo Ho Leng segala urusn borang pencalonan selesai . Tapi masih ada satu lagi iaitu resit bayaran deposit masih belum diterima .

Selepas selesai terima resit deposit , dalam jam 5 petang kami bertolak ke Mukah . Perjalanan yang sangat menyakitkan , macam naik kereta kuda! Seksa yang ditempohi selama 3 jam . Kami sampai.di Mukah jam 7.15 malam. Malam rersebut kami menginap di Highway Inn , Mukah . Namun ada satu masalah tidak selesai itu persiapan mhari penaman calon. Saya kerahkan semua orang supaya sediakan seramai mungkin untuk hari penamaan calon. Siapkan bendera , pembahagian tugas termasuk tempahan makan minum .

Satu pengalaman yang sangat bermakna untuk saya . Pn Suriati tetap tidak boleh lari dari pengawasan saya . Dari Sibu lagi saya tidak tidur untuk pastikan beliau selamat , tiada usaha untuk membeli beliau atau beliau tiba-tiba hilang. Segala kemungkinan bolwh berlaku . Kerana lawan kita ialah Taib Mahmud . Dan saya tidak mengenali siapa Pn Suriati Abdullah.

Setakat ini catatan pengalaman sebelum penamaan calon . Apa cerita hari penamaan calon ???

Khamis, 21 April 2011

dendangan rasis bergema kerana kemenangan PR terutama DAP di Sarawak

Kenyataan rasis yg diluahkan oleh PERKASA Sarawak membuktikan betapa tidak relevan dan berpijak di bumi yang nyata , Malah dendangan & paluan yg bersifat rasis yg bertujuan untuk menjana anti cina ekoran penolakan masyarakat cina di Sarawak menolak BN. Benarkah sepertimana yg di dakwa oleh PERKASA Sarawak bahawa masyarakat cina bagaikan ' diberikan susu dibalas tuba ' ?

Adakah kerana menolak Supp bagi mewakili BN dalam Pilihanraya Negeri ( PRN ) Sarawak pada 16 April tempohari sebagai satu pengkhianatan masyarakat cina terhadap negara kerana memilih PR/DAP adalah tidak mengenang budi dan jasa BN ? Betapa dangkal kenyataan yang dibuat oleh NGO rasis tersebut yg bersifat perkauman yg boleh menggugat kehormanian dan membuktikan sikap anti cina yg melampau PERKASA.

Masyarakat cina di Sarawak telah bersatu hati menolak BN dlm PRN Sarawak. Boleh dikatakan hampir keseluruhan kerusi2 Dun yang mempunyai majoriti masyarikat cina telah membuat perubahan berani memilih PR/DAP . Masyarakat cina menguatkan gambaran bahawa peranan masyarakat cina sudah tidak dapat menerima BN yg merupakan parri yg mengamalkan korupsi,kronisme,neporisme serta kemarahan mereka terhadap kebobrokan BN terutama Taib Mahmud yang dilihat menghancurkan negara dan negeri Sarawak .

Suara sumbang bersifat rasis PERKASA Sarawak adalah suara yang akan diguna pakai bagi tujuan untuk menjana pelbagai persepsi negatif dan tujuan untuk terus menipu orang- orang melayu agar memberikan sentimen anti cina . Mereka mengunakan isu tersebut bagai mendapat sokongan orang2 melayu terhadap BN.

Masyarakat cina adalah golongan rakyat Malaysia yang lebih terdedah dgn maklumat dan menyedari bahawa BN adalah parti politik yg terlalu banyak melakukan kemusnahan , penyelewengan , tekanan terhadap kenaikan harga barang serta amalan rasuah yang telah membarah dalam BN. Sikap BN telah tidak dapat diperbaiki lagi,selain melakukan perubahan dan keberanian menolak BN.

Masyarakat cina buktikan bahawa kematangan politik dan kebebasan dan hak rakyat adalah sangat utama dalam membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka dan ank cucu cicit mereka.

Berbeda dengan masyarakat melayu / melanau yang dilihat tidak mampu untuk bangkit membuat perubahan dan terus diperbodohkan oleh pimpinan BN . Media kawalan mereka terus menaburkan fitnah dan menyerang PR/Dap.
Hingga terlalu takut dengan pelbagai ugutan yang dilakukan oleh BN . Hanyut dalam rasuah yang dilakukan oleh BN sehinggakan moral , integriti serta harga diri mereka dibeli , hanya RM 50 untuk 5 tahun?

Masyarakat cina Sarawak sudah tidak sanggup lagi berdepan dengan pelbagai kebobrokkan BN. Seharusnya masyarakat melayu / melanau/ iban / bidayuh mencontohi masyarakat cina yang tidak mudah dibeli harga diri mereka . Mereka telah buktikan bahawa 'suara rakyat , suara keramat'.

PERKASA seharusnya dibatalkan pertubuhan tersebut. Tiupan api perkauman yang dimainkan oleh PERKASA adalah satu tindakan melampau yang boleh mencetus sangkakala rasis yang mengugat kestabilan dan kehormanian negara. PERKASA seharusnya sedar bahawa keputusan bijak masyarakat cina di Sarawak menolak BN adalah bukti bahawa BN sudah tidak relevan lagi . BN hanya tinggal taktik kotor lagi jijik untuk menang setiap kali pilihanraya.

Tindakan PERKASA adalah bertujuan menghasut rakyat agar menjana perpecahan dan mengagalkan peepaduan dikalangan rakyat Malaysia. Sentimen anti cina oleh PERKASA adalah gimik politik untuk semata-mata demi.kepentingan agenda BN yang cuba mencetuskan persekitaran yang tidak sihat agar masyarakat melayu menolak PR .

Apabila kerusi BN kalah kepada PR/DAP cukup banyak , gendang rasis pun bergema!

Ahad, 10 April 2011

Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan.

Ia termasuk memberi wang tunai secara terus kepada rakyat dan menuntut pemberian royalti minyak Sarawak ditingkatkan jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru pada 16 April ini.

NONEBerbanding dengan manifesto BN yang diumumkan semalam yang didakwa hambar dan tidak mempunyai perincian masa depan, Pakatan berjanji untuk terus mengutamakan rakyat.

“Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun,” kata manifesto itu.

Selain itu, manifesto lapan halaman itu juga berjanji menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

NONEPakatan Rakyat juga berikrar bagi membentuk Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal..

Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'

  • Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.
  • Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
  • Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
  • Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  • Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
  • Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
  • Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun.

KENYATAAN AKHBAR : BN & TAIB MAHMUD MAHU 'BUNUH' RAKYAT DUN BALINGIAN /MUKAH SECARA PERLAHAN-LAHAN - SURIATI ABDULLAH

KENYATAAN AKHBAR

10 APRIL 2011

BARISAN NASIONAL & PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD MAHU ‘BUNUH’ RAKYAT DUN BALINGIAN / MUKAH SECARA PERLAHAN-LAHAN !!!

TUTUP SEGERA KILANG ALUMINIUM DAN ARANG BATU !!!!!

Pembinaan kilang aluminium dan kilang arang batu di DUN Balingian / Mukah adalah merupakan satu tindakan Kerajaan BN yang dipimpin oleh Wakil Rakyat DUN Balingian dan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk ‘membunuh’ rakyat Dun Balingian / Mukah . Inilah ‘JASA’ dan ‘KASIH SAYANG’ Pehin Sri Taib Mahmud terhadap para pengundi DUN Balingian / Mukah dengan ‘membunuh’ secara senyap .

Pehin Sri Taib Mahmud cuba menggula-gulakan rakyat Mukah kononnya adanya kilang-kilang tersebut akan memberikan peluang-peluang pekerjaan , pembangunan kepada rakyat Mukah . Tetapi malangnya, rakyat Mukah tidak merasai nikmat tersebut , malah boleh dikira orang Mukah yang bekerja terutama pekerja eksekutif di kilang tersebut ? Para pekerja di kilang tersebut majoritinya adalah pendatang asing.

Tetapi malangnya kebaikan dan pengorbanan rakyat DUN Balingian /Mukah telah dikhianati oleh Pehin Sri Taib Mahmud dan BN dengan pembinaan kilang-kilang tersebut yang merupakan PENGELUAR RACUN TOKSIK DAN RADIOAKTIF PALING MERBAHAYA DI DUNIA !

Kini rakyat DUN Balingian/Mukah sedang menikmati ‘RACUN TOKSIK’ yang dikeluarkan oleh kilang aluminum dan arang batu . Kenapa kilang-kilang ‘maut’ ini di bina di Mukah ? Patutlah Pehin Seri Taib Mahmud bersungguh-sungguh bertanding dan menjadi wakil rakyat di DUN Balingian . Supaya segala kerja-kerja ‘jahat’ dapat dilaksanakan di Mukah ! Membunuh rakyat Mukah secara senyap ! Sedangkan semua lokasi di seluruh bahagian-bahagian di Sarawak menolak pembinaan kilang beracun ini , tetapi diterima di Mukah kerana Wakil Rakyatnya adalah Pehin Sri Taib Mahmud sendiri.

Bukan sahaja kesan toksik dapat dirasai oleh rakyat , tumbuh-tumbuhan dan haiwan ( flora dan fauna ) juga turut mendapat kesan. Hasil tanaman kebun-kebun dan ladang-ladang dikeliling dan berhampiran kilang-kilang tersebut sudah mati . Sudah pasti hasil tanaman mereka tidak berhasil dan mengalami kerugian .

Burung-burung dan mergastua telah meninggalkan hutan-hutan di Mukah kerana kesan daripada asap dan pembuangan toksik yang ‘membunuh’ mereka . Difahamkan ikan-ikan yang dulunya banyak di laut Mukah sudah sukar diperolehi . Bukankah ini menjejas mata pencarian para nelayan Mukah serta merbahayakan rakyat apabila memakan ikan-ikan yang telah tercemar dengan toksik yang beracun . Difahamkan rakyat di Sibu tidak mahu makan ikan-ikan yang datang daripada Mukah kerana disyaki beracun !

Kesihatan rakyat semakin terjejas , racun toksik dan kesan radioaktif daripada kilang aluminium dan arang batu telah meresap disetiap seluruh badan dan saraf mereka . Sistem ekologi telah berubah , cuaca semakin panas, malah ramai yang telah merasai kesan bagaimana terjejasnya kesihatan mereka sejak terbinanya kilang aluminium dan arang batu . Simptom-simpton daripada toksik di mana ramai rakyat Mukah bakal mendapat gangguan pernafasan , batuk-batuk , sakit kerongkong , sakit kulit , sakit mata , sakit paru-paru dan sebagainya . Kesan radioaktif dan toksik akan menyebabkan gadis-gadis bakal menjadi mandul,ramai akan bakal menderita KANSER , penyakit paru-paru dan pelbagai penyakit merbahaya yang bakal meragut nyawa rakyat Mukah !

Masih ramai rakyat Mukah yang tidak memiliki kemudahan air dan elektrik . Tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh oleh BN dan Pehin Sri Taib Mahmud untuk menyelesaikan permasalahan kemudahan asas tersebut kepada rakyat . Justeru , mereka terpaksa menadah air terutama daripada hujan ke tangki-tangki untuk kegunaan minuman , memasak dan mandi terutama masyarakat iban yang masih belum mendapat kemudahan air paip. Rakyat Mukah berdepan dengan risiko yang tinggi ‘membunuh’ mereka secara diam atau senyap .

Jangan sampai kejadian seperti berlaku di beberapa buah Negara , contohnya di Negara Hungry, sejumlah 800 orang kampung bernama Kolontar pada 9 Oktober 2010 telah meragut dan mengancam nyawa akibat daripada kesan keracunan daripada lumpur toksid merah aluminium yang telah membunuh 7 orang , mencederakan ramai orang serta memusnahkan alam sekitar di situ . Ribuan penduduk di kampung tersebut dan berhampiran terpaksa dipindahkan agar tidak mendapat kesan daripada keracunan lumpur toksik merah aluminium . Jangan pula berlaku di Mukah ! Adakah rakyat Mukah sedang menunggu semua ini terjadi baru ingin menolak Pehin Sri Taib Mahmud dan Barisan Nasional ( BN )? Baru mahu menyesal ?

Barisan Nasional ( BN ) dan Pehin Sri Taib Mahmud tidak layak menjadi wakil rakyat DUN Balingian dan Ketua Menteri Sarawak lagi . Kuasa yang ada pada beliau telah digunakan bagi tujuan kepentingan diri beliau tetapi sanggup MEMBUNUH secara senyap rakyat Mukah . Beliau memperolehi keuntungan dan kekayaan berlipat kali ganda daripada pembinaan kilang-kilang aluminium dan arang batu tersebut . Rakyat DUN balingian / Mukah terus menderita .

Bangkitlah rakyat Mukah ! Kita adalah satu keluarga - Melanau , Iban , Cina dan Melayu bangkit menolak Pehin Sri Taib Mahmud dan BN . Kesan ini mungkin tidak parah sekarang .. tetapi akan datang .. anak-anak kita ! Saya bagi pihak Parti Keadilan rakyat MENDESAK AGAR TUTUP SEGARA KILANG ALUMINIUM DAN ARANG BATU DI N51 BALINGAIN !JANGAN PERJUDIKAN NYAWA RAKYAT DUN BALINGIAN / MUKAH !

UBAH SEKARANG , SELAMATKAN DUN BALINGIAN / MUKAH !!!!


SURIATI ABDULLAH

Calon Parti Keadilan Rakyat

N 51 Balingian

Sabtu, 9 April 2011

TANAH-TANAH YANG DIROMPAK OLEH TAIB DAN KELUARGA DI SELURUH SARAWAK !!!!

Berikut ini adalah sebahagian daripada tanah negeri Sarawak yang dianugerahkan, diberi, diambil atau diluluskan oleh Taib dan Kerajaan negeri Sarawak kepada dirinya sendiri, ahli keluarganya dan kroninya.

750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
750 hektar … di Jalan, Miri.
2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

Jumlah keluasan tanah yang dirompak oleh Taib, keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektar atau 871,202 ekar. Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali ganda keluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeri Pulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan.

Bukan lawan Taib Mahmud saja tapi seluruh kezaliman BN – Wan Azizah


KUCHING: Perjuangan Pakatan Rakyat di Sarawak bukan berdasarkan sentimen individu tertentu, sebaliknya melawan kezaliman Barisan Nasional (BN), kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya berkempen untuk Pakatan Rakyat (PR) bagi kemenangan PRN Sarawak. PR akan menentang BN, bukan terhadap individu,” katanya ketika sidang media melancarkan manifesto PR di sini, hari ini, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Mengulas mengenai manifesto BN, Wan Azizah menyifatkan perkara biasa tetapi fokus sebenar adalah rakyat Sarawak yang berhak memilih Ketua Menteri.

“Isunya bukan manifesto, tetapi memberi laluan kepada rakyat Sarawak memilih Ketua Menteri mereka,” katanya.

Pelancaran manifesto itu dihadiri Presiden KEADILAN, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan calon KEADILAN, PAS

Jumaat, 8 April 2011

Rahim Thamby Chik ‘kalah’ kali kedua – Johari Abdul

TANJUNG KARANG: Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul menyifatkan salah seorang dalang trio ‘Datuk T’, Tan Sri Rahim Thamby Chik kalah kali ‘kedua’ berturut-turut kepada beliau, apabila gagal meyakinkannya Anwar terlibat dalam video fitnah.

Berucap di majlis pelancaran Buku Jingga di sini malam tadi, Johari berkata kekalahan pertama Rahim adalah semasa beliau tewas kepada Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan sebagai Ketua Pemuda Umno pada 1996.

Semasa itu katanya, beliau bekerja di bawah Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengurus kempen.

“Kekalahan’ kali pertama Rahim Thamby Chik kepada saya adalah sewaktu saya bertindak sebagai pengurus kempen kepada Menteri Pertahanan sekarang, Datuk seri Zahid Hamidi sewaktu zahid bertanding jawatan Pemuda Umno Malaysia,” kata Johari yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Zahid Hamidi kemudian berjaya mengalahkan Rahim Thamby Chik pada pemilihan itu, jelas Johari.

Dalam ucapannya, Johari berkata pengalaman beliau berada dalam Umno menjadikan beliau sedar bahawa kebajikan rakyat adalah agenda terakhir yang diperjuangkan parti itu.

“Budaya Umno, isu-isu kebajikan rakyat adalah “agenda lain-lain” dalam mesyuarat mereka,” kata Johari.

Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman video fitnah, yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan dan editor kanan terpilih di sebuah hotel 21 Mac lalu.

Bagaimanapun Johari menafikan sekeras-kerasnya lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar, malah menyifatkan tohmahan ini sebagai satu fitnah paling jahat dan dasyat yang dilakukan Umno, bertujuan menjatuhkan Anwar.

Menurut Johari, bentuk tubuh badan dan lenggok lelaki di dalam video berkenaan langsung tidak menyerupai Anwar seperti keadaan perutnya yang lebih buncit dan dadanya yang lebih berisi.