klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 9 November 2009

Pi Em 1Malaysia Bodoh Undang-Undang...

Kata Pi Em -Kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
"Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya. Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya.
"Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu,” katanya.
Baca dekat bawah ni pulak...
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 144
AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Tarikh Perkenan Diraja : 30 Julai 1974
Tarikh penyiaran dalam Warta : 22 Ogos 1974
Tarikh digunapakai : 1 Oktober 1974
Judul Panjang & Mukadimah
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletak hakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.Pembayaran wang tunai oleh PerbadananSebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
Pembatalan Perjanjian 1976Kelantan mengancam untuk membatalkan Perjanjian tahun 1976 dengan Petronas. Ini kerana tindakan menawarkan WANG EHSAN dan bukannya ROYALTI kepada mereka sememangnya melanggar Perjanjian tersebut. Jika Perjanjian ini dibatalkan, maka hak atas setiap dan semua petroleum dalam zon ekonomi Kelantan menjadi milik Kelantan dan bukan Petronas. Dengan demikian, Kelantan akan mendapat 100% dari pendapatan yang dijana, dan bukan sekadar 5%.
Kerajaan Malaysia tidak menghormati semua perjanjian yang ditandatanganinya hingga menyebabkan pelabur takut untuk melabur didalam Malaysia dan banyak pelabur-pelabur lebih rela melabur di Singapura berbanding Malaysia.Rakyat Malaysia perlu faham bahawa adalah menjadi kewajipan kerajaan persekutuan untuk membayar segala yang menjadi hak kerajaan negeri kepada kerajaan negeri yang berkenaan, sebagaimana yang termaktub dalam akta-akta Parlimen dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1957. Perkara yang kini dilakukan oleh kerajaan persekutuan sememangnya tidak menurut perlembagaan dan melanggar semua perjanjian yang berkenaan.Sumber - Abdul Fatah Karim

Melayu khianati Melayu


Oleh Abu Firdaus


Bukan perkara baru bahawa Melayu mengkhianati Melayu. Sejarah penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris dipenuhi dengan perbuatan mengkhianat orang Melayu terhadap bangsanya sendiri. Terakhir apabila orang Melayu sendiri yang menyerahkan negeri-negerinya kepada Britain untuk dijadikan MalayanUnion.
Melayu bangkit dan ditubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. MalayanUnion diugantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Melayu bertolak ansur dengan menyerahkan kewarganegaraan kepada bukan Melayu. Sama ada ia bertolak ansur atau pengkhianatan, ia memerlukan penyelidikan mengenai sejarah negeri-negeri Melayu menjadi Malaya. Tidak lagi disebut Malay States. Sedangkan sebelumnya dikenali sebagai Federated Malay States dan Unfederated Malay States. Apabila dicantum hanya dikenali sebagai Federation of Malaya. Hilang Malays, digantikan dengan Malayans. Dalam bahasa Melayu memang disebut Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya diterjemahkan menjadi Federation of Malayland. Atau Malay States. Apa yang muncul ialah Malaya. Tentu dunia mengiktiraf Malaya dan bukannya Tanah Melayu.
Tetapi ketika itu, bahasa kebangsaan diisytiharkan sebagai bahasa Melayu. Bagaimanapun yang berkuasa sudah bukan lagi Raja-raja Melayu tetapi kerajaan-kerajaan di negeri-negeri dan pusat, yang dipegang oleh Perikatan. Umno, MCA dan MIC. Dikatakannya perkongsian kuasa. Hakikatnya ia merupakan kerajaan campuran Umno, MCA dan MIC walaupun Umno dominan. Namun Britain masih berpengaruh besar ke atas Malaya.
Atas tekanan terpaksalah Umno mengalah supaya digabungkan Malaya dan Singapura. Apabila dilihat Melayu di Malaya tenggelam, maka dimasukkan sekali Sarawak, Sabah dan Brunei. Dinamakan negara baru ini Malaysia. Jangka panjangnya, nasib orang melayu di Malaya akan ditentukan oleh Bumiputera Sarawak dan Sabah. Bangsa Malaysia menggantikan Melayu dan paling ketara penukaran nama bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Tulisan Rumi adalah tulisan rasmi bahasa Malaysia. Umno dengan satu saja tanda tangan menghapuskan tulisan jawi.
Tetapi dari segi lain, Malaya dan Malaysia membolehkan kembalinya Pulau Pinang, Dinding, Melaka dan Singapura ke pangkuan penguasaan Melayu melalui Umno yang berkuasa di Kuala Lumpur. Namun begitu apabila tidak berupaya menentang Lee Kuan Yew, Umno keluarkan Singapura daripada Malaysia. Hilanglah sebuah pulau yang asalnya Melayu.
Tetapi sehingga tahun 1969, orang Melayu berasa tidak puas hati, penubuhan Malaya, kemerdekaan dan penubuhan Malaysia tidak menampakkan peningkatan kemajuan orang Melayu. Britain masih menguasai ekonomi Negara. Melayu jauh ketinggalan. Akhirnya keadaan ini meledak melalui peristiwa 13 Mei. Bagi membela goilongan tertinggal khususnya Melayu diolah Dasar Ekonomi Baru (DEB). PAS sertai Barisan Nasional dan turut menyumbang bagi menjayakan dasar baru itu. Cara Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad berlainan tetapi mempunyai tujuan yang sama. Di akhir dasar ini, 30 tahun kemudian, banyak hasil dicapai tetapi pada keseluruhannya, Melayu dikhianati daripada muncul sebagai kuasa ekonomi yang mempunyai masa depan.
Banyak pengkhianatan berlaku, tetapi apa yang dikatakan ketirisan pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi itu adalah sebenarnya pengkhianatan yang berlaku sejak mula DEB dilaksanakan. Mungkin ia dilihat sebagai pengkhianatan orang perseorangan yang salah guna DEB bukan untuk kepentingan bangsa. Tetapi apa yang nyata, budaya yang disemai oleh Umno melalui pelaksanaan DEB merupakan suatu pengkhiuanatan yang memerlukan kajian dan penyelidikan objektif.
Kisah-kisah pengkhianatan ekonomi banyak diceritakan tetapi tidak didokumentasi dan disiasat yang tentunya memerlukan satu usaha besar. Pastinya sukar untuk dilakukan kerana kesan politik terhadap laporan seumpama itu. Namun laporan-laporan berkala seperti Laporan Audit menampakkan perkara-perkera sedemikian. Negara sudah menyimpang jauh daripada watak integriti yang wujud ketika penubuhan Malaya dahulu.
Kini gejala terbesar yang menunjukkan pengkhianatan itu adalah gejala politik wang.dalam Umno. Kemenangan Umno dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir baru-bareu ini hanya menunjukkan bahawa sebahagian rakyat sudah dapat menerima amalan politik wang sebagai sebahagaian budaya pembangunan negara. Mereka tidak melihat ia sebagai pengkhianatan.
Sebab itu peristiwa di mana ahli-ahli dewan undangan negeri melompat di Perak yang merupakan satu pengkhianatan dialu-alukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Hakikat bahawa ADUN itu telah mengkhianati pengundi tidak diambil kira. Berapa ramai yang kenal sangat calon yang bertanding. Kebanyakannya memilih parti dalam pilihan raya umum 2008.
Secara umumnya dalam ilihan raya 2008 itu, mengapakah rakyat lari daripada Barisan Nasional? Jelas majoriti bukan Melayu menolak Barisan Nasional. Walaupun terdapat banyak fakor tetapi apa yang nyata ialah mereka tidak mempercayai wakil-wakil rakyat Barisan Nasional. Dengan pemahaman bahawa wakil-wakil MCA, MIC dan Gerakan tidak dapat banyak bersuara, maka mereka menyalahkan wakil-wakil Umno.
Orang bukan Melayu menolak Umno bukan kerana parti itu membantu orang melayu dan meminggirkan mereka. Itu adalah persepsinya. Tetapi hakikatnya mereka tidak memeprcayai kepimpinan Melayu Umno. Bagi mereka banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno, baik di pusat mahupun di negeri khususnya di Selangor adalah tidak jujur, tidak amanah dan tidak cekap. Justeru, isunya di sini adalah pengkhianatn kepimpinan Melayu Umno kepada rakyat. Melayu adalah sebahagian daripada rakyat. Mengkhianati rakyat bermakna mengkhianati Melayu.
Tetapi jika orang bukan melayu saja yang menolak Barisan Nasional, maka pihak Pakatan Rakyat tidak akan menang banyak tempat dalam pilihan raya 2008. Apa yang berlaku orang Melayu sendrii berasakan bahawa kepimpinan Umno telah mengkhianati mereka. Banyak cerita tersebar. Mungkin hanya cerita. Tetapi dengan maklumat disembunyikan dan akhbar tidak bebas, sudah tentu ia menghakiskan lagi kepercayaan mereka terhadap kepimpinan Melayu Umno.

DEMONSTRASI DESAK BADRUL ADUN PELABUHAN KLANG LETAK JAWATAN


ISNIN
9 NOVEMBER 2009

9 PAGI

PINTU MASUK UTAMA SUK SELANGOR


PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI !!!!!
BADRUL ! LETAK JAWATAN SEGERA !!!!!

Anwar dakwa ada pihak halang perbicaraan kes liwat


KUALA LUMPUR, 8 Nov: Penasihat Parti keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak yang cuba menghalang perbicaraan tuduhan liwat keatasnya dari berjalan lancar.Ianya terbukti apabila Mahkamah Rayuan kelmarin membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah pihak pendakwa dalam kes tersebut menyerahkan bahan bukti kepada ketua pembangkang itu yang dikatakan penting untuk pembelaannya.

Anwar dalam tulisan yang disiar di blognya http://anwaribrahimblog.com/ memberitahu, pihak tersebut kini sedang berselindung di sebalik dolak dalih kononnya mendakwa beliaulah yang melengah-lengahkan perbicaraan tersebut."Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan."Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar?"Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan," kenyataanya dipetik.

Dalam tulisan tersebut Anwar melahirkan harapan agar perbicaraan kes beliau itu berjalan lancar mengikut lunas perundangan.Beliau juga tidak mahu proses perundangan tersebut dihalang dan dicampurtangan pihak pemerintah."Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya, biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah," tulisnya lgi.Kelmarin pasukan peguam pembela Anwar sekali lagi dihalang dari mendapatkan bahan bukti setelah keputusan mahkamah rayuan didakwa menyebelahi rayuan pihak pendakwa.Kesemua bahan bukti tersebut merupakan bahagian penting untuk pembelaan Anwar dan hak untuk mendapatkannya juga turut dijamin undang-undang.

Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti itu, termasuk rakaman video dan laporan perubatan kepada tertuduh.Pihak pendakwa juga diperintahkan supaya membenarkan peguam Anwar memeriksa rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, bersama-sama dengan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa sebagai mangsa, dan saksi-saksi lain serta nota doktor.

Mahkamah Tinggi juga mengarahkan supaya laporan perubatan Mohd Saiful dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi serta bahan bukti yang lain, yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, diserahkan kepada Anwar.

Ahad, 8 November 2009

Hua Zhou Ge Ji : Memotong Bubur Beku dan Sayur Jeruk untuk Makan Sehari


Terima kasih YB DRS. KHALIL IDHAM LIM atas artikel FAN ZHONYAN ini yang saya ambil daripada blog beliau idhamlim.blogspot.com

Fan Zhongyan ialah ahli politik dan sasterawan yang tersohor di China pada zaman Dinasti Song Utara. Beliau bukan sahaja membuat jasa yang besar dalam bidang politik, malah mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang kesusasteraan dan ketenteraan. Kejayaannya yang cukup cemerlang ini dikatakan sebagai hasil kegigihan, kesungguhan dan ketekunannya ketika beliau masih muda.

Fan Zhongyan yang dibesarkan oleh bapa tirinya ini, sudah mula merasai keperitan hidup ketika masih kecil lagi. Menyedari kesusahan hidupnya, beliau bertungkus lumus menuntut ilmu di sekolah, dengan harapan agar dapat mengubah nasib memberikan sumbangan kepada negara ketika dewasa nanti.

Penderitaan keluarganya akibat dihimpit kemiskinan memaksa Fan Zhongyan makan sekadarnya sahaja setiap hari, iaitu dengan memasak seperiuk bubur yang pekat, kemudiannya memotongnya jadi empat keping selepas bubur itu menjadi sejuk dan beku. Beliau mengambil dua keping bubur beku itu untuk makan tengah hari, dan dua keping lagi untuk makan malam dengan dicampur sedikit sayur jeruk.

Seorang kawannya berasa terlalu kasihan melihat Fan Zhongyan yang hidup begitu menderita itu. Maka, dia cuba memberikan wang kepadanya. Bagaimanapun, pemberian itu ditolak oleh Fan Zhongyan. Kemudian kawannya itu membawa pula banyak makanan yang sedap-sedap kepada Fan Zhongyan, Fan Zhongyan terpaksa menerima makanan itu.

Beberapa hari kemudian, kawannya itu datang menziarahi Fan Zhongyan lagi. Dia terkejut apabila ternampak makanan yang diberikannya itu langsung tidak disentuh oleh Fan Zhongyan dan sudah bercendawan.

Melihat kawannya itu tidak senang hati, Fan Zhongyan menjelaskan. Katanya,"Saya bukanlah tak mahu makan makanan ini. Sebenarnya, saya tak berani makan, kerana saya khuatir, setelah makan ikan dan daging yang sedap-sedap ini, saya tidak dapat menelan bubur dan sayur jeruk lagi."

Mendengar perkataan ini, rasa hormat terhadap Fan Zhongyan semakin bertambah dalam hati kawannya itu.

Setelah bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri, cita-cita luhur yang tersemat dalam hati Fan Zhongyan ketika muda itu, telah pun tercapai apabila beliau melaksanakan banyak tindakan yang berkesan untuk membantu pentadbir membangunkan negara. Usahanya benar-benar telah mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat. CRI/-

benarkah seminar PAS berjaya selesaikan masalah?

"InsyaAllah kita dapat menunjukan satu prestasi yang baik, mengukuhkan parti dan menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Kita konsisten dan teguh dengan Pakatan Rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina... ia perlu dikukuhkan lagi untuk melayari perjuangan dan membuat perubahan dalam negara kita," - Presiden PAS , YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Seminar PAS yang berlangsung semalam diharapkan benar-benar memberikan makna dan erti sebenar serta memperbaiki pelbagai persepsi daripada semua pihak . Isu Kerajaan Perpaduan yang dimainkan diharapkan menjadi 'noktah' yang 'benar-benar noktah' . Segala yang berkarat di hati selama ini akan terhakis dan berjaya mengembalikan keyakinan para pendokong PAS dan Pakatan Rakyat .
Segala polemik dan konflik diharap benar-benar berjaya diatasi dan diselesaikan . Demi kebaikan kita bersama . Namun adakah seminar ini benar-benar berjaya menyelesaikan masalah PAS seperti yang diucapkan oleh Presiden PAS ?
Adakah beberapa individu dalam PAS yang sedang berusaha menjahanamkan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibelenggu dan mampu menghentikan perilaku dan tindakan mereka ? Adakah mampu menghentikan mereka semua ini ?
Selagi mereka ini masih terus diberikan kuasa dan kedudukan . Selagi mereka tidak diambil tindakan secara serius oleh Pimpinan PAS . Seminar PAS yang berlangsung tersebut hanyalah retorik semata-mata .
Sikap prejudis mereka ini akan menjadikan seminar tersebut hanya satu tindakan sia-sia . Watak "telunjuk lurus kelingking berkait" ini wajib dihapuskan . Mereka harus dikeluarkan daripada saf kepimpinan .
Tahniah dan syabas kepada mereka yang terus konsisten atas prinsip perjuangan dan pakatan , mempertahankan prinsip dan persahabatan . Meneruskan agenda perjuangan dan mempertahan serta memperkasakan Pakatan Rakyat .
Semoga seminar ini benar-benar merealitikan harapan rakyat . Memulihkan keyakinan dan menyusun tindakan secara kolektif dalam menghadapi UMNO/BN dan seterusnya merampas kerajaan Persekutuan .

fm

5 Resolusi Berjaya Di luluskan Semasa Seminar PAS

Hadi simpulkan seminar berjaya selesaikan masalah parti
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perkara itu merupakan satu daripada lima resolusi yang diluluskan pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran parti itu hari ini.
Selain itu PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 secara lebih proaktif.
PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.
Resolusi lain yang dicapai ialah untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.
Dalam pada itu, resolusi kelima yang diluluskan tanpa bantahan turut menggariskan usaha untuk membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas seminar tersebut berkata, resolusi yang diluluskan itu akan digunakan oleh pihak pengurusan parti untuk tindakan dalaman.
Menurut beliau, kejayaan seminar pada hari ini menunjukkan parti itu sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan.
"Kita berjaya adakan seminar dengan menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh pelusok negara kerana keterbukaan secara demokratik
"Bukan sahaja memberi peluang dari dalam parti untuk mengkritik secara membina bahkah kita menerima teguran dari tokoh yang bukan di kalangan kita," katanya.
Abdul Hadi juga dengan kejayaan seminar itu juga akan memberi lebih semangat kepada PAS untuk terus memperkasakan parti bersama Pakatan Rakyat.
"InsyaAllah kita dapat menunjukan satu prestasi yang baik, mengukuhkan parti dan menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Kita konsisten dan teguh dengan Pakatan Rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina... ia perlu dikukuhkan lagi untuk melayari perjuangan dan membuat perubahan dalam negara kita," katanya.
Ditanya tidakkah beliau rasakan kritikan yang diberikan oleh tokoh-tokoh akademik yang turut sama sebagai ahli panel pada seminar ini dilihat begitu 'keras' terutamanya melibatkan kepimpinannya, Abdul Hadi berkata perkara itu merupakan isu biasa.
"Kita anggap perkara biasa, kita matang dengan kritikan, yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab," katanya.

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA

Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 .

YB. Salahuddin mengumumkan Resolusi Seminar.

5.15 PM :Seminar Memperkasakan Parti berada dipenghujungnya apabila Pengarah Program, YB. Salahuddin Ayob membacakan resolusi seminar .
Antara intipatinya ialah untuk terus memperkasakan Pakatan Rakyat disemua peringkat.
Semua saf kepimpinan dan peserta berdiri untuk memberi kata setuju kepada resolusi yang dibentang sebentar tadi.

Tolak prespesi adalah pramitif - Dr. Abu Hassan.

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.
Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari iniAbu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.
AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.
Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.
Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.
Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.
"Ini adalah kali ketiga kami bertemu. Kali pertama atas kapal terbang, kali kedua di lapangan terbang dan kali ketiga di sini. Jadi kami tidak berpakat," kata beliau dalam penggulungannya.

Elak tindakan mengundang fitnah - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Nov : Selain agama melarang membuat dan menyebarkan fitmah, tindakan dan perbuatan yang mengundang fitnah juga wajib dielakkan.Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tanggapan atau persepsi salah terhadap parti dan pimpinan mestilah dicegah supaya ianya tidak merebak menjadi besar dan merosakkan perjuangan parti itu sendiri.
Justeru katanya lagi PAS mempunyai akhlak jemaah yang mesti dipelihara dan sebarang perselisihan pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang sedia ada."Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran."Jangan kemukakan ketidak-puasan hati melalui media baru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.
Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa PAS sebuah parti yang sentiasa terbuka kepada kritikan dan teguran.Tambahnya lagi, sebarang matlamat yang baik tidak menghalal cara atau perbuatan yang menyalahi agama atau dasar parti.Yang penting ialah untuk uruskan perbezaan pendapat dan bukannya 'melebarkan' lagi perbezaan pendapat yang sedia ada, kata Naib Presiden itu."Jangan gadai prinsip Islam. Nak menang tapi jangan gadai untuk dapatkan undi," katanya kepada lebih 1,000 peserta yang hadir.
Selain itu, beliau turut menasihati agar PAS dan pimpinan serta ahlinya tidak leka dengan pujian yang mengundang rebah malah para penceramah juga mesti memastikan hujah dan ceramah disampaikan bukan sekadar 'syok sendiri'."Ceramah berjaya memperkukuhkan semangat antara kita tetapi belum tentu dapat menarik generasi baru yang lain," katanya.Selain itu, beliau juga yakin, sebarang masalah yang dihadapi parti dapat diurus dengan baik, sungguhpun acapkali menghadapi pelbagai cabaran dan fitnah.
"Setakat ini, PAS membuktikan tiada antara wakil rakyatnya yang lompat parti dan PAS juga terbukti berjaya dalam menguruskan masalah," katanya.Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS mahu menajdi parti yang besar untuk mengambil alih kerajaan sedia ada dan oleh itu soal untuk berkerjasama dengan Umno tidak timbul sama sekali.
"Kita nak ganti Umno, bukannya bersama Umno."
Akhir sekali yang penting ialah, kita mesti mendukung keputusan parti," katanya yang berucap 20 minit selepas dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya) membentang hujah dan kajian mereka. Harakahdaily/-

Sabtu, 7 November 2009

Kalau Ada Plihanraya Mengejut, MB PAS yang TInggal Hanya MB Kelate.

Itu adalah analisa yang diberi kepada saya oleh salah seorang pemerhati politik Malaysia dari luar negara yang terkenal juga. Tapi saya tidak mahu menyebut nama beliau dan beliau bukan Dr Aziz Bari kerana Dr Aziz Bari tidak kenal pun saya. Tapi cukup saya katakana nama beliau terkenal dan beliau ada kredibiliti untuk memberi komen ke atas situasi politik di Malaysia.
Hasil dari angkara Fraksi UMNO, imej dan persepsi terhadap PAS semakin menjunam di kalangan pengundi CIna dan India. Kenyataan2 “orang itu” semakin menghakis sokongan kepada PAS di kalangan orang Cina dan India.
KEDAH
Di Kedah, analisa yang saya buat di atas keputusan Pilihanraya 2008, menunjukkan bahawa undi orang Melayu terbahagi kepada dua di antara PAS dan UMNO. Ertinya, pada 2008 sekalipun dari 10 pengundi Melayu, 5 orang telah mengundi PAS/Pakatan.Ertinya kemenangan PAS di Kedah adalah disebabkan oleh pengundi Bukan Melayu dan Bukan Islam yang telah pergi kepada Pakatan Rakyat dengan banyak sekali. DIanggarkan 70% pengundi India dan 65% pengundi Cina di Kedah telah mengundi PAS dan PR pada 2008.Kebelakangan ini diberitahu bahawa popularity MB Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, semakin menaik di kalangan orang Melayu dan Islam di Kedah. Namun, sejauh mana tinggi popularity Ustaz Azizan, jumlah pengundi Melayu yang akan beralih kepada PAS tidak akan melebihi 60%. Dengan 60% Melayu tidak berkemungkinan kepada PAS untuk mendapat kerusi yang cukup untuk memerintah Kedah.
PAS masih perlu mendapat sekurang-kurangnya 50% undi Cina dan India di samping kenaikan undi Melayu dari 50% ke 55% untuk menawan kembali Kedah. Namun, imej PAS yang begitu buruk sekarang ini hasil angkara “kumpulan itu” serta “orang itu”, tidak memungkinkan PAS mendapat lebih dari 40% undi India dan Cina di Kedah.PERAKSejak dari asal pun kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat adalah tipis berbanding dengan Barisan Najis. Yang memungkinkan PR memerintah Perak pun adalah disebabkan “banjir” pengundi India dan Cina kepada PAkatan Rakyat begitu luar biasa sekali. Ditambah dengan “bank” pengundi Melayu Barisan Alternatif yang berada pada tahap minima 40%, maka jatuhlah kerajaan Barisan Nasional di Perak buat pertama kalinya dalam PRU 2008. Namun, dengan perkembangan negatif yang berlaku sekarang ini angkara “orang itu” maka Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat mengekalkan tahap sokongan pengundi India dan Cina, terutama sekali pengundi India yang sedang menghadapi dilemma akibat beberapa pemimpin Hindraf telah berjaya dibeli BN.
Faktor ini juga mungkin telah memprovokasi YB Nizar untuk memarahi “orang itu” dalam mesyuarat Khas baru-baru ini. “Orang itu” membalas, “bukan dia sahaja yang mintak tapi Dr. ***** *** pun mintak sama”. YB Nizar sedar bahawa peluang PR untuk memerintah Perak AMAT terjejas dengan tingkahlaku sumbang “orang itu”.Dari sudut positifnya pula, imej PAS di Perak adalah lebih baik dari negeri lain kerana faktor Nizar. Cumanya, angkara fraksi UMNO, Nizar telah dihalang untuk menjadi PJ Negeri Perak. Saya tidak kata PJ sekarang ni jahat atau fraksi UMNO atau jahat, tapi rakyat Perak tidak mengenali PJ sekarang ini berbanding Nizar. Jadi, kiranya PAS melantik Nizar sebagai PJ maka pengiktirafan PAS Pusat terhadap Nizar akan menambah lagi saham PAS di kalangan pengundi bukan Melayu dan juga Melayu/Islam. (Minta maaf pada PJ Perak yang ada sekarang. Saya tidak sekali-kali mengatakan tuan tidak layak ataupun tidak baik. Cumanya dari segi persepsi umum, Nizar lebih layak kerana beliau lebih dikenali dan lebih popular).
Saya nak bagitau, saya tau siapa yang calonkan PJ sekarang semata-mata mahu menghalang Nizar dari jadi PJ. Perlantikan PJ2 baru2 ni pun pasal nak menguatkan pegangan kuasa Fraksi UMNO ke atas perwakilan2 PAS. Itu sahaja.
KELANTAN
Inshaalah tenang. Namun, faktor Wang Ehsan ni WAJIBBBBB PAS Kelantan ambil serious. Ia jangan mudah ditolak ke tepi ataupun dipandang remeh.PAS Terengganu dahulu pandang remeh terhadap Wang Ehsan dan akhirnya PAS Terengganu tersungkur menyembah bumi pada 2004. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.Imej Tok Guru “intact” tapi perlu digerakkan jentera parti dan PAS Kelantan dengan kadar segera Perlu yang amat sangat supaya ditendang keluar anasir2 UMNO yang ada dalam PAS Kelantan sekarang dengan kadar segera. Terutamanya mereka yang telah terlibat dalam perjumpaan sulit dengan wakil Najib sebelum Najib bertemu Tok Guru pada bulan Ogos lepas. Mereka cuba memasang perangkap ke atas Tok Guru namun perangkap mereka tidak menjadi. Mereka2 yang telah terlibat ini HARUS DIKORBANKAN.
TERENGGANU
Baik toksah kempen kat Terengganu. Pi Kedah lagi baik. PJ dia sendiri pun kena booo dengan penyokong sendiri. Macamana nak dapat sokongan orang atas pagar? Letih je kempen nanti. Rugi je duit korang derma kat sana. Kalau nak tolong pun tengok Kawasan. Kalau mcm Dungun tu OK sebab Ustaz Wang Hassang tu orang baik dan terpuji sampai orang UMNO pun sayang kat dia. Padahal UMNO Terengganu tu berpecah dua dan amat lemah. Senang je kalau nak makan, tapi masing-masing keras kepala. Bila orang buat survey, disalahkan orang buat survey, bukan nak analisa keputusan survey.
Sebab apa? Sebab survey tu kata “Kain2 Buruk” tu semua kena buang dan ganti dengan “Kain Baru” kalau nak menang. Melenting sekor-sekor bila saya bagitau benda ni kat diorang ( saya tak gunalah perkataan Kain Buruk dan Kain Baru). Saya bagitau diorang sebab saya nak tengok PAS menang kat Terengganu. Diorang pegi tuduh saya agen pada orang X. Diorang tuduh orang X ni membayar kompeni survey tu untuk membawa analisa2 yang palsu untuk menaikkan nama orang X. Mereka tuduh kompeni survey tu sebenarnya memberi maklumat palsu supaya “orang X” dapat naik jadi MB. Begitu busuknya orang2 yang dikatakan cukup tarbiyyah dan cukup “tsiqah” ni. Mulut diorang lebih jahat dari Firaun.
Lepas tu diorang buat survey sendiri kata “Kain2 Buruk” tu semua masih laku dan hebat untuk menyanggah survey yang saya laporkan itu. Sampai tahap tu sekali dajal diorang ni. Tak pikir parti langsung. Asyik pikir perut sendiri (dan bawah perut). PAS tu “second priority”. Kesian kat ahli2 PAS yang bawah2 tu yang 100% ikhlas berlawan dengan polis dan SB untuk halang pengundi hantu. Tabik kat ahli2 PAS Terengganu ni semua. Berani dan komited pada perjuangan islam. Tapi nak buat macamana, wala’ punya pasal, negeri tergadai.
Last2 pada 2008 semuanya tersunggkur menyembah bumi, lagi sekali. Buat fitnah kat saya, Allah SWT bayar balik “cash”. Saya tak maaf sampai akhirat. Tolak maklumat saya bagi, last2 kalah menonggeng. Tapi, lepas kalah terus bawak fitnah lagi kat saya tu. Dah kalah pun tak nak insaf.Sekarang ni, lantak kau la. Kau nak menang ke nak kalah ke saya tak ambik pusing. Masa depan Kaabah dulu pun, tak terkeluar dari mulut saya mintak Allah menangkan diorang ni kat Terengganu. Kalau menang pun jadi fitnah, nak buat apa?
Lebih baik ahli2 PAS Terengganu yang ikhlas2 tu daftar kat Perak bagi Nizar menang. Ramai2 daftar kat Perak dan bagi PAS Perak menang.Baru ni diorang buat ijtimak. Cukup hebat. Dekat 3000 orang datang Ijtimak. Saya pun baca la laporan Ijtimak tu. Laaaaaa, benda yang dipersetujui dan dipakati, benda tu saya dah baca 10 tahun lepas. Idea lama dikitar semula. Saya tanya la, korang nak menang, takkan takda langsung usul untuk merapatkan diri dengan pengundi, memahami pengundi, memberi apa yang pengundi mahu selagi tidak berlawanan dengan syariat? Jawapnya takda. Cumanya kita nak dakwah, nak tarbiyyah. Saya balas balik, kalau korang tak paham pengundi nak dakwah macamana? Pengundi tu lah “target dakwah”. Kalau tak faham macam mana “target dakwah” berfikir, macam mana nak sampaikan dakwah dengan efektif. Korang nak sampai dakwah pada sapa? Pada monyet dekat Empangan Kenyir? Monyet bukan manusia, macamana nak dakwah kat diorang.Esok nanti aktivti2 yang akan dianjurkan adalah aktiviti2 syok sendiri. Balik2 penyokong dengan ahli sendiri yang hadir. Yang atas pagar dengan lemah UMNO tak nak datang. Waktu PAS memerintah pun banyak aktiviti2 syok sendiri. Tu yang kalah.
Persoalan cita rasa pengundi ni sengaja tak bincang dalam Ijtimak sebab isu ni sensitif. Kalau dibuat kajian sekali lagi, keputusannya tetap sama, yakni, kena buang kain buruk ganti kain baru. Tu yang langsung tak nak bincang dalam ijtimak pasal pengundi dan kitar balik idea lama.Sebagai penutup, kalau tak buang pekung2 ni dari PAS, alamat baliklah kita zaman 2004. Mereka ni dah kalah, mereka “hijack” PAS Pusat untuk mengekspot kekalahan mereka ke seluruh Malaysia. Alamat nanti tinggalkan kita dengan Kelantan sahaja.
-Tulang Besi
ps Kita mungkin dapat Perlis la kot sebab sekarang ni pun, persepsi rakyat Perlis adalah wakil2 PAS adalah backbencher dan Ketua Pembangkang adalah Shahidan Kassim. Ada ka Shahidan pegi bantai Mat Isa Sabu, wakil PAS pegi pertahan Mat Isa? Sedangkan orang kata Mat Isa ni kem Radzi, dan Radzi ni terlibat dalam trajedi Memali. Ini semua persepsi la, yang saya laporkan ni pasal Perlis.Di Singapore baru ni, Cikgu Pa kata dia memang pro Pakatan, tapi takda benda baik pun dia sebut pasal PKR.

PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PILIHANRAYA PAKATAN RAKYAT

Saya merakamkan jutaan terima kasih atas kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih dan melantik saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Rakyat bagi mewakili Parti Keadilan Rakyat .
Satu penghargaan kepada Angkatan Muda Keadilan Malaysia di atas perlantikan saya dan pengiktirafan terhadap gerak kerja AMK .
Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Rakyat adalah terdiri daripada tokoh-tokoh hebat daripada ketiga-tiga parti .
Saya akan menggunakan peluang dan ruang ini untuk memberikan khidmat bakti serta menimba pengalaman sebaik mungkin .

Tindakan JAIS Membuktikan Benarnya Prediksi Raja Petra Kamaruddin. Kerajaan PR Selangor Hanya Akan Hidup Sampai Januari 2010

Saya pernah berborak dengan salah seorang ADUN di Selangor. Dan beliau telah membuat pengamatan yang cukup tepat dan berani. Beliau berkata UMNO/BN lebih sanggup tidak menang di negeri lain kiranya mereka dapat menawan semula Selangor.
Raja Petra Kamaruddin dalam artikel terbaru beliau http://mt.m2day.org/2008/content/view/28284/84/ memberi amaran bahawa kerajaan PR Selangor akan dijatuhkan UMNO pada Januari 2010. Beliau memberikan beberapa faktor mengapa kerajaan PAkatan Rakyat mampu dijatuhkan oleh UMNO/BN. Faktor-faktor itu adalah :
- Walaupun kepimpinan negeri dikawal oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun di peringkat daerah dan kerajaan tempatan, UMNO masih lagi mengawal perjalanan dan pentadbiran.
- Majoriti pegawai-pegawai kerajaan di Selangor adalah lahir dari “tarbiyyah” UMNO dan mereka masih lagi memberi sokongan padu pada UMNO.
- Peniaga-peniaga Cina masih lagi terpaksa membayar “wang pengeras” kepada pemimpin2 UMNO di peringkat daerah demi untuk memastikan mereka boleh melaksanakan projek mereka dengan aman
- Ini bererti tahap korupsi masih tinggi dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak dapat membersihkan penguasaan UMNO terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
- Sejak kebelakangan ini, dilihat segala permohonan untuk projek2 besar telah pun di”beku”kan. Ini kerana semua pegawai2 kerajaan sedang bersedia untuk sebuah “coup-de-tat” yang bakal berlaku pada January 2010.
- Sekurang-kurangnya 10 wakil2 rakyat Pakatan Rakyat akan ditangkap dan dibicarakan atas banyak tuduhan yang direka-reka.

Kenyataan Ronnie Liu baru2 ini pun menyatakan sekurang-kurangnya 20 wakil2 rakyat PAS telah digeledah pejabat mereka dan dirampas fail-fail dari pejabat mereka oleh SPRM.
Strategi sabotaj utama mereka adalah melemahkan jentera Kerajaan2 tempatan yang akan bertindak sangat tidak efisyen akibat sabotaj pegawai2 kerajaan ini. Bayangkan kalau kerajaan tempatan tidak efisyen, keseluruhan kerajaan negeri Selangor akan dibenci.

Penangkapan Dr Asri Contoh Betapa UMNO Masih Berkuasa di Selangor

Pengarah JAIS itu sendiri adalah bekas SU Sulit MB Selangor satu masa dahulu (mengikut salah seorang pembaca saya bernama Ahmad). Penangkapan ke atas Dr MAZA seharusnya dimaklumkan kepada EXCO Agama serta MB terdahulu kerana beliau bukan sembarangan orang dalam persada dakwah di Malaysia. Pihak Polis pun kalau hendak menangkap Menteri atau orang-orang Kenamaan, mereka akan memaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri terlebih dahulu. Ini adalah “common sense”.

JAIS berlindung di belakang peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang meletakkan pentadbiran Agama Islam jauh dari kuasa Menteri Besar. Namun, Kerajaan Negeri masih menjadi pemberi wang terbesar kepada JAIS dan oleh sebab itu, kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya jangan takut bertindak ke atas JAIS dan Pengarahnya. Yang terbaik, “SELCAT” kan sahaja Pengarah JAIS ini dan kita akan nampak bahawa beliau tidak lain hanyalah “balachi” UMNO.

Hakikatnya, benar apa yang dikatakan oleh Raja Petra Kamaruddin. Pegawai-pegawai kerajaan di Selangor sememangnya bekerja untuk UMNO dan sedang berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sama sekali pada January 2010.

Cadangan-Cadangan Kepada Kerajaan Pakatan RakyatAda beberapa cadangan dari saya :
1. GERAKKAN KESELURUHAN JENTERA PILIHANRAYA PAKATAN RAKYAT. Mulakan dengan projek pembersihan Daftar Pemilih secara berkala. PERKARA INI WAJIB DILAKUKAN kerana kalau terpaksa bubar DUN, kita akan bubar DUN dan adakah PRK Negeri Selangor.
2. Dedahkan lagi penyelewengan-penyelewengan UMNO beserta dokumen-dokumen rasmi supaya rakyat lebih mengetahui betapa jahatnya UMNO.
3. Pegawai2 yang jelas didapati menjalankan kerja-kerja subversif tidak perlu diambil tindakan disiplin. Tapi, tukar mereka ke MPPJ atau MBSA dan pastikan mereka menjalankan kerja-kerja Alam Flora seperti angkat sampah atau basuh tandas. Gaji dan kelebihan mereka masih dikekalkan.
4. Sebarkan keseluruhan prosiding SELCAT dalam bentuk VCD kepada rakyat Selangor secara percuma supaya rakyat nampak sendiri betapa pegawai2 kerajaan ini bekerja untuk UMNO bukan Pakatan Rakyat
5. Wakil-wakil PR dalam kerajaan tempatan mesti lebih pro aktif. Adakan satu bengkel atau seminar tentang bagaimana hendak memastikan wakil2 PR dalam majlis2 tempatan lebih efektif dan berkesan.
6. Aduan2 rasuah dan salah guna kuasa wajib di “SELCAT” kan dengan kadar segera. Mulakan dengan Pengarah JAIS terlebih dahulu.
7. Adakan majlis solat hajat secara berkala. Jemput Tok Guru Nik Aziz mengadakan Solat Hajat khas di Stadium Shah Alam dan minta supaya perancangan Najib digagalkan oleh Allah SWT. Biar YB Menteri Besar menjadi makmum.
8. Adakan Majlis Solat Hajat di Peringkat Daerah juga dengan menjemput Tok2 Guru yang tersohor di setiap daerah tersebut.
9. Tok Guru Nik Aziz pernah cuba diperangkap oleh UMNO. Kononnya UMNO mahu menjemput Tok Guru solat hajat di Stadium Bukit Jalil bagi mengelakkan flu babi. Namun, hasilnya Tok Guru telah menolak mentah-mentah, dan bertanya pada Najib bila beliau hendak berikan royalti mintak kepada Kelate? Perkara ni saya akan dedah kemudian.
10. Dato’ Seri Anwar Ibrahim harus berjalan berjumpa kembali dengan rakyat Selangor dengan mengadakan “tour” dan berhenti di setiap pekan dan bandar kecil untuk bertemu rakyat. Perlu Dato Seri Anwar Ibrahim kembali bertemu rakyat Malaysia
11. PAS Selangor wajib dibersihkan dari anasir UMNO dan sabotaj. Ahli2 PAS Selangor wajib keluar dan membuang pemimpin-pemimpin yang pro UMNO dan pro kerajaan perpaduan.

Saya mempersilakan para pembaca untuk memberikan idea-idea tuan/puan yang bernas.

Tulang Besi

RASULULLAH SAW TOLAK PERJUANGAN KEBANGSAAN ( ASSOBIYAH )

Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:
“Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”